1. RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR
Mata pelajaran Teknologi Maklumat Komunikasi
Tingkatan 4 Bestari
Tarikh 02 Mei 2013 ( Khamis )
Masa 11.20 pg – 12.40 tgh ( 80 minit )
Jumlah pelajar 21 orang
Tajuk 2.2 Perkakasan
Sub – tajuk
2.2.4 Storan
Hasil pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :
i. Menjelaskan jenis dan fungsi Storan Primer (RAM dan ROM)
ii. Menjelaskan jenis dan fungsi Storan Sekunder (medium magnet,
medium optik dan ingatan kilat)
Pengalaman lepas /
pengetahuan sedia
ada
Pelajar - pelajar amnya telah mengetahui dan memahami :
Konsep sistem komputer dimana ia terdiri daripada perkakasan, perisian dan
pengguna untuk berfungsi dengan sepenuhnya
Nilai-nilai murni
i. Hormat kepada guru dan rakan
ii. Bekerjasama
iii. Keadilan
iv. Rasional
Sumber pengajaran
dan pembelajaran
i. Enjin carian Google
ii. Slaid
iii. Gambar
iv. Modul
Kemahiran generik
i. Kemahiran berfikir
ii. Mengecam perhubungan
iii. Menyusun atur
Langkah – Langkah Pengajaran
2. LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pengenalan
Set Induksi
( 5 minit )
Storan 1. Pelajar dipaparkan gambar peti besi
2. Pelajar ditanya beberapa soalan :
i. Apakah yang anda perhatikan melalui
paparan tersebut?
ii. Apakah fungsi peti besi?
3. Pelajar memberi pandangan dan pendapat
mereka.
4. Guru memurnikan pendapat pelajar dan
mengaitkannya dengan tajuk pembelajaran
dan menyatakan hasil pembelajaran yang di
harapkan.
SPP:
Gambar
(peti besi)
Kemahiran Generik:
(i) Mengecam
perhubungan
(ii) Kemahiran
berfikir
Nilai Murni:
(i) Rasional
Perkembangan
Langkah 1
( 20 minit )
Definisi Storan:
Ruang simpanan
data bagi sistem
komputer pada saat
pemprosesan
1. Guru menerangkan maksud storan secara
ringkas.
2. Guru meminta beberapa orang pelajar
memberikan contoh storan.
3. Pelajar memberikan pendapat mereka.
4. Guru memurnikan pendapat pelajar dan
menerangkan definisi storan dengan
mengunakan slaid.
5. Pelajar mendengar penerangan guru dan
membuat catatan ringkas mengenai storan.
SPP:
(i) Slaid
Teknik:
(i) Perbincangan
Kemahiran Generik:
(i) Mengecam
perhubungan
(ii) Menyusun atur
Nilai-nilai murni :
(i) Berani
(ii) Hormat kepada
guru dan rakan
Langkah 2
( 20 minit)
Storan Primer:
(i) Memori
• Read Only
Memory
(ROM)
• Random Access
Memory
(RAM)
(ii) Memori Cache
• Didapati daripada
cip tambahan di
CPU
• Kawasan utama
simpanan
maklumat
• Komputer dengan
cache tinggi
boleh
menambahkan
kelajuan
komputer
1. Pelajar diminta membentuk 4 kumpulan
yang terdiri daripada 5-6 orang ahli.
2. Setiap kumpulan diberi tempoh 10 minit
untuk mencari gambar storan primer
3. Kumpulan terplih akan memaparkan
gambar hasil penerokaan mereka di
hadapan kelas dengan menggunakan
slaid.
4. Guru memurnikan pembentangan pelajar
dan menerangkan definisi dan contoh
storan primer dengan menggunakan slaid.
5. Pelajar mendengar dan membuat catatan
ke dalam buku nota.
6. Guru memaparkan beberapa gambar
storan primer dan memanggil nama pelajar
secara rawak untuk menamakan setiap
gambar tersebut.
SPP:
(i) Slaid
(PowerPoint)
(ii) Enjin carian
google
(iii) Gambar:
• RAM
• ROM
Teknik:
(i) Meneroka
(ii) Pembelajaran
Kooperatif
Kemahiran Generik:
(i) Kemahiran
berfikir
(ii) Menyusun atur
(iii) Mengaplikasi
Nilai-nilai murni :
(i) Bekerjasama
(ii) Berani
Langkah 3 Storan Sekunder: 1. Pelajar diminta membentuk 4 kumpulan SPP: