際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
INTISARI
PENDAHULUAN
PENGENALAN
1149350271145
Keusahawanan kini menjadi suatu bidang yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai salah satu bidang yang dapat membentuk acuan baru kepada rakyat, khususnya generasi muda dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan ekonomi Negara. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat positif dan tidak seharusnya dipandang enteng oleh segenap masyarat kini. Selain selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berdaya saing, masyarakat yang kompetitif dalam mengharungi cabaran globalisasi juga dapat diwujudkan. Demi mencapai hasrat  tersebut dan ingin menyahut seruan kerajaan, maka tertubuhnya SLC ONE SERVICES.
SLC ONE SERVICES yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan didaftarkan secara rasmi pada 8 Oktober 2009 merupakan pemilikan tunggal 100% milik bumiputera.  SLC ONE SERVICES mempunyai premis perniagaan yang beralamat di No.5, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, 01000 Kangar, Perlis. Syarikat ini terus memikirkan langkah dan strategi untuk memulakan operasi dan perniagaan. Misi dan visi dirangka seiring dengan keinginan syarikat untuk berjaya dalam dunia perniagaan ini. SLC ONE SERVICES berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjalankan perniagaan yang merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan terutamanya jualan ais krim MINGOMINGO.
Tertubuhnya SLC ONE SERVICES seiring dengan misi dan visinya yang tersendiri, mempunyai matlamat yang besar untuk turut memonopoli pasaran yang sedia ada di pasaran setempat di negeri Perlis. Setelah menjalankan pemerhatian dan kajian terhadap pasaran semasa, keperluan  dan permintaan masyarakat di negeri Perlis, SLC ONE SERVICES telah membuat keputusan untuk menyediakan perkhidmatan perniagaan jualan ais krim MINGOMINGO yang bercirikan kontemporari, sangat menjimatkan dan menepati standard masa kini.
Berdiri teguhnya syarikat yang masih ditubuhkan dan belum lagi mencapai usia satu tahun penubuhannya, pencapaian SLC ONE SERVICES boleh dibanggakan. SLC ONE SERVICES berjaya mendapatkan pasaran tersendiri dalam persaingan dunia perniagaan kini. Pelbagai pihak tidak meragui perkhidmatan yang ditawarkan bahkan amat percaya  dengan usaha yang ditunjukkan dan hasil yang diberikan.
Moto utama syarikat iaitu sentiasa mengutamakan pelanggan menjadi asas kepada segala tindak tanduk aktiviti syarikat. Perkhidmatan yang terbaik cuba diberikan kepada pelanggan kerana tidak mahu mengecewakan hati pelanggan seterusnya membaiki kelemahan yang ada dari masa ke masa.
Kajian yang didapati bahawa kebanyakan perkhidmatan penyediaan makanan di kawasan Kangar, menyediakan makanan ringan yang hampir sama kualitinya dan juga didapati dalam pelbagai variasi. Walaupun begitu, syarikat tidak akan mudah menyerah, bahkan akan lebih berusaha untuk mendapatkan pasaran dengan cara yang tersendiri dalam posisi yang berbeza dan aspek yang berlainan dari sedia ada. Syarikat akan menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dengan cepat yang dapat disediakan mengikut kesesuaian dan permintaan pengguna demi memenuhi kehendak mereka.
Projek ini dilihat mempunyai potensi yang baik kerana:-
Berkonsepkan usahawan mencari pelanggan dan pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai atau premis perniagaan. Hal ini menjimatkan masa dan tenaga serta keselamatan pelanggan. Tambahan pula, cara ini dapat memudahkan urusan pelanggan.176212578105
Citarasa pelanggan yang sentiasa berubah-ubah tanpa had masa menuntut satu olahan kepada citarasa produk ais krim yang alternatif dengan variasi pilihan.Konsep perniagaan bergerak yang mencari pelanggan dilihat masih kurang dijalankan di beberapa lokasi dan atas potensinya yang cerah di masa hadapan, peluang ini dimanfaatkan sepenuhya justeru garapan peluang ini di peringkat permulaan bakal merancakkan industri ais krim buatan sendiri.
Berdasarkan kepada variasi makanan yang bakal ditawarkan oleh pihak kami, SLC ONE SERVICES amat yakin dan optimis bahawa perniagaan ini bakal mendapat sambutan yang hangat daripada semua golongan terutamanya pelajar dan kanak-kanak, seterusnya dapat menjamin kestabilan dan kelangsungan syarikat untuk terus beroperasi dan melakar prestasi.
Menjadi syarikat yang baru ditubuhkan, kami memasang impian dan angan-angan untuk memonopoli pasaran setempat dan meluaskan lagi empayar perniagaan yang dimiliki kini. Oleh itu, perancangan sentiasa diaturkan dan kami sentiasa memandang ke hadapan untuk terus mengorak langkah.
Antara syarikat atau pihak yang telah berurusan dengan pihak SLC ONE SERVICES antaranya ialah:
-Koperasi SMKAP Berhad
-Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar
-E-Dymium Network Sdn.Bhd.
-Frutania Industry
Walaupun usia penubuhan syarikat belum lagi menjangkau usia satu tahun, namun kematangan syarikat amat jelas dilihat. Langkah demi langkah disusun agar perjalanan syarikat berjalan dengan lancar. Berkat usaha semua pihak, segala titik peluh kini mula menampakkan hasilnya.

806450213995
BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN
Nama Syarikat:SLC One ServicesAlamat Perniagaan :No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,Persiaran Tuanku Syed Putra,01000 Kangar, Perlis.No. Telefon:017-5637623 / 010-5267623e-mel:SUHAIMISLC1@gmail.comAlamat Pejabat:No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,Persiaran Tuanku Syed Putra,01000 Kangar, Perlis.No. Pendaftaran Perniaagan :RA0017308-PJenis Perniagaan:Milikan TunggalTarikh Daftar Perniagaan :08 Oktober 2009
BUTIR-BUTIR USAHAWAN
Nama:Suhaimi bin Abdul HamidNo. Kad Pengenalan:760311-02-6227Alamat Tetap:No.10, Taman Santan Indah,Jalan Santan,01000 Kangar, Perlis.Tarikh Lahir:11 Mac 1976Umur:34 TahunJantina:LelakiStatus:BerkahwinWarganegara:MalaysiaAgama:IslamPengalaman Bekerja:Marketing dan MotivationPekerjaan Sekarang:Ahli PerniagaanKursus yang dihadiri:Kelab UsahawanKemahiran/Kebolehan :Berpengalaman dalam menguruskan perniagaan yang Diusahakan bersama ahli lembaga pengarah yang lain.Jawatan:Pengarah Urusan
Untuk terus melakar prestasi dan kredibiliti syarikat, projek demi projek dirancang untuk meluaskan lagi perniagaan syarikat di samping untuk menjana pendapatan yang memberangsangkan. Namun, perancangan amat mudah dilakukan tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak semudah yang disangka. Pelbagai aspek harus dititikberatkan terutamanya dari aspek kewangan dan pembiayaan modal.  Itulah menjadi masalah kepada kebanyakan syarikat untuk memulakan operasi perniagaan. SLC ONE SERVICES juga tidak ketinggalan dalam menghadapi kesulitan ini. Oleh itu, pembiayaan dari pihak pengurusan SME Bank amat diharapkan.
Projek cadangan yang dimaksudkan ialah perniagaan menjual ais krim jenama MINGOMINGO yang memerlukan pembiayaan kos  yang tinggi berikutan dengan keperluan yang harus dipenuhi oleh pihak syarikat untuk memulakan operasinya. Pada ketika ini, syarikat hanya mempunyai sebuah lori ais krim MINGOMINGO yang beroperasi di sekitar negeri Perlis. Kekurangan bilangan lori ais krim MINGOMINGO ini menyukarkan pergerakan perniagaannya kerana pihak syarikat terpaksa menukar lokasi perniagaan hari demi hari untuk memenuhi kehendak pelanggan. Syarikat memerlukan 3 buah lagi lori ais krim MINGOMINGO  untuk menjalankan perniagaan ini dan merancakkan lagi aktiviti perniagaannya kerana permintaan ais krim MINGOMINGO di negeri Perlis semakin mendapat sambutan. Setelah membuat kiraan berdasarkan keperluan semasa, SLC ONE SERVICES memerlukan kos sebanyak RM170,000.00 untuk menambahkan lagi bilangan lori bagi meneruskan rancangan perniagaan yang berpotensi tinggi ini. Pihak syarikat akan mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 20,000.00. Justeru, SLC ONE SERVICES masih memerlukan baki pembiayaan sebanyak            RM 150,000 dan dengan jumlah wang sebanyak inilah SLC ONE SERVICES mengharapkan kelulusan pemohonan daripada SME Bank untuk membiayai baki modal yang diperlukan.
Dengan  kelulusan pembiayaan ini, SLC ONE SERVICES  yakin bahawa perniagaan ini bakal dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan seperti yang telah dirancangkan.  SLC ONE SERVICES juga begitu yakin bahawa penjualan ais krim MINGOMINGO ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan berikutan dengan usaha yang telah kami jalankan dalam memperkenalkan produk ini kepada masyarakat setempat yang mendapat sambutan yang baik dan kami menjangkakan peningkatannya yang mendadak sekiranya pembiayaan ini diluluskan agar kami dapat meluaskan lagi pasarannya dengan wujudnya lebih banyak lori ais krim MINGOMINGO ini.
PROJEK CADANGANPERNIAGAAN :    JUALAN AIS KRIM MINGOMINGOJUMLAH KOS KESELURUHAN:    RM 170,000.00MODAL SYARIKAT:    RM 20,000.00BAKI MODAL DIPERLUKAN:    RM 150,000.00PEMBIAYAAN EKUITI:    RM0PEMBIAYAAN PINJAMAN BANK:    RM 0CADANGAN PEMBIAYAAN BALIK PINJAMANTEMPOH BAYARAN BALIK:    10 TAHUN / 84 BULANANSURAN BULANAN:    RM 1874.00
3362325200025695325120650
DEFINISI  PEMASARAN

Aktiviti pemasaran merangkumi proses membeli, menjual, menyediakan iklan,mengedar,serta menanggung risiko yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran.
Pemasaran juga dapat didefinisikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskan serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran,
MATLAMAT PEMASARAN

Matlamat pemasaran SLC ONE SERVICES adalah mencapai penghasilan dan pemasaran produk yang dapat memenuhi cita rasa pengguna dan masyarakat seterusnya mempelbagaikan pilihan produk kepada pengguna yang dijamin kepuasan dalam menikmatinya.
Bagi merealisasikan matlamat pemasaran syarikat, pelbagai strategi telah dilakukan oleh pihak pemasaran supaya segala produk dan perkhidmatan syarikat mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak. Antaranya adalah dapat memberi kepuasan kepada pengguna setelah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.
Memandangkan SLC ONE SERVICES beroperasi di sekitar negeri Perlis, permintan terhadap produk yang dihasilkan amat memberangsangkan daripada semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia bermulalah dari kanak-kanak mahu pun golongan dewasa.

STRATEGI  PEMASARAN SYARIKAT
Dalam dunia perniagaan, pemasaran memainkan peranan yang penting bagi melancarkan urusniaga yang bakal dijalankan. SLC ONE SERVICES  telah merangka strategi-strategi pemasaran  yang tertentu bagi membolehkan penjualan ais krim MINGOMINGO ini berjaya dipasarkan serta mendapat sambutan dari orang ramai.
SLC ONE SERVICES telah menggunapakai konsep 5P iaitu PRODUCT, PLACE, PEOPLE, PRICE, dan PROMOTION.
PRODUCT/PRODUK-323850175895Produk merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah perniagaan. Produk menjadi identiti kepada sesebuah syarikat dan merupakan penentu kepada turun naiknya sesebuah perniagaan. Jadi, setelah melakukan beberapa proses pengkajian, SLC ONE SERVICES begitu yakin untuk memprodukkan ais krim MINGOMINGO dengan melakukan sedikit pembaharuan dari segenap aspek untuk mencari kelainan berbanding ais krim yang telah sedia ada di pasaran setempat yang telah dikenali umum. Dengan ini, SLC ONE SERVICES mencari identiti sendiri untuk memasarkan produk ini tanpa mengfotokopikan mana-mana produk yang berada di pasaran dengan rasa yang tersendiri dan harga yang berpatutan.
2. PLACE/TEMPAT
Tempat atau lokasi sesebuah perniagaan juga menjadi aspek penting dalam ruang sudut pemasaran. Lokasi yang strategik memberi kelebihan kepada syarikat. Lokasi yang difikirkan menjadi tumpuan orang ramai menjadi keutamaan dalam pemilihan lokasi perniagaan. Oleh itu, SLC ONE SERVICES  akan menggerakkan lori ais krim MINGOMINGO ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di kawasan sekolah, pasar malam, pasar tani, kawasan perumahan dan lain-lain kawasan yang difikirkan sesuai dengan keadaan dan persekitaran semasa.
3. PEOPLE/KUMPULAN SASARAN
Untuk menjalankan penjualan ais krim MINGOMINGO, SLC ONE SERVICES telah menetapkan sasaran pasaran iaitu pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, penduduk setempat dan orang ramai tanpa mengira usia terutamanya kanak-kanak. Pada kebiasaannya, SLC ONE SERVICES lebih mengkhususkan kumpulan sasaran mengikut lokasi perniagaan yang dijalankan. Cara ini lebih berkesan kerana SLC ONE SERVICES dapat menganggarkan keuntungan yang bakal diperoleh dan mudah untuk mencapai target jualan.
4. PRICE/HARGA
Struktur penetapan harga dirangka dan ditetapkan mengikut klasifikasi produk tertentu sambil mengkaji harga pasaran semasa. Oleh itu, setelah menjalankan kajian yang teliti, akhirnya SLC ONE SERVICES berpendapat dan mengambil kata putus untuk meletakkan harga yang berpatutan selaras dengan kualiti produk yang dijamin amat memuaskan hati pengguna dari hanya serendah RM1. Dengan harga yang berpatutan selaras dengan kualiti dan kepuasan pelanggan, SLC ONE SERVICES yakin bahawa pernigaan ini bakal mendapat sambutan yang membanggakan.
Memandangkan objektif perniagaan menjual ais krim ini adalah untuk menyediakan suatu pembaharuan terhadap variasi ais krim yang terdapat dalam pasaran tempatan pada hari ini, kami bercadang untuk memasarkan ais krim berikut dengan disertakan nila anggaran harga:-
BILJENIS AIS KRIMHARGA JUALAN1AIS KRIM KONRM 1.002AIS KRIM CUPRM 2.003ROTI AIS KRIMRM 1.504TAPAI AIS KRIMRM 3.505AIS KRIM MANGKUKRM 3.50
4629150-20907375
5. PROMOTION/PROMOSI
Promosi merupakan nadi perniagaan. Oleh itu, aspek ini diberi penekanan yang lebih oleh syarikat.  SLC ONE SERVICES membuat perancangan yang rapi untuk menjalankan promosi yang berkesan bertujuan untuk memperkenalkan ais krim jenama MINGOMINGO kepada masyarakat setempat tidak kurang pula menyedarkan masyarakat tentang kewujudan ais krim jenama  MINGOMINGO ini di pasaran semasa.
Antara promosi yang bakal dilaksanakan oleh SLC ONE SERVICES ialah:-
IKLAN
Iklan berupaya untuk mengetengahkan ais krim jenama MINGOMINGO kepada kumpulan sasaran pasaran dan juga kepada semua lapisan masyarakat. Antara langkah yang diambil untuk merancakkan pengiklanan ais krim MINGOMINGO ialah  dengan memasang BANNER dan mengedarkan FLYERS.
BANNER atau kain rentang yang direka kreatif dan menarik dipasang di tempat-tempat yang berpotensi dikunjungi dan menjadi paparan orang ramai. Dengan ini, orang ramai dapat mengetahui informasi terkini dari syarikat khususnya yang berkaitan dengan ais krim MINGOMINGO.
100330015875
FLYRES dan BROUSHER turur diedarkan kepada sekolah-sekolah, kelab-kelab sukan dan kawasan perumahan untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci agar lebih tertumpu kepada pengetahuan individu.
TAWARAN DISKAUNPromosi dalam bentuk tawaran diskaun yang menarik dibuat pada pembukaan kedai dan pada setiap musim cuti sekolah. Kadar diskaun yang ditawarkan ialah dari 10% sehingga 50%. Promosi ini dijangka dapat menarik minat lebih ramai orang untuk menikmati ais krim MINGOMINGO pada harga yang rendah.
HADIAH PERCUMA/CENDERAHATIHadiah percuma bakal diberikan kepada pembeli yang membeli ais krim MINGOMINGO dengan kuantiti yang banyak dengan pembelian ais krim MINGOMINGO yang  mencecah RM10 dan ke atas. Hadiah percuma yang diberikan adalah mengikut kepada kesesuaian dan menarik dengan kos yang minima dan berpatutan. Pemberian hadiah percuma ini dianggarkan akan lebih menarik perhatian orang ramai untuk membeli ais krim MINOMINGO dan sekali gus dapat melariskan ais krim ini.
JUALAN LANGSUNG
SLC ONE SERVICES menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO secara jualan langsung di tempat-tempat yang dikunjungi oleh orang ramai dan lokasi yang strategik bagi melariskan jualan harian. Dengan ini, pengguna dan pembeli tidak lagi bersusah payah untuk mendapatkan ais krim MINGOMINGO di premis perniagaan bahkan hal ini lebih memudahkan orang ramai menikmatinya.2101850337185KELEBIHAN PRODUK
Dalam menyediakan sesuatu pasaran dan produk, pelbagai aspek harus diteliti dan diambil perhatian untuk mendapatkan pasaran yang luas sekali gus menyaingi produk dalam pasaran semasa. Setiap produk harus ditampilkan kelainan dan kelebihan yang tersendiri untuk membolehkannya mendapat tempat di hati pelanggan dan pengguna.
Antara kelebihan ais krim MINGOMINGO dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:
ASPEKKELEBIHANRasaMemberi kelainan rasa ais krim dengan tekstur yang lembut dan rasa yang pasti memuaskan hati pelanggan.PerisaBoleh didapati dalam 3 perisa yang enak iaitu vanila, coklat dan strawberi. Campuran perisa juga boleh disediakan seperti coklat + vanila,       strawberi + coklat, vanila + strawberi sekali gus dapat membuat olahan citarasa yang baru dan memberi kelainan rasa kepada penggemarnya.HargaHarga yang berpatutan selaras dengan kualiti yang diberikan dari serendah RM 1.00.KemudahanPerkhidmatan jualan ais krim bergerak. Pelanggan tidak perlu bersusah payah ke premis perniagaan malah syarikat yang mencari pelanggan. Menjimatkan petrol, masa dan menjamin keselamatan orang ramai.LokasiLokasi yang strategik yang berubah-ubah kerana tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai. MasaProses yang dijalankan untuk membuat ais krim adalah cepat dan tidak memakan masa yang lama kerana penyediaannya menggunakan mesin yang efisyen.DiskaunDiskaun juga turut ditawarkan kepada pelanggan.
ANALISA PESAING
Persaingan sebenarnya menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. Sektor perniagaan kini mendapat sambutan dan diusahakan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, masing-masing cuba mengeluarkan perkhidmatan dan produk yang terbaik bagi memenuhi tuntutan permintaan pengguna.
Berikut merupakan beberapa pesaing utama yang beroperasi di lokasi pilihan perniagaan:-
NAMA SYARIKAT/PESAINGKEDUDUKANKELEBIHANKEKURANGANWALLSStabil-Sudah lama beroperasi-Mempunyai 4 cawangan-Mendapat pasaran yang meluas-Beraneka pilihan ais krim- Bukan Bumiputera- Tiada perkhidmatan jualan ais krim bergerak-Harga agak mahal bagi sesetengah produkNESTLEStabil-Sudah lama beroperasi-Mempunyai 2 cawangan-Beraneka pilihan ais krim-Mendapat pasaran yang       meluas-Bukan Bumiputera-Tiada perkhidmatan   jualan ais krim bergerakUNITED FROZENStabil-Agak lama beroperasi(4 Tahun)-Beraneka pilihan jualan - Lokasi kurang strategik
Perniagaan ais krim MINGOMINGO ini dijangka akan beroperasi di sekitar seluruh negeri Perlis dan kawasan yang berdekatan dengannya pada setiap hari terutamanya pada hari yang melibatkan tumpuan dan kehadiran orang ramai di sesebuah tempat seperti di aktiviti jualan langsung, jualan mega, pasar sehari, pasar malam dan sebagainya. Lori ais krim MINGOMINGO ini akan turut menjalankan operasi perniagaan di sekolah-sekolah di sekitar Kangar pada sebelah petang selepas aktiviti kokurikulum.
Berikut ialah senarai tempat dan anggaran masa pihak kami akan menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO:-
BILTEMPATANGGARAN MASA1Kawasan Sekolah (Rendah&Menengah)Selepas waktu persekolahan dan aktiviti kokurikulum2Jualan Langsung/Pameran/ExpoPada waktu pagi sehingga waktu malam3Pasar tani dan pasar malamSepanjang tempoh beroperasinya pasar tani dan pasar malam (pagi dan malam)4Pusat dan Taman rekreasi/Fun FairWaktu tumpuan orang ramai seperti waktu petang dan hari minggu
Untuk  memastikan penjualan ais krim MINGOMINGO mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak, SLC ONE SERVICES cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Ais krim yang berkualiti rasanya dan memuaskan ditambah dengan harga yang berpatutan sudah pastinya mampu untuk memenangi hati pelanggan. Namun perkara itu belum cukup bagi syarikat. Hal ini kerana syarikat mensasarkan perkhidmatan yang boleh dibanggakan kerana perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan adalah faktor kepercayaan dan keyakinan pelanggan dan orang ramai kepada syarikat dan juga produk yang dipasarkan.
Semua pekerja dinasihati untuk menjalankan perniagaan yang telus,amanah dan bersih. Aspek kebersihan amat dititikberatkan kerana ianya melambangkan identiti syarikat dan merupakan salah satu faktor yang diambil penelitian daripada pelanggan.
Misi syarikat iaitu mengutamakan pelanggan adalah asas kepada perniagaan syarikat. Setiap pelanggan atau orang ramai yang ingin mendapatkan ais krim MINGOMINGO akan dilayan dengan mesra oleh pekerja dan akan membuatkan pelanggan bersenang hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan seiring dengan kulaiti produk. Setiap pekerja juga disarankan untuk bercakap dengan nada yang penuh kesopanan dan memberi senyuman kepada pelanggan yang berkunjung.
Kami juga berusaha menyempurnakan hasrat dan keinginan pelanggan dengan cepat dan pantas. Kami tidak akan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu dalam tempoh masa yang lama untuk mendapatkan ais krim MINGOMINGO. Dengan adanya kemudahan mesin ais krim, ais krim dapat disiapkan dalam jangka masa yang cepat. Inilah menjadi faktor tarikan pelanggan.Sebelum  memulakan sesuatu perniagaan, SLC ONE SERVICES terlebih dahulu memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap operasi perniagaan yang bakal dijalankan. Hal ini bertujuan untuk merangka perancangan pada masa hadapan seterusnya  mengorak langkah ke hadapan untuk mencapai matlamat dan sasaran perniagaan supaya menetapi rancangan awal.
Begitu juga dengan perniagaan ais krim MINGOMINGO.Syarikat  juga telah mengkaji keadaan semasa dan membuat ramalan jualan bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Setelah diselidik, SLC ONE SERVICES meramalkan penjualan ais krim MINGOMINGO ini bakal mendapat sambutan yang  hangat dari pelbagai lapisan masyarakat kerana menyediakan perkhidmatan perniagaan bergerak yang menggunakan lori ais krim MINGOMINGO. Konsep perniagaan ini dijangkakan akan menarik minat dan perhatian orang ramai kerana perkhidmatan ini memudahkan malah menjimatkan masa dan tenaga mereka.

More Related Content

What's hot (20)

DOCX
Language Camp Programme Report
Stephanie Unsil
PPTX
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Ayubkhan Kks
PDF
Minit mesyuarat
Najmuddinjimi
PPT
MPU 1222 - KEUSAHAWANAN
Ayubkhan Kks
PPT
Staff training
selladurai
PPTX
PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA
PDF
12904782 nota-tingkatan-5
Wee Tit
PPTX
Perintang
syie
PDF
際際滷 rancangan perniagaan
Zulkifli Hamzah
PPTX
Bab 4 Pengedaran Produk by Dr. Normy Rafida Abdul Rahman
DrNormyRafida
PPTX
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Nazie War
PPT
Kos pengeluaran
may1357
PPTX
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Fairuz Alwi
PPTX
Bab 1 Keusahawanan
SMK Bintulu
PPTX
Rancangan perniagaan wano
Nor Syazwani
PPTX
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Ckg Nizam
PDF
Ice breaking 2
Norlela Abdrahman
PPTX
Bab 5 pasaran : ekonomi asas tingkatan 4
Aki Akialus
PPTX
Strategi penyasaran pasaran
chew15
PPT
Asas elektromekanikal tg1
Noorhashimi Mohd Zain

Viewers also liked (12)

PPT
Ice Cream project presentation
Rizwan Qamar
DOCX
Cost accounting project on AMUL ice cream
Anjali Modi
DOC
Rancangan perniagaan
Jemindar Ab Kadir
PDF
Proposal Kemitraan M R. T A C O Z
mrtacoz
DOCX
Chenta bakery temu bual
Ahmad Zulfiqar Daniel
DOCX
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
ppnkvl
PPTX
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
wani5
PDF
Rancangan Perniagaan
Zulkifli Hamzah
PDF
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Mahrajan Lanthanum
PPT
1147_ice cream.ppt
ElhuyarOlinpiada
PPSX
Ben & Jerry Ice cream Marketing Presentation
Shivansh Kottary
DOC
Ice cream businuss plan
Sajjad Chitrali

Ad

Profil slc one

• 1. INTISARI
PENDAHULUAN
PENGENALAN
1149350271145
Keusahawanan kini menjadi suatu bidang yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai salah satu bidang yang dapat membentuk acuan baru kepada rakyat, khususnya generasi muda dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan ekonomi Negara. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat positif dan tidak seharusnya dipandang enteng oleh segenap masyarat kini. Selain selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berdaya saing, masyarakat yang kompetitif dalam mengharungi cabaran globalisasi juga dapat diwujudkan. Demi mencapai hasrat tersebut dan ingin menyahut seruan kerajaan, maka tertubuhnya SLC ONE SERVICES.
SLC ONE SERVICES yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan didaftarkan secara rasmi pada 8 Oktober 2009 merupakan pemilikan tunggal 100% milik bumiputera. SLC ONE SERVICES mempunyai premis perniagaan yang beralamat di No.5, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, 01000 Kangar, Perlis. Syarikat ini terus memikirkan langkah dan strategi untuk memulakan operasi dan perniagaan. Misi dan visi dirangka seiring dengan keinginan syarikat untuk berjaya dalam dunia perniagaan ini. SLC ONE SERVICES berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjalankan perniagaan yang merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan terutamanya jualan ais krim MINGOMINGO.
Tertubuhnya SLC ONE SERVICES seiring dengan misi dan visinya yang tersendiri, mempunyai matlamat yang besar untuk turut memonopoli pasaran yang sedia ada di pasaran setempat di negeri Perlis. Setelah menjalankan pemerhatian dan kajian terhadap pasaran semasa, keperluan dan permintaan masyarakat di negeri Perlis, SLC ONE SERVICES telah membuat keputusan untuk menyediakan perkhidmatan perniagaan jualan ais krim MINGOMINGO yang bercirikan kontemporari, sangat menjimatkan dan menepati standard masa kini.
Berdiri teguhnya syarikat yang masih ditubuhkan dan belum lagi mencapai usia satu tahun penubuhannya, pencapaian SLC ONE SERVICES boleh dibanggakan. SLC ONE SERVICES berjaya mendapatkan pasaran tersendiri dalam persaingan dunia perniagaan kini. Pelbagai pihak tidak meragui perkhidmatan yang ditawarkan bahkan amat percaya dengan usaha yang ditunjukkan dan hasil yang diberikan.
Moto utama syarikat iaitu sentiasa mengutamakan pelanggan menjadi asas kepada segala tindak tanduk aktiviti syarikat. Perkhidmatan yang terbaik cuba diberikan kepada pelanggan kerana tidak mahu mengecewakan hati pelanggan seterusnya membaiki kelemahan yang ada dari masa ke masa.
Kajian yang didapati bahawa kebanyakan perkhidmatan penyediaan makanan di kawasan Kangar, menyediakan makanan ringan yang hampir sama kualitinya dan juga didapati dalam pelbagai variasi. Walaupun begitu, syarikat tidak akan mudah menyerah, bahkan akan lebih berusaha untuk mendapatkan pasaran dengan cara yang tersendiri dalam posisi yang berbeza dan aspek yang berlainan dari sedia ada. Syarikat akan menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dengan cepat yang dapat disediakan mengikut kesesuaian dan permintaan pengguna demi memenuhi kehendak mereka.
Projek ini dilihat mempunyai potensi yang baik kerana:-
Berkonsepkan usahawan mencari pelanggan dan pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai atau premis perniagaan. Hal ini menjimatkan masa dan tenaga serta keselamatan pelanggan. Tambahan pula, cara ini dapat memudahkan urusan pelanggan.176212578105
Citarasa pelanggan yang sentiasa berubah-ubah tanpa had masa menuntut satu olahan kepada citarasa produk ais krim yang alternatif dengan variasi pilihan.Konsep perniagaan bergerak yang mencari pelanggan dilihat masih kurang dijalankan di beberapa lokasi dan atas potensinya yang cerah di masa hadapan, peluang ini dimanfaatkan sepenuhya justeru garapan peluang ini di peringkat permulaan bakal merancakkan industri ais krim buatan sendiri.
Berdasarkan kepada variasi makanan yang bakal ditawarkan oleh pihak kami, SLC ONE SERVICES amat yakin dan optimis bahawa perniagaan ini bakal mendapat sambutan yang hangat daripada semua golongan terutamanya pelajar dan kanak-kanak, seterusnya dapat menjamin kestabilan dan kelangsungan syarikat untuk terus beroperasi dan melakar prestasi.
Menjadi syarikat yang baru ditubuhkan, kami memasang impian dan angan-angan untuk memonopoli pasaran setempat dan meluaskan lagi empayar perniagaan yang dimiliki kini. Oleh itu, perancangan sentiasa diaturkan dan kami sentiasa memandang ke hadapan untuk terus mengorak langkah.
Antara syarikat atau pihak yang telah berurusan dengan pihak SLC ONE SERVICES antaranya ialah:
-Koperasi SMKAP Berhad
-Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar
-E-Dymium Network Sdn.Bhd.
-Frutania Industry
Walaupun usia penubuhan syarikat belum lagi menjangkau usia satu tahun, namun kematangan syarikat amat jelas dilihat. Langkah demi langkah disusun agar perjalanan syarikat berjalan dengan lancar. Berkat usaha semua pihak, segala titik peluh kini mula menampakkan hasilnya.

806450213995
BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN
Nama Syarikat:SLC One ServicesAlamat Perniagaan :No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,Persiaran Tuanku Syed Putra,01000 Kangar, Perlis.No. Telefon:017-5637623 / 010-5267623e-mel:SUHAIMISLC1@gmail.comAlamat Pejabat:No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,Persiaran Tuanku Syed Putra,01000 Kangar, Perlis.No. Pendaftaran Perniaagan :RA0017308-PJenis Perniagaan:Milikan TunggalTarikh Daftar Perniagaan :08 Oktober 2009
BUTIR-BUTIR USAHAWAN
Nama:Suhaimi bin Abdul HamidNo. Kad Pengenalan:760311-02-6227Alamat Tetap:No.10, Taman Santan Indah,Jalan Santan,01000 Kangar, Perlis.Tarikh Lahir:11 Mac 1976Umur:34 TahunJantina:LelakiStatus:BerkahwinWarganegara:MalaysiaAgama:IslamPengalaman Bekerja:Marketing dan MotivationPekerjaan Sekarang:Ahli PerniagaanKursus yang dihadiri:Kelab UsahawanKemahiran/Kebolehan :Berpengalaman dalam menguruskan perniagaan yang Diusahakan bersama ahli lembaga pengarah yang lain.Jawatan:Pengarah Urusan
Untuk terus melakar prestasi dan kredibiliti syarikat, projek demi projek dirancang untuk meluaskan lagi perniagaan syarikat di samping untuk menjana pendapatan yang memberangsangkan. Namun, perancangan amat mudah dilakukan tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak semudah yang disangka. Pelbagai aspek harus dititikberatkan terutamanya dari aspek kewangan dan pembiayaan modal. Itulah menjadi masalah kepada kebanyakan syarikat untuk memulakan operasi perniagaan. SLC ONE SERVICES juga tidak ketinggalan dalam menghadapi kesulitan ini. Oleh itu, pembiayaan dari pihak pengurusan SME Bank amat diharapkan.
Projek cadangan yang dimaksudkan ialah perniagaan menjual ais krim jenama MINGOMINGO yang memerlukan pembiayaan kos yang tinggi berikutan dengan keperluan yang harus dipenuhi oleh pihak syarikat untuk memulakan operasinya. Pada ketika ini, syarikat hanya mempunyai sebuah lori ais krim MINGOMINGO yang beroperasi di sekitar negeri Perlis. Kekurangan bilangan lori ais krim MINGOMINGO ini menyukarkan pergerakan perniagaannya kerana pihak syarikat terpaksa menukar lokasi perniagaan hari demi hari untuk memenuhi kehendak pelanggan. Syarikat memerlukan 3 buah lagi lori ais krim MINGOMINGO untuk menjalankan perniagaan ini dan merancakkan lagi aktiviti perniagaannya kerana permintaan ais krim MINGOMINGO di negeri Perlis semakin mendapat sambutan. Setelah membuat kiraan berdasarkan keperluan semasa, SLC ONE SERVICES memerlukan kos sebanyak RM170,000.00 untuk menambahkan lagi bilangan lori bagi meneruskan rancangan perniagaan yang berpotensi tinggi ini. Pihak syarikat akan mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 20,000.00. Justeru, SLC ONE SERVICES masih memerlukan baki pembiayaan sebanyak RM 150,000 dan dengan jumlah wang sebanyak inilah SLC ONE SERVICES mengharapkan kelulusan pemohonan daripada SME Bank untuk membiayai baki modal yang diperlukan.
Dengan kelulusan pembiayaan ini, SLC ONE SERVICES yakin bahawa perniagaan ini bakal dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan seperti yang telah dirancangkan. SLC ONE SERVICES juga begitu yakin bahawa penjualan ais krim MINGOMINGO ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan berikutan dengan usaha yang telah kami jalankan dalam memperkenalkan produk ini kepada masyarakat setempat yang mendapat sambutan yang baik dan kami menjangkakan peningkatannya yang mendadak sekiranya pembiayaan ini diluluskan agar kami dapat meluaskan lagi pasarannya dengan wujudnya lebih banyak lori ais krim MINGOMINGO ini.
PROJEK CADANGANPERNIAGAAN : JUALAN AIS KRIM MINGOMINGOJUMLAH KOS KESELURUHAN: RM 170,000.00MODAL SYARIKAT: RM 20,000.00BAKI MODAL DIPERLUKAN: RM 150,000.00PEMBIAYAAN EKUITI: RM0PEMBIAYAAN PINJAMAN BANK: RM 0CADANGAN PEMBIAYAAN BALIK PINJAMANTEMPOH BAYARAN BALIK: 10 TAHUN / 84 BULANANSURAN BULANAN: RM 1874.00
3362325200025695325120650
DEFINISI PEMASARAN

Aktiviti pemasaran merangkumi proses membeli, menjual, menyediakan iklan,mengedar,serta menanggung risiko yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran.
Pemasaran juga dapat didefinisikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskan serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran,
MATLAMAT PEMASARAN

Matlamat pemasaran SLC ONE SERVICES adalah mencapai penghasilan dan pemasaran produk yang dapat memenuhi cita rasa pengguna dan masyarakat seterusnya mempelbagaikan pilihan produk kepada pengguna yang dijamin kepuasan dalam menikmatinya.
Bagi merealisasikan matlamat pemasaran syarikat, pelbagai strategi telah dilakukan oleh pihak pemasaran supaya segala produk dan perkhidmatan syarikat mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak. Antaranya adalah dapat memberi kepuasan kepada pengguna setelah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.
Memandangkan SLC ONE SERVICES beroperasi di sekitar negeri Perlis, permintan terhadap produk yang dihasilkan amat memberangsangkan daripada semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia bermulalah dari kanak-kanak mahu pun golongan dewasa.

STRATEGI PEMASARAN SYARIKAT
Dalam dunia perniagaan, pemasaran memainkan peranan yang penting bagi melancarkan urusniaga yang bakal dijalankan. SLC ONE SERVICES telah merangka strategi-strategi pemasaran yang tertentu bagi membolehkan penjualan ais krim MINGOMINGO ini berjaya dipasarkan serta mendapat sambutan dari orang ramai.
SLC ONE SERVICES telah menggunapakai konsep 5P iaitu PRODUCT, PLACE, PEOPLE, PRICE, dan PROMOTION.
PRODUCT/PRODUK-323850175895Produk merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah perniagaan. Produk menjadi identiti kepada sesebuah syarikat dan merupakan penentu kepada turun naiknya sesebuah perniagaan. Jadi, setelah melakukan beberapa proses pengkajian, SLC ONE SERVICES begitu yakin untuk memprodukkan ais krim MINGOMINGO dengan melakukan sedikit pembaharuan dari segenap aspek untuk mencari kelainan berbanding ais krim yang telah sedia ada di pasaran setempat yang telah dikenali umum. Dengan ini, SLC ONE SERVICES mencari identiti sendiri untuk memasarkan produk ini tanpa mengfotokopikan mana-mana produk yang berada di pasaran dengan rasa yang tersendiri dan harga yang berpatutan.
2. PLACE/TEMPAT
Tempat atau lokasi sesebuah perniagaan juga menjadi aspek penting dalam ruang sudut pemasaran. Lokasi yang strategik memberi kelebihan kepada syarikat. Lokasi yang difikirkan menjadi tumpuan orang ramai menjadi keutamaan dalam pemilihan lokasi perniagaan. Oleh itu, SLC ONE SERVICES akan menggerakkan lori ais krim MINGOMINGO ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di kawasan sekolah, pasar malam, pasar tani, kawasan perumahan dan lain-lain kawasan yang difikirkan sesuai dengan keadaan dan persekitaran semasa.
3. PEOPLE/KUMPULAN SASARAN
Untuk menjalankan penjualan ais krim MINGOMINGO, SLC ONE SERVICES telah menetapkan sasaran pasaran iaitu pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, penduduk setempat dan orang ramai tanpa mengira usia terutamanya kanak-kanak. Pada kebiasaannya, SLC ONE SERVICES lebih mengkhususkan kumpulan sasaran mengikut lokasi perniagaan yang dijalankan. Cara ini lebih berkesan kerana SLC ONE SERVICES dapat menganggarkan keuntungan yang bakal diperoleh dan mudah untuk mencapai target jualan.
4. PRICE/HARGA
Struktur penetapan harga dirangka dan ditetapkan mengikut klasifikasi produk tertentu sambil mengkaji harga pasaran semasa. Oleh itu, setelah menjalankan kajian yang teliti, akhirnya SLC ONE SERVICES berpendapat dan mengambil kata putus untuk meletakkan harga yang berpatutan selaras dengan kualiti produk yang dijamin amat memuaskan hati pengguna dari hanya serendah RM1. Dengan harga yang berpatutan selaras dengan kualiti dan kepuasan pelanggan, SLC ONE SERVICES yakin bahawa pernigaan ini bakal mendapat sambutan yang membanggakan.
Memandangkan objektif perniagaan menjual ais krim ini adalah untuk menyediakan suatu pembaharuan terhadap variasi ais krim yang terdapat dalam pasaran tempatan pada hari ini, kami bercadang untuk memasarkan ais krim berikut dengan disertakan nila anggaran harga:-
BILJENIS AIS KRIMHARGA JUALAN1AIS KRIM KONRM 1.002AIS KRIM CUPRM 2.003ROTI AIS KRIMRM 1.504TAPAI AIS KRIMRM 3.505AIS KRIM MANGKUKRM 3.50
4629150-20907375
5. PROMOTION/PROMOSI
Promosi merupakan nadi perniagaan. Oleh itu, aspek ini diberi penekanan yang lebih oleh syarikat. SLC ONE SERVICES membuat perancangan yang rapi untuk menjalankan promosi yang berkesan bertujuan untuk memperkenalkan ais krim jenama MINGOMINGO kepada masyarakat setempat tidak kurang pula menyedarkan masyarakat tentang kewujudan ais krim jenama MINGOMINGO ini di pasaran semasa.
Antara promosi yang bakal dilaksanakan oleh SLC ONE SERVICES ialah:-
IKLAN
• 2. Iklan berupaya untuk mengetengahkan ais krim jenama MINGOMINGO kepada kumpulan sasaran pasaran dan juga kepada semua lapisan masyarakat. Antara langkah yang diambil untuk merancakkan pengiklanan ais krim MINGOMINGO ialah dengan memasang BANNER dan mengedarkan FLYERS.
• 3. BANNER atau kain rentang yang direka kreatif dan menarik dipasang di tempat-tempat yang berpotensi dikunjungi dan menjadi paparan orang ramai. Dengan ini, orang ramai dapat mengetahui informasi terkini dari syarikat khususnya yang berkaitan dengan ais krim MINGOMINGO.
• 5. FLYRES dan BROUSHER turur diedarkan kepada sekolah-sekolah, kelab-kelab sukan dan kawasan perumahan untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci agar lebih tertumpu kepada pengetahuan individu.
• 6. TAWARAN DISKAUNPromosi dalam bentuk tawaran diskaun yang menarik dibuat pada pembukaan kedai dan pada setiap musim cuti sekolah. Kadar diskaun yang ditawarkan ialah dari 10% sehingga 50%. Promosi ini dijangka dapat menarik minat lebih ramai orang untuk menikmati ais krim MINGOMINGO pada harga yang rendah.
HADIAH PERCUMA/CENDERAHATIHadiah percuma bakal diberikan kepada pembeli yang membeli ais krim MINGOMINGO dengan kuantiti yang banyak dengan pembelian ais krim MINGOMINGO yang mencecah RM10 dan ke atas. Hadiah percuma yang diberikan adalah mengikut kepada kesesuaian dan menarik dengan kos yang minima dan berpatutan. Pemberian hadiah percuma ini dianggarkan akan lebih menarik perhatian orang ramai untuk membeli ais krim MINOMINGO dan sekali gus dapat melariskan ais krim ini.
JUALAN LANGSUNG
• 7. SLC ONE SERVICES menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO secara jualan langsung di tempat-tempat yang dikunjungi oleh orang ramai dan lokasi yang strategik bagi melariskan jualan harian. Dengan ini, pengguna dan pembeli tidak lagi bersusah payah untuk mendapatkan ais krim MINGOMINGO di premis perniagaan bahkan hal ini lebih memudahkan orang ramai menikmatinya.2101850337185KELEBIHAN PRODUK
Dalam menyediakan sesuatu pasaran dan produk, pelbagai aspek harus diteliti dan diambil perhatian untuk mendapatkan pasaran yang luas sekali gus menyaingi produk dalam pasaran semasa. Setiap produk harus ditampilkan kelainan dan kelebihan yang tersendiri untuk membolehkannya mendapat tempat di hati pelanggan dan pengguna.
• 8. Antara kelebihan ais krim MINGOMINGO dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:
• 9. ASPEKKELEBIHANRasaMemberi kelainan rasa ais krim dengan tekstur yang lembut dan rasa yang pasti memuaskan hati pelanggan.PerisaBoleh didapati dalam 3 perisa yang enak iaitu vanila, coklat dan strawberi. Campuran perisa juga boleh disediakan seperti coklat + vanila, strawberi + coklat, vanila + strawberi sekali gus dapat membuat olahan citarasa yang baru dan memberi kelainan rasa kepada penggemarnya.HargaHarga yang berpatutan selaras dengan kualiti yang diberikan dari serendah RM 1.00.KemudahanPerkhidmatan jualan ais krim bergerak. Pelanggan tidak perlu bersusah payah ke premis perniagaan malah syarikat yang mencari pelanggan. Menjimatkan petrol, masa dan menjamin keselamatan orang ramai.LokasiLokasi yang strategik yang berubah-ubah kerana tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai. MasaProses yang dijalankan untuk membuat ais krim adalah cepat dan tidak memakan masa yang lama kerana penyediaannya menggunakan mesin yang efisyen.DiskaunDiskaun juga turut ditawarkan kepada pelanggan.
• 11. Persaingan sebenarnya menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. Sektor perniagaan kini mendapat sambutan dan diusahakan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, masing-masing cuba mengeluarkan perkhidmatan dan produk yang terbaik bagi memenuhi tuntutan permintaan pengguna.
• 12. Berikut merupakan beberapa pesaing utama yang beroperasi di lokasi pilihan perniagaan:-
• 13. NAMA SYARIKAT/PESAINGKEDUDUKANKELEBIHANKEKURANGANWALLSStabil-Sudah lama beroperasi-Mempunyai 4 cawangan-Mendapat pasaran yang meluas-Beraneka pilihan ais krim- Bukan Bumiputera- Tiada perkhidmatan jualan ais krim bergerak-Harga agak mahal bagi sesetengah produkNESTLEStabil-Sudah lama beroperasi-Mempunyai 2 cawangan-Beraneka pilihan ais krim-Mendapat pasaran yang meluas-Bukan Bumiputera-Tiada perkhidmatan jualan ais krim bergerakUNITED FROZENStabil-Agak lama beroperasi(4 Tahun)-Beraneka pilihan jualan - Lokasi kurang strategik
• 14.
• 15. Perniagaan ais krim MINGOMINGO ini dijangka akan beroperasi di sekitar seluruh negeri Perlis dan kawasan yang berdekatan dengannya pada setiap hari terutamanya pada hari yang melibatkan tumpuan dan kehadiran orang ramai di sesebuah tempat seperti di aktiviti jualan langsung, jualan mega, pasar sehari, pasar malam dan sebagainya. Lori ais krim MINGOMINGO ini akan turut menjalankan operasi perniagaan di sekolah-sekolah di sekitar Kangar pada sebelah petang selepas aktiviti kokurikulum.
• 16. Berikut ialah senarai tempat dan anggaran masa pihak kami akan menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO:-
• 17. BILTEMPATANGGARAN MASA1Kawasan Sekolah (Rendah&Menengah)Selepas waktu persekolahan dan aktiviti kokurikulum2Jualan Langsung/Pameran/ExpoPada waktu pagi sehingga waktu malam3Pasar tani dan pasar malamSepanjang tempoh beroperasinya pasar tani dan pasar malam (pagi dan malam)4Pusat dan Taman rekreasi/Fun FairWaktu tumpuan orang ramai seperti waktu petang dan hari minggu
• 18.
• 19. Untuk memastikan penjualan ais krim MINGOMINGO mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak, SLC ONE SERVICES cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
• 20. Ais krim yang berkualiti rasanya dan memuaskan ditambah dengan harga yang berpatutan sudah pastinya mampu untuk memenangi hati pelanggan. Namun perkara itu belum cukup bagi syarikat. Hal ini kerana syarikat mensasarkan perkhidmatan yang boleh dibanggakan kerana perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan adalah faktor kepercayaan dan keyakinan pelanggan dan orang ramai kepada syarikat dan juga produk yang dipasarkan.
• 21. Semua pekerja dinasihati untuk menjalankan perniagaan yang telus,amanah dan bersih. Aspek kebersihan amat dititikberatkan kerana ianya melambangkan identiti syarikat dan merupakan salah satu faktor yang diambil penelitian daripada pelanggan.
• 22. Misi syarikat iaitu mengutamakan pelanggan adalah asas kepada perniagaan syarikat. Setiap pelanggan atau orang ramai yang ingin mendapatkan ais krim MINGOMINGO akan dilayan dengan mesra oleh pekerja dan akan membuatkan pelanggan bersenang hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan seiring dengan kulaiti produk. Setiap pekerja juga disarankan untuk bercakap dengan nada yang penuh kesopanan dan memberi senyuman kepada pelanggan yang berkunjung.
• 23. Kami juga berusaha menyempurnakan hasrat dan keinginan pelanggan dengan cepat dan pantas. Kami tidak akan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu dalam tempoh masa yang lama untuk mendapatkan ais krim MINGOMINGO. Dengan adanya kemudahan mesin ais krim, ais krim dapat disiapkan dalam jangka masa yang cepat. Inilah menjadi faktor tarikan pelanggan.Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, SLC ONE SERVICES terlebih dahulu memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap operasi perniagaan yang bakal dijalankan. Hal ini bertujuan untuk merangka perancangan pada masa hadapan seterusnya mengorak langkah ke hadapan untuk mencapai matlamat dan sasaran perniagaan supaya menetapi rancangan awal.
Begitu juga dengan perniagaan ais krim MINGOMINGO.Syarikat juga telah mengkaji keadaan semasa dan membuat ramalan jualan bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Setelah diselidik, SLC ONE SERVICES meramalkan penjualan ais krim MINGOMINGO ini bakal mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai lapisan masyarakat kerana menyediakan perkhidmatan perniagaan bergerak yang menggunakan lori ais krim MINGOMINGO. Konsep perniagaan ini dijangkakan akan menarik minat dan perhatian orang ramai kerana perkhidmatan ini memudahkan malah menjimatkan masa dan tenaga mereka.
• 24. Selain itu, sambutan ini diramalkan akan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana atas faktor iklim dan cuaca di negara Malaysia sejak kebelakangan ini. Cuaca yang begitu panas sehingga mencecah suhu yang tinggi menyebabkan orang ramai cepat dahaga dan lebih menggemari makanan dan minuman yang sejuk di waktu yang panas disinari cahaya suria yang terik . Oleh itu, SLC ONE SERVICES, mengambil peluang ini untuk merancakkan jualan ais krim berikutan permintaan yang tinggi umumnya dari semua pihak.
• 25. Tambahan pula, seperti diketahui umum, ais krim merupakan salah satu makanan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak. Jadi, ais krim MINGOMINGO diyakini tidak akan pernah terputus permintaan daripada masyarakat kerana bukan sahaja rasanya yang enak dinikmati malah harganya juga amat berpatutan dan mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak dan golomgan dewasa.
Projek perniagaan penjualan ais krim yang bertemakan ringkas, mudah dan cepat yang bakal dirintis oleh syarikat SLC ONE SERVICES dapat diklasifikasikan sebagai sebuah projek yang amat berdaya saing, berpotensi dan mampu menjana pendapatan dan hasil yang lumayan dan banyak dalam tempoh yang singkat.
Menerusi analisis dan penelitian yang dibuat dan dijalankan yang seterusnya dirangkumkan dalam rancangan perniagaan ini, didapati bahawa kebarangkalian untuk projek ini berjaya dan mendapat sambutan daripada masyarakat awam adalah sangat tinggi dan positif. Dari sudut pemasaran, perniagaan ini tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi perniagaan yang terlaris di kawasan sekitar negeri Perlis. Hal ini didorong oleh keunikan tema yang diketengahkan selain keberkesanan strategi pemasaran yang diaplikasikan secara efektif dan proaktif. Oleh hal yang demikian, perniagaan ais krim MINGOMINGO ini dijangka mampu untu menguasai segmen pasaran setempat dalam jangka masa kurang dari lima tahun.
Seterusnya, hasil daripada kajianyang dijalankan terhadap operasi perniagaan didapati pihak pengurusan syarikat akan menyelaraskan segala aturan perniagaan demi dari masa ke masa demi keselesaan serta memudahkan pengguna. Bagi menjamin kelancaran perniagaan serta sistem operasinya, pihak syarikat akan mengambil beberapa orang pekerja yang bertugas secara shift serta mengikut bidang tugas yang dikhususkan dan ditetapkan oleh pihak syarikat, dan akan dikawal selai oleh seorang pengurus yang bertanggungjawab untuk menyelia para pekerja yang bekerja di premis kami agar dapat menjalankan kerja dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada syarikat.
Seterusnya, kestabilan syarikat untuk teguh beroperasi dan dapat beroperasi dengan baik dapat dinilai berdasarkan analisa-analisa yang telah dijalankan. Perkara yang paling mustahak adalah keupayaan syarikat untuk bekerja dengan efektif serta memberi mutu perkhidmatan yang terbaik kepada setiap lapisan masyarakat tanpa menjejaskan keupayaan untuk menjana keuntungan hasil daripada strategi kewangan yang efektif. Harapan kami amat besar untuk melihat syarikat ini dapat menjalankan operasi dengan mengaaptasikan budaya kerja Jepun yang seterusnya dapat berkembang kukuh dengan segala penambahan prasarana dan kemudahan baru yang akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Tuntasnya, setelah pihak kami menganalisa segenap aspek perniagaan ini, syarikat secara teguh dan sangat komited serta yakin bahawa kami mampu untuk menjalankan perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, sekiranya perniagaan ini dapat dijalankan, pihak syarikat akan berjanji untuk berusaha sedaya upaya untuk mlakar prestasi, menampilkan kualiti yang tersendiri serta beriltizam untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan sentiasa bersikap profesional dalam apa-apa sahaja perkara seiring dengan syarikat-syarikat lain.