1. REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, saya dapat
menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya dengan serendah-rendah
hati, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Maniyamin yang tidak henti-henti memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak lupa juga
rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan tugasan ini.
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,
bentuk, dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula
ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Dalam soalan tugasan ini, kami dikehendaki mencari artikel mengenai isu bahasa
yang diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal ini bertujuan untuk
mencari dan mendapatkan kata terbitan yang terdapat dalam artikel itu secara
keseluruhannya dan membuat analisis berdasarkan proses pembentukan kata terbitan
tersebut. Ia harus dianalisis dengan menggunakan aras tinggi dan berilmiah. Justeru,
analisis kata terbitan yang dterdapat dalam artikel itu harus ditelaah dalam pelbagai aspek
termasuklah dari segi struktur (binaan) kata terbitan tersebut.
Melalui tugasan ini, saya mendapat begitu banyak input yang sangat berguna.
Antaranya ialah mengenai takrifan morfologi oleh ramai tokoh. Dalam masa yang sama,
saya dapat membuat banding beza antara satu dengan yang lain. Bukan itu sahaja, saya
juga dapat memahami mengenai begitu banyak konsep ilmu-ilmu yang berkait rapat dan
diguna pakai dalam proses membuat analisis kata terbitan tersebut.
Semasa membuat analisis perkataan, saya juga mengasimilasikan ilmu sintaksis. Ini
adalah salah satu kaedah yang saya gunakan agar hasil daripada analisis yang saya buat
betul-betul menepati jawaban yang dikehendaki dan mempunyai ulasan yang kukuh. Saya
menggunakan ilmu sintaksis dalam menganalisis kata terbitan ini bukan bermaksud
menggunakannya secara keseluruhan. Tetapi, saya menggunakan ilmu tersebut untuk
mengenalpasti sesuatu ayat itu terlebih dahulu sama ada betul ataupun salah. Contohnya,
sebelum saya membuat analisis mengenaikata terbitan, ia sudah pasti dipetik dalam sebuah
ayat. Justeru, itulah sebabnya saya menggunakan cabang ilmu sintaksis dalam
menganalisis perkataan dalam tugasan ini.
2. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengasah kemahiran ilmu saya dalam aspek
frasa Bahasa Melayu. Saya telah membuat banyak rujukan termasuklah buku, dan laman
sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) yang menyediakan huraian beserta contoh
yang dapat memberikan kefahaman kepada pengguna yang mengunjungi laman sesawang
mereka.
Seterusnya, saya juga belajar megenai proses pembentukan kata terbitan yang
terhasil daripada proses pengimbuhan. Dalam pengimbuhan, terdapat pula proses
pengimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Dalam proses
pengimbuhan, kata terbitan akan dihasilkan melalui transformasi setelah menerima apa-apa
bentuk imbuhan. Contohnya, kata dasar ’lari’ akan menjadi kata terbitan ’berlari’ apabila
menerima imbuhan awalan. Dalam konteks ini,
Pada mulanya, memang agak sukar dan susah untuk memahami setiap inci kata
terbitan yang ada di dalam artikel tersebut. Namun, setelah membuat rujukan dan bacaan
secara berulang kali, saya dapat memahaminya walaupun mengambil sedikit masa.
Seterusnya membuat analisis mengenai proses kata dasar menjadi kata terbitan.
Justeru, proses pembentukan perkataan baharu inilah yang saya asimilasikan dalam
proses saya membuat analisis ayat dalam tugasan ini. Kefahaman yang tinggi sangat
diperlukan untuk menelaah. Begitu juga dengan perkataan. Ini melibatkan daya fikir yang
kritis di samping pandai mengaitkan sesuatu konsep dengan bidang ilmu yang lain.
Selepas itu, proses penggandaan dalam pembentukan perkataan juga berjaya saya
kuasai. Dalam proses penggandaan, ada tiga kaedah iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Justeru, proses ini merupakan salah satu
cara untuk saya menghuraikan bagaima sesuatu kata terbitan itu boleh wujud.
Sesungguhnya, tugasan ini memberikan saya begitu banyak input yang sangat berguna
sebagai bakal seorang guru di sekolah kelak, seterusnya dapat diaplikasikan dan dikongsi
bukan hanya kepada murid, tetapi juga kepada guru-guru sedia ada yang kurang
berkemahiran dalam bidang ini.
Sebagai bakal guru, saya juga tidak lupa untuk mengaitkan peranan bidang
morfologi ini dalam kehidupan saya sekarang dan pada masa yang akan datang. Bidang ini
memberikan satu transformasi dalaman dalam diri saya. Kalau sebelum ini saya kurang
mempunyai ilmu, sekarang saya sudah berjaya menguasainya walaupun tidak secara
keseluruhan. Sedikit-banyak, tugasa ini membantu saya sebagai bakal guru di sekolah untuk
meguasai kemahiran sebelum berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang pelbagai
ragam.
3. Sesungguhnya, bidang sintaksis ini bukan hanya berguna ketika di sekolah, tetapi
juga berguna semasa di luar lingkungan sekolah. Ilmu merupakan cahaya. Tanpa ilmu,
manusia akan bergelumang dengan kejahilan yang boleh membuatkan institusi keluarga,
pendidikan dan institusi kenegaraan semakin mundur. Justeru, ilmu ini sangat berguna
dalam pelbagai aspek. Bukan terbatas semasa di sekolah sahaja, tetapi juga semasa di luar
sekolah. Hatta, di seluruh pelosok Malaysia dan dunia.
Sebagai seorang bakal guru, cara pengucapan dan gaya berbahasa yang kita
gunakan sangat penting kerana ia dipandang oleh masyarakat sekeliling. Bayangkan
seorang guru bahasa Melayu, tetapi tidak pandai dan mempunyai banyak kesalahan
semasa bertutur ataupun dalam penulisan Bahasa Melayu. Bukankah itu boleh menjatuhkan
profesion keguruan? Justeru, ilmu bahasa termasuklah bidang sintaksis yang menjadi
antara cabang ilmu ini sangat berguna terutamanya ketika menyusun ayat yang gramatis
dan baku. Walaupun tidak menguasai secara seratus peratus, tetapi usaha untuk
mempelajari sesuatu ilmu itulah yang boleh mendewasakan akal fikiran.
Kebanyakan orang sekarang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding
bahasa sendiri yakni bahasa Melayu. Mereka merasakan diri mereka lebih hebat dengan
penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan sendiri. Sedangkan, Bahasa Melayu pun
apa kurang hebatnya. Sekarang, Bahasa Melayu sudah pun mengalami perubahan yang
begitu mendadak sehingga menjadi bahasa ilmu yang dikaji oleh bangsa lain seperti negara
Australia dan Eropah.
Tuntasnya, aliran ilmu yang saya peroleh semasa menjalankan tugasan ini akan
saya guna dan kembangkan sebaik kelak. Sesungguhnya, ini adalah salah satu medium
untuk mengumpul manifestasi ilmu yang boleh memajukan diri ke arah seorang guru dan
juga sebagai masyarakat majmuk yang lebih berilmu dan berketerampilan dari segi
penggunaan wacana bahasa yang betul dari segi tatabahasanya. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada individu yang saya sebutkan di awal
tinta. Semoga kita terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan.
Insya-Allah. Sekian, terima kasih.