1. REFLEKSI
Hairul Anuar B. Ismail
761121-10-6087
Sains 1
PPG Ambilan Jun 2011
Syukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya tugasan ini telah berjaya disiapkan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah saya, En. Benedict Clement DSilva yang banyak memberikan tunjuk ajar dan
sokongan untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah menerima tugasan ini daripada pensyarah,
saya dan ahli kumpulan yang lain telah mengadakan perbincangan bagi menghasilkan idea-
idea sebelum pengagihan tugas dibuat.
Setelah mengenal pasti apakah pengisian yang diperlukan bagi setiap agihan bahagian,
saya mula membuat rujukan. Internet menjadi bahan rujukan utama dibantu dengan buku-buku
yang diperoleh daripada rakan-rakan sekerja. Perbincangan dengan rakan satu kumpulan juga
amat penting kerana ianya membantu mencetus idea bagi dimuatkan dalam tugasan ini.
Kekuatan yang saya dapat lihat semasa saya menyelesaikan tugasan projek bagi
Subjek SCE 3108 adalah terdapat pelbagai sumber rujukan daripada buku dan internet. Hal ini
membolehkan saya membuat rujukan dan mengumpul maklumat tentang berkaitan Rancangan
Pengajaran Tahunan/Semester, Mingguan dan Harian, model-model pengajaran format umum,
model pengajaran 5 Fasa Needham, model pengajaran inkuiri dalam pembelajaran kitaran 5 E,
model pengajaran berdasarkan induktif dan deduktif dan model pengajaran berasaskan
masalah seperti yang dikehendaki oleh tugasan projek.
Walaupun pada mulanya kami berasa agak keliru tentang tugasan yang perlu dibuat,
namun setelah mendapatkan bimbingan daripada pensyarah En. Benedict dan melakukan
perbincangan bersama-sama, akhirnya kami dapat memahami skop tugasan yang diperlukan.
Semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ), saya mendapat bimbingan
daripada pensyarah untuk lebih memahami komponen-komponen yang perlu dinyatakan dalam
2. RPH. Walaupun saya dan rakan kumpulan mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam
merancangkan rancangan pengajaran harian, namun ilmu ini dapat meningkatkan lagi
kemahiran dan keyakinan dalam penyediaan dan pelaksanaan RPH.
Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar berdasarkan daripada
RPH yang telah disediakan, saya telah berjaya melaksanakan tugasan tersebut. Pelbagai
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang dihasilkan dan disediakan sepanjang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat murid dan
mampu memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar. Objektif pengajaran dan
pembelajaran juga berjaya dicapai. Pengalaman yang saya ada dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran selama ini banyak membantu dalam kejayaan pelaksanaannya.
Ilmu yang disampaikan oleh pensyarah juga berjaya menambahkan kekuatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Banyak peluang yang dapat saya kutip semasa saya menyelesaikan tugasan ini.
Antaranya adalah, saya lebih memahami akan model-model pengajaran seperti Format Umum,
Lima Fasa Needham, Kitaran Pembelajaran-5E, Pengajaran Induktif & Deduktif dan Pengajaran
Berasaskan Penyelesaian Masalah. Selain itu, saya dapat belajar untuk menghasilkan RPH
yang baik dan lengkap sebagai persediaan untuk memulakan sesi Pengajaran dan
Pembelajaran(P&P). Saya juga telah mendapat pengalaman yang sangat berharga semasa
menjalankan microteaching yang pastinya akan mengajar saya memperbaiki aktivit pengajaran
dan pembelajaran yang biasa saya jalankan.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, ianya telah memberi saya pelbagai pengalaman
dan menambah ilmu. Saya telah dapat meningkatkan daya kefahaman dan pengetahuan saya
tentang isu yang berkaitan dengan tajuk. Ia juga meningkatkan kemahiran saya dalam
menggunakan teknologi maklumat. Ia juga dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar
dengan lebih tekun lagi bagi mendapatkan segulung ijazah.
Saya juga menyediakan jadual kerja bagi memudahkan saya menyelesaikan tugasan
ini. Saya meletakkan sasaran setiap soalan yang perlu diselesaikan. Contohnya, minggu
pertama saya mengumpul maklumat berkaitan rancangan pengajaran dan lima model
pengajaran, minggu kedua menyediakan rancangan pengajaran harian dan melaksanakan
pengajaran tersebut. Minggu ketiga, menyemak kerja kursus, membuat refleksi dan
membukukan kerja kursus. Pembahagian masa sangat penting sepanjang menyiapkan kerja
kursus ini.
3. Setiap kekuatan pasti akan ada kelemahannya, begitu juga dengan diri saya.
Kelemahan yang ketara yang dapat saya kesan adalah sikap saya yang suka menangguhkan
kerja dan melaksanakannya pada saat akhir. Hal ini menyebabkan saya menjadi agak tertekan
dengan bebanan tugasan yang lain juga. Disamping itu, saya lebih memberi keutamaan untuk
membuat persediaan microteaching sahaja. Ini menyebabkan saya mengabaikan tugasan-
tugasan lain sehingga mengganggu proses menyiapkan keseluruhan tugasan projek
Saya kurang memahami kehendak soalan kerana masa tutorial yang amat terhad.
Semasa tutorial, saya tidak berkesempatan untuk mengemukakan soalan tentang tugasan ini
.Saya lebih faham jika sesi soal jawab berjalan secara berdepan bukan melalui email. Ini
menyebabkan permulaan untuk menyiapkan tugasan amat menyusahkan dan membebankan.
Saya tidak tahu ingin memulakan tugasan dari sudut mana. Bagi mengatasi masalah ini, pada
pandangan saya semasa tutorial diadakan masa untuk soal-jawab atau perbincangan antara
pelajar dan pensyarah. Perbincangan dua hala ini penting bagi mendapatkan penjelasan lebih
tepat tentang kehendak soalan tugasan.
Selain itu, saya kurang pengetahuan dan kefahaman tentang langkah-langkah
menjalankan atau menyiapkan kerja kursus. Kelemahan ini kerana saya telah meninggalkan
lama alam pembelajaran secara formal. Kekangan masa juga menjadi penghalang kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Belajar sambil bekerja membuatkan saya terpaksa
menukar rutin harian saya selama ini. Perubahan gaya hidup sebelum belajar terpaksa saya
ubah. Perubahan ini mengambil masa pada saya. Saya juga cepat putus asa jika tidak dapat
maklumat yang berkaitan dengan isi tugasan. Pelbagai masalah di tempat kerja, keluarga dan
tugasan ini sedikit sebanyak mematahkan semangat saya untuk meneruskan tugasan.
Bagi mengatasi kelemahan saya, saya banyak bertanya pada rakan-rakan sekerja,
sekelas dan pensyarah. Saya menyediakan jadual kerja yang sistematik untuk menyiapkan
tugasan. Jadual kerja yang sistematik dapat membantu saya merancang tugasan kerja kursus
tanpa gangguan tugasan rutin harian sebagai seorang guru. Saya juga mencari pelbagai
maklumat yang berkaitan melalui internet. Bagi mendapatkan pelbagai sumber rujukan, saya
sepatutnya meluangkan masa untuk mengunjungi perpustakaan yang berhampiran. Pembelian
bahan rujukan juga perlu bagi menguatkan lagi pengetahuan dan kefahaman tentang isi
tugasan tanpa mengharapkan sepenuhnya daripada sumber internet atau modul PPG.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya
membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain
4. untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya
siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus kumpulan saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil
kerja kumpulan kami ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada
masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan
bantuan anda-anda semua diberkati oleh Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih