際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KUMPULAN 1 鐃
FAKTOR-FAKTOR
KEGAGALAN GERAKAN
ISLAH 1898
1.MENDAPAT TENTANGAN
DARIPADA:
a) Masyarakat Umum
 Ahli-ahli sejarah komunis China menegaskan Gerakan Islah 1898
gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.
 Paul H.Clyde dan Burton F.Beers dalam buku mereka iaitu The Far
East menegaskan orang cina tidak mempunyai fahaman yang jelas
serta keinginan untuk melaksanakan rancangan pembaharuan.
 Mereka menentang Gerakan Islah 1898 kerana dipengaruhi oleh
sentimen anti asing dan menganggap idea barat terlalu asing bagi
mereka.
 Mereka turut mendakwa bahawa tindakan meniru idea barat sebagai
satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China serta
menghancurkan Tamadun China .
b) ORANG MANCHU
 Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah
kerana menganggap ianya hanya menguntungkan orang cina dan
bukannya orang Manchu .
 Terdapat di kalangan orang Manchu yang menganggap Islah 1898
sebagai suatu percubaan untuk menggulingkan Dinasti Manchu.
 Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka
akan terjejas lebih-lebih lagi mereka tidak memahami rancangan
pembaharuan serta perlaksanaannya.
 Rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan mereka
terutamanya yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan.
c)PEGAWAI SARJANA
 Pegawai Sarjana yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius
menentang kerana sebab-sebab ideologi.
 Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan
berperlembagaan terlalu asing di kaca mata prinsip politik dan
kesusilan China.
 Mereka turut bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih
lagi kerana mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta
perlaksanaannya.
2. KELEMAHAN PEMIMPIN
 Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman
fikiran politik.
 Tindakan Kang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk
menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu
kesilapan kerana beliau sepatutnya mencari jalan untuk
mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan Gerakan
Islah 1898.
 Terdapat pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin
ianya dapat dilaksanakan di China.
 Kang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan Liang Chih Chao
yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam
pentadbiran.
 Pengetahuan mereka mengenai idea Barat tidak kukuh kerana
mereka tidak pernah mendapat pendidikan barat secara formal
atau melawat negeri Barat.
 Pengetahuan mereka mengenai Barat hanya diperoleh melalui
buku dan pergaulan mereka dengan orang Barat di negeri
China dari lawatan mereka ke negeri Jepun.
3.KELEMAHAN EKONOMI
 Pada akhir abad ke-19 , China mengalami kemelesetan ekonomi
akibat peperangan dengan negeri jepun.
 Gerakan Islah 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar untuk
menampung bayaran ganti rugi,bencana alam,kemasukan
barang barat dan sebagainya.
 Peruntukan yang terhad sudah tentu dapat menjejaskan
perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut.
4.PENYELEWENGAN
 Pada mulanya, Yuan Shih Kai iaitu seorang panglima tentera memihak
kepada Maharaja Kuang Hsu tetapi akibat hasutan,beliau telah
berpaling tadah dan menyebelahi Maharani Dowager Tsu Hsi untuk
menentang rancangan pembaharuan.
 Yuan Shih Kai yang diarahkan oleh Maharaja Kuang Hsu untuk
membunuh pembantu kanan Maharani iaitu Jung Lo dan menangkap
Maharani sebaliknya berpaling tadah untuk menyebelahi Maharani dan
seterusnya menangkap Maharaja Kuang Hsu.
5.TIDAK MENDAPAT SOKONGAN
MAHARANI
 Golongan reformis gagal mendapat sokongan Maharani dalam
melaksanakan rancangan pembaharuan.
 Sokongan Maharani penting bagi menjayakan Gerakan Islah 1898
kerana beliau amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan
ketenteraan.
 Maharaja bukan sahaja tidak menyokong Gerakan Islah ini malah
beliau mengambil langkah untuk menggagalkannya.
6.PENYEBARAN TIDAK MENYELURUH
Gerakan Islah 1898 hanya dilaksanakan di wilayah-
wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China.
Kebanyakan pemimpin wilayah hanya menerima
cadangan-cadangan pembaharuan tetapi tidak
melaksanakannya kecuali Gabenor wilayah Hunan
iaitu Chan Po Chen .
7.PENANGKAPAN MAHARAJA KUANG
HSU
Penangkapan Maharaja Kuang Hsu pada 21
september 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan
Maharani menjadi faktor menggagalkan Gerakan
Islah 1898.
Maharaja Kuang Hsu dipaksa menyerahkan kuasa
kepada Maharani .
Maharaja Kuang Hsu turut dipaksa untuk
mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda
kepada reformis.
8. KEHILANGAN REFORMIS
Selepas 21 september 1898 ,Islah telah kehilangan
ramai reformis kerana dipecat dari jawatan masing-
masing ,dibunuh atau melarikan diri.
Chan Po Chen dan Weng Tung Ho telah dipecat dari
jawatan mereka .
6 orang reformis telah dibunuh oleh Manchu iaitu
Kang Kuan Jen, Tao Ssu Tung ,Yau Shen Shin,Lin
Shun,Yang Jui dan Kuang Ti.
Maharaja Kuang Hsu dipenjara dan Kang Yu Wei dan
Liang Chih Chao melarikan diri ke Jepun.
9. IMPERIALISME BARAT
 Pada akhir abad ke-19 ,khususnya selepas kekalahan China di
tangan Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895,kuasa-
kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan
keistimewaan.
 Mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di
China sehingga ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai
tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa
Barat dan Jepun.
 Sebagai contoh,Rusia menduduki Semenanjung Liaotung
1896,Jerman di Teluk Kiaocho1897,British di Wei Hai Wei 1898
dan Perancis di Teluk Kwangchow 1898.
 Kuasa-kuasa Barat telah mendesak China untuk membenarkan
mereka membina jalan keretapi di mana British meminta
kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batuiaitu
Perancis=420 batu, Rusia=1530 batu dan Belgium=650 batu.
 Kegagalan Islah 1898 menyebabkan kekuatan China
tidak dapat dipulihkan dan China terus berada dalam
kelemahan. Walaupun Maharani menentang Islah 1898
tetapi beberapa cadangan dalam pembaharuan tersebut
telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh,
penubuhan Universiti Imperial di Peking dan penubuhan
sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat
dan China. Islah 1898 telah melahirkan 2 golongan dalam
masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan
golongan anti Manchu. Golongan pro Manchu
memperjuangkan slogan Lindungi Manchu dan Usir
Barat. Kegiatan mereka telah membawa kepada
berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala
golongan anti Manchu membawa kepada kelahiran
gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen yang berjaya
menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober
1911.

More Related Content

gerakan islah

  • 3. 1.MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA: a) Masyarakat Umum Ahli-ahli sejarah komunis China menegaskan Gerakan Islah 1898 gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. Paul H.Clyde dan Burton F.Beers dalam buku mereka iaitu The Far East menegaskan orang cina tidak mempunyai fahaman yang jelas serta keinginan untuk melaksanakan rancangan pembaharuan. Mereka menentang Gerakan Islah 1898 kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing dan menganggap idea barat terlalu asing bagi mereka. Mereka turut mendakwa bahawa tindakan meniru idea barat sebagai satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China serta menghancurkan Tamadun China .
  • 4. b) ORANG MANCHU Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap ianya hanya menguntungkan orang cina dan bukannya orang Manchu . Terdapat di kalangan orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan mereka terutamanya yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan.
  • 5. c)PEGAWAI SARJANA Pegawai Sarjana yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab ideologi. Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di kaca mata prinsip politik dan kesusilan China. Mereka turut bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya.
  • 6. 2. KELEMAHAN PEMIMPIN Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik. Tindakan Kang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu kesilapan kerana beliau sepatutnya mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan Gerakan Islah 1898. Terdapat pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di China. Kang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan Liang Chih Chao yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran. Pengetahuan mereka mengenai idea Barat tidak kukuh kerana mereka tidak pernah mendapat pendidikan barat secara formal atau melawat negeri Barat. Pengetahuan mereka mengenai Barat hanya diperoleh melalui buku dan pergaulan mereka dengan orang Barat di negeri China dari lawatan mereka ke negeri Jepun.
  • 7. 3.KELEMAHAN EKONOMI Pada akhir abad ke-19 , China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan negeri jepun. Gerakan Islah 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung bayaran ganti rugi,bencana alam,kemasukan barang barat dan sebagainya. Peruntukan yang terhad sudah tentu dapat menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut.
  • 8. 4.PENYELEWENGAN Pada mulanya, Yuan Shih Kai iaitu seorang panglima tentera memihak kepada Maharaja Kuang Hsu tetapi akibat hasutan,beliau telah berpaling tadah dan menyebelahi Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancangan pembaharuan. Yuan Shih Kai yang diarahkan oleh Maharaja Kuang Hsu untuk membunuh pembantu kanan Maharani iaitu Jung Lo dan menangkap Maharani sebaliknya berpaling tadah untuk menyebelahi Maharani dan seterusnya menangkap Maharaja Kuang Hsu.
  • 9. 5.TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MAHARANI Golongan reformis gagal mendapat sokongan Maharani dalam melaksanakan rancangan pembaharuan. Sokongan Maharani penting bagi menjayakan Gerakan Islah 1898 kerana beliau amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan ketenteraan. Maharaja bukan sahaja tidak menyokong Gerakan Islah ini malah beliau mengambil langkah untuk menggagalkannya.
  • 10. 6.PENYEBARAN TIDAK MENYELURUH Gerakan Islah 1898 hanya dilaksanakan di wilayah- wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China. Kebanyakan pemimpin wilayah hanya menerima cadangan-cadangan pembaharuan tetapi tidak melaksanakannya kecuali Gabenor wilayah Hunan iaitu Chan Po Chen .
  • 11. 7.PENANGKAPAN MAHARAJA KUANG HSU Penangkapan Maharaja Kuang Hsu pada 21 september 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan Maharani menjadi faktor menggagalkan Gerakan Islah 1898. Maharaja Kuang Hsu dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani . Maharaja Kuang Hsu turut dipaksa untuk mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda kepada reformis.
  • 12. 8. KEHILANGAN REFORMIS Selepas 21 september 1898 ,Islah telah kehilangan ramai reformis kerana dipecat dari jawatan masing- masing ,dibunuh atau melarikan diri. Chan Po Chen dan Weng Tung Ho telah dipecat dari jawatan mereka . 6 orang reformis telah dibunuh oleh Manchu iaitu Kang Kuan Jen, Tao Ssu Tung ,Yau Shen Shin,Lin Shun,Yang Jui dan Kuang Ti. Maharaja Kuang Hsu dipenjara dan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Jepun.
  • 13. 9. IMPERIALISME BARAT Pada akhir abad ke-19 ,khususnya selepas kekalahan China di tangan Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895,kuasa- kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan keistimewaan. Mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China sehingga ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh,Rusia menduduki Semenanjung Liaotung 1896,Jerman di Teluk Kiaocho1897,British di Wei Hai Wei 1898 dan Perancis di Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat telah mendesak China untuk membenarkan mereka membina jalan keretapi di mana British meminta kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batuiaitu Perancis=420 batu, Rusia=1530 batu dan Belgium=650 batu.
  • 14. Kegagalan Islah 1898 menyebabkan kekuatan China tidak dapat dipulihkan dan China terus berada dalam kelemahan. Walaupun Maharani menentang Islah 1898 tetapi beberapa cadangan dalam pembaharuan tersebut telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh, penubuhan Universiti Imperial di Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan China. Islah 1898 telah melahirkan 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu. Golongan pro Manchu memperjuangkan slogan Lindungi Manchu dan Usir Barat. Kegiatan mereka telah membawa kepada berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti Manchu membawa kepada kelahiran gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober 1911.