2. 2
Imbuhan meN-
Takrif
Imbuhan meN- ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata kerja, kata nama
atau kata sifat, mewujudkan beberapa
maksud.
Bentuk imbuhan
Imbuhan meN- boleh menjadi meN-, meN-
-kan, meN- -i dan sebagainya. Imbuhan
meN- adalah imbuhan kata kerja.
3. 3
Imbuhan meN-
Imbuhan meN- mempunyai awalan:- me,
mem, meng, menge.
Contoh: menanak, memberi, mengangkut,
mengecas, menyiang
Imbuhan meN- dapat dibahagikan kepada
beberapa maksud tertentu.
4. 4
Imbuhan meN-
Melakukan perbuatan.
Contoh:
Nazri memukul anjing gila.
Kakak menyiang ikan.
Membuat.
Contoh:
Adik membuat layang-layang daripada
buluh.
Ibu sedang mengacau dodol.
5. 5
Imbuhan meN-
Menjadi.
Contoh:
Kulitnya melecur selepas terkena api.
Enjin kereta itu membahang.
Mengeluarkan bunyi.
Contoh:
Pencuri itu mengerang kesakitan selepas
ditikam.
Kucingnya mengiau apabila dipanggil.
6. 6
Imbuhan meN-
Menghala ke (arah, tempat).
Contoh:
Pesawat itu menuju ke barat.
Air sungai itu mengalir ke muara.
7. 7
meN- + kata kerja satu suku kata
meN- menjadi menge- apabila bertemu
dengan perkataan satu suku kata.
Contoh: mengebom, mengecat, mengeram,
mengepos, mengekod
Abang mengepos surat.
Pekerja itu mengecat rumah.
Kerani itu mengekod data dengan komputer.
Tentera mengebom perkampungan
pemberontak.
8. 8
Imbuhan meN- -kan
Imbuhan meN- -kan dapat membentuk
beberapa maksud.
a) menjadikan.
Contoh:
Pengakap itu menyalakan api di hadapan
khemah.
Rajendran menghitamkan rambut dengan
cecair khas.
9. 9
Imbuhan meN- -kan
b) membantu orang lain.
Contoh:
James membacakan ibunya surat itu.
Saya membelikan buku untuk adik saya.
c) berkenaan dengan/mengenai.
Contoh:
Datuk kerap menceritakan kisah zaman
Jepun kepada kami.
Ibu tersebut suka mengenangkan peristiwa
kematian anaknya.
10. 10
Imbuhan meN- -i
Imbuhan meN- -i boleh menghasilkan
beberapa maksud.
a) menjadikan.
Contoh:
Kakak menghiasi biliknya dengan bunga-
bunga hidup.
Dia mewarnai dinding dengan warna kuning.
11. 11
Imbuhan meN- -i
b) melengkapi dengan/memberi.
Contoh:
Menteri itu mengakhiri ucapannya dengan
dua rangkap pantun.
Dia memerahi kukunya.
c) mengusahakan/melakukan.
Contoh:
Suhaimi menziarahi kubur ibunya setiap pagi
aidilfitri.
Pak Mat selalu menasihati budak-budak
nakal supaya berkelakuan baik.
12. 12
Imbuhan beR-
Takrif
Imbuhan beR- ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja
atau kata sifat, mewujudkan beberapa
maksud.
13. 13
Pelbagai maksud imbuhan beR-
Imbuhan beR- dapat bermaksud
mempunyai, menghasilkan, menaiki,
mengerjakan, mengikuti, menganggap
sebagai, dilakukan kerana diri, perbuatan
saling berbalasan dan bilangan.
ber- + mempunyai dapat bermaksud
memiliki.
Contoh:
Saya bertali leher merah sewaktu menghadiri
majlis rasmi itu.
Dia tidak berduit lagi kerana wangnya hilang.
14. 14
Pelbagai maksud imbuhan beR-
ber- + menghasilkan dapat bermaksud
mendatangkan.
Contoh:
Pokok rambutan kami berbuah lebat.
Radionya tidak berbunyi sejak kelmarin.
ber- + menaiki dapat bermaksud pergi
dengan kenderaan/mengenderai/
menunggang.
Contoh:
Bapa berkenderaan ke tempat kerja.
Kami berbasikal ke sekolah.
15. 15
Imbuhan di-
Takrif
Imbuhan di- ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja
atau kata sifat, mewujudkan dua maksud.
16. 16
Dua maksud imbuhan di-
Imbuhan di- yang diimbuhkan kepada kata
kerja dapat membentuk maksud pasif dalam
ayat. Contoh:
Bola itu ditendang oleh Haris dengan kaki
kirinya.
Hadi berlari dengan laju apabila dikejar oleh
seekor anjing.
Perhatikan:
Kata kerja aktif bagi ditendang dan dikejar ialah
menendang dan mengejar.
Kata bantu oleh boleh digunakan untuk pelaku.
17. 17
Dua maksud imbuhan di-
Imbuhan di- dapat digunakan untuk
menguatkan maksud pasif dalam kata kerja.
Contoh:
Diperlajunya kereta yang dipandunya kerana
dia sudah lewat ke pejabat.
Kereta yang sedang diperlajunya terbabas.
18. 18
Imbuhan teR-
Takrif
Imbuhan teR- ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat
atau adverba, mewujudkan beberapa
maksud.
19. 19
Pelbagai maksud kata
berimbuhan teR-
Kata berimbuhan teR- dapat bermaksud
dilakukan dengan tidak sengaja, keupayaan,
makna paling dan menggambarkan keadaan.
teR- + dilakukan dengan tidak sengaja.
Contoh:
Ranjit terpukul tiang gol sehingga
menyebabkan kayu hokinya patah.
Dia tersepak wang RM50.00 ketika berjalan di
lorong itu.
20. 20
Pelbagai maksud kata
berimbuhan teR-
teR- + keupayaan juga bermaksud
kesanggupan. Contoh:
Parit yang besar itu terlompat oleh adik.
Siapa sangka budak yang kurus itu termakan
tiga pinggan nasi minyak.
teR- + makna paling juga bermaksud yang
amat sangat. Contoh:
Bangunan Berkembar Petronas dikatakan
bangunan yang tertinggi di dunia.
Menara yang tertinggi di Asia ialah Menara
Kuala Lumpur.
21. 21
Pelbagai maksud kata
berimbuhan teR-
teR- + menggambarkan keadaan.
contoh:
Dia sering terkenang akan ibunya yang telah
meninggal dunia.
Kerana terlalu rindu dia pun termimpi akan
kekasihnya.
22. 22
Imbuhan kan dan -i
Takrif
Imbuhan kan dan -i ialah akhiran yang
dapat diimbuhkan kepada kata nama, kata
kerja atau kata sifat. Akhiran kan
mewujudkan dua maksud iaitu membuat
untuk orang lain dan bersifat ayat suruhan.
Akhiran i mewujudkan maksud lokatif
(tempat) dan menjadikan.
23. 23
Imbuhan kan dan -i
kan membuat untuk orang lain.
Contoh:
Biar saya nyalakan api di dapur.
Bapa membacakan ibu surat.
kan bersifat ayat suruhan.
Contoh:
Tolong pulangkan buku saya itu.
Masukkan barang-barang itu ke dalam kereta.
24. 24
Imbuhan kan dan -i
Akhiran i pula membawa maksud:
Lokatif (tempat)
Contoh:
Kerusi itu saya duduki.
Garisi ayat yang salah.
Menjadikan
Contoh:
Bilik itu kamu terangi dengan cahaya pelita.
Latihan itu akan kami mulai.
25. 25
Imbuhan peN
Takrif
Imbuhan peN ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata kerja atau kata
sifat, mewujudkan beberapa maksud.
Bentuk imbuhan peN-
Imbuhan peN boleh berbentuk tiga
berdasarkan maksudnya, iaitu pe, peN
-an dan per -an.
26. 26
Imbuhan peN
Imbuhan peN (pe, peng, penge dan
peny) dapat membawa maksud:
Orang yang melakukan sesuatu.
Contoh:
Encik Wahid Hashim ialah pengarang akhbar
Utusan Malaysia.
Siti Nurhaliza ialah penyanyi kesukaan ramai
27. 27
Imbuhan peN
Alat / perkakas.
Contoh:
Kakak menyapu halaman dengan penyapu
lidi.
Setiap bangunan tinggi perlu ada pemadam
kebakaran.
Sifat / tabiat.
Contoh:
Allah Maha pengampun.
Setiap orang tidak baik bersikap pendendam
terhadap orang lain.
28. 28
Imbuhan peN
Sukatan pada masa, saiz, jarak.
Contoh:
Kira-kira empat puluh peratus pelajar di
sekolah rendah adalah lelaki.
Besar batang pokok itu dua pemeluk.
29. 29
Imbuhan ke
Takrif
Imbuhan ke ialah awalan yang apabila
diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat
atau kata sifat, mewujudkan beberapa
maksud.
30. 30
Maksud perkataan berimbuhan
ke-
Kata nama terbitan
Terbentuk daripada gabungan imbuhan ke-
dan kata dasar, seperti ke + tawa = ketawa;
ke + tua = ketua; ke + mudi = kemudi
Contoh:
Mesyuarat pertama Persatuan Bahasa Melayu itu
untuk memilih beberapa jawatan ketua.
Orang gila itu sentiasa ketawa sejak tadi.
31. 31
Maksud perkataan berimbuhan
ke-
Bilangan
Terbentuk daripada gabungan ke- dan
bilangan sepeti ketiga, kelima, keseribu,
kesejuta
Contoh:
Dia mendapat tempat kedua dalam peperiksaan
akhir tahun.
Abdullah merupakan pengunjung yang kesejuta
pameran itu.
32. 32
Imbuhan ke- -an
Perkataan yang diterbitkan hasil gabungan
imbuhan ke- + kata dasar + -an, seperti
kesabaran, keyakinan, kebakaran.
Perkataan terbitan ini mewujudkan tiga
maksud iaitu hasil perbuatan, keadaan dan
menyerupai.
33. 33
Imbuhan ke- -an
Hasil perbuatan
Contoh:
Keberanian pemuda itu terbukti apabila dia
sanggup menyelamatkan orang tua yang
kelemasan di dalam tasik itu.
Kemalangan di jalan raya berpunca daripada
kecuaian pengguna sendiri.
34. 34
Imbuhan ke- -an
Keadaan
Contoh:
Kegelisahan budak itu akhirnya hilang apabila
bapanya muncul.
Keindahan ketika matahari terbenam sungguh
cantik.
35. 35
Imbuhan ke- -an
Menyerupai
Contoh:
Baju yang dipakainya itu kemerah-merahan.
Warna air sungai yang tercemar itu kehitam-
hitaman.
Perhatikan, tanda sempang digunakan.
36. 36
Imbuhan an
Takrif
Imbuhan an ialah akhiran yang apabila
diimbuhkan kepada semua jenis kata,
mewujudkan beberapa maksud.
Maksud perkataan berimbuhan -an
Terbentuk daripada gabungan kata dasar,
kata nama, kata kerja, kata sifat atau
adverba dengan akhiran an seperti bulan +
an = bulanan; pukul + an = pukulan dan
harap + an = harapan.
37. 37
Imbuhan an
Hasil perbuatan
Contoh:
Tulisan pensyarah itu tentang ekonomi orang
Melayu.
Bungkusan yang dikirim oleh abang telah
diterima oleh ibunya.
Tempat
Contoh:
Orang ramai tidak dibenarkan melintasi
kawasan larangan.
Keluarga yang ramai memerlukan ruangan yang
selesa.
38. 38
Imbuhan an
Besar / luas
Contoh:
KLIA mempunyai landasan pendaratan pesawat
yang panjang.
Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh lautan.
Tiap-tiap
Contoh:
Setiap pelajar di sekolah menduduki peperiksaan
tahunan.
Di negara maju terdapat banyak akhbar harian.
39. 39
Imbuhan an
Benda/bahan
Contoh:
Ibu bersyukur apabila menerima kiriman wang
daripada abang.
Setiap makanan perlu bersih daripada kuman.