2. KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL
oKecergasan fizikal merupakan keupayaan
seseorang individu melakukan aktiviti
yang memerlukan penggunaan tenaga dan
pergerakan anggota badan dengan cekap
dan efisien.
o Kecergasan fizikal dibahagikan kepada
Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan
dan Kecergasan Fizikal Berdasarkan Lakuan
Motor (Nieman, 2011)
3. K O M P O N E N
K E C E R G A S A N
F I Z I K A L
4. KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN KESIHATAN
o Kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan
merujuk kepada keupayaan
melakukan aktiviti fizikal
harian dengan cergas dan
mengurangkan risiko
mengalami penyakit
hipokinetik.
6. KOMPOSISI BADAN
Komposisi badan merujuk
kepada peratus kandungan
lemak, jisim tanpa lemak, air
dan mineral dalam tubuh
seseorang.
Komposisi badan dianggap
sebagai sebahagian daripada
komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan kerana
kandungan lemak dalam badan
berkadar dengan tahap
kesihatan.
Kandungan lemak yang
berlebihan boleh meningkatkan
risiko penyakit jantung, diabetes
dan hipertensi.
7. DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR
Daya tahan kardiovaskular
ialah keupayaan jantung
mengepam darah beroksigen
ke otot yang sedang bekerja
bagi membekalkan tenaga
agar dapat melakukan
aktiviti fizikal secara
berpanjangan.
Ukuran komponen
kecergasan ini ialah jumlah
oksigen yang digunakan
setiap minit dan setiap jisim
badan.
8. DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR
Tahap pengambilan oksigen
maksimum (VO2max) yang dicapai
semasa melakukan aktiviti fizikal
merupakan petunjuk terbaik untuk
mengukur daya tahan kardiovaskular.
Seseorang yang mempunyai daya
tahan kardiovaskular yang tinggi
dapat melakukan aktiviti seperti
joging, berbasikal dan berenang
antara 30 hingga 60 minit tanpa
berasa letih dan lesu.
9. DAYA TAHAN OTOT
Daya tahan otot ialah keupayaan otot menghasilkan daya secara berulang-ulang untuk
jangka masa tertentu.
Contohnya keupayaan melakukan tekan tubi secara berulang-ulang.
Contoh lain keperluan daya tahan otot adalah seperti pemain badminton membalas
pukulan satu rali panjang dalam perlawanan
10. KEKUATAN OTOT
Kekuatan otot merujuk kepada
keupayaan otot menghasilkan
daya yang maksimum dalam
satu ulangan.
Komponen ini dinilai dengan
jumlah daya yang boleh
dihasilkan oleh sekumpulan
otot dalam satu penguncupan.
Kekuatan otot amat diperlukan
dalam kebanyakan sukan seperti
angkat berat.
Aktiviti harian seperti
mengangkat perkakas rumah
yang berat juga memerlukan
kekuatan otot.
11. FLEKSIBILITI
Fleksibiliti ialah keupayaan sendi
badan melakukan julat pergerakan
maksimum anggota badan seperti
tangan, pinggang dan kaki.
Keupayaan otot, ligamen dan tendon
di sekeliling sendi seperti bahu, siku,
pinggul dan lutut mempengaruhi
julat pergerakan anggota badan
tersebut.
12. FLEKSIBILITI
Atlet dalam sukan seperti
gimnastik dan terjun
memerlukan fleksibiliti yang
tinggi.
Aktiviti regangan dapat
meningkat dan mengekalkan
fleksibiliti seseorang agar dapat
mengurangkan risiko kecederaan.
13. KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN L AKUAN
MOTOR
Kecergasan fizikal
berdasarkan lakuan motor
memerlukan individu
mempunyai tahap
kecergasan yang tinggi
dalam komponen-
komponen tertentu agar
berupaya melakukan
kemahiran sukan
15. KUASA
Kuasa merupakan kombinasi kekuatan
otot (komponen kecergasan
berdasarkan kesihatan) dan kelajuan
(komponen kecergasan berdasarkan
lakuan motor).
Pakar sains sukan menganggap kuasa
sebagai komponen berdasarkan lakuan
motor kerana lebih berkait dengan
kemahiran sukan iaitu keupayaan
memindahkan daya dengan cepat.
Contoh kemahiran sukan yang
menggunakan kuasa ialah melontar
peluru dan melempar cakera
17. IMBANGAN
Keupayaan mengekalkan
imbangan postur badan dalam
keadaan pegun atau bergerak.
Contoh imbangan ialah seorang
gimnas melakukan dirian tangan
(pegun) dan berjalan di atas
palang meniti (dinamik).
18. MASA REAKSI
Masa reaksi adalah masa
antara muncul sesuatu
rangsangan dengan
permulaan gerak balas
terhadap rangsangan
tersebut.
Contoh masa reaksi ialah
pelari berlepas dari blok
permulaan sebaik sahaja
bunyi tembakan pistol
pelepas.
19. KETANGKASAN
Keupayaan menukar arah
pergerakan badan dengan pantas
dan efisien.
Contohnya, seorang pemain
ragbi yang dapat mengelakkan
takel daripada pihak lawan.
20. KELA JUAN
Keupayaan melakukan
sesuatu pergerakan
dalam masa yang
singkat.
Larian pecut
merupakan contoh
pergerakan yang
memerlukan kelajuan.