Sains sukan adalah kajian sistematik yang menggabungkan sains dalam sukan. Ia melibatkan bidang seperti perubatan, fisiologi, biomekanik dan psikologi. Pengetahuan sains sukan penting untuk meningkatkan prestasi atlit, kesihatan, rekreasi, dan ekonomi negara. Dasar sukan negara bertujuan membangunkan sukan di semua peringkat melalui pembentukan sahsiah dan interaksi sosial.
1 of 9
Downloaded 73 times
More Related Content
Sains sukan
1. SAINS SUKAN
ILMU PENGETAHUAN
Menekanan Dalam Gerak Laku
Manusia untuk Meningkatkan
Prestasi Lakuan Motor Manusia ke
Tahap Optimum.
Wujud Selari Dengan Perkembangan
Teknologi Moden Sukan dalam Kehidupan
Seharian Manusia.
2. Bertujuan Melahirkan Murid yang Menguasai
Pengetahuan, Kemahiran dan Pengalaman
Asas Sains Sukan Melalui Amalan Teori dan
Praktis dalam Bidang Sukan.
Memupuk dan Meningkatkan Penghayatan
Nilai sebagai Persediaan di Bidang Kerjaya.
Sains Sukan ialah Satu Kajian yang Sistematik
yang Membabitkan Sains dalam Sukan. Ia
Melibatkan Perubatan Fisioterapi, Pemakanan,
Biokimia, Anatomi, Fisiologi, Psikologi Sosio
dan Biomekanik.
3. KEPENTINGAN SUKAN
1. Prestasi Sukan
Pengetahuan tentang sains sukan dapat
membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan
prestasi latihan motor dan program latihan yang
lebih sistematik.
2. Kesihatan
Pengetahuan ini dapat membantu atlit
meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan
menyeluruh dan mengelak daripada berlaku
kecederaan.
4. 3. Rekreasi
Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat
dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit
tetapi juga semasa mereka berekreasi.
4. Ekonomi
Sains sukan dapat membantu meningkatkan`
ekonomi negara dengan adanya tajaan,
pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.
5. Kerjaya
Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan
peluangpeluang kerjaya dalam bidang yang
berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi
jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit
yang berpengetahuan sains sukan.
5. DASAR SUKAN NEGARA
Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang
komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan
pembangunan sukan negara. Penggubalannya
melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan
sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan,
institusi pengajian tinggi, badanbadan sukarela dan
orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan
kepentingan dalam bidang sukan. Dasar ini telah
digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu
dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan
untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau
kecemerlangan.
6. RASIONAL DASAR SUKAN
1. Peringkat Individu
Pembentukan sahsiah, Perkembangan kemahiran-
kesedaran dalam diri kemahiran asas.
individu dan Interaksi sosial yang
membangkitkan semangat bermakna.
pertandingan.
Meningkatkan tahap
kesihatan dan kecergasan
fizikal.
Memanfaatkan masa
senggang.
Mengurangkan tekanan
hidup.
7. 2. Peringkat Masyarakat 3. Peringkat Antarabangsa
Menggalakkan Mencapai kecemerlangan
pembinaan kualiti fizikal di peringkat tertinggi.
dan moral masyarakat Meningkatkan maruah
sesuai dengan aspirasi bangsa dan negara di
nasional. persada sukan antara
Mewujudkan suasana bangsa.
yang kondusif untuk Memupuk persahabatan.
pemupukan perhubungan
komuniti baik.
Meningkatkan tahap
kesihatan komuniti dan
produktiviti.
Mencegah jenayah
remaja dengan
memanfaatkan masa
lapang.
8. ETIKA DAN PATRIOTISME DALAM
SUKAN
Setiap individu yang terlibat dalam sukan
haruslah mengamalkan etika kesukanan dan
menanam semangat patriotisme di dalam
sanubari mereka.
Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej
negara.
. Pegawai sukan perlu berdisiplin
bertanggungjawab amanah serta mempunyai
nilai-nilai positif.
9. Oleh itu :
1. Atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin.
2. Bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara
tanah air.
3. Semangat kesukanan semasa bertanding.
4. Akur pada peraturan dan undang-undang
pertandingan.
5. Keputusan pertandingan haruslah dihormati dan
dipatuhi.
6. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan
sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati.
7. Penonton juga boleh mempamerkan semangat
patriotisme terhadap negara dengan memberi
sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan.