2. BORANG KEBENARAN KELUAR NEGARA
Borang kebenaran keluar negara atas urusan
rasmi dan atas urusan persendirian adalah
berbeza.
Surat tawaran perlu dilampirkan beserta
borang permohonan.
Bagi urusan rasmi:
Dibenarkan oleh Ketua Jabatan.
Disokong oleh Ketua Pengarah
Diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
3. SOKONGAN & KELULUSAN
Justifikasi permohonan atas urusan rasmi sangat
penting.
Bahagian ini yang akan menentukan sama ada anda
mendapat kelulusan atau tidak.
Kelulusan dengan cuti tanpa rekod atau cuti
tahunan atau tanpa gaji (cuti tahunan tak cukup).
Kebiasaanya anda tidak akan berjumpa dengan KP
atau KSU untuk menerangkan tujuan dan kepentingan
program tersebut. Jadi bahagian faedah kepada
Negaralah yang menjadi penentu kepada pelepasan
tersebut.
4. ULASAN KEWANGAN
Ulasan bahagian kewangan bergantung
kepada apa yang anda isi di ruang
perbelanjaan ditanggung oleh.
Jika program pertukaran belia antarabangsa,
kebiasaannya ditanggung sepenuhnya oleh
negara penganjur.
Contoh: Program Pertukaran Kapal BeliaAsia dan
Jepun, perbelanjaan program ditanggung
sepenuhnya oleh Cabinet Office ofJapan.
So should be no problem.
5. ELAUN PAKAIAN PANAS
Boleh dimohon sekali dalam tempoh 3 tahun
jika program tersebut di kawasan beriklim
sederhana atau sejuk sebanyak RM1500.
Permohonan perlu dibuat sebelum program
atau selewat-lewatnya 3 bulan selepas pulang.
Borang ini perlu diisi dan dilampirkan:
Surat tawaran keluar negara.
Kelulusan keluar negara (Setelah permohonan
keluar negara diluluskan).
Salinan buku rekod perkhidmatan.
6. LAIN-LAIN
Sebelum mengikuti program pertukaran belia,
pastikan anda telah menguruskan kerja-kerja
tertangguh.
Bagi program SSEAYP yang dijadualkan pada
akhir tahun, pastikan LNPT anda telah siap diisi.
Sepanjang program Pre DepartureTraining,
anda sangat terikat dengan jadual program yang
padat. Jadi pastikan anda selesaikan segala
tugasan. Barulah boleh pergi program dengan
senang hati.
Anda adalah Duta Belia Malaysia so act like one.