ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
RODA WARNA
WARNA ASAS




MERAH   BIRU   KUNING
CAMPURAN WARNA
WARNA ASAS, apabila dicampurkan antaranya
  akan menghasilkan WARNA SEKUNDER



          +               =

MERAH           BIRU           VIOLET
CAMPURAN WARNA
WARNA ASAS, apabila dicampurkan antaranya
  akan menghasilkan WARNA SEKUNDER




          +               =

BIRU          KUNING           HIJAU
CAMPURAN WARNA
WARNA ASAS, apabila dicampurkan antaranya
  akan menghasilkan WARNA SEKUNDER




          +               =

MERAH         KUNING          JINGGA
WARNA SEKUNDER




HIJAU   JINGGA   VIOLET
RODA WARNA ASAS
WARNA TERTIER
              Merah-violet     Merah-jingga




Biru-violet                                  Kuning-jingga




              Biru-hijau      Kuning-hijau
WARNA PANAS
WARNA SEJUK
WARNA PENGGENAP
APLIKASI WARNA PENGGENAP
WARNA PENGGENAP
   ILUSI OPTIK
Roda warna kelas galaxy
Roda warna kelas galaxy
WARNA HARMONI
APLIKASI WARNA HARMONI
WARNA BERTINDAK
APLIKASI WARNA BERTINDAK
‘TINTS’ DAN ‘SHADES’




   BIRU                            PUTIH
KEHIJAUAN
‘TINTS’ DAN ‘SHADES’
• Shades adalah sebarang warna dalam roda
  warna yang dicipta menggunakan campuran
  hitam. Shades biasanya lebih gelap
  berbanding tints.



   MERAH                            HITAM
WARNA MONOKROMATIK
• Warna monokromatik dicipta dengan
  mencampurkan sebarang warna dengan
  jumlah warna putih dengan kadaran yang
  berbeza.



   JINGGA                            PUTIH
APLIKASI WARNA MONOKROMATIK




   MERAH-            PUTIH
   VIOLET
CONTOH APLIKASI WARNA
   MONOKROMATIK
SEKIAN TERIMA KASIH
     HAYATILAH
KEINDAHAN WARNA
   DI SEKELILING
     KITA………..

More Related Content

Similar to Roda warna kelas galaxy (20)

PPTX
Colorful Watercolor Creative Project Presentation.pptx
dianr19
PPTX
Teori warna
misbahazzahra
PPTX
Teori warna
misbahazzahra
DOCX
Bahan ajar nirmana 2 dimensi unsur warna
LinaTriskayunanda1
PPTX
Pertemuan 6 .pptx
AnnisaRahayuu
PPTX
131113 pengetahuan warna-indobuildtech2013
Liesbeth Aritonang
PPT
3.UnsurWarna.ppt kisdgfmlfosdlafmslkamflakmfmkamfmiafio
TeguhNugroho22
PDF
pertemuan 5 teori warna - tim samawa
angie parameswari
PDF
APA ITU HARMONISASI WARNA?
Muhamad Salman Alfarisi
PPTX
Warna dalam lukisan persembahan
ilaazmil2
PPTX
memahamiteoriwarna-180601162531 presentasi
bouvoztid
PDF
Pertemuan 2 teori warna
angie parameswari
PPTX
Colour ind
Luluk l
PPTX
PERTEMUAN Bab 2 FUNGSI DAN UNSUR WARNA.pptx
MhdAmsari
PPTX
Warna (individu).pptx
KadekWediQinardy
PDF
Filzah Inarah Aprilia- Materi Teori Warna .pdf
FilzahInarahAprilia2
PPTX
Dasar Desain Grafis.pptx
FikriHusnulHadi1
Colorful Watercolor Creative Project Presentation.pptx
dianr19
Teori warna
misbahazzahra
Teori warna
misbahazzahra
Bahan ajar nirmana 2 dimensi unsur warna
LinaTriskayunanda1
Pertemuan 6 .pptx
AnnisaRahayuu
131113 pengetahuan warna-indobuildtech2013
Liesbeth Aritonang
3.UnsurWarna.ppt kisdgfmlfosdlafmslkamflakmfmkamfmiafio
TeguhNugroho22
pertemuan 5 teori warna - tim samawa
angie parameswari
APA ITU HARMONISASI WARNA?
Muhamad Salman Alfarisi
Warna dalam lukisan persembahan
ilaazmil2
memahamiteoriwarna-180601162531 presentasi
bouvoztid
Pertemuan 2 teori warna
angie parameswari
Colour ind
Luluk l
PERTEMUAN Bab 2 FUNGSI DAN UNSUR WARNA.pptx
MhdAmsari
Warna (individu).pptx
KadekWediQinardy
Filzah Inarah Aprilia- Materi Teori Warna .pdf
FilzahInarahAprilia2
Dasar Desain Grafis.pptx
FikriHusnulHadi1

Roda warna kelas galaxy

Editor's Notes

  • #3: Baiklah, adakah anda sudah bersedia untuk mengenali warna? Siapa boleh beritahu saya, apakah itu ‘warna asas’? Betul, warna asas adalah warna merah, biru dan kuning. Campuran antara mana-mana tiga warna asas ini menghasilkan warna-warna lain yang ada di sekeliling kita! Hebat bukan?
  • #4: Seperti yang cikgu beritahu tadi, campuran warna-warna asas menghasilkan warna lain. Warna lain ini dinamakan warna sekunder. Jika kita campurkan warna merah dengan biru, apakah warna sekunder yang dihasilkan?
  • #5: Apabila kita campurkan warna biru dengan kuning, warna sekunder apakah yang dapat dihasilkan?
  • #6: Dan akhir sekali, jika kita campurkan warna merah dengan kuning, apakah warna sekunder yang dapat dihasilkan?
  • #7: Adakah sesiapa yang boleh beritahu cikgu, apakah 3 warna sekunder utama? Ya, tepat sekali. Warna hijau, jingga dan violet dapat dihasilkan daripada campuran warna biru, merah dan kuning.
  • #8: Salah satu cara untuk menggambarkan 6 warna yang telah kita pelajari tadi ialah dengan menggunakan corak segitiga bersilang seperti ini. Warna asas disusun dalam segitiga, dan diantaranya ialah warna sekunder (klik pada warna sekunder), dan anda boleh lihat bagaimana ia disusun diantara 2 warna asas yang dicampurkan untuk mencipta warna tersebut. Jingga terletak antara merah dan kuning, hijau diantara kuning dan biru, dan seterusnya…
  • #9: Warna tertier adalah campuran antara 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Anda boleh lihat warna tertier terletak antara warna asas dan warna sekunder yang membentuknya. Nama warna-warna tertier ini mudah diingat iaitu hasil kombinasi 2 warna yang membentuknya. Contohnya, jika anda campurkan merah dengan violet, maka warna tertier yang terbentuk ialah merah-violet. Jika anda campurkan kuning dan jingga bersama, maka warna tertier yang dihasilkan ialah kuning-jingga. Mudah bukan? Cuba teka, jika anda campurkan biru dan hijau bersama, apakah warna tertier yang terhasil? Ya, betul. Jawapannya warna biru-hijau.
  • #10: Anda mungkin pernah mendengar istilah warna panas dan warna sejuk. Anda boleh membahagikan roda warna kepada 2 bahagian untuk menggambarkan 2 kumpulan warna ini. Warna panas, seperti juga namanya, kelihatan ‘panas’. Ia mengingatkan kita kepada warna-warna mentari.
  • #11: Warna sejuk pula mendamaikan mata yang memandang. Warna ini tidak bergetar sebagaimana warna panas. Ia mengingatkan kita kepada warna air dan ais apabila memandangnya.
  • #12: Warna penggenap mudah diingat kerana ia terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna. Merah dan hijau adalah warna penggenap, birudan jingga adalah warna penggenap begitu juga warna violet dan kuning. Iklan biasanya menggunakan warna penggenap kerana apabila warna-warna ini digandingkan bersama, warna itu akan benar-benar menyerlah antara satu sama lain.
  • #14: Baiklah, cikgu akan tunjukkan satu ilusi optik berkenaan warna. Jika anda bergelut untuk mengingati pasangan warna penggenap, mata anda akan memberitahu anda. Bagaimana caranya? Sebentar nanti, cikgu akan klik kepada slaid seterusnya dan cikgu mahu kamu merenung warna yang bakal kamu lihat nanti selama 15 saat. Kemudian, cikgu akan beralih ke slaid lain dan anda boleh memberitahu cikgu warna yang anda nampak. Adakah anda bersedia?
  • #16: Apakah warna yang anda nampak? Violet dan kuning adalah warna penggenap. Anda boleh cuba ilusi ini ke atas warna yang lain juga. Selamat mencuba!
  • #17: Warna harmoni adalah warna yang terletak bersebelahan di dalam roda warna. Ia biasanya berkongsi warna asas yang sama, seperti merah atau kuning. Warna harmoni nampak serasi digandingkan bersama kerana mereka mempunyai penampilan yang sama. Pelukis biasanya menggunakan warna harmoni untuk mencipta karya yang menarik dan tidak serabut pada pandangan mata.
  • #18: Siapa boleh beritahu cikgu, siapakah pelukis tersohor yang menghasilkan karya warna harmoni ini? Ya bagus, Vincent Van Gogh. Beliau menggunakan warna-warna harmoni untuk menghasilkan lukisan bunga matahari yang popular ini. Beliau menggunakan warna jingga, kuning, kuning-jingga, kuning-hujau dan gandingan ‘tints’ dan ‘shades’ warna-warna tersebut untuk menghasilkan karya visual yang menarik.
  • #19: Hubungan warna yang lain yang juga penting, ialah Warna Bertindak. Bermula daripada satu daripada 6 warna utama, lukis satu garisan merentasi roda warna dan seterusnya kepada warna penggenapnya. Sekarang, lihat di kedua-dua belah warna penggenap itu. 2 warna bersebelahan itu adalah warna bertindak kepada warna utama itu. Adakah sesiapa di sini yang boleh memberikan cikgu contoh yang lain?
  • #20: Tajuk lukisan ini ialah, “Music- Pink and Blue II” oleh Georgia O’Keeffe. Karya ini menggunakan aplikasi warna bertindak.
  • #23: Mulakan dengan memilih satu warna. Contohnya, jingga. Untuk mencipta warna monokromatik, anda boleh mencampurkan warna putih kepada jingga itu dalam kuantiti yang berbeza-beza. Warna peach susu di 3 petak paling tengah adalah ‘tints’ kerana ia adalah kombinasi putih dengan satu warna dalam roda warna. (mulakan demonstrasi mencampur warna)
  • #24: Ini adalah contoh lukisan warna monokromatik oleh seorang pelajar.