7. 1. Mentakrifkan reka bentuk fesyen
2. Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen
3. Mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses
penyediaan reka bentuk fesyen
4. Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen
5. Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen
6. Mengenal pasti jenis bahan dalam reka bentuk fesyen berdasarkan
lakaran
7. Menghasilkan reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang dipilih
STANDARD PEMBELAJARAN
8. DEFINISI REKA BENTUK
Reka bentuk merupakan proses menterjemah idea dan
kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk.
DEFINISI FESYEN
Fesyen merujuk kepada gaya atau stail serta tingkah
laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu
masa.
5.2.1 DEFINISI REKA BENTUK FESYEN
9. DEFINISI REKA BENTUK DAN FESYEN
• Reka bentuk fesyen merupakan suatu proses atau bidang
seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk
atau rekaan pakaian atau aksesori.
• Reka bentuk fesyen menekankan aplikasi konsep, prinsip
dan elemen reka bentuk serta estetika atau keindahan
semula jadi dalam rekaan.
• Penghasilan reka bentuk fesyen melibatkan proses
pengulangan, peniruan dan inovasi bagi menghasilkan reka
bentuk fesyen yang baru.
• Reka bentuk fesyen dipengaruhi oleh budaya dan sosial
• Populariti sesuatu reka bentuk fesyen berbeza mengikut
umur, geografi, pekerjaan dan tempat.
12. KERJAYA DALAM BIDANG REKA BENTUK FESYEN
• Individu yang mempunyai krativiti, minat dan kecenderungan
yang tinggi dalam bidang seni boleh menceburi bidang
kerjaya fesyen.
• Pelbagai peluang pekerjaan kerana permintaan yang tinggi
terhadap reka bentuk fesyen
13. PEREKA FESYEN ( FASIHION DESIGNER )
1. Merupakan individu yang terlibat dalam proses meraka bentuk fesyen pakaian dan aksesori.
2. Peranan pereka fesyen adalah untuk menghasilkan lakaran atau ilustrasi reka bentuk fesyen yang baru sama
ada secara manual atau bantuan program komputer
14. PERAMAL FESYEN ( FASIHION FORECASTING)
1. Merupakan individu yang terlibat dalam membuat ramalan trend fesyen yang akan popular.
2. Tugasnya ialah membuat analisis trend fesyen dari dahulu hingga sekarang.
3. Analisis yang dijalankan adalah dari segi penggunaan jenis fabrik, corak, warna, tema, bentuk dan elemen seni
reka
4. Peramal fesyen bertanggungjawab dalam penyediaan buku ramalan trend serta tertibat dalam penganjuran
pameran pakaian dan aksesori
15. TENAGA PENGAJAR FESYEN
1. Merupakan individu yang mengajar secara langsung kemahiran menjahit serta pelbagai ilmu berkaitan
jahitan kepada pelajar
2. Tenaga pengajar terdiri daripada guru sekolah, pensyarah di kolej vokasional, kolej komuniti, universiti
dan institut latihan kemahiran.
3. Tugas utama meraka adalah untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran berkaitan fesyen kepada pelajar.
16. PERUNDING IMEJ ( IMAGE CONSULTANT)
1.Merupakan individu yang terlibat dalam
memberi khidmat nasihat dan perunding
kepada pelanggan.
2.Perunding imej biasanya bekerja di stesen
televisyen, iaitu sebagai perunding kepada
artis, wartawan atau pelakon dari segi
pemilihan stail pakaian termasuk aksesori.
3.Mereka bertindak sebagai penata gaya bagi
meningkatkan imej dan personaliti pelanggan.
18. Kepelbagaian reka bentuk fesyen tidak hanya terhad kepada reka
bentuk pakaian dan aksesori yang dipakai oleh manusia malahan
haiwan peliharaan juga mempunyai fesyen dan aksesori yang
tersendiri.
19. A. PAKAIAN
• Pakaian ditakrifkan sebagai penutup kepada badan
dan anggota badan seperti tangan, kaki dan
kepala.
• Jenis reka bentuk pakaian adalah seperti seluar,
baju-T ,skirt, blaus, kemeja, baju kurung dan
tudung.
20. • Aksesori merujuk kepada benda yang dipakai
oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan
kepada pakaian.
• Contoh aksesori adalah seperti topi, tali
pinggang, sarong tangan, beg, kasut, jam dan
skaf
B. AKSESORI
22. 5.2.3 TEKNIK CANTUMAN DAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM PROSES PENYEDIAAN REKA BENTUK FESYEN
23. A. TEKNIK CANTUMAN
• Cantuman ialah
atau bahan
lain bagi menghasilkan produk reka bentuk
fesyen.
24. 1. Teknik cantuman biasa digunakan dalam reka bentuk pakaian adalah dengan menggunakan kaedah jahitan.
2. Penggunaan kaedah ini adalah lebih praktikal kerana cantuman yang dihasilkan adalah kukuh, sekata dan
kemas.
JAHITAN MESIN JAHITAN
TANGAN
25. 1. Kaedah sulaman digunakan untuk tujuan hiasan bagi
menyerlahkan lagi keindahan dan estetika pada reka bentuk
fesyen.
2. Pelbagai jenis sulaman boleh dibuat seperti sulaman manik, reben,
labuci, benang dan applique
SULAMAN MANIK SULAMAN APPLIQUE SULAMAN REBEN
SULAMAN BENANG
26. 1. Kaedah tampal digunakan untuk menampal susunan bahan
seperti manik, reben, fabrik, dokoh, mutiara, butang dan
hiasan lain pada reka bentuk fesyen.
2. Bahan - bahan tersebut boleh ditampal dengan menggunakan
gam fabrik, gam panas, cecair lilin dan gam serba guna.
27. 1. Selain daripada jahitan sulaman dan tampalan, pengokot atau stapler dan pita
selofon juga boleh digunakan untuk membuat cantuman bagi bahan seperti
kertas, plastik, dan fabrik.
2. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan mock-up reka bentuk fesyen.
28. JOM BUAT Labelkan elemen reka bentuk dan teknik cantuman digunakan
………
29. B. ALATAN
•Proses penyediaan reka bentuk fesyen
memerlukan penggunaan pelbagai jenis alatan
seperti alatan untuk
serta alatan lain.
•Penggunaan alatan yang betul penting bagi
membolehkan proses penyediaan produk dapat
dijalankan dengan
•Memastikan peralatan yang dipilih bersesuaian
kerana
30. ALATAN MENGUKUR
PEMBARIS PEMBARIS SESIKU LPITA PENGUKUR
Digunakan untuk membuat
barisan lurus, mengukur dan
menanda
Digunakan untuk mengukur
dengan tepat khususnya yang
melibatkan bahagian melengkung
seperti mengambil ukuran badan
dan menyediakan pola pakaian.
Digunakan untuk membuat
barisan lurus khususnya yang
mempunyai sudut tepat serta
memastikan lurus selari dengan
ira serong.
31. ALATAN MEMOTONG
GUNTING KERTAS
GUNTING FABRIK
KACIP/ SNIPPER
PENETAS
Digunakan untuk menggunting kertas
Digunakan untuk menggunting
fabrik
Digunakan untuk menggunting
benang lubang butang dan
menggunting bahagian yang kecil
atau sempit
Digunakan untuk membuka
jahitan yang tersilap dan menebuk
lubang butang
32. ALATAN MENANDA
PENSIL TUKANG JAHIT RODA SURIH DAN KERTAS KARBON
Digunakan untuk menanda,
menulis dan membuat garisan
penanda pada kertas fabrik
Digunakan bersama memindahkan garis
pemadan ke fabrik, memindahkan tanda
dan garis dalam kerja membuat
penyesuaian pola
33. ALATAN MENANDA
KAPUR PENANDA JARUM PENITI
Digunakan untuk menanda
garisan pemadan dan
memindahkan garis tanda pola
pada fabrik
Digunakan untuk menyemat
pola pada fabrik dan
menetapkan kepingan fabrik
sebelum menjahit.
34. ALATAN MENJAHIT
JIDAL
Disarungkan di jari tengah pada
tangan yang menjahit bagi
mengelakkan jari tercucuk jarum
JARUM JAHIT TANGAN
Digunakan untuk menjahit bahagian -
bahagian tertentu pada fabrik dengan
menggunakan tangan.
35. MESIN JAHIT MESIN SULAMAN
ALATAN MENJAHIT
Digunakan untuk janitan lurus
dan cantuman kepingan fabrik
Digunakan untuk menjahit
hiasan sulaman
36. ALATAN LAIN
TWEEZER PISTOL PEREKAT PANAS
Digunakan untuk memasukkan
benang ke dalam lubang jarum
atau memegang batu perhiasan
ketika menggunakan cecair lilin.
Digunakan untuk mencairkan
rod perekat panas semasa
mengglu
37. ALATAN LAIN
Pengokot atau satpler Pita selofan
Digunakan untuk mencantum
kepingan - kepingan kertas.
Digunakan untuk mencantum
atau melekat
38. 5.2.4 LAKARAN REKA BENTUK FESYEN
1. Sebelum menghasilkan reka bentuk fesyen,
lakaran perlu disediakan terlebih dahulu kerana
lakaran merupakan proses menjelmakan idea
kepada bentuk gambaran yang bleh dilihat
dengan jelas.
2. Mengenal pasti elemen reka bentuk, bahan dan
teknik cantuman yang akan digunakan.
42. 5.2.5 ANALISIS ELEMEN DALAM REKA BENTUK
FESYEN
1. Elemen reka bentuk fesyen terdiri
daripada garisan, bentuk, warna dan
tekstur.
2. Reka bentuk fesyen yang baik ialah reka
bentuk yang dapat menyerlahkan nilai
estetika, menarik dan selesa serta sesuai
untuk pengguna.
43. BENTUK
ELEMEN 1
•Bentuk merujuk pada struktur luar bentuk
•Pereka perlu memahami bentuk asas badan supaya reka
bentuk pakaian yang dihasilkan dapat menutup
kelemahan yang sedia ada pada badan.
•Terdapat empat bentuk asas badan
44. 1. BENTUK SEGI EMPAT 2. BENTUK JAM PASIR
Ukuran pinggul dan bahu yang
seimbang serta pinggang yang tidak
jelas.
Ukuran pinggul yang seimbang
dengan lebar bahu dan pinggang yang
ketara
45. 3. BENTUK TIGA SEGI
TERBALIK 4. BENTUK TIGA SEGI
Ukuran bahu lebih besar daripada
bahagian pinggul.
Ukuran bahu yang kecil daripada
bahagian pinggul.
46. KAITAN ANTARA BENTUK BADAN DENGAN REKA BENTUK PAKAIAN
1. BENTUK SEGI EMPAT
Menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan lebih
gempal seperti:-
A. Menambahkan penggunaan aksesori pada bahagian bahu
B. Menggunakan tali pinggang yang lebar
C. Memilih baju, seluar atau skirt yang lebih longgar dan tidak
sendat
D. Memilih skirt yang kembang atau seluar yang berkaki lebar.
47. 2. BENTUK JAM PASIR
A. Merupakan bentuk yang paling ideal dan menjadi idaman
setiap wanita.
B. Bentuk tubuh seperti ini membolehkan si pemakai memilih
pelbagai stail pakaian serta fesyen mengikut kegemarannya.
C. Sesuai menggunakan pakaian yang diperbuat daripada fabrik
lembut dan beralun.
D. Boleh menggunakan pelbagai jenis warna terang dan juga
warna gelap.
48. 3. BENTUK TIGA SEGI
TERBALIK
A. Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil
atau tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih
luas.
B. Elakkan memakai skirt dan blaus yang terlalu labuh
dan jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di
bahagian pinggul.
C. Pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan
pada bahagian bawah pula berwarna gelap.
49. 4. BENTUK TIGA SEGI
A. Pilih skirt yang bergaris atau menggunakan seluar
labuh atau palazzo.
B. Pakai blaus yang berkolar luas
C. Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan
fabrik yang bertekstur halus.
D. Pilih warna-warna yang gelap atau neutral untuk
bahagian atas badan. Elakkan juga pakaian yang
bercorak menyerlah.
50. ELEMEN 2
GARISAN
•Garisan menghasilkan kesan visual dan mesej yang berbeza-beza melalaui
pakaian dan aksesori yang dipakai.
•Garisan memberi kesan tinggi, rendah, gempal dan langsing kepada si
pemakai.
•Garisan terbahagi kepada 2, iaitu garisan lurus dan garisan melengkung.
54. WARNA
ELEMEN 3
•Warna mempunyai pelbagai fungsi
dan memberi kesan yang berbeza-
beza dalam reka bentuk fesyen.
•Warna dapat mempengaruhi saiz dan
bentuk badan serta perasaan
seseorang.
•Warna primer, warna sekunder atau
warna tertier digunakan untuk
menghasilkan reka bentuk fesyen
yang menarik.
56. WARNA MERAH JAMBU
DAN UNGU
•Melambangkan kasih sayang dan tumpuan.
•Aura positif warna ini membuatkan si pemakai
berasa gembira dan selesa.
•Warna ini juga membuatkan si pemakai ceria
dan juga kelihatan muda daripada usia sebenar.
57. WARNA BIRU
•Warna ini mampu melancar atau memudahkan
komunikasi serta mendorong si pemakai untuk berfikiran
secara rasional dan membuat keputusan dengan tepat.
58. WARNA KUNING DAN JINGGA
•Warna ini memantulkan tenaga dan menjana
pemikiran yang lebih kreatif dan kritis
•Memberikan keceriaan serta membuatkan si
pemakai bergerak aktif.
60. WARNA MERAH
•Warna ini membangkitkan aura keberanian,
kemewahan dan tuah serta mendorong si pemakai
agar berani mencuba sesuatu yang baharu.
61. WARNA HITAM
•Warna ini dikenali sebagai warna kedukaan.
•Warna ini mempunyai kekuatan untuk menarik semua tenaga
begi menjadikan diri si pemakai lebih kuat dan berkeyakinan.
62. ELEMEN 4
TEKSTUR
•Tekstur merujuk pada rupa permukaan sesuatu benda
atau rasa pada fabrik atau bahan.
•Setiap fabrik atau bahan mempunyai tekstur yang
berbeza-beza antara satu sama lain.
•Ini bergantung pada jenis gentian, benang dan cara
pembuatannya.
•Pilihan tekstur fabrik yang sesuai dapat menghasilkan
reka bentuk fesyen yang menarik, selesa dan selamat
dipakai.
63. TEKSTUR LEMBUT
•Penggunaan fabrik yang lembut seperti sutera
dapat memberi penekanan kepada bentuk
badan dan menampakkan ciri kelembutan dan
menarik kepada si pemakai.
67. JOM BUAT Kenal pasti jenis garisan, bentuk, warna dan tekstur yang
digunakan……..
68. ANALISIS ELEVEN DALAM REKA BENTUK FESYEN BERDASARKAN LAKARAN
TERPILIH
1. Produk yang baik ialah produk yang dapat memenuhi cita rasa
pengguna.
2. Perlu membuat tinjauan bagi mendapatkan maklumat semasa
daripada pengguna.
3. Maklumat ini boleh diperoleh dengan mengedarkan borang soal
selidik kepada pengguna.
4. Setelah maklumat diperoleh, perlu membuat penilaian terhadap
elemen reka bentuk fesyen yang akan digunakan.
5. Penilaian ini sangat penting dan perlu dilakukan bagi memastikan
produk yang terbaik.
6. Ciri - ciri yang perlu dinilai adalah dari segi fungsi produk,
kesesuaian jenis bahan, penilaian warna, garisan dan bentuk.
71. 5.2.6 JENIS BAHAN DALAM REKA BENTUK FESYEN
A.Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan
untuk menghasilkan reka bentuk fesyen.
B.Pilih bahan yang sesuai dengan reka bentuk
fesyen yang dibuat.
C.Gunakan bahan yang mudah diperolehi serta
selamat digunakan.
73. BENANG
•Digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan dua atau lebih artikel
sama ada dengan tangan atau mesin
•Benang terdapat dalam pelbagai jenis, kualiti, warna dan saiz
74. FABRIK FELT
•Merupakan bahan asas yang boleh
digunakan untuk menghasilkan produk reka
bentuk fesyen.
•Digunakan untuk membuat hiasan seperti
bunga pada beg, pakaian kanak-kanak dan
barang kelengkapan rumah tangga
75. KANCING
•Digunakan untuk merapatkan, mencantumkan,
menutup atau melekatkan bahan pada pakaian atau
aksesori.
•Contoh kancing ialah zip, cangkuk dan palang dan
gancu.
76. BUTANG HIASAN
•Diperbuat daripada bahan plastik, kayu dan benang.
•Terdapat dalam pelbagai warna, corak dan reka bentuk.
•Digunakan juga sebagai hiasan tambahan pada aksesori.
77. LAPIK DALAM
•Ialah sekeping fabrik yang diletak di antara fabrik
pakaian dan lapik.
•Digunakan untuk mengeraskan, mengukuhkan
atau melapis bahagian-bahagian tertentu pada
pakaian dan aksesori.
78. PITA PEREKAT / VELKRO
•Digunakan untuk menutup dan mencantumkan
bahagian pada aksesori dan pakaian dengan cara
menindih dua permukaan tersebut.
•Digunakan pada bukaan bag, kasut dan topi.
80. GETAH
•Terdiri daripada pelbagai saiz dan ketebalan.
•Digunakan dalam menghasilkan produk seperti getah
rambut, ikatan kepala, tali jam dan gelang.
81. TALI
•Digunakan untuk membuat pelbagai aksesori.
•Contoh tali adalah seperti tali senar
elastik,satin, silon dan poliester.
83. BAHAN TRIMIN
•Digunakan untuk membuat hiasan tambahan pada reka bentuk fesyen.
•Contohnya, seperti pita siku sika, renda, pita brid dan pita jalur serong
tepat.
84. MANIK / BEADS
•Digunakan untuk membuat rantai leher dan gelang dan juga untuk pakaian.
•Terdapat dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan reka bentuk
85. 5.2.7 PENGHASILAN REKA BENTUK FESYEN
Penghasilan reka bentuk fesyen akan menjadi
mudah sekiranya dilaksanakan dengan
sistematik berpandukan carta alir yang lengkap.
86. Pemilihan tema
Tinjauan dan penyelidikan
Penjanaan idea
Pembinaan mock-up project
Pengujian dan penambahbaikan
Memilih tema berdasarkan alam semula jadi,teknologi dan
lain-lain
Membuat analisis dan perbandingan dari segi elemen
reka bentuk,fungsi, tema dan juga inovasi yang dibuat.
Proses menterjemah idea atau gambaran tentang reka
bentuk produk rajah atau lakaran
Mock - up reka bentuk fesyen akan dibuat bagi melihat
bentuk sebenar rekaan yang telah dibuat.
Proses pengujian dan penambahbaikan bagi mengenal
pasti sebarang kelemahan atau kekurangan
87. Langkah pembangunan produk reka bentuk
fesyen
SEDIAKAN BAHAN DAN
ALATAN MENGUKUR MENDRAF
MENANDA
MEMOTONG
MENCANTUMKEMASANPRODUK SIAP