1. BAB 2 :
PENGURUSAN PROJEK
2.1 PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK
DISEDIAKAN OLEH : MAZLINA BINTI YUSOFF
2. PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK
ï‚´Seorang ketua projek perlu bijak menguruskan
sumber, pengetahuan, kemahiran, dan teknik
dalam pelbagai bentuk aktiviti.
ï‚´Dalam pengurusan sumber terdapat tiga
komponen besar iaitu :
ï‚´Skop kerja
ï‚´Tempoh masa
ï‚´Kos projek
3. 2.1.1 Definisi Pengurusan Projek Reka
Bentuk
ï‚´Pengurusan projek reka bentuk
merupakan aktiviti kerja yang
melibatkan proses kerja, iaitu;
A. Skop kerja,
B. tempoh masa, dan
C. kos projek.
4. A. Skop Kerja
ï‚´Terdiri daripada skop produk dan skop
projek.
Skop produk – kualiti, ciri, dan fungsi reka
bentuk yang dikehendaki.
Skop projek – kepimpinan dan pengurusan
terhadap masa, bahan, maklumat, ruang,
dan ahli kumpulan
5. B. Tempoh masa
ï‚´Tempoh yang ditetapkan untuk
menyempurnakan sesuatu projek.
ï‚´Projek yang disiapkan dalam masa
ditetapkan menggambarkan
pengurusan projek itu sangat baik dan
cekap
6. C. Kos Projek
ï‚´Peruntukan kewangan untuk
melaksanakan projek.
ï‚´Antara kos yang terlibat ialah
pembayaran upah, pembelian bahan,
insurans dan perbelanjaan mengurus
projek.
7. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
ï‚´Pelbagai cara boleh digunakan untuk
mengenal pasti masalah. Antaranya
melalui pembacaan, pengalaman diri
sendiri dan orang lain, dan pemerhatian
8. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
(sambungan)
ï‚´Penjanaan reka bentuk dapat dijana melalui
langkah berikut:
A. Meniru apa yang terdapat dipersekitaran
B. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
C. Menukar saiz objek
D. Menterbalikkan kedudukan
9. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
(sambungan)
A. Meniru apa yang terdapat
dipersekitaran dan menjadikannya
produk
10. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
(sambungan)
B. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
11. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
(sambungan)
C. Menukar saiz objek
12. 2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk
untuk menyelesaikan masalah
(sambungan)
D. Menterbalikkan kedudukan
13. 2.1.3 Langkah Pengurusan
Pelaksanaan Projek
ï‚´Pengurusan pelaksanaan projek melibatkan langkah
kerja untuk memperoleh peralatan, bahan, dan
kemahiran supaya projek dapat disiapkan.
ï‚´Pasukan projek perlu memiliki kepakaran, pengetahuan
dan pengalaman dengan sesuatu projek
ï‚´Organisasi projek perlu dibentuk dalam pengurusan
pelaksanaan projek bagi memudahkan pelaksanaanya.
ï‚´Jadual perancangan juga perlu disediakan supaya
pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna.
14. 2.1.3 Langkah Pengurusan
Pelaksanaan Projek
ï‚´Pasukan projek di peringkat sekolah boleh dibentuk
mengikut kesesuaian projek.
ï‚´Pasukan ini boleh terdiri daripada pengurus, setiausaha,
bendahari, pereka bentuk dan pembangun mock up /
model
Pengurus
Projek
Bendahari Pereka bentuk
Pembangun
mock
Setiausaha
15. 2.1.4 Merangka Perancangan Projek
PERANCANGAN PENJADUALAN PENGAWALAN
Sebelum projek
dijalankan
perancangan
hendaklah dibuat
untuk menentukan
kos, bahan, skop
kerja, tempoh masa
dan upah buruh
Penjadualan masa
perlu disediakan
supaya pelaksanaan
projek berjalan lancar
dan sempurna
Kerja-kerja mengawal
sumber-sumber
seperti kos, bahan,
skop kerja, buruh dan
tempoh masa siap
projek.
16. A. Perancangan
ï‚´Perancangan projek ialah peringkat
pengurusan projek yang paling utama dan
menjadi penentu objektif sesuatu projek
ï‚´Perancangan projek yang baik dapat
memastikan objektif tercapai, mengelakkan
pembaziran sumber, dan mencegah
gangguan.
17. A. Perancangan
(Peringkat perancangan)
Penentuan utama
Menetapkan tujuan projek dan objektif yang
hendak dicapai.
Penentuan subutama
Merancang tentang pengeluaran dan pemasaran
produk. Perancangan perlu lebih terperinci.
Pengelolaan aktiviti
Pembuatan atau pembangunan produk (penyediaan
brief reka bentuk, bahan, dan aliran wang tunai)
Matris organisasi atau pasukan
Menjalankan sesuatu tugas khas. Ahli terdiri daripada
yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk
melaksanakan projek
18. B. Penjadualan
ï‚´ Penjadualan masa disediakan untuk menunjukkan anggaran jangka masa
yang ditetapkan bagi menyiapkan projek.
Mengelakkan kerugian
masa dan kos
Mengelakkan pembaziran
atau pemborosan
Mengawal sumber tenaga
pekerja
Mengurus bahan mentah
secara sistematik
Tujuan
Penjadualan
19. B. Penjadualan
ï‚´ Penjadualan boleh dibuat dengan menggunakan
ï‚´ blok hubungan aktiviti melalui rangkaian, dan
ï‚´ Carta gantt atau carta bar
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Perbincangan
konsep
Membuat model
Lakaran idea
Milestone
20. C. Pengawalan
ï‚´ Pengawalan dilakukan sepanjang proses projek dan merangkumi
pengawalan sumber, kos, kualiti, pematuhan penjadualan dan sebagainya.
Semua aktiviti dikenal pasti
dilakukan secara optimum
Semua aktiviti dapat
disiapkan dalam masa yang
telah ditetapkan
Perubahan penjadualan
dibuat sekiraya berlaku
perubahan terhadap projek
Sumber-sumber yang
diperlukan dikenal pasti
Tujuan
Pengawalan
21. 2.1.5 Analisis Perancangan Projek dan
Jadual Kerja
ï‚´ Bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam
pembangunan projek.
ï‚´ Perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan
menyediakan jadual kerja.
ï‚´ Garis panduan penjadualan projek:
1. Menentukan aktiviti jadual
2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan
3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
5. Membangunkan jadual
6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
22. 1. Tentukan aktiviti jadual
ï‚´ Skop kerja yang terlibat ditentukan mengikut Struktur
Pecahan Kerja.
ï‚´ Contohnya sebagai pembangun mock up/ model, aktiviti
jadual kerjanya termasuklah mendapatkan lakaran bersaiz,
mengukur, menanda, memotong, dan mencantum.
23. 2. Susunan aktiviti
ï‚´ Menyusun aktiviti yang perlu dibuat secara berturutan agar
aktiviti tersebut tidak menganggu perjalanan projek.
ï‚´ Contohnya sediakan lakaran sebelum menyediakan bahan.
24. 3. Anggaran sumber diperlukan untuk
sesuatu aktiviti
ï‚´ Menganggarkan sumber (manusia, bahan, dan peralatan)
yang diperlukan untuk menyempurnakan aktiviti
25. 4. Anggaran tempoh masa untuk
sesuatu aktiviti
ï‚´ Anggaran tempoh masa bergantung pada mudah atau
kompleks sesuatu tugasan itu untuk diselesaikan.
26. 5. Pembangunan jadual
ï‚´ Aktiviti atau proses kerja yang akan dilakukan untuk
menghasilkan produk disenaraikan dalam jadual kerja.
ï‚´ Jadual kerja akan disertakan bersama tempoh masa dalam
bentuk mingguan atau bulanan.
ï‚´ Aktiviti disusun mengikut keutamaan.
ï‚´ Jadual kerja akan digunakan untuk mengawal pelaksanaan
projek
27. 6. Anggaran kos dan penyediaan
bajet
ï‚´ Pengiraan kos modal untuk melaksanakan projek.
ï‚´ Kos modal merangkumi kos bahan, alatan, upah dan kos
overhed.
ï‚´ Bajet disediakan mengikut kos modal dan kuantiti produk yang
ingin dihasilkan
28. 2.1.6 Penyediaan anggaran kos
ï‚´ Dua kaedah dalam penyediaan anggaran kos, iaitu
1. Kaedah unit/kuantiti
Anggaran kos disediakan berdasarkan bilangan unit
Anggaran kos = kos penyediaan x kuantiti
2. Konsep SMART (Specify, Measurable, Attainable,
Realistic, dan Time-Bound).
• Penetapan tujuan atau objektif projekS
• Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibatM
• Projek dilaksanakan mengikut keupayaan kewangan dan tenaga kerjaA
• Mengikut kesesuaian dan kehendak penggunaR
•Masa dan sumber kewangan mencukupiT
29. 2.1.7 Pembentukan kumpulan kerja
berdasarkan tugas dan peranan
ï‚´ Kumpulan kerja bermaksud beberapa individu yang bekerjasama
melakukan tugas dan peranan tertentu.
ï‚´ Setiap individu mempunyai matlamat yang sama dan saling
berkomunikasi.
ï‚´ Perkara berikut perlu diberi perhatian.
1. Tugasan yang mencabar
- Menentukan tugasan yang selaras dengan kemampuan
2. Proses pembentukan individu
- Memilih individu yang berkemahiran dan ada interpersonal
- Memberi latihan yang bersesuaian
- Memberi ganjaran dalam bentuk pengiktirafan
30. Kelebihan pembentukan kumpulan
kerja
individu
- Kurang tekanan
- Tanggungjawab mengikut
kepakaran
- Ahli pasukan berkeupayaan
mempengaruhi ahli lain
- Pengalaman dan pengetahuan
ahli boleh dikongsi bersama-sama
pasukan
- Memperoleh hasil yang
optimum
- Komunikasi berlaku secara
terbuka
- Penglibatan yang menyeluruh
- Pengumpulan sumber secara
maksimum
- Peningkatan motivasi staf