1. Kek minyak versi kukus ipoh
1 cwn minyak masak
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula
3 biji telo size B
1 cwn susu segar /susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Pewarna atau perasa kegemaran
Blender telo,minyak ,gula, susu segar,
susu pekat manis, esen vanila, Baking
powder dan secubit garam
Setelah blender masukkan tepung sedikit
demi sedikit sehingga habis,asing kan
adunan mengikut warna dan perasa
kegemaran anda
Panas kan kukusan, kukus selama 30
hingga 45 minit dengan api yg sederhana
RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco-
hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke
dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan
balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian
masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih
tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata
sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna
asal. dan satu adunan masukkan serbuk
koko@choc emulco. (Jika menggunakan
serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air
panas jadikan pes agar tidak
berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang
di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk
warna coklat, tuang di atas warna putih@plain
tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak
payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler
putih@plain dan buat hingga habis.. ketika
melapis@me'marble'kan hendaklah dengan
cepat sbb puding@agar2 nih mudah
sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti
sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera
masing2. dan bagi yang kurang gemar
berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
2. Puding Permata
Bahan :
Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh
dengan 3 sudu besar air
Cara Penyediaannya :
** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula
pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko
dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-
agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk
dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula
hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung
kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan
pula serbuk agar-agar dan masak hingga
mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang
(bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan
masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu
tadi. Sejukkan hingga keras.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
PUDING TRIFLE
Bahan-bahannya :
kek swiss roll - apa2 perisa pun boleh 1 tin
buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jeli kristal- perisa ape2 pun bleh
1 tin buah laici
1 biji buah kiwi
4 sudu besar tepung kastard
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu
Cara-cara Penyediaannya:
Lapisan pertama (bawah sekali)
Potong swiss roll anggaran 1.5 cm.
Susun dalam bekas sebaiknya dalam bekas
kaca biar nampak susunannya tapi susunan
kek asz x nampak terlindung dengan kastard.
Nanti asz buat lagi kasi nampak itu kek...
Tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
Lapisan Kedua
Campurkan setin susu cair dengan satu tin air
serta 7 sudu gula ke dalam periuk dan masak
di atas api sedehana.
Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin
air.
Bila mula mendidih masukkan bancuhan
tepung kastard tadi kacau dan terus kacau
sampai nampak likat .
Kemudian angkat dan tuangkan ke atas
lapisan yang pertama tadi.
Taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
Lapisan Ketiga
Masak jeli kristal ikut sukatan yang tertera
pada kotak atau pek jelly tadi.
Bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi
masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah
tadi.
Taburkan buah-buahan campuran ke atasnya
asz taburkan buah kiwi dan laici .
Sejukkan dalam fridge dalam 3 jam dan boleh
lah di hidangkan.