2. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan
serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang
disesuaikan.
Penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada
bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan
objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang
tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan,
muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan
bagi mengiringi pergerakan yang dibuat.