Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Public Islamic Bank Berhad menawarkan pelbagai produk perbankan Islam termasuk pembiayaan perumahan, pinjaman peribadi, dan akaun simpanan. Bank ini menggunakan konsep-konsep seperti musyarakah mustanaqisah untuk pembiayaan perumahan dan bai al-einah untuk pinjaman peribadi. Akaun simpanan pula berlandaskan konsep wadiah.
1 of 15
Downloaded 36 times
More Related Content
Public Islamic Bank Berhad
1. FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN
PERBANKAN ISLAM
FIN 3083
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK TUGASAN:-
PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD
DISEDIAKAN OLEH:-
NUR FATIHAH BINTI ZAIDI 100913
HAMIMAH BINTI MANSUR 100646
SITI ZAINAH BINTI A BAKAR 100817
NUR AMIRAH BINTI ABD RAZAK 100513
SITI SOFIA BINTI SAZALI 100573
DISEDIAKAN UNTUK:-
CIK SALBIAH NUR BINTI SHAHRUL AZMI
TARIKH HANTAR:-
22 MAC 2013
4. PENDAHULUAN
Urusniaga perbankan Islam semakin mendapat tempat dan perhatian daripada
masyarakat umum umat Islam itu sendiri. Bukan itu sahaja, perbankan Islam telah menjadi
trend yang paling penting dalam dunai perniagaan malahan dalam kehidupan seharian. Kajian
ini dijalankan bagi mengkaji produk-produk perbankan Islam yang terdapat di Malaysia
termasuklah Public Islamic Bank Berhad.
Sebagaimana yang diketahui umum, Public Islamic Bank Berhad merupakan anak
syarikat kepada Public Bank Berhad yang dimiliki oleh syarikat swasta dan diterajui oleh orang
bukan Islam. Walaupun Public Bank Berhad diterajui oleh orang bukan Islam, tetapi ia
sebenarnya dikawalselia oleh orang Islam sendiri demi kepentingan umat Islam sedunia.
Tambahan pula, masyarakat kini telah mengetahui kepentingan yang akan mereka
perolehi sekiranya mereka berurusan dengan bank-bank yang menepati prinsip syariah. Bukan
itu sahaja, malahan mereka juga turut sama membantu masyarakat Islam yang lain dalam
mengembangkann lagi perniagaan individu terbabit.
4
5. SEJARAH PENUBUHAN PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD
Public Islamic Bank Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Public Bank
Berhad dan telah memulakan operasinya pada 1 November 2008 dan diterajui oleh Ismail
Ibrahim sebagai Ketua Eksekutif.
Public Bank menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam sejak tahun 1993.
Oleh kerana kadar pembangunan yang sangat pantas dan penerimaan yang semakin
maningkat terhadap produk perbankan Islam dikalangan pelanggan Islam dan bukan Islam,
Public Islamic Bank telah mengambil kesempatan dengan memperkenalkan pelbagai produk
dan perkhidmatan yang patuh kepada prinsip syariah.
Public Islamic Bank Berhad telah menawarkan pelbagai produk perbankan Islam yang
sangat kompetitif. Terdapat BBA pekej Pelan Rumah untuk membiayaan rumah, BBA Swift dan
BBA Smilax pekej untuk membiayai pembelian rumah kedai, gudang dan hartanah
perindustrian. Sewa AITAB Beli-i adalah ditawarkan untuk membiayai pembelian kenderaan
bermotor. Kemudahan overdraf atau Tunai Talian Kemudahan-i turut disediakan kepada
pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan jangka pendek. Public Islamic Bank Berhad
juhga aktif mempromosikan BAE untuk pembiayaan peribadi-i yang dipilih untuk agensi dan
syarikat kerajaan.
Antara produk lain yang tirut ditawarkan oleh Public Islamic Bnak Berhad termasuklah
akaun pelaburan dan deposit. Ia ditawarkan dalam pelbagai jenis seperti akaun Wadiah-i,
Wadiah Akakun Semasa-i, Bestari Mudharabah Simpanan Akaun-i, dan Mudharabah Akaun
Pelaburan Am-i.
Kesemua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan / diperkenalkan oleh Public Islamic
Bank Berhad adalah patuh kepada syariah dan diselia oleh Jawatankuasa Syariah bebas.
Bukan tu sahaja, Public Islamic Bank telah mencatatkan kadar pertumbuhan purata
tahunan 25 peratus sepanjang tempoh lima tahun yang lalu dan telah menyumbang dengan
ketara kepada keuntungan syarikat.
5
6. HOME FINANCING (PEMBIAYAAN PERUMAHAN)
Setiap orang mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri dimana mereka boleh
menghabiskan masa lapang bersama-sama dengan keluarga yang tersayang. Bak kata
pepatah Rumahku Syurgaku. Dengan adanya pembiayaan perumahan yang disediakan oleh
Public Bank dibawah skim Islamic Banking, setiap individu boleh memenuhi kehendak tersebut
dengan membangunkan sebuah rumah yang selama ini menjadi impian setiap individu. Public
Islamic Bank Berhad menyediakan pembiayaan perumahan dengan bayaran ansuran yang
rendah seiring dengan kaedah pembayaran balik yang mudah.
Public Islamic Bank Berhad menggunakan konsep Musyarakah Mustanaqisah
(perkongsian yang semakin berkurangan) juga dikenali sebagai Musyarakah Mustahiah
Bitamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Musyarakah mustanaqisah melibatkan
dua pihak iaitu bank dan pelanggan dimana pelanggan akan menjadi rakan kongsi dalam
pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki oleh bank, manakala pelanggan
akan menjadi pemilik minoriti.
Melalui konsep ini, bank dan pelanggan akan berkongsi modal untuk mendapatkan
pemilikan sesebuha rumah. Pemilikan tersebut adalah keatas kedua belah pihak iaitu
pelanggan dan bank. Rumah yang ingin dibeli oleh pelanggan akan dimiliki sepenuhnya oleh
pelanggan sekiranya pelanggan tersebut membayar kembali kesemua pembiayaan yang
diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.
Walaubagaimanapun, keengganan pelanggan untuk membayar semula pembiayaan akan
menyebabkan pelanggan kehilangan aset tersebut dan nama boleh disenarai hitam oleh pihak
bank.
Tambahan pula, Public Islamic Bank Berhad turut manawarkan pekej Home Save.
Dimana pekej ini menghubungkan pinjaman perumahan pelanggan kepada akaun semasa
pelanggan tersebut dimana baki kredit di dalam akaun semasa akan digunakan untuk
mengurangkan baki pinjaman perumahan yang cemerlang untuk pengiraan faedah bahkan
pelanggan dapat menikmati penjimatan faedah.
Pelanggan yang memohon pembiayaan perumahan daripada Public Islamic Bank
berhad turut mendapat beberapa menfaat antaranya ialah :-
- Pembiayaan adalah pada kadar yang kompetitif
6
7. - Tempoh pembayaran adalah fleksibel
- Terdapat pelbagai saluran pembayaran termasuklah pembayaran melalui perbankan,
ATM dan lain-lain lagi.
7
8. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN
INDIVIDU
Dokumen-dokumen ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:-
(i) Bekerja
a. Slip gaji 3 hingga 6 bulan terakhir / penyata EA terakhir
b. Mana-mana salah satu daripada yang berikut:-
Penyata KWSP (tidak lebih daripada setahun)
Penyata cukai dan resit cukai terakhir
Surat tawaran bekerja / surat pengesahan majikan
Penyata akaun semasa / buku atau penyata akaun simpanan 3 bulan
terakhir
(ii) Bekerja Sendiri
a. Penyata cukai dan resit cukai bagi tahun terakhir / penyata akaun atau buku /
penyata akaun simpanan 6 bulan terakhir
*Apa-apa dokemun pendapatan tambahan mungkin diperlukan atas budi bicara
mutlak bank
8
9. PINJAMAN PERIBADI (PERSONAL LOAN)
Pinjaman peribadi (personal loan) di Public Islamic Bank Berhad sebenarnya adalah
berdasarkan konsep Bai Al- Einah (Jual Beli) yang dikenali sebagai BAE Personal
Financing-i dan Plus BAE Personal Financing-i. sesiapa sahaja boleh memohon pinjaman
ini. Bai Al-Ienah ialah suatu kaedah menjual semula barang dengan harga tangguh kemudian
membelinya semula dengan harga yang kurang daripada harga jualan. Begitu jugalah dengan
pembiayaan peribadi yang disediakan oleh Public Islamic Bank dengan memberikan pinjaman
kepada pemohon kemudian pemohon yang membuat bayaran secara berhemah akan
mendapat potongan harga / diskaun keatas pembayaran semula yang dilakukan.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum membuat
permohonan pinjaman peribadi. Antara kelayakan yang diperlukan oleh Public Islamic Bank
berhad ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun keatasdan
sudah menjadi pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya selama setahun dalam mana-mana
agensi yang disahkan oleh Public Islamic Bank.
Syarat-syarat pinjaman peribadi adalah sama setiap tahun yang mana syarat ini
dikekalkan adalah kerana ia masih lagi releven kepada keperluan dan kelayakan peminjam.
Bukan itu sahaja, sistem ini akan terus digunapakai oleh bank ini termasuk bank-bank yang lain
yang menggunakan sistem panilaian kelayakan bakal peminjam yang serupa.
Seperti yang dinyatakan tadi, personal loan atau pinjaman peribadi Public Islamic Bank
adalah berasaskan Islamic finance. Tambahan pula, pekej Plus BAE Personal Financing-i
adalah ditawarkan khusus kepada pelanggan asal Public Islamic Bank yang memunyai rekod
pembayaran yang baik dan mereka layak memohon bantuan kewangan tanpa sebarang
cagaran dan juga penjamin. Ini adalah pekej penghargaan daripada pihak Public Bank kepada
pelanggan-pelanggan mereka yang setia.
9
10. KELEBIHAN PINJAMAN PERIBADI
Antara kelebihan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Public Islamic Bank ialah:-
i) Tidak memerlukan penjamin
ii) Jumlah pinjaman mencecah RM 15,000
iii) Tempoh bayaran balik adalah sehingga 20 tahun dengan tempoh kelulusan yang
cepat serta terdapat pelbagai cara bayaran balik yang pelbagai dan banyak lagi
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon yang ingin membuat pembiayaan peribadi
boleh melawati laman web public bank iaitu www.publicbank.com dan meneliti maklumat
dengan lebih lanjut lagi berkenaan pinjaman peribadi, jadual pembayaran balik serta tawaran
yang terbaru secara terperinci.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PINJAMAN PERIBADI (PERSONAL LOAN)
Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi terbahagi
kepada 2 kategori iaitu:-
(i) Kakitangan Kerajaan
a. Slip gaji 3 bulan yang terakhir
b. Pengesahan majikan atas status pekerjaan dan gaji (sekiranya ada)
c. Salah satu daripada dokumen yang berikut
i. Penyata KWSP (tidak lebih daripda setahun)
ii. Penyata cukai dan resit cukai yang terakhir
iii. Surat tawaran bekerja / pengesahan majikan
(ii) Bekerj sendiri
a. Penyata cukai dan resit cukai bagi tahun terakhir atau penyata akaun semasa /
buku atau penyata akaun simpanan 6 bulan yang terakhir
*sekiranya terdapat apa-apa dokumen tambahan yang diperlukan ia adalah atas
budi bicara mutlak bank
10
12. AKAUN SIMPANAN (SAVING ACCOUNTS)
Akaun simpanan di Public Islamic Bank Berhad menggunakan konsep wadiah yang
berlandaskan prinsip syariah. Wadiah ialah akad yang halal disisi syarak kecuali terdapat
perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti penipuan, gharar serta riba, maka ia adalah
haram. Tambahan pula, Public Islamic Bank Berhad mengenakan kadar faedah yang rendah
iaitu sebanyak 25% setahun.
Akaun simpanan di Public Islamic Bank Berhad terbahagi kepada dua iaitu:-
1) Basic Saving Account pelanggan hanya memerlukan RM 20 untuk membuka akaun
simpanan. Kad ATM juga akan diberikan dan tiada yuran tahunan yang dikenakan
kepada pelanggan yang memegang kad ATM.
2) PLUS Saving Account memerlukan deposit sekurang-kurangnya RM 250.
Kebanyakan pelanggan Public Islamic Bank membuka akaun simpanan menggunakan
PLUS Saving Account. Tambahan pula, pelanggan hanya perlu membayar RM 8 atau
RM 12 untuk memohon kad ATM dan kad debit VISA. Sekiranya pelanggan hanya ingin
mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM, Public Islamic Bank menyarankan kepada
pelanggannya untuk memohon kad ATM yang biasa dengan yuran (fee) sebanyak RM 8
sahaja.
Bukan itu sahaja, Public Islamic Bank Berhad juga menawarkan kepada pelanggan Basic
Saving Account:-
Pembukaan akaun simpanan untuk individu (secara sendirian / kumpulan) dengan
deposit permulaan sebanyak RM 20
Minimum baki ialah sebanyak RM 20
Buku simpanan wang dibekalkan
Mendapat faedah tanpa mengira baki akaun simpanan
Boleh mengakses akaun dimana-mana cawangan Public Bank, ATM, PB Telebanking /
PBeBanking.com
12
13. Public Islamic Bank Berhad telah meletakkan senarai kelayakan untuk sebaranf permohonan
akaun simpanan dan prmohon mestilah warganegara Malaysia. Antara kriteria lain yang
diperlukan ialah:-
Kelayakan Permohonan
Pemohon Akaun Memohon Diatas Nama Jenis Operasi
Kad PB
Persendirian Individu - Ya
Tandatangan Salah
Ya
Dua Orang Atau Lebih Seorang
Kumpulan
Individu Tandatangan Secara
Tidak
Kumpulan
Ibu Bapa/ Penjaga Kanak-
Wakil Kanak Berumur 12 Tahun - Tidak
Kebawah
Kelab, Sekolah,
Pertubuhan,Kelab,Sekolah - Tidak
Pertubuhan
Jumlah minimum deposit untuk membuka akaun ialah RM 250
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelebihan sekiranya seseorang individu membuka
akaun simpanan iaitu:-
Deposit yang diterima daripada pelaburan adalah berdasarkan prinsip syariah dan Hibah
(untung) daripada pulangan pelaburan akan diberikan kepada pelanggan
Minimum baki akaun mestilah RM 1
Hibah (sekirany ada) akan dikreditkan kedalam akaun pelanggan setiap bulan
13
14. KAD DEBIT (DEBIT CARD)
Kad Debit Public Islamic Bank beransur-ansur menjadi pilihan pertama rakyat terutama
dikalangan pelajar untuk jumlah manfaat yang ditawarkan. Ia adalah lebih baik bergantung
kepada kad debit untuk membuat pembelian dan bukannya mencari ATM untuk mengeluarkan
wang tunai. Ia juga bagi mengelakkan daripada dikenakan dengan yuran transaksi pengeluaran
tunai dari ATM dan dan kerumitan untuk membawa wang tunai dengan mereka.
Pemegang kad debit perlulah membuka akaun simpanan di Public Islamic Bank Berhad
dan di dalam akaun simpanan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya RM 25 dan yuran
tahunan sebnayak RM 24 setahun. Terdapat dua jenis kad debit iaitu kad debit Islamik dan kad
debit konvensional. Sebagai contoh, pihak EON Bank ada mengeluarkan dua jenis kad debit
iaitu EONCAP Islamic Debit MasterCard (Islamic) dan juga EON BANK Debit MasterCard
(konvensional). Kad debit EONCAP Islamic Debit MasterCard dikeluarkan oleh EON Islamic
Bank dan bukannya daripada EON Bank biasa.
Pelanggan yang inigin memohon kad debit perlulah memohon dan membuka kad debit
dibawah akaun Islamik yang mempunyai ciri-ciri Islamik iaitu patuh kepada syariah. Untuk
maklumat lanjut mengenai kad debit pelanggan bolehlah mengunjungi laman web Public Islamic
Bank Berhad.
14