1. REFLEKSI
Sepanjang perjalanan program Ziarah An-Nur: Lawatan ke Rumah Badan Usaha Didikan
Anak Yatim di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis pada 14 hingga 16 Mac
2014, saya telah didedahkan dengan suasana kehidupan anak-anak yatim di situ. Mereka telah
belajar untuk berdikari dari usia yang muda dan ini telah membuka mata saya yang sehingga
kini dapat merasa kasih sayang ibu bapa bahawa anak-anak yatim ini gembira dan seronok
jika mereka diberikan perhatian. Saya merasa terpanggil untuk memberikan mereka perhatian
yang sepenuhnya dan beramah mesra dengan mereka supaya mereka tidak berasa terasing.
Semasa program ini berlangsung, saya dan rakan-rakan yang lain sedar akan pentingnya
untuk menyayangi, membantu dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak yatim ini.
Pada mulanya, ada di antara mereka yang tidak mahu untuk bercerita dan berkongsi kisah
dengan saya tetapi pada akhirnya mereka semakin rapat dengan saya. Walaupun kehadiran
kami hanya untuk beberapa jam namun kami merasakan suatu ikatan telah terbina di antara
kami dengan anak-anak yatim ini. Akhir kalam, selesai program ini, saya dan rakan-rakan
bertambah seronok dan berlapang hati untuk mengadakan program bersama anak-anak yatim
lagi.