2. Raja beRsiong
Raja Ong Maha Perita Deria yang memerintah negeri Kedah digelar
Raja Bersiung kerana ditumbuhi siung.Hal ini demikian krana
baginda suka makan gulai lecek batang sayur bayam.Menteri
menasihatinya agar tidak memakan makanan itu lagi, namun baginda
bukan sahaja enggan, malahan semakin menggemarinya setelah
merasai sayur itu bercampur dengan darah daripada jari tukang
masaknya yang luka. Sejak itu, baginda membunuh rakyatnya setiap
hari, termasuk semua pesalah di dalam penjara bagi untuk
mendapatkan darah untuk dicampur dengan sayur kegemarannya.
Baginda juga makan hati mangsanya yang telah dimasak
gulai.selekeh..hal ini menyebabkan rakyat bersedih.ada orang jahat
namanya kampar,dia ada ilmu jadi-jadian.dia sengaja buat kecoh agar
ditangkap oleh raja bersiong.sewaktu hendak dibunuh,kampar telah
bertukar menjadi babi lalu menyondol-nyondol baginda.baginda
jatuh tergolegolek sampai baju dia koyak rabak.menteri ke4
melancarkan serangan ke istana raja bersiong.nasib baik baginda
sempat melarikan diri kedalam hutan dan menumpang di rumah
seorang petani.menteri ke4 telah menulis surat kepada negeri siam
untuk mencari raja yang baru.
3. TEMA
Kezaliman raja sehingga
ditentang oleh pembesar
dan rakyatnya sehingga
akhirnya merugikan
dirinya sendiri..
4. Persoalan
Kedegilan raja mendengar nasihat
pembesar.
Kesaktian dalam kalangan rakyat.
Kerjasama antara pembesar dengan
rakyat.
Ketaatan kepada raja.
5. Watak dan PerWatakan
Raja bersiong :nama sebenarnya Raja ong maha
prita deria.pemerintah negeri
kedah;mempunyai seorang
permaisuri;mempunyai siong dan gemar makan
sayur bercampur darah dan hati manusia;panas
baran;kalah dalam peperangan dengan
pembesar dan rakyatnya dan melarikan diri ke
hutan.
Kampar : berasal dari gunung seri
ledang;jahat;berani;ada ilmu kebal dan jadian.
6. Latar
Latar masa
Pada zaman kerajaan Kedah lama.
Latar tempat
Di istana Raja Bersiong; di sempadan negeri Kedah dengan
negeri patani.
Latar masyarakat
Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal;Raja
Bersiong yang zalim;degil;masyarakat bawahan;iaitu
golongan pembesar dan rakyat jelata hidup dalam
ketakutan akibat kekejaman Raja Bersiung,dan
masyarakat yang jahat;serta memiliki ilmu jadi-jadian
dan ilmu kebal seperti Kampar.
7. PLOT
Permulaan
Raja Ong Maha Perita Deria ditumbuhi siung kerana gemar
memakan sayur bayam.
Perkembangan
Baginda semakin menggemari makanan itu setelah merasai sayur
itu bercampur dengan darah tukang masaknya yang luka.Nasihat
menteri keempat supaya meniggalkan tabiat pemakanan itu tidak
dihiraukannya,malahan baginda membunuh rakyatnya setiap hari
untuk mendapatkan darah dan mereka.Baginda berkonflik dengan
Kampar yang memperolok-oloknya.Baginda juga berkonflik
dengan menteri keempat akibat kedegilannya itu
8. Klimaks
Menteri keempat dan Raja Bersiung berperang
lalu baginda melarikan diri ke hutan.
Nilai
Menteri keempat mengirim surat kepada
kerajaan Siam untuk meminta bantuan mencari
raja baharu. Raja bersiung menumpang di
rumah seorang petani di Patani..
10. Pengajaran
Janganlah kita melakukan perkara buruk yang
terkeluar daripada norma masyarakat.
Seseorang ketua atau pemerintah janganlah bersikap
zalim kepada orang bawahannya.
Kita hendaklah mendengar nasihat orang lain demi
kebaikan diri sendiri.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara yang baik