1. REFLEKSI
SAHRILL BIN SAMURI
EDU 3105
Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan
tugasan untuk mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini. Saya juga bersyukur
kerana tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah. Ribuan terima
kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, En. Hj Hassan B. Kudus yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Ketika mendapat tugasan ini, saya tanpa berlengah masa mencari bahan rujukan sama ada di dalam
internet atau dalam buku. Hal ini demikian, tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadi
masa begitu penting supaya tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Pertama sekali, melalui tugasan Konsep budaya yang terdapat dalam kelompok masyarakat di
Malaysia . Tugasan ini memerlukan saya untuk bekerjasama dengan rakan bagi mendapatkan maklumat.
Segala pengetahuan yang ada di kongsi bersama. Sekiranya tidak berbuat demikian, sudah tentu tugasan ini
tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
Melalui tugasan ini saya mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi. Hal ini demikian kerana,
kerja kursus ini memerlukan saya membuat perancangan pengajaran yang mengintegrasikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi membuat RPH ini saya dan rakan perlu mengkaji beberapa aspek seperti media pengajaran
apa yang sesuai untuk diintegrasikan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak
unsur TMK yang boleh dipilih tetapi untuk mencari media pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Hal ini
demikian setiap media pengajaran yang dipilih hendaklah memberi manfaat kepada murid-murid dan
membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran konsep budaya dan memahami adat budaya kaum lain
dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia.
Melalui tugasan ini juga saya dapat menerokai pelbagai jenis media pengajaran yang sebelum ini saya
tidak pernah dengar. Sebagai contohnya Voicethread, Google Docs dan bermacam-macam lagi. Di samping
itu, apa yang saya peroleh daripada melakukan tugasan ini pula, saya dapat mengetahui bagaimana untuk
merancang pengajaran mengikut format yang sesuai dan baik. Sebagai contohnya saya memilih untuk
mengambil sukatan KSSR Tahun 3. Jadi untuk membuat RPH berdasarkan KSSR ini memerlukan saya
mencari dan membuat rujukan tentang format dan kandungannya dengan betul. Jadi, pendedahan yang saya
dapat dari awal ini sudah tentu dapat membantu saya apabila saya menjalani praktikum kelak.
Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya hasilkan. Tambahan lagi, saya dapat mengaplikasikan
segala pengetahuan serta mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok. Pada pendapat
saya, tugasan ini agak sukar pada mulanya untuk dilaksanakan kerana saya bimbang sekiranya apa yang saya
rancangkan lari daripada konsep yang dikehendaki. Namun begitu, saya bertuah kerana memiliki pensyarah
dan rakan-rakan yang sudi membimbing saya.
2. Manakala bagi tugasan seterusnya ialah saya perlu menghasilkan portfolio dan mendokumenkannya
dalam perisian LiveBinders. Bagi saya, tugasan ini paling menyeronokkan. Hal ini demikian kerana
sebelum ini saya tidak pernah menggunakan perisian LiveBinders. Jadi, banyak perkara yang saya perlu
terokai. Salah satu kelebihan menggunakan perisian ini ialah saya dapat berkongsi maklumat yang saya ada
dengan orang lain dan begitulah sebaliknya.
Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu seronok kerana tugasan ini melatih saya untuk
menjadi bakal guru yang kreatif, bijak menganalisis dan berfikiran tajam serta berani untuk melontarkan
pendapat dalam menghasilkan sesuatu perkara. Sebagai bakal guru, saya juga bersyukur kerana sudah
mendapat pendedahan yang mendalam pada peringkat awal tentang pelbagai media pengajaran untuk saya
gunakan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran saya.
Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan ialah saya dapat
meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang mulia melalui amalan refleksi dan penilaian
kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan
membantu guru pelatih dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.Insya-Allah.Sekian, terima
kasih.