1. BAB 1 PENGENALAN KEPADA
REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
1.1 DUNIA REKA BENTUK
DISEDIAKAN OLEH : MAZLINA BINTI YUSOFF
2. DEFINISI REKA BENTUK
•Pengetahuan tentang penyusunan bahan
secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak
kepada kehidupan.
•(Rujuk buku teks m.s 2)
3. DEFINISI TEKNOLOGI
•Pengaplikasian ilmu sains dan matematik
dengan menggunakan sumber semulajadi
untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
•(Rujuk buku teks m.s 2)
4. DEFINISI REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
•Pengetahuan tentang penyusunan bahan
secara terancang dengan mengaplikasikan
pengetahuan sains dan matematik.
•Tujuannya adalah untuk memudahkan
kehidupan manusia.
5. BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
KONKRIT
• Proses mereka bentuk sesuatu
produk yang dapat dilihat dan
dipegang.
• Bidang – pembuatan,
elektronik, pertanian, hiasan
dalaman
ABSTRAK
• Proses mereka bentuk produk
yang boleh dilihat tetapi tidak
boleh dipegang.
• Bidang – perkhidmatan dan
komunikasi
6. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
PRODUK
KONKRIT ABSTRAK
Teknologi Seni Perkhidmatan Komunikasi
Peralatan Seramik Pengangkutan Bahasa
Mesin Masakan Sewaan Atur cara
Pertanian Lukisan Sistem pembelajaran Bunyi, isyarat dan suara
Pemakanan Alat muzik Proses dan langkah Persuratan
Pakaian Arca Sistem pengairan Pengiklanan
Persenjataan Halus Grafik
Sulaman / anyaman
8. GARISAN
• Merupakan cantuman satu siri titik
• Dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan
(gadget)
• Garisan merupakan unsur terpenting dalam aktiviti melakar,
melukis, menggambar dan menulis
• Digunakan untuk menghasilkan jalinan struktur,
pembentukan objek dan bayangan
10. RUPA
• Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan
permulaannya
• Mempunyai permukaan yang rata dan bergarisan di luar
sebagai sempadan yang mengelilinginya
• Bersifat 2D (tidak berjisim) serta mempunyai luas
• Terdapat dua kategori rupa iaitu rupa geometri dan rupa
organik
11. BENTUK
• Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan
mempunyai lebih dari satu permukaan
• Terdapat dua jenis bentuk :
• Bentuk konkrit – mempunyai bentuk dan boleh
dipegang
• Bentuk ilusi – kelihatan 3D
12. PERBEZAAN 2D DAN 3D
`BENTUK 2D BENTUK 3D
Leper Menyerupai bentuk sebenar
Mempunyai satu permukaan sahaja Mempunyai 3 permukaan
Mempunyai lebar dan panjang Mempunyai lebar, panjang dan tinggi
Tidak menggambarkan
kedalaman/ketinggian
Menggambarkan kedalaman atau
ketinggian
Menggambarkan keluasan Menggambarkan keluasan dan isipadu
14. TEKSTUR
• Keadaan fizikal sesuatu permukaan.
• Ia boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.
• Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras,
berkilat dan sebagainya.
• Memberi identiti pada sesuatu objek.
18. WARNA
• Merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
yang dapat dikesan melalui deria penglihatan
• Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier.
• Terdapat 2 suhu warna iaitu: Warna panas dan Warna sejuk
19. WARNA
(i) Warna panas - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya
yang tinggi
• - Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang
penglihatan
(ii) Warna sejuk - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya
yang rendah
• - Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejukkan mata
memandang
22. RUANG
• Kawasan kosong dikelilingi oleh elemen garisan
• Terbahagi kepada dua jenis iaitu ruang nyata (fizikal) dan
ruang ilusi (tampak)
• Ruang negatif iaitu yang bewarna putih antara dua objek
25. KESEIMBANGAN
• Terdapat dua jenis;
• Keseimbangan simetri (formal)
• Mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagiannya
• Keseimbangan asimetri (tidak formal)
• Tidak ada persamaan pada kedua-dua bahagian tetapi kelihatan
menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri
27. PENGULANGAN
• Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
• Boleh berlaku dalam bentuk bersudut (pola), susunan bersiri, selari atau
berjejari
28. KONTRAS
• Perbezaan ketara pada ciri elemen (warna, saiz, tekstur dan sebagainya) yang
digunakan
• Tujuannya untuk menyerlahkan perbezaan dan menarik perhatian.
29. KEPELBAGAIAN
• Dihasilkan dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
• Penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam reka bentuk.
• Tujuannya adalah untuk menambah daya tarikan sesuatu rekaan.
32. HARMONI
• Bermaksud melihat sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan
kedamaian.
• Susun atur, penggunaan ton warna dan alam semula jadi memainkan peranan
penting dalam mewujudkan keadaan harmoni.
33. Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam
mereka bentuk objek asas
Prinsip reka bentuk adalah tunggak utama
dalam penghasilan sebuah reka bentuk.
Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk
yang dihasilkan dengan menggunakan
prinsip-prinsip reka bentuk
34. Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam
mereka bentuk objek asas
Langkah 1: Pilih elemen rupa
yang sesuai. Lakarkan elemen
itu
Langkah 2 : Pastikan lakaran
mengikut prinsip reka bentuk
35. Membanding beza prinsip dan elemen reka
bentuk
Elemen reka bentuk adalah perkara-perkara yang
terlibat ketika menghasilkan sesebuah reka bentuk.
Ia dapat dilihat dan dikenal pasti dengan mudah.
Prinsip reka bentuk adalah peraturan, panduan,
falsafah yang memandu penghasilan sesebuah
projek.
36. Membanding beza prinsip dan elemen reka
bentuk dalam bentuk jadual
Nama Produk :
Bil Elemen Tandakan √ Prinsip Tandakan √
1 Garisan Keseimbangan
2 Rupa Pengulangan
3 Bentuk Kontras
4 Tekstur Kepelbagaian
5 Saiz Kesatuan
6 Warna Keringkasan
7 Ruang Harmoni
37. Kriteria reka bentuk yang baik
Reka bentuk yang baik bukan hanya kelihatan
cantik. Ia mestilah boleh berfungsi,
memenuhi tujuan ia direka dan membuatkan
orang terpegun melihatnya.
Sesebuah reka bentuk boleh jadi hasil inovasi
atau hanya untuk menjalankan sesuatu kerja.
38. Kriteria reka bentuk yang baik
Reka bentuk yang baik mestilah
memenuhi kriteria berikut:
1. Inovasi
Menjadikan produk itu unik
dan lebih berdaya saing daripada
produk sedia ada.
39. Kriteria reka bentuk yang baik
2. Kreativiti
Melibatkan idea baru dalam
menghasilkan produk reka
bentuk serta dapat memperbaiki
fungsi produk sedia ada bagi
memberi manfaat yang lebih baik
40. Kriteria reka bentuk yang baik
3. Keaslian
Sebuah reka bentuk yang baik
bersifat asli iaitu tidak meniru
produk yang sedia ada. Ia
menekankan unsur simbolik, emosi
dan estetika (membuatkan orang
kagum)
41. Kriteria reka bentuk yang baik
4. Kualiti (ketahanan &
kebolehpasaran)
Produk yang dihasilkan
mempunyai ciri ketahanan (tidak
mudah rosak) dan mudah
memasuki pasaran
42. Kriteria reka bentuk yang baik
5. Ergonomik
Suatu ciri keselesaan yang ada
pada produk. Ciri ini biasanya
menjadi pilihan pengguna.
43. Membina objek asas
Idea boleh dizahirkan dalam bentuk lukisan atau
model. Model boleh diperolehi melalui prinsip
dan elemen reka bentuk. Bentuk-bentuk asas
(geometri) ini jika digabungkan boleh
membentuk objek baru. Gabungan ini boleh
dilakukan sama ada bentuk alami atau asas
(geometri) yang sama atau berlawanan.
44. Membina objek asas
Bentuk asas geometri
adalah bentuk-bentuk
yang ada di sekeliling kita
tanpa melibatkan
perubahan atau
pengubahsuaian.
45. Teknik Pembinaan Objek
Teknik-teknik pembinaan objek baru
Terdapat empat jenis teknik pembinaan objek baru
iaitu :
1) Pembenaman ( intersect )
2) Pembuangan ( substract )
3) Penyatuan ( union )
4) Peleraian ( explode )
46. Teknik pembinaan objek
A. Pembenaman
Pembenaman ( intersect ) Apabila sesuatu
objek asas dimasukkan ke dalam objek yang
lain terbentuklah satu objek baru.
47. Teknik pembinaan objek
B. Pembuangan
Objek asas boleh dibuang dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah melalui potongan lurus secara
serong (chamfer) pada bahagian bucu objek asas,
melalui pemotongan lengkung (fillet) pada
bahagian bucu dan melalui penebukkan (drilling)
pada bahagian permukaan.
49. Teknik pembinaan objek
C. Penyatuan
Objek-objek asas jika dicantumkan secara
terus dengan objek asas yang lain pada mana-
mana bahagian boleh membentuk satu objek
baru.
50. Teknik pembinaan objek
D. Peleraian
• Sebahagian daripada bentuk objek asas dileraikan
akan membentuk objek bar