Reka bentuk taman mini melibatkan prinsip-prinsip seperti keringkasan, keanekaan, keseimbangan, penumpuan dan turutan. Prinsip-prinsip ini memastikan taman mini direka bentuk dengan susunan yang ringkas tetapi menarik sambil mengekalkan keanekaan jenis tanaman, ukuran dan warna.
2. REKA BENTUK TAMAN MINI
Taman mini ialah tempat penanaman pokok
hiasan di satu kawasan yang terhad.
Beberapa pokok hiasan yang dikumpulkan di
dalam satu kawasan dapat mewujudkan keadaan
semulajadi yang indah dan menarik.
Terdapat pelbagai prinsip reka bentuk taman
mini.
4. KERINGKASAN
Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya
elemen yang penting di dalam sesuatu gubahan.
Gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah
difahami.
Beberapa bentuk, warna dan tekstur boleh
digunakan berulang kali di beberapa tempat.
Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan untuk
memudahkan pemahaman dan pengenalan.
6. Susunan yang ringkas daripada tiga jenis bentuk dan
ukuran tanaman boleh memberi daya tarikan dalam
landskap.
7. KEANEKAAN
Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen
seperti warna, bentuk, susunan, tekstur dan saiz
tanaman dalam mereka bentuk.
Ini adalah untuk mengelakkan rasa bosan dan
menimbulkan minat dalam satu gubahan.
10. Untuk kawasan sudut, keanekaan susunan dan campuran pelbagai
ukuran, tekstur dan warna boleh memberi daya tarikan selain tujuan
mengadang
11. PENUMPUAN
Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat
menjadi tumpuan dan menarik perhatian.
Elemen tertentu dijadikan daya tarikan.
Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat
yang strategik, unik dan paling menarik.
Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna
tumbuhan yang menarik, tekstur yang
kasar, bentuk yang unik atau garisan yang
bertemu di satu tempat.
12. TURUTAN
Bermaksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan
yang lainsecara berperingkat.
Ini bertujuan untuk menentukan arah pandangan atau
pergerakan.
Turutan ini meliputi saiz pokok, ukuran, warna tekstur
dan jarak tanaman.
Turutan adalah perubahan yang berperingkat dari suatu
elemen seperti dari tekstur kasar ke sederhana dan halus.
15. KESEIMBANGAN
Elemen-elemen yang sama digunakan unutk
mendapatkan keadaan yang seimbang.
Tumbuhan yang hendak ditanam, perlu seimbang dari
sudut bentuk, warna dan saiz taman mini yang akan
dibina.
Keseimbnagn formal menggunakan gubahan geometrik
manakala keseimbangan tidak formal menggunakan
gubahan berbentuk semulajadi.
18. Pokok renek ditanam di dalam bekas yang disusun
seimbang di tepi tangga untuk menghiasi dan
melembutkan garisan bucu tangga.
19. Pokok renek ditanam di dalam palung yang disusun
seimbang berdekatan pintu, sebagai penandaan arah
pintu masuk.
20. SKALA ATAU UKURAN
Bermaksud ukuran saiz elemen-elemen tanaman dalam
landskap.
Elemen-elemen landskap, reka bentuk dan tanaman
harus bersesuaian dengan saiz rumah dan keluasan
kawasan.
24. MELUKIS SIMBOL TANAMAN
DAN ELEMEN LANDSKAP
Tanaman dan elemen landskap dilukis dalam bentuk simbol untuk
membina sesuatu taman mini.
Ini akan memberi gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman
yang akan dibina.
Antara simbol tanaman hiasan:
Simbol pokok renek
Penutup bumi
Binaan konkrit / batu kayu
Pergerakan air
Bayangan matahari