Resepi popia serba boleh menggunakan inti ayam, kobis dan lobak yang dicincang dan ditumis bersama bawang sebelum dimasukkan ke dalam kulit popia. Kulit popia dibuat daripada campuran tepung gandum, telur dan air, lalu digoreng sebelum diisi dan disajikan.
2. RESEPI MASAKAN POPIA SERBA BOLEH
Bahan-bahan inti :
ï‚· 150 gram isi ayam
ï‚· 100 gram kobis ungu
ï‚· 100 gram kobis manis
ï‚· 3 biji lobak merah
Bahan-bahan kulit popia :
ï‚· 2 cawan tepung gandum
ï‚· 1 biji putih telur
ï‚· 3/4 cawan air
ï‚· secubit garam
CARA MENYEDIAKAN KULIT
POPIA :
1) Campurkan kesemua bahan-bahan kulit popia ke dalam mangkuk adunan
2) Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar
sekurang kurangnya 10 minit .
3) Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa
tepung yang masih ada. Setelah rata dan bulat, biarkan sampai tepung
masak sebentar.
4) Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
3. CARA MENYEDIAKAN INTI POPIA :
1) Isi ayam dicincang dengan halus
2) Seterusnya potong dua-dua jenis kobis dengan halus juga.
3) Manakala lobak merah pula dihiris menggunakan hirisan yang disediakan.
4) Tumis bawang dengan jumlah minyak yang sedikit. Kemudian , apabila
bawang telah naik baunya, masukkan isi ayam yang telah dicincang tadi.
5) Gaulkan dan apabila ianya kelihatan hampir masak, masukkan sayur
kobis, dan lobak yang telah dihiris tadi.
6) Masukkan garam secukup rasa. Dan biarkan selama lebih kurang 3 minit.
Apabila kelihatan telah masak, angkat dan masukkan kedalam pinggan
dan dibiarkan sejuk. Sayur yang ditumis tadi seharusnya tidak boleh
terlalu masak atau layu kerana di khuatiri akan menjejaskan khasiat yang
ada didalam sayur tersebut.
CARA TERAKHIR :
1) Letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa. Kulit popia boleh
menggunakan kulit popia yang telah dibuat atau sedia ada.
2) Seterusnya baharulah popia tersebut di goreng dengan minyak yang
banyak dan pastikan minyak betul-betul panas.
3) Hidangkan dengan cara yang dapat menarik minat murid untuk
memakannya.