3. "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku
berihram dengannya kerana Allah SWT"
(untuk Haji Tamattuk dan Haji Ifrad).
Lafaz "Sahaja aku mengerjakan haji dan
umrah serentak dengannya aku berihram haji
dan umrah kerana Allah SWT" (bagi mereka
yang mengerjakan Haji Qiran). Dengan lafaz
ini, maka bermulalah amalan haji.
Seterusnya
4. Bagi mereka yang sudah berada di Tanah Suci
Mekah maka miqatnya di Mekah itu sendiri
dan semestinyalah jemaah haji tersebut
berpakaian ihram. Jika jemaah haji datang
dari luar Mekah, ia mestilah berniat ihram di
tempat arah mereka datang.
Contohnya, kalau dari Madinah tempat miqat
ialah di Bir Ali (Zulhulaifah). Kalau dari
Malaysia dan terus memasuki Mekah,
miqatnya ialah di Qarnul Manazil.
6. Wukuf bermaksud berhenti atau berada di
Padang Arafah pada masa yang ditetapkan.
Wukuf di Arafah bermaksud mesti berada di
Arafah walaupun seketika dalam sebarang
keadaan dari masa gelincir matahari (masuk
waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga
masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.
8. Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah di
Baitul Haram sebanyak tujuh pusingan,
bermula di penjuru Hajarul Aswad dan
berakhir pada sudut yang sama menurut
syarat-syarat tertentu.
Tawaf pada asasnya mempunyai tujuh jenis
iaitu; tawaf qudum (tawaf selamat datang),
tawaf rukun umrah, tawaf rukun haji, tawaf
sunat, tawaf nazar, tawaf wada' (tawaf
selamat tinggal), tawaf tahiyatul al-bait dan
tawaf tahallul.
10. Sa'ie ialah berjalan ulang-alik di antara Bukit
Safa dan Bukit Marwah
Syarat-syaratnya:-
Hendaklah dilakukan selepas melaksanakan Tawaf
Qudum (bagi mereka yang masuk Mekah untuk
melakukan Haji Qiran dan Ifrad) atau selepas tawaf
haji. Bagi mereka yang masuk Mekah dengan niat
ihram umrah, Tawaf Qudum terjadi dengan
serentak bersama tawaf rukun umrah.
Mesti bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit
Marwah. Jangan mula di tengah-tengah antara Safa
dan Marwah
Seterusnya
11. Cukup tujuh (7) ulang-alik dengan yakin bermula di
Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira satu kali dan di
Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali.
Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa'ie di
kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap
pusingan (untuk mengetahui di mana kaki Bukit
Safa dan Marwah pada masa sekarang ini, jemaah
haji perlu lihat berakhirnya pagar untuk kerusi
roda).
13. Apa yang dikehendaki di sini ialah
menanggalkan rambut di kepala sekurang-
kurangnya tiga helai rambut.
Jika tiada rambut di kepala, boleh hanya
melalukan pisau cukur di kepala sebagai
menandakan kita telah bercukur/ bergunting.
Waktu bagi jemaah haji boleh bercukur atau
bergunting ialah selepas waktu separuh
malam 10 Zulhijjah.
15. Dimaksudkan dengan tertib ialah rukun-
rukun haji hendaklah dilakukan mengikut
tertib pada kebanyakan rukun iaitu
didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun
yang lain.
Didahulukan wukuf dari tawaf rukun dan
didahulukan tawaf dari sa'ie. Tetapi sa'ie haji
boleh dipilih untuk dikerjakan sebelum wukuf
atau selepas wuquf dengan syarat mereka
melakukan haji ifrad atau haji qiran dan
dilakukan selepas tawaf qudum.
Seterusnya