1. RPT SAINS T1; 2019 1
1.0 PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 1
1/1 – 3/1
1.1
Sains adalah
sebahagian
daripada
kehidupan harian
Murid boleh:
1.1.1 menghubungkaitkan aktiviti seharian
dengan Sains.
1.1.2 mengitlak maksud Sains.
1.1.3 merumuskan kepentingan bidang Sains
tersebut dalam kehidupan seharian.
1.1.4 memerihalkan bidang Sains.
1.1.5 berkomunikasi mengenai kerjaya dalam
bidang Sains.
1.1.6 menghubungkait subjek yang perlu
dipelajari dengan kerjaya bidang sains
yang diminati.
1.1.7 memerihalkan inovasi teknologi.
Membincangkan aktiviti kehidupan seharian yang
menjurus kepada takrifan Sains.
Sains sebagai disiplin ilmu yang melibatkan
pemerhatian dan penyiasatan saintifik /
eksperimen yang sistematik terhadap fenomena
alam semula jadi.
Membuat sumbang saran menggunakan peta
pemikiran mengenai:
ï‚· kepentingan Sains dalam memahami diri sendiri
dan alam sekeliling ke arah mengagumi ciptaan
Tuhan.
ï‚· bidang sains dan contoh bidang sains seperti
zoologi, astronomi, mikrobiologi, geologi,
fisiologi, botani, kejuruteraan, farmakologi,
oseanografi, forensik, pengurusan sisa dsb.
ï‚· kerjaya dalam bidang sains
ï‚· subjek yang perlu dipelajari untuk kerjaya yang
dipilih.
Perbincangan berkumpulan dan membuat
persembahan menggunakan multimedia berkaitan
contoh inovasi teknologi yang memudahkan
kehidupan harian. Bincangkan juga bagaimana
inovasi teknologi menyelesaikan masalah kehidupan
dan alam sekitar seperti pencemaran.
2. RPT SAINS T1; 2019 2
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 2
8/1 – 10/1
1.2
Makmal sains
anda
1.2.1 mengenal pasti dan menyatakan fungsi
radas.
1.2.2 mengenal pasti simbol dan contohbahan
berbahaya dalam makmal.
1.2.3 melukis dan melabel radas yang biasa
digunakan dalam makmal dan mengelas
berdasarkan kegunaannya.
1.2.4 mewajarkan peraturan dan langkah
keselamatan dalam makmal.
Menjalankan aktiviti mengenal pasti perkara berikut:
ï‚· radas yang biasa digunakan dalam makmal.
ï‚· simbol dan contoh bahan berbahaya dalam
makmal.
ï‚· pengelasan berdasarkan kriteria yang dipilih sendiri
oleh murid dan mempersembahkan hasil
perbincangan kumpulan.
Perbincangan dan pembentangan kumpulan tajuk
berikut:
ï‚· peraturan dalam makmal
ï‚· langkah-langkah keselamatan
ï‚· langkah-langkah mencegah kebakaran
ï‚· tindakan yang perlu diambil jika berlaku
kemalangan dalam makmal sepertiterkena/tertelan
bahan kimia, luka dan terhidu gas beracun.
Membincangkan dan mencadangkan penggunaan
radas yang sesuai semasa melakukan penyiasatan
saintifik/eksperimen bagi menjimatkan masa dan
penggunaan bahan.
Perlu ditegaskan pentingnya mengamalkan sikap
berhati-hati dan cermat bagi menjamin keselamatan
diri dan orang lain serta menggelakkan pembaziran.
4. RPT SAINS T1; 2019 4
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 3
13/1 – 17/1
&
MINGGU 4
20/1 – 24/1
*21/1
CUTIHARI
THAIPUSAM
1.4
Penggunaan
alat pengukur,
kejituan,
kepersisan,
kepekaan dan
ralat
1.4.1 menggunakan alat pengukur yang betul
dan dengan cara yang betul, untuk
mengukur dengan persis dan jitu kuantiti
panjang, jisim, masa, suhu dan arus
elektrik.
Menjalankan aktiviti secara berstesen menggunakan
alat pengukur seperti pembaris, pita pengukur,
termometer, jam randik, neraca tiga palang, ammeter,
voltmeter, silinder penyukat. Dalam aktiviti ini perlu
ditegaskan:
ï‚· mengamalkan pengambilan bacaan beberapa kali
untuk mendapatkan bacaan yang jitu.
ï‚· membuat perkaitan nilai senggatan pada alat
pengukur dengan kejituan bacaan.
1.4.2 menggunakan alat pengukuran yang lebih
jitu bagi membandingkan kejituan,
kepersisan dan kepekaan dalam
pengukuran.
Menjalankan aktiviti menggunakan peralatan seperti
skala vernier, tolok skru mikrometer, penimbang digital,
tolok skru mikrometer digital, vernier digital, termometer
digital, termometer klinikal, pencari julat digital.
1.4.3 menerangkan bagaimana mengatasi ralat
sistematik dan ralat rawak.
Menjalankan aktiviti cara mana untuk mengatasi ralat
sistematik (ralat sifar) dan ralat rawak (ralat paralaks)
1.4.4 menganggar panjang, luas, jisim atau isi
padu sesuatu objek dengan membuat
anggaran sebelum membuatpengukuran
sebenar.
Menjalankan aktiviti penyelesaian masalah bagi
membuat perkaitan antara kemahiran membuat
anggaran dengan pengukuran sebenar.
1.4.5 menjelas dengan contoh inovasi dalam alat
pengukuran melalui pelbagai jenis
persembahan multimedia.
Mengumpul maklumat dan membuat persembahan
menggunakan multimedia mengenai inovasi dalam alat
pengukuran.
5. RPT SAINS T1; 2019 5
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 4
20/1 – 24/1
*21/1
CUTIHARI
THAIPUSAM
1.5
Ketumpatan
1.5.1 menyusun mengikut urutan bahan
berdasarkan ketumpatan.
1.5.2 meramalkan sama ada bahan akan
terapung dan tenggelam berdasarkan
ketumpatan.
1.5.3 mendefinisikan secara operasi maksud
ketumpatan.
1.5.4 mengira ketumpatan menggunakan rumus
(ketumpatan = jisim/isi padu) dan dengan
kaedah sesaran air.
1.5.5 menerangkan fenomena yang berkaitan
dengan perbezaan ketumpatan dalam
kehidupan seharian.
1.5.6 membuat inovasi objek, makanan atau
minuman menggunakan konsep
ketumpatan.
Menjalankan penyiasatan saintifik tentang hubungan
antara jisim dengan ketumpatan bagi pelbagai pepejal
yang mempunyai isi padu yang sama seperti
menggunakan kekubus ketumpatan.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan ketumpatan
menggunakan rumus.
Menjalankan aktiviti eksplorasi bagi menentukan
ketumpatan pepejal dengan kaedah sesaran air.
Membincangkan fenomena dalam kehidupan harian
yang melibatkan perbezaan ketumpatan dan
mempersembahkan hasil perbincangan dengan
menggunakan multimedia.
Elemen keusahawanan boleh diterap dan dipraktikkan
dalam aktiviti ini.
6. RPT SAINS T1; 2019 6
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 5
27/1 – 31/1
1.6
Langkah dalam
penyiasatan
saintifik
1.6.1 membezakan setiap kemahiran proses
sains.
1.6.2 membuat urutan langkah dalam
menjalankan penyiasatan saintifik mengikut
urutan yang betul.
1.6.3 menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi
menyelesaikan satu masalah yang mudah.
(EKSP 1.1; Buku Teks m.s. 36)
Guru disarankan menggunakan kaedah stesen bagi 12
kemahiran proses sains.
Mereka bentuk dan menjalankan satu penyiasatan
saintifik/eksperimen bagi setiap kumpulan untuk
menjelaskan langkah dan kaedah saintifik iaitu:
1. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan
penyiasatan saintifik.
2. Membina hipotesis.
3. Merangka bagaimana pemboleh ubah.
dimanipulasikan dan cara pengumpulan data.
4. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik.
5. Membentang data yang dikumpul.
6. Menginterpretasi data dan keputusan dengan
penaakulan saintifik.
7. Membuat keputusan dan mempersembahkan
laporan.
1.7
Sikap saintifik
dan nilai murni
dalam
menjalankan
penyiasatan
saintifik
1.7.1 menyokong sikap saintifik dan nilai murni
yang diamalkan oleh ahli sains.
1.7.2 mewajarkan keperluan mengamalkan sikap
saintifik dan nilai murni dalam menjalankan
penyiasatan.
1.7.3 mempraktikkan sikap saintifik dan nilai
murni semasa menjalankan kaedah
penyiasatan saintifik.
Perbincangan mengenai pentingnya:
ï‚· sikap saintifik dan nilai murni.
ï‚· amalan sikap saintifik.
7. RPT SAINS T1; 2019 7
2.0 SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUPAN
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 7
10/2 – 14/2
2.1
Sel –
struktur,
fungsi dan
organisasi
2.1.1 menerangkan benda hidup dibina daripada
sel yang menjalankan fungsi hidup dan
mengalami pembahagian sel.
2.1.2 menunjuk cara penyediaan slaid selhaiwan
dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang
betul.
2.1.3 berkomunikasi mengenai fungsi setiap
struktur dalam sel dan membanding dan
membezakan sel haiwan dengan sel
tumbuhan.
2.1.4 menjelaskan dengan contoh ciri organisma
unisel dan multisel bagi kedua-dua haiwan
dan tumbuhan.
Menggunakan pelbagai bentuk multimedia yang
menunjukkan pembahagian sel. (Tidak perlu
perkenalkan mitosis atau meiosis)
Pembentukan sel kanser dibincangkan.
Menjalankan penyiasatan saintifik tentang sel haiwan
dan sel tumbuhan dengan menggunakan mikroskop.
Melukis dan melabelkan sel haiwan dan sel tumbuhan
yang diperhatikan di bawah mikroskop.
Struktur sel haiwan terdiri daripada membran sel,
sitoplasma, nukleus dan mitokondria manakala sel
tumbuhan terdiri daripada nukleus, dinding sel,
membran sel, mitokondria, kloroplas, nukleus dan
vakuol.
[nukleus mengandungi kromosom yang terdiri daripada
asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat
genetik].
Rujuk kepada Modul 23 HEBAT Sains (Sel).
Rujuk kepada Modul 9 HEBAT Sains (Kitar Hidup).
Pembentangan menggunakan peta pemikiran untuk
mencirikan organisma unisel dan multisel.
8. RPT SAINS T1; 2019 8
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 7
10/2 – 14/2
2.1.5 membezakan jenis dan fungsi sel haiwan
dan sel tumbuhan.
2.1.6 mengkonsepsikan pembentukan tumbuhan
dan haiwan mengikut urutan tahap
organisasi
sel ïƒ tisuïƒ organïƒ sistemïƒ organisma.
2.1.7 mengagumi dan menghargai kewujudan
pelbagai organisma.
Jenis dan fungsi sel manusia- sel saraf, sel epitelium,
sel otot, sel pembiakan, sel darah.
Jenis dan fungsi sel tumbuhan – sel palisad daun, sel
pengawal, sel epidermis, sel rerambut akar.
Sistem dalam badan manusia seperti sistem saraf,
sistem pencernaan, sistem rangka, sistem perkumuhan,
sistem respirasi, sistem pembiakan, sistem limfa, sistem
peredaran darah, sistem otot, sistem endokrin dan
sistem integumen.
Pembentangan dengan multimedia bagaimana daripada
sel membentuk suatu organisma.
MINGGU 8
17/2 – 21/2
2.2
Respirasi sel dan
fotosintesis
2.2.1 berkomunikasi mengenai respirasi sel.
2.2.2 berkomunikasi mengenai proses
fotosintesis.
(EKSP 2.2; Buku Teks m.s. 61 & 62)
2.2.3 membezakan antara proses respirasi sel
dan fotosintesis.
2.2.4 menerangkan bagaimana proses respirasi
sel dan fotosintesis saling melengkapi.
Proses respirasi sel memerlukan oksigen dan glukosa
untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air.
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan
fotosintesis memerlukan tenaga cahaya, karbon
dioksida, air dan klorofil untuk menghasilkan glukosa
dan oksigen.
Menghubungkaitkan bagaimana respirasi sel dan
fotosintesis saling melengkapi demi kesejahteraan
hidup dengan persembahan multimedia.
Rujuk kepada Modul 24 HEBAT Sains
(Fotosintesis dan Respirasi).
9. RPT SAINS T1; 2019 9
3.0 KOORDINASI DAN GERAK BALAS
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 9
24/2 – 28/2
3.1
Homeostasis
dalam benda
hidup
3.1.1 berkomunikasi maksud homeostasis.
3.1.2 menjelaskan dengan contoh sistem yang
terlibat dengan homeostasis dalam
manusia dan haiwan.
(EKSP 3.1; Buku Teks m.s. 76 & 77)
3.1.3 menjelaskan dengan contoh sistem yang
terlibat dengan homeostasis dalam
tumbuhan.
3.1.4 menghargai kepentingan homeostasis
kepada manusia dan benda hidup.
Mengumpul maklumat dan membuat persembahan
multimedia mengenai homeostasis seperti kawal atur
kandungan air dan suhu badan.
Menjalankan eksperimen bagi menunjukkan
bagaimana tindakan biologi memberi gerak balas
kepada perubahan untuk menstabilkan keadaan badan
seperti:
ï‚· berpeluh dalam keadaan panas dan menggigil
apabila kesejukan.
ï‚· kadar degupan jantung semakin meningkat apabila
melaksanakan tugas yang berat.
Mengumpul maklumat dan membuat pemerhatian
mengenai transpirasi untuk mengawal atur air dalam
tumbuhan.
Melakukan sumbangsaran untuk membincang dan
membuat persembahan multimedia mengenai
kepentingan homeostasis.
10. RPT SAINS T1; 2019 10
4.0 PEMBIAKAN
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 10
3/3 – 7/3
4.1
Pembiakan seks
dan aseks
4.1.1 membanding dan membezakan pembiakan
seks dan aseks bagi haiwan dan tumbuhan.
4.1.2 menaakul kepentingan pembiakan.
4.1.3 mensyukuri kebolehan membiakuntuk
menyambung zuriat sebagai kurniaan
Tuhan.
Mengumpul dan mentafsir data atau maklumat
mengenai pembiakan seks dan aseks:
ï‚· cara pembiakan seks iaitu persenyawaan dalam
dan persenyawaan luar.
ï‚· pelbagai cara pembiakan aseks iaitu belahan
dedua, pertunasan, pembentukan spora,
vegetatif, penjanaan semula dan kultur tisu.
Membuat persembahan menggunakan multimedia
bagi menjelaskan kepentingan pembiakan dan
masalah yang timbul jika pembiakan semakin
berkurangan bagi semua hidupan.
4.2
Sistem
pembiakan
manusia
4.2.1 mengenal pasti struktur dan fungsi sistem
pembiakan lelaki dan perempuan.
4.2.2 berkomunikasi mengenai perubahan fizikal
yang berlaku semasa akil baligh.
4.2.3 membanding dan membezakan gamet
jantan dengan gamet betina dalam sistem
pembiakan.
Menggunakan multimedia untuk membuat pemerhatian
dan membincangkan struktur dan fungsi sistem
pembiakan lelaki dan perempuan.
Membincangkan pengalaman perubahan fizikal semasa
akil baligh.
Menggunakan peta pemikiran untuk membanding-
bezakan gamet jantan (sperma) dan gamet betina
(ovum) dari segi struktur dan fungsi.
Rujuk kepada Modul 11 HEBAT Sains
(Proses Hidup).
11. RPT SAINS T1; 2019 11
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 11
10/3 – 14/3
4.3
Kitar haid
4.3.1 berkomunikasi mengenai kitar haid dan
urutan perubahan pada dinding uterus
semasa haid.
4.3.2 menghubungkaitkan waktu subur kitar haid
dengan proses persenyawaan.
4.3.3 mewajarkan kepentingan mengurus
kebersihan diri semasa haid.
Mengintegrasikan multimedia dan peta pemikiran untuk
menjelaskan:
ï‚· haid dan kitar haid.
ï‚· hubung kait waktu subur kitar haid
dengan persenyawaan.
ï‚· kepentingan mengamalkan kebersihan diri semasa
haid.
MINGGU 12
17/3 – 21/3
UJIAN PENTAKSIRAN 1
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 (22/3-30/3/2019)
MINGGU 13
31/3 – 4/4
4.4
Persenyawaan
dan kehamilan
4.4.1 berkomunikasi mengenai proses
persenyawaan dan penempelan embrio.
4.4.2 mewajarkan kepentingan dan fungsi
plasenta dan tali pusat.
4.4.3 memerihalkan perkembangan zigot kepada
embrio dan seterusnya kepada fetus dalam
tempoh kehamilan sehingga kelahiran.
Menggunakan multimedia bagi menjelaskan:
ï‚· proses persenyawaan.
ï‚· proses penempelan embrio.
ï‚· perkembangan zigot kepada embrio dan
seterusnya kepada fetus sehingga kelahiran.
12. RPT SAINS T1; 2019 12
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 13
31/3 – 4/4
4.5
Faktor yang
mempengaruhi
perkembangan
fetus dan bayi
4.5.1 menghubungkait kepentingan pengambilan
makanan yang berkhasiat kepada
kesihatan ibu dan fetus semasakehamilan.
4.5.2 mewajarkan kepentingan mengelak
daripada mengambil bahan yang boleh
memudaratkan fetus.
4.5.3 mewajarkan kebaikan penyusuan susuibu
kepada perkembangan bayi berbanding
susu formula.
4.5.4 menyedari bahawa setiap makhluk yang
bernyawa mempunyai hak untuk hidup
walaupun dalam kandungan.
Perkongsian maklumat daripada pakar nutrisi dan
membuat hubungan sebab dan akibat mengenai
pengambilan nutrisi yang berkhasiat sepanjang tempoh
kehamilan.
Menyelesaikan masalah keguguran atau kelahiran bayi
tidak normal/sihat disebabkan oleh gaya hidup ibu yang
mengandung seperti merokok, mengambil dadah dan
alkohol.
Mengumpul maklumat dan menginterpretasi kesan
penyusuan susu ibu kepada perkembangan bayi
dibandingkan dengan susu formula bayi dengan
membuat persembahan multimedia.
Membuat keputusan terhadap penyusuan susu ibu atau
penggunaan susu formula.
4.6
Kemandulan dan
pencegahan
kehamilan
4.6.1 berkomunikasi mengenai kemandulan dan
cara mengatasinya
4.6.2 membezakan kaedah pencegahan
kehamilan.
4.6.3 menyedari kepentingan mengamalkan
pemeriksaan kesihatan dan mendapat
rawatan segera apabila menghadapi
masalah sistem pembiakan.
ï‚· Kaedah mengatasi kemandulan seperti rawatan
hormon, pembedahan dan kaedah in vitro.
ï‚· Cara pencegahan kehamilan bagi pasangansuami
isteri seperti pengambilan pil pencegah hamil,
implan, penggunaan kondom dan alat kontraseptif
dalam uterus (Intrauterine Contraceptive Device,
IUCD).
4.6.4 mengkritik penyalahgunaan pengetahuan
tentang kaedah pencegahan kehamilan dan
kesannya kepada masyarakat.
Aktiviti perdebatan dicadangkan.
13. RPT SAINS T1; 2019 13
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 14
7/4 – 11/4
4.7
Pembiakan
tumbuhan
4.7.1 berkomunikasi mengenai struktur dan
fungsi setiap bahagian bunga.
4.7.2 mewajarkan proses pendebungaan.
4.7.3 memerihalkan proses persenyawaan dan
menerangkan pembentukan biji benih dan
buah pada tumbuhan.
Menjalankan pembelahan pelbagai jenis bunga untuk
mengenal pasti struktur bunga serta fungsi yang
meliputi:
ï‚· petal dan sepal.
ï‚· bahagian jantan bunga iaitu stamen yang terdiri
daripada filamen, anter dan debunga.
ï‚· bahagian betina bunga iaitu pistil yang terdiri
daripada stigma, stil dan ovari.
Mengumpulkan dan mentafsirkan data serta membuat
perkongsian mengenai perkara berikut:
ï‚· proses pendebungaan.
ï‚· pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.
ï‚· kelebihan pendebungaan kacuk.
ï‚· aplikasi pendebungaan kacuk dalam bidang
pertanian.
Membincangkan dan membuat persembahan
menggunakan multimedia mengenai proses
persenyawaan pada tumbuhan serta pembentukan
buah dan biji benih.
MINGGU 15
14/4 – 18/4
4.7.4 memerihalkan proses percambahan biji
benih
(EKSP 4.1; Buku Teks m.s. 129 & 130)
4.7.5 menyelesaikan masalah apabila
percambahan tidak berlaku.
Menjalankan eksperimen untuk menentukan syarat
percambahan biji benih.
Mengumpulkan dan mentafsirkan data mengenai
perkara berikut:
ï‚· fungsi bahagian biji benih.
ï‚· perubahan rupa bentuk biji benih yang bercambah
dari segi pertumbuhan radikel, plumul dan keadaan
kotiledon.
14. RPT SAINS T1; 2019 14
5.0 JIRIM
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 16
21/4 – 25/4
5.1
Jirim dalam
alam
Murid boleh:
5.1.1 menyatakan bahawa hampir semua benda
yang wujud dalam alam adalah jirim.
5.1.2 membuktikan bahawa benda hidup dan
bukan hidup mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
5.1.3 membezakan sifat fizik dan sifat kimia jirim.
5.1.4 mengelaskan bahan dari pelbagai ciri.
Menjalankan aktiviti dan membuat pembentangan
menggunakan multimedia untuk menunjukkan benda
hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
Menjalankan aktiviti untuk membezakan :
ï‚· sifat fizik jirim seperti takat didih dan takat lebur,
kebolehan melarut, kekonduksian haba.
ï‚· sifat kimia jirim seperti pengaratan dan
kebolehbakaran.
Rujuk kepada Modul 18 HEBAT Sains
(Perubahan Jirim).
Menjalankan aktiviti bagi mengelaskan ciri bahan dari
aspek ketumpatan, takat lebur, takat didih dan
keterlarutan
MINGGU 17
28/4 – 2/5
*1/5
CUTIHARI
PEKERJA
5.2
Tiga keadaan
jirim
5.2.1 mengitlak bahawa jirim terdiri daripada
zarah.
5.2.2 membanding dan membezakan tiga
keadaan jirim berdasarkan teori kinetik dari
segi susunan dan pergerakan zarah-zarah.
Menjalankan aktiviti yang menunjukkan jirim terdiri
daripada zarah kecil yang diskrit
Membuat persembahan berbentuk visual tentang tiga
keadaan jirim dari segi susunan dan pergerakan zarah
dan hubungkaitkan dengan sifat fizik pepejal, cecair
dan gas (isi padu, bentuk, ketumpatan dan
kemampatan.
Rujuk kepada Modul 30 HEBAT Sains (Jirim 2).
15. RPT SAINS T1; 2019 15
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 17
28/4 – 2/5
*1/5
CUTIHARI
PEKERJA
&
MINGGU 18
5/5 – 9/5
5.2.3 menggunakan perhubungan ruang dan
masa bagi membezakan kadar resapan
dalam tiga keadaan jirim.
(EKSP 5.1; Buku Teks m.s. 149-150)
5.2.4 memerihalkan perubahan keadaan jirim
dari segi pergerakan zarah-zarah akibat
daripada penyerapan dan pembebasan
haba berdasarkan teori kinetik.
5.2.5 merumuskan bahawa suhu kekal semasa
pembekuan, peleburan dan pendidihan.
(AKT 5.6; m.s 154 & 155)
5.2.6 merumuskan jisim kekal tidak berubah
semasa perubahan fizik.
5.2.7 menjelaskan dengan contoh perubahan
keadaan jirim dalam kehidupan harian.
Menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar
resapan contoh kuprum (ll) sulfat dalam dua keadaan
jirim (pepejal dan cecair).
Menggunakan peta konsep atau grafik untuk
menunjukkan pendidihan, penyejatan, kondensasi,
pembekuan, peleburan dan pemejalwapan.
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat suhu
semasa perubahan fizik sesuatu bahan. Memplot dan
menginterpretasikan graf yang menunjukkan:
ï‚· suhu kekal semasa peleburan dan pendidihan air.
ï‚· jisim kekal tidak berubah semasa perubahanfizikal
seperti perubahan keadaan jirim, melarut pepejal
dan pengembangan oleh haba.
Mencari maklumat dan membuat persembahan
menggunakan pelbagai multimedia.
MINGGU 19
12/5 – 16/5
PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
16. RPT SAINS T1; 2019 16
6.0 JADUAL BERKALA
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 20
19/5 – 23/5
*20/5
CUTISEMPENA
HARI WESAK
*22/5
CUTINUZULAL-
QURAN
6.1
Pengelasan unsur
6.1.1 merumuskan semua jirim terdiri daripada
atom.
6.1.2 membezakan antara atom dan molekul
serta unsur dan sebatian.
Membincangkan dengan menggunakan multimedia
untuk menerangkan:
ï‚· semua jirim terdiri daripada atom.
ï‚· struktur atom.
ï‚· zarah sub-atom (elektron, proton dan neutron).
ï‚· perbezaan antara atom dan molekul.
ï‚· perbezaan antara unsur dan sebatian.
CUTI PERTENGAHAN TAHUN (25/5-9/6/2019) & CUTI AIDIL FITRI (5/6-6/6/2019)
MINGGU 21
9/6 – 13/6
6.1.3 mengenal pasti kedudukan logam, bukan
logam dan gas nadir dalam jadual berkala.
6.1.4 membezakan ciri-ciri logam dengan bukan
logam.
6.1.5 menghargai unsur yang wujud dalam alam
bagi membolehkan manusia menyusun
ketertiban ini dalam bentuk jadual.
Membincangkan dengan merujuk kepada jadual berkala
mengenai kedudukan logam, bukan logam dan gas
nadir.
Menjalankan aktiviti untuk membezakan ciri logam
dengan bukan logam:
ï‚· permukaan berkilat.
ï‚· kemuluran.
ï‚· boleh ditempa.
ï‚· kekonduksian elektrik dan haba.
ï‚· takat didih dan lebur.
Galakkan penulisan kreatif dan persembahan pelbagai
media.
Rujuk kepada Modul 29 HEBAT Sains (Jirim 1).
17. RPT SAINS T1; 2019 17
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 22
16/6 – 20/6
6.2
Campuran
6.2.1 berkomunikasi mengenai contoh campuran
dalam kehidupan harian.
6.2.2 menyelesaikan masalah untuk
mengasingkan campuran melalui aktiviti
berdasarkan perbezaan ciri bahan dengan
kaedah fizikal.
Kaedah mengasingkan campuran seperti penurasan,
penyulingan, pemisahan menggunakan magnet,
pengenapan, pengapungan dan kromatografi.
Rujuk kepada Modul 29 HEBAT Sains (Jirim 1).
MINGGU 23
23/6 – 27/6
6.3
Sebatian
6.3.1 berkomunikasi mengenai sebatian dalam
kehidupan harian.
6.3.2 menunjuk cara pembentukan sebatian
daripada logam dengan bukan logam.
6.3.3 merumuskan jisim diabadikan semasa
perubahan kimia.
6.3.4 mengasingkan sebatian melalui kaedah
kimia.
6.3.5 membezakan perubahan kimia dan
perubahan fizik.
6.3.6 membezakan antara campurandan
sebatian.
Menggunakan multimedia untuk menunjukkan contoh
sebatian dalam aplikasi kehidupan harian.
Menjalankan aktiviti pemanasan logam dengan bukan
logam untuk menghasilkan sebatian.
Membuat rumusan dan catatan mengenai:
jisim diabadikan semasa perubahan kimia.ï€
sebatian boleh diasingkan melalui kaedah kimia.ï€
perbezaan perubahan fizik dan perubahan kimia
dalam pembentukan sebatian.ï€
Membuat persembahan multimedia dan pembentangan
mengenai perbandingan dan perbezaan antara
campuran dan sebatian.
Rujuk kepada Modul 29 HEBAT Sains (Jirim 1).
18. RPT SAINS T1; 2019 18
7.0 UDARA
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 24
29/6 – 4/7
7.1
Komposisi Udara
7.1.1 merancang dan merekodkan komposisi
udara.
Menjalankan aktiviti untuk menentukan peratusan gas
oksigen dalam udara
Menginterpretasikan carta pai mengenai komposisi
udara dan menyedari udara ialah suatu campuran.
Mentafsir dan berkongsi maklumat senario harian
mengenai:
ï‚· kepentingan gas oksigen, karbon dioksida,
nitrogen dan gas nadir dalam kehidupan harian
ï‚· kitar oksigen dan kitar karbon.
ï‚· cara kitar oksigen dan kitar karbon mengekalkan
peratus gas dalam atmosfera.
Kesan daripada penambahan karbon dioksida dalam
udara kepada hidupan dan persekitarannya.
7.1.2 mencerakinkan komposisi udara daripada
carta pai.
7.1.3 mewajarkan kepentingan gas oksigen,
karbon dioksida, nitrogen dan gas nadir
dalam kehidupan harian.
7.1.4 menghargai dan mengagumi kitar karbon
dan kitar oksigen dalam mengekalkan
kandungan gas dalam udara.
7.1.5 menyelesaikan masalah apabila terdapat
gangguan pada kitar oksigen atau kitar
karbon di Bumi.
MINGGU 25
7/7 – 11/7
7.2
Pembakaran
7.2.1 merumuskan syarat untuk berlaku
pembakaran.
Menjalankan aktiviti untuk membuktikan oksigen, haba
dan bahan api diperlukan untuk pembakaran berlaku.
7.2.2 menghubungkaitkan antara syarat
pembakaran dengan prinsip yang
digunakan dalam pembuatan alat
pemadam api.
Menyenaraikan bahan yang digunakan sebagai
pemadam api untuk punca kebakaran yang berbeza.
7.2.3 mengamalkan sikap berjaga-jaga bagi
mengelakkan berlakunya kebakaran yang
boleh mengakibatkan kemusnahan nyawa
dan harta benda.
Menyediakan bahan seperti poster untuk memberi
kesedaran kepada komuniti sekolah tentang punca
kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
19. RPT SAINS T1; 2019 19
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 26
14/7 – 18/7
7.3
Pencemaran
Udara
7.3.1 mentakrifkan maksud pencemaranudara
dan bahan pencemar udara.
7.3.2 berkomunikasi mengenai bahan pencemar
udara dan puncanya.
7.3.3 mewajarkan langkah untuk mencegahdan
mengawal pencemaran udara.
7.3.4 menyelesaikan masalah kesan buruk akibat
pencemaran udara.
Berbincang dan berkongsi idea mengenai maksud
pencemaran udara seperti jerebu yang kerap melanda
negara dan punca bahan pencemar udara.
Mengumpulkan, mentafsirkan dan berkongsi maklumat
mengenai:
ï‚· langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam
mengawal pencemaran udara.
ï‚· kesan buruk pencemaran udara terhadap benda
hidup dan alam sekitar dan cara menyelesaikan
masalah ini.
20. RPT SAINS T1; 2019 20
8.0 CAHAYA DAN OPTIK
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 26
14/7 – 18/7
&
MINGGU 27
21/7 – 25/7
8.1
Penggunaan
cermin
Murid boleh:
8.1.1 membezakan antara imej sahih dan imej
maya.
8.1.2 berkomunikasi mengenai ciri imej dalam
cermin satah, cermin cekung dan cermin
cembung.
8.1.3 menyatakan bahawa jarak objek adalah
sama dengan jarak imej dalam cermin
satah.
8.1.4 menggunakan cermin satah untuk
mengaplikasi konsep pantulan cahaya.
8.1.5 mewajarkan aplikasi cermin cekung dan
cermin cembung dalam kehidupan.
8.1.6 membina alat optik dan menghargai
penggunaan alat optik untuk meningkatkan
keupayaan deria manusia.
8.1.7 menyelesaikan masalah dalam kehidupan
harian dengan mengaplikasi cermin satah,
cermin cekung dan cermin cembung.
Menggunakan skrin dan cermin satah untuk
membezakan antara imej sahih dan imej maya.
Menjalankan aktiviti untuk menentukan:
ï‚· ciri imej apabila cahaya melalui cermin satah.
cermin cekung (membesarkan imej) dan cermin
cembung (mengecilkan imej).
ï‚· jarak objek dan jarak imej dalam cerminsatah
dengan lakaran.
Membincangkan dengan persembahan multimedia
mengenai aplikasi:
ï‚· cermin satah.
ï‚· cermin cekung.
ï‚· cermin cembung.
Menjalankan aktiviti mereka bentuk alat optik seperti
periskop atau kaleidoskop.
Pendedahan kepada penyelesaian masalah kehidupan
sebenar digalakkan.
21. RPT SAINS T1; 2019 21
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 28
28/7 – 1/8
8.2
Sifat cahaya
8.2.1 berkomunikasi mengenai sifat cahaya. Sifat seperti kelajuan cahaya dan fenomena alam
seperti pembentukan bayang-bayang, kilat kelihatan
sebelum bunyi guruh dan pelangi.
MINGGU 29
4/8 – 8/8
UJIAN PENTAKSIRAN 2
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 (10/8 -18/8/2019) & CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA (12/8-13/8/2019)
MINGGU 30
18/8 – 22/8
8.3
Pantulan cahaya
8.3.1 menyatakan ciri imej cermin satah.
8.3.2 berkomunikasi mengenai hukum pantulan.
(EKSP 8.1; Buku Teks m.s. 231 – 232)
8.3.3 melukis gambar rajah sinar pantulan
cahaya.
8.3.4 menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian dengan mengaplikasi konsep
pantulan cahaya.
Mengenal pasti ciri imej dalam cermin satah dan
melakar imej yang diperhatikan ( tegak, songsang sisi,
sama saiz, jarak objek sama dengan jarak imej).
Menjalankan eksperimen untuk mengukur sudut tuju, i
dan sudut pantulan, r, menggunakan cermin satah dan
menentukan hubungan antara sudut tuju, i dan sudut
pantulan, r. Memperkenalkan Hukum Pantulan.
Rujuk kepada Modul 27 HEBAT Sains (Cahaya).
Di antara penggunaan konsep pantulan cahaya adalah
seperti:
ï‚· penggunaan papan tanda yang mempunyai
pemantul cahaya supaya senang dilihat di waktu
malam.
ï‚· pemakaian jaket keselamatan yang mempunyai
jalur pantulan cahaya oleh pekerja di tapak
pembinaan.
ï‚· penggunaan segi tiga pemantul cahaya
kecemasan untuk kenderaan yang rosak di jalan
raya
22. RPT SAINS T1; 2019 22
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 30
18/8 – 22/8
&
MINGGU 31
25/8 – 29/8
8.4
Pembiasan
cahaya
8.4.1 mengitlak bahawa pembiasan cahaya
berlaku apabila cahaya bergerak melalui
medium yang berbeza ketumpatan.
8.4.2 melukis gambar rajah sinar pembiasan
cahaya apabila cahaya melalui medium
berbeza ketumpatan.
8.4.3 merumuskan hubungan antara sudut tuju, i
dan sudut biasan, r apabila cahaya
bergerak dari medium kurang tumpat ke
lebih tumpat.
(EKSP 8.2; Buku Teks m.s. 235 – 236)
8.4.4 mewajarkan aplikasi pembiasan cahaya
dalam kehidupan.
Mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang
perkara berikut
(a) pembiasan cahaya.
(b) fenomena alam seperti dasar kolam kelihatan
cetek, penyedut minuman kelihatan bengkok di
dalam gelas berisi air.
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan bahawa
cahaya terbias menjauhi normal apabila melalui
medium tumpat ke kurang tumpat dan mendekati
normal apabila cahaya merambat melalui medium
kurang tumpat ke lebih tumpat.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan
antara sudut tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya
bergerak dari medium kurang tumpat (udara) ke
medium lebih tumpat (blok kaca).
Menjalankan kajian perpustakaan dan membuat
pembentangan fenomena pembiasan cahaya,
contohnya, kelipan bintang, sudu kelihatan bengkok di
dalam air, dasar kolam kelihatan lebih cetek.
23. RPT SAINS T1; 2019 23
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 31
25/8 – 29/8
8.5
Penyebaran
cahaya
8.5.1 berkomunikasi mengenai penyebaran
cahaya.
Mengumpul dan mentafsirkan maklumat tentang
penyebaran cahaya dan fenomena yang berkaitan
dengan penyebaran cahaya.
8.5.2 menjelaskan dengan contoh penyebaran Menjalankan aktiviti untuk mengkaji perkara berikut:
cahaya dalam kehidupan seharian.
ï‚· penyebaran cahaya dengan menggunakan prisma.
ï‚· pembentukan pelangi.
8.6
Penyerakan
cahaya
8.6.1 berkomunikasi mengenai penyerakan
cahaya.
Menggunakan multimedia bagi mentafsirkan maklumat
mengenai penyerakan cahaya.
8.6.2 menjelaskan dengan contoh penyerakan
cahaya dalam kehidupan harian.
Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesan penyerakan
cahaya.
Mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang
perkara berikut:
ï‚· penyerakan cahaya.
ï‚· fenomena alam seperti kebiruan langit dan
kemerahan matahari terbenam.
MINGGU 32
1/9 – 5/9
*2/9/2019
CUTI SEMPENA
AWAL MUHARAM
8.7
8.7.1 mengenal pasti warna primer. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:
ï‚· penambahan cahaya menggunakan penapis warna
primer, bagi menghasilkan warna sekunder iaitu
sian, magenta dan kuning.
ï‚· penolakan cahaya yang berlaku apabila cahaya
diserap atau ditolak oleh penapis warna.
ï‚· perbezaan antara penambahan dan penolakan
cahaya.
Penambahan
dan penolakan
cahaya
8.7.2 mengenal pasti penambahan warna-warna
primer bagi membentuk warna sekunder.
.
8.7.3 berkomunikasi mengenai penolakan
cahaya.
24. RPT SAINS T1; 2019 24
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 32
1/9 – 5/9
*2/9/2019
CUTI SEMPENA
AWAL MUHARAM
8.7.4 merekodkan warna yang terhasil pada skrin
selepas cahaya melalui penapis warna.
8.7.5 membezakan penambahan dan penolakan
cahaya.
8.7.6 menjelaskan dengan contoh penambahan
dan penolakan cahaya dalam kehidupan
harian
Mencari maklumat dan membuat persembahan
multimedia.
Rujuk kepada Modul 27 HEBAT Sains (Cahaya).
25. RPT SAINS T1; 2019 25
9.0 BUMI
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 33
8/9 – 12/9
*9/9/2019
CUTI SEMPENA
HARI
KEPUTERAAN
YDP AGONG
9.1
Sistem dan
struktur Bumi
Murid boleh:
9.1.1 berkomunikasi mengenai sistem Bumi.
9.1.2 menjelaskan perbezaan antara lapisan
bumi berdasarkan komposisi dan sifat fizik.
.
9.1.3 menyedari bahawa keadaan fizik yang
sesuai menampung kehidupan hanya
wujud di Bumi.
Membuat persembahan multimedia mengenai struktur
Bumi yang terdiri daripada empat komponen yang
utama iaitu hidrosfera, atmosfera, biosfera dan
geosfera.
ï‚· Stratifikasi atmosfera dan peranannya termasuk
masalah penipisan lapisan ozon. Keadaan
atmosfera yang berubah (suhu dan tekanan)
dengan altitud perlu juga diperkenalkan.
ï‚· Stratifikasi dalam lautan dari permukaan hingga ke
zon gelap di dasar laut serta taburan hidupan di
dalamnya, termasuk taburan air di Bumi seperti
lautan, sungai, glasier, awan dan air di dalam
tanah.
Membuat persembahan visual atau grafik bagi
menunjukkan perbezaan antara kerak, mantel dan
teras.
Fokus diberikan kepada perbincangan mengenai
peranan manusia sebagai khalifah dalam
menguruskan alam.
Rujuk kepada Modul 14 HEBAT Sains (Struktur
Bumi).
26. RPT SAINS T1; 2019 26
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 33
8/9 – 12/9
*9/9/2019
CUTI SEMPENA
HARI
KEPUTERAAN
YDP AGONG
9.2
Bahan Bumi
9.2.1
9.2.2
menerangkan jenis dan ciri batuan.
berkomunikasi bagi membezakan proses
pembentukan batuan.
Menjalankan aktiviti dan membuat persembahan
multimedia bagi tiga jenis batuan iaitu igneus, sedimen
dan metamorfik serta proses pembentukannya.
Rujuk kepada Modul 15 HEBAT Sains (Bumi 1-
Kitar Batuan).
9.3
Proses Utama
Bumi
9.3.1 berkomunikasi mengenai proses eksogen
dan endogen.
Mendapatkan maklumat mengenai proses eksogen dan
endogen dan membuat persembahan multimedia.
Proses eksogen - Luluhawa, Hakisan , Susutan Jisim,
Susutan Darat, Angkutan dan Pengenapan.
Proses endogen - Proses olakan mantel, aktiviti magma
dan proses pergerakan kerak bumi (tektonik keping).
MINGGU 34
15/9 – 19/9
*16/9/2019
CUTI HARI
MALAYSIA
9.4
Fenomena
geobencana
9.4.1 berkomunikasi mengenai geobencana. Mengumpulkan, mentafsirkan data melalui
persembahan multimedia bagaimana geobencana
seperti gempa bumi, volkanisma, tanah runtuh, tsunami,
pemanasan global, hujan asid berlaku, tanah jerlus,
lubang benam.
9.4.2 menjana idea bagaimana sains dan
teknologi digunakan untuk menghadapi
geobencana.
Membincangkan serta perkongsian bagaimana
kemajuan sains dan teknologi boleh menyediakan
manusia untuk menghadapi kemungkinan geobencana.
9.4.3 menyedari bahawa bencana alam memberi
impak terhadap kehidupan alam sekitar
Impak bencana alam kepada manusia adalah seperti
kehilangan nyawa dan harta benda, penyakit, kebuluran
serta perlunya perasaan simpati untuk membantu
mangsa bencana alam.
27. RPT SAINS T1; 2019 27
MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 34
15/9 – 19/9
*16/9/2019
CUTI HARI
MALAYSIA
9.5
Usia Bumi
9.5.1 berkomunikasi mengenai skala masa
geologi.
9.5.2 menerangkan kaedah penentuan usia
bumi.
9.5.3 berkomunikasi mengenai fosil.
9.5.4 menaakul kepentingan fosil kepada
perkembangan sains kini.
Mendapatkan maklumat mengenai skala masa geologi
dan kaedah menentukan usia Bumi dan membuat
perkongsian.
Menggunakan persembahan secara grafik atau visual
mengenai fosil serta kaitannya dengan sejarah Bumi.
Perbincangan bagaimana pengetahuan mengenai fosil
membantu sains moden.
Rujuk kepada Modul 15 HEBAT Sains (Bumi 1-
Kitar Batuan).
9.6
Sumber Bumi &
Geologi Gunaan
9.6.1 menerangkan mengenai air permukaan dan
risikonya.
9.6.2 menerangkan air bawah tanah dari segi
kepentingan dan risikonya.
9.6.3 berkomunikasi mengenai mineral ekonomi.
9.6.4 menerangkan pembentukan petroleum
dan arang batu.
Mencari maklumat dan membuat persembahan
multimedia mengenai air permukaan dan akuifer.
Mineral ekonomi terdiri daripada mineral logam, mineral
bukan logam dan mineral nadir bumi
Rujuk kepada Modul 15 HEBAT Sains (Bumi 1-
Kitar Batuan).
Membuat persembahan multimedia mengenai cara
pembentukan petroleum dan arang batu.
28. MINGGU /
TARIKH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
MINGGU 34
15/9 – 19/9
*16/9/2019
CUTI HARI
MALAYSIA
9.6.5 berkomunikasi mengenai hidroterma. Membuat perkaitan antara hidroterma dengan prospek
ekonomi seperti eko-pelancongan.
9.6.6 menyelesaikan masalah kesan buruk
daripada aktiviti manusia yang tidak
dirancang dengan baik kepada semua
hidupan dii Bumi.
Perbahasan bagaimana tanpa perancangan yang betul
eksploitasi sumber bumi boleh memudaratkan semua
hidupan di Bumi.
MINGGU 35
22/9 – 26/9 ULANG KAJI BERFOKUS (TINGKATAN 1)
MINGGU 36
29/9 – 3/10 ULANG KAJI BERFOKUS (TINGKATAN 2; BAB 1-BAB 5)
MINGGU 37
6/10 – 10/10 ULANG KAJI BERFOKUS (TINGKATAN 2; BAB 6-BAB 13)
MINGGU 38
13/10 – 17/10 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN (PAT)
MINGGU 39
20/10 – 24/10 PENYEMAKAN DAN PEMBETULAN JAWAPAN PAT BERSAMA MURID / PEMULANGAN BUKU TEKS
MINGGU 40
27/10 – 31/10 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (1) – RANGKA KERJA
MINGGU 41
3/11 – 7/11 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (1) - PEMBENTANGAN
MINGGU 42
10/11 – 14/11 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (2) – RANGKA KERJA
MINGGU 43
17/11 – 21/11
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (2) - PEMBENTANGAN