Dokumen ini memberikan nasihat kepada murid-murid untuk berpegang teguh pada prinsip "sedikit pencapaian lebih baik daripada tiada sama sekali" dan melakukan latihan minda setiap hari. Ia juga mengingatkan mereka untuk mengelak gangguan emosi dan prasangka ketika ujian, serta melakukan tinjauan lemah diri setelah ujian untuk mengenalpasti sebab kesilapan.
1 of 1
Download to read offline
More Related Content
Renungan untuk murid
1. Renungan untuk murid-muridku sayang¡..
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".
"Something is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.
"If you can't see it, you can't have it".
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang
bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan; *
Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Mencari sebab (post-mortem)
Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan.
Setelah anda selesai membuat latihan / ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat.
Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari
sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang
perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:
Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka
berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan pada guru atau rakan.
Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab
Soalan.
Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda.
Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan
yang sama tidak diulangi.
Peringatan ikhlas dari,
Puan Norreha bt Haji Jani ???
¡° Hadiah yang paling berharga bagi seorang guru adalah
kejayaan anak-anak muridnya¡±