1. Kertas cadangan ini mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu bagi menyesuaikan murid dengan persekitaran sekolah baru.
2. Program ini akan dijalankan selama seminggu pada 12-16 Januari 2015 dan merangkumi aktiviti pembelajaran, sukaneka, dan majlis penutup untuk meningkatkan minat murid Tahun Satu.
3. Jawatankuasa pelaksana akan menyediakan bahan pem
1 of 6
Downloaded 206 times
More Related Content
Kertas kerja Program transisi 2015
1. ANAK CEMERLANG
Sayalah permata
Anak kesayangan
Kebanggan ayah dan ibu…
Saya dibesarkan
Dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik
Untukku…
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang
SK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)
JALAN P5A/5,
PRESINT 5,
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
NO. TEL: 03-88613839/03-88613290
NO. FAKS: 03-88610580
2. 1.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN
Kertas cadangan Program Transisi Tahun Satu dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan
dan peruntukan daripada Guru Besar SK. Putrajajaya Presint 5 (1) agar program ini dapat
dilaksanakan.
2.0 PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama
program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
3.0 TUJUAN PROGRAM :
3.1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru
dalam masa yang singkat.
3.2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal di Tahun 1.
3.3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak
masalah.
4.0 OBJEKTIF :
4.1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.
4.2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
4.3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
4.4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
4.5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar
5.0 PENGISIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Sila rujuk lampiran yang disediakan.
3. 6.0 TEMA: MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA
6.1 Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta
penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan
minda cerdas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan
tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan
wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di
samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
prasekolah.
6.2 Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-
sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan
minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu
bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang
sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran
mereka di Tahun Satu.
7.0 TARIKH
12 – 16 Januari 2015
8.0mSASARAN
Murid Tahun 1
9.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Puan Rohani binti Haji Ahmad
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Puan Sopiah binti Omar
Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Puan Zamzuriah binti Md. Desa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II : Encik Hapeni @ Hipni bin Mohd Mokhtar
Penolong Kanan Kokurikulum
Ko-ordinator : Encik Ku Salleh bin Ku Salim
Setiausaha : Cik Nursyahani binti Ibrahim
4. 10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS
BIL J/KUASA AHLI BIDANG TUGAS
10.1 Dokumentasi Cik Nursyahani bt. Ibrahim - Mendapatkan gambar
daripada jurufoto.
- Menyiapkan laporan
program dalam tiga salinan
(sekolah, PK1, fail panitia)
tiga hari selepas program
dijalankan.
10.2 Jurufoto Pn. Nurhezrin bt.Anuar - Mengambil gambar pegun
sepanjang majlis
berlangsung
- Gambar perlu diserah
kepada J/Kuasa
Dokumentasi. Jika perlu
‘burn’ ke dalam CD.
10.3 Buku Program Pn. Hasnah bt. Ishak - Mendapatkan maklumat
majlis daripada urus setia.
- Menyedia dan mencetak
buku program.
10.4 Bahan
Lembaran Kerja
Pn.
Noryusmaizan
Pn. Hafiza
Pn. Norhasimah
Cik Nur Liza
Ustazah Izan
Ustazah Nor
Asiah
En. Iskandar
Pn. Aznita
(BM : L/kerja 1,5)
(BI : L/kerja 4,10 )
(M3 :L/kerja 7)
(DST :L/kerja 9)
(B.Arab : L/kerja
8)
(P.Islam: L/kerja
2)
(PK : L/kerja 6 )
(DMz: L/kerja 3)
- Menyediakan lembaran
kerja mengikut mata
pelajaran masing-masing.
- Mencetak mengikut
bilangan murid dan
diedarkan kepada guru
kelas sehari sebelum acara.
10.5 Sukaneka Pn. Suriyawanis
bt.Mahmur@Mohamod (K)
En. Hipni b. Mohd Mokhtar
Ustaz Wan Ahmad Faiz b. Wan
Hassan
En. Ku Salleh b. Ku Salleh
- Merancang acara sukaneka.
- Menyediakan peralatan
sukaneka.
- Menyediakan tempat &
peralatan pada hari
sukaneka.
10.6 Senamrobik En. Hipni b. Mohd Mokhtar
En Jamil Hamzah bin Sazali
- Menyediakan muzik untuk
acara sukaneka.
- Mengetuai acara
senamrobik.
5. 11.0 JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI DAN BIDANG TUGAS
BIL J/KUASA AHLI BIDANG TUGAS
11.1 Juru acara En. Jamil Hamzah b.
Sazali
- Mendapatkan maklumat tetamu
jemputan yang hadir (sekiranya ada).
- Mendapatkan aturcara majlis daripada
urus setia.
- Menyediakan teks ucapan majlis.
11.2 Bacaan Doa Ustaz Mohd Haniff b.
Hussin
- Mendapatkan aturcara majlis daripada
urus setia.
- Menyediakan teks bacaan doa.
11.3 Juru foto Pn. Nurhezrin bt. Anuar - Mengambil gambar pegun sepanjang
majlis berlangsung
- Serahkan gambar kepada J/Kuasa
Dokumentasi dalam CD. (burn)
11.4 Peralatan En. Muhamad Azhan b.
Abdullah
- Menyediakan PA System dan LCD.
11.5 Kawalan Murid
Semasa Majlis
En. Iskandar Razin Tsen
b. Abdullah
- Mengawal disiplin pelajar semasa
majlis berlangsung.
11.6 Penyambut
tetamu
Guru Besar
PK Pentadbiran
PK HEM
PK Kokurikulum
- Menjemput tetamu jemputan ke
tempat duduk yang disediakan
11.7 Persiapan
tempat
Ustaz Mohd Haniff b.
Hussain (K)
En. Muhamad Azhan b.
Abdullah
Ustaz Wan Ahmad Faiz b.
Wan Hassan
En. Ku Salleh b. Ku Salim
- Petang 15 Jan. (Khamis) menyusun
kerusi di dalam dewan.
11.8 Juri pertandingan Pn. Zamzuriah bt. Md.
Desa (K)
Pn. Hasnah bt. Ishak
Pn. Nor Lizah@Nor Lijah
bt. Wagiyo
- Mengadili Pertandingan Lagu Patriotik
antara kelas
- Markah akhir perlu diberi kepada juru
acara.
11.9 Hadiah Pn. Hermawati bt. Abdul
Samad (K)
Pn. Nor Lizah@Nor Lijah
bt. Wagiyo
- Mendapatkan peruntukan daripada
Guru Besar.
- Menyediakan 5 hamper.
6. 12.0 ATURCARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
10.05 pagi : Semua murid mengambil tempat
10.10 pagi : Tetamu jemputan mengambil tempat
10.15 pagi : Bacaan doa
10.20 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Wilayah
10.25 pagi : Ucapan Guru Besar
10.35 pagi : Ucapan Tetamu Jemputan dan merasmikan majlis penutup program
transisi
10.45 pagi : Pertandingan lagu patriotik antara kelas
11.45 pagi : Penyampaian hadiah
12.00 tengah hari : Murid beredar ke kelas masing-masing
12.15 tengah hari : Bersurai
13.0 PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
01 Hamper makanan 3 buah RM70.00
14.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Duit sewaan kantin
15.0 PENUTUP
Saya berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang
dirancangkan dengan kerjasama dari semua warga sekolah.