1. LAPORAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEMAHIRAN PROSES SAINS ( MENGELAS )
PENGENALAN
Satu kajian tentang pentaksiran autentik telah dijalankan kepada murid murid untuk
memastikan tahap perkembangan Kemahiran Proses Sains ( KPS ). Kajian KPS ini telah
dijalankan di Sekolah Taman Desaminium Lestari Perdana Seri Kembangan Selangor.
Sekolah ini merupakan sekolah kawasan Bandar yang mempunyai guru seramai 114 orang
dan seramai 1872 orang murid. Dalam tugasan ini , saya telah memilih salah satu KPS iaitu
mengelas. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan
murid murid dalam menguasai KPS terutamanya dalam bidang mengelas sesuatu objek
mengikut sifat sifat sepunya atau ciri ciri yang sama.
KUMPULAN SASARAN
Seramai 15 orang daripada 42 orang murid yang terdapat di dalam kelas 4
Cemerlang telah dipilih untuk menjalankan pentaksiran autentik KPS iaitu mengelas. Murid
murid yang dipilih adalah daripada kalangan murid yang sederhana yang berada di kelas
tersebut dari segi penguasaan PBS mereka. Kesemua murid ini berasal daripada kawasan
bandar dan datang daripada golongan berpendapatan tinggi yang terdiri daripada kaum
melayu. Berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2014 , murid murid ini mendapat keputusan
cemerlang iaitu Gred A dan B dalam mata pelajaran Sains manakala dalm Pentaksiran
Berasaskan Sekolah ( PBS), majoriti mereka mendapat antara Band 4 dan Band 5.
2. PEMILIHAN TOPIK PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pemilihan tajuk yang sesuai amat penting dalam pentaksiran autentik. Hal ini adala
untuk memastikan supaya objektif pengajaran guru dapat dicapai manakala murid- murid
akan merasa gembira dan berminat untuk mengikuti aktiviti pembelajaran .
Dalam kajian ini saya telah memilih tema Pengenalan Kepada Sains di bawah tajuk
Kemahiran Saintifik iaitu Kemahiran Proses Sains mengelas. KPS mengelas kebiasaannya
terdapat dalam soalan di Bahagian A dan juga Bahagian B. Proses mengelas ini amat
penting untuk dikuasai oleh murid murid untuk mencapai keputusan yang baik .Topik ini
juga dipilih kerana ia bersesuaian dengan Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT ) Tahun 4
yang menunjukkan tajuk ini berada di antara minggu ke 7 hingga ke 9. Oleh yang demikian
ia bersesuaian dengan tempoh kajian yang saya laksanakan ini iaitu ia antara minggu ke 7
dan ke 9 sesi persekolahan tahin 2015
Di bawah ini adalah RPT tahun 4 sesi persekolahan tahun 2015
MINGGU
STANDARD
PEMBELAJARAN
TAHAP
PENGUASAAN
STANDARD PRESTASI
Tema : Pengenalan Kepada Sains
Bidang : 1.0 Kemahiran saintifik
Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran proses sains
Minggu 7
Hingga
Minggu 10
1.1.2
Mengelas
1
Menyatakan ciri objek dengan melihat persamaan dan
perbezaan
2
Memerihalkan ciri objek dengan menyatakan persamaan dan
perbezaan
3
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya
dan berbeza
4
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya
dan berbeza dan menyatakan ciri sepunya yang digunakan
5
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya
dan berbeza dan menyatakan ciri sepunya yang digunakan
3. serta boleh menggunakan ciri lain untuk mengasing dan
mengumpul
6
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya
dan berbeza sehingga peringkat terakhir dan menyatakan ciri
yang digunakan
Jadual pelaksanaan
BIL TARIKH AKTIVITI / TUGASAN
1 15 Feb 2015 Membuat tinjauan tentang masalah melalui semakan latihan
dalam buku aktiviti yang berkaitan dengan tajuk tajuk KPS
2 18 Feb 2015 Memilih KPS yang sesuai untuk membuat pentaksiran autentik
3 27 Feb 2015
Berbincang dengan sejawat untuk memilih bentuk aktiviti dan
latihan latihan yang sesuai untuk melihat tahap perkembangan
murid murid dalam penguasaan KPS yang dipilih iaitu mengelas
4
02 Mac 2015
Proses pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk KPS iaitu
mengelas.
Memberi latihan kepada murid murid di papan tulis.
5 09 Mac 2015 Murid melakukan aktiviti bertulis di atas lembaran kerja yang
diedarkan
6 14 Mac 2015 Menyediakan laporan pentaksiran autentik
7 15 Mac 2015 Melaksanakan Kajian Tindakan
8 19 Mac 2015 Menyiapkan laporan Kajian Tindakan
4. 9 22 Mac 2015 Menyerahkan laporan Kajian
AKTIVITI / ALAT PENTAKSIRAN
Terdapat pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan oleh
guru untuk menarik minat murid . Salah satu kaedah yang yang boleh menarik minat murid
untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti perbincangan.
Dalam pentaksiran yang dijalankan ,saya telah memilih aktiviti perbincangan. Aktiviti
ini dipilih kerana guru dan pelajar akan sama sama mendapat manfaat, dimana guru dan
pelajar akan dapat berkongsi kongsi idea dan ini dapat memberi ilmu baru sama ada
kepada pelajar ataupun guru. Guru juga akan dapat memahami dan mengenali tahap
kecerdasan seseorang pelajar, dan dengan ini dapat memudahkan guru mengaplikasikan
aktiviti aktiviti pengajaran kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Walau
bagaimanapun, guru mesti tahu bahawa sebarang aktiviti pengajaran yang dijalankan
mestilah mempunyai perancangan yang baik agar mencapai sasaran dan objektif yang telah
ditetapkan.
Aktiviti perbincangan dipilih kerana melalui kaedah ini murid dapat mengumpul idea
idea yang dilakukan sama ada dalam perbincangan yang berbentuk kumpulan besar atau
pun kecil.Perbincangan dapat dijalankan secara terbuka dan terbimbing
Kaedah pengajaran secara perbincangan juga mengambil kira faktor-faktor yang
ada supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Oleh yang demikian,
aktiviti perbincangan dipilih kerana aktiviti ini banyak mendatangkan kebaikan kepada
pelajar dan guru jika dibanding dengan kelemahan yang ada apabila menggunakan teknik
5. ini. Kaedah ini menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar. Jika kedua-dua belah
pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, ia akan mewujudkan
suasana yang lebih baik jika di bandingkan dengan aktiviti pengajaran yang lain. Dalam
konteks pengajaran secara perbincangan, ia lebih menekankan kepada pembelajaran
berpusatkan pelajar. Keadaan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap
berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.
PELAKSANAAN KAEDAH PENTAKSIRAN
Langkah 1
Murid murid diberikan beberapa jenis alat tulis dan guru meminta beberapa orang
murid dalam kumpulan berbincang untuk mengasingkan alatan tersebut. Ini adalah sebagai
langkah permulaan sebelum topik pengelasan diajar.
Alat tulis diletakkan bertaraburan seperti gambar rajah di bawah
6. Murid berbincang untuk mengasingkan peralatan tersebut diasingkan
peralatan tersebut mengikut warna di atas
Langkah 2
Guru dan murid bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dijalankan di langkah 1.
Guru menerangkan tentang Kemahiran proses Sains ( KPS ) iaitu mengelas
8. Murid dipilih secara rawak untuk membina carta
pengelasan objek objek yang mudah
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan pembelajaran minggu lepas.Guru
meminta beberapa orang murid untuk mengelaskan objek seperti dalam gambar rajah di
atas mengikut kefahaman masing masing.
Antara pengelasan yang dilakukan oleh murid adalah seperti gambar rajah di bawah.
9. Pengelasan mengikut bilangan mata iaitu bermata dua dan bermata tiga
Berambut dan tidak berambut Bentuk bulat dan bentuk empat segi
Guru membuat rumusan tentang pengelasan yang telah dilakukan oleh murid murid
Langkah 4
10. Beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk menjalkankan aktiviti pengelasan
berdasarkan objek yang diberikan oleh guru
Murid murid membuat aktiviti di dalam lembaran yang di bekalkan oleh guru
Contoh aktiviti aktiviti yang lain adalah seperti di lampiran
12. Murid diberikan beberapa keping gambar tumbuhan. Murid berbincang dalam kumpulan
masing masing untuk mengasingkan tumbuhan tersebut mengikut sifat sepunya sambil
dibimbing oleh guru
Hasil kerja murid
Hasil kerja murid. Satu kumpulan telah mengelaskan tumbuhan mengikut sifat
Sepunya iaitu :
1. Berbatang keras dan berbatang lembut
2. Berbunga dan tidak berbunga
Hasil kerja murid adalah seperti di lampiran
13. Kaedah Penggredan
Pentaksiran autentik dapat ditaksir melalui aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pentaksiran ini dijalankan secara
formal dan tidak ada langkah langkah yang khusus semasa melaksanakanya. Pentaksiran
ini dijalankan mengikut kreativiti guru dan bergantung kepada guru itu sendiri untuk memilih
waktu bilakah dia ingin melaksanakan pentaksiran tersebut. Pentaksiran autentik
membolehkan murid mengembangkan idea mereka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
kreatif dan inovatif. Mereka bebas bergerak semasa melakukan setiap aktiviti yang
diarahkan oleh guru.
Dari segi pemarkahan, skor diberi mengikut Band 1 , 2, 3, 4 , 5 dan 6. Band band
ini diberikan mengikut tahap penguasaan murid. Pemberian markah kaedah pentaksiran
autentik berbeza dengan kaedah penilaian yang biasa dilakukan oleh pihak sekolah seperti
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Pemberian markah peperiksaan pertengahan
dan akhir tahun bergantung kepada peratusan markah yang diperolehi oleh murid untuk
diberikan gred A , B , C , D , dan E. Di bawah ini adalah kaedah pemberian gred / skor
kepada pelajar. Pemberian gred ini adalah bergantung kepada pentaksiran guru semasa
murid murid melaksanakan setiap aktiviti yang diarahkan oleh guru di dalam kelas.
MINGGU
STANDARD
PEMBELAJARAN
TAHAP
PENGUASAAN
STANDARD PRESTASI
Tema : Pengenalan Kepada Sains
Bidang : 1.0 Kemahiran saintifik
Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran proses sains
14. Minggu
7
Hingga
Minggu
10
1.1.2
Mengelas
1 Menyatakan ciri objek dengan melihat persamaan dan perbezaan
2 Memerihalkan ciri objek dengan menyatakan persamaan dan perbezaan
3
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza
4
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza dan menyatakan ciri sepunya yang digunakan
5
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza dan menyatakan ciri sepunya yang digunakan serta boleh
menggunakan ciri lain untuk mengasing dan mengumpul
6
Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan
berbeza sehingga peringkat terakhir dan menyatakan ciri yang
digunakan
Pentaksiran yang dibuat ialah untuk Kemahiran Proses Sains ( KPS ) 1.1.2 iaitu
mengelas.Penggredan yang diberi adalah mengikut band seperti dalam jadual di
atas.Secara ringkasnya penggredan yang diberi adalah seperti berikut :
Band 1 -Menyatakan ciri objek dengan melihat persamaan dan perbezaan.
Band 2 -Memerihalkan ciri objek dengan menyatakan persamaan dan perbezaan.
Band 3 -Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza.
Band 4 -Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza dan
menyatakan ciri sepunya yang digunakan.
Band 5 -Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza dan
menyatakan ciri sepunya yang digunakan serta boleh menggunakan ciri lain
mengasing dan mengumpul.
Band 6 -Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza
Sehingga peringkat terakhir dan menyatakan ciri yang digunakan .
Dalam jadual di bawah tanda ( X ) menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran
kemahiran mengikut Band 1 , 2 , 3 , 4 , 5 dan 6.
15. 1 2 3 4 5 6
1 L X X X X X X
KEMAHIRAN PROSES SAINS
1.1.2 ( MENGELAS )
NAMA MURID
NO. SURAT
BERANAK
JANTINABIL
Jadual Pemberian Gred / Skor Kepada Pelajar Mengikut Band
Gred yang diberikan kepada murid adalah dalam bentuk pernyataan Band. Majoriti murid
mendapat antara Band 5 dan Band 6.
Pentaksiran yang diuji ialah KPS mengelas di bawah kemahiran 1.1.2.Daripada jadual di
bawah, semua murid dapat menguasai antara Band 1 hingga Band 5, manakala seramai 10
orang murid dapat menguasai kemahiran sehingga ke Band yang ke 6.
Band
16. Analisa dan graf pencapaian murid mengikut Band adalah seperti di bawah
U/P - Mengelas
17. Daripada graf di atas, didapati seramai 10 orang murid berada di Band 6 , manakala
seramai 5 orang murid pula berada di band 5.
Mengikut pentaksiran , murid yand berada di Band 5 dan 6 dapat menguasai
kemahiran seperti di bawah:
Band 5 - Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza
dan menyatakan ciri sepunya yang digunakan serta boleh menggunakan ciri
untuk mengasing dan mengumpul.
Band 6 - Mengasing dan mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan berbeza
sehingga ke peringkat terakhir dan menyatakan ciri yang digunakan
0
2
4
6
8
10
12
BILANGAN
KEMAHIRAN
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN
1
2
3
5
6