際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik
sesama jiran mesti dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan
berkekalan dan memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup
sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang
walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering dijadikan
alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang
serba mencabar di kawasan bandar.
Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap
anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga
mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak
mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sibuk dengan
pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada
lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering
memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan
kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama jiran.
Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan
masyarakat lebih bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap
individualistik dan sibuk dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat
menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini
menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di bandar yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka berinteraksi dengan lebih mesra
dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat merendah diri dan memang tidak suka
bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi. Orang
yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada
pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan
semangat kejiranan semakin jauh.
Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang
menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan
teknologi maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan
anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan Internet, masyarakat
kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka untuk berhubung. Tambahan pula,
struktur dan reka bentuk perumahan moden juga menyulitkan hubungan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan
tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal keselamatan berbayar.
Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang membuat kebajikan
sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih mengutamakan pembangunan
material daripada pembangunan kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan
sebarangan keuntungan.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016)

More Related Content

Rumusan

  • 1. RUMUSAN Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar. Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama jiran. Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan semangat kejiranan semakin jauh.
  • 2. Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal keselamatan berbayar. Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang membuat kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan. Dipetik dan diubah suai daripada 'Kemerosotan Nilai Kejiranan' oleh Samat Buang, ( Dewan Siswa, Mac 2016)