1. Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5B
Bilangan Murid : 32 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 12 Julai 2010
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman
mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara
lisan mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai
pengalaman mereka menyambut perayaan
masing-masing dengan menggunakan ayat
majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang
sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
2. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk,
sebutan dan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan
Menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan
kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai perayaan yang
terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan
membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.