1. 2014
SMK Jeram
6
B6
B6D2
B6D2E1 (Membentangkan hasil penulisan makanan dan
Windows 7
amalan pemakanan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan: (a) kepentingan
makan makanan berkhasiat, (b) mempraktikkan amalan pemakanan yang betul, (c)
merancang satu gizi seimbang, (d) mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang
bernasib baik/ memerlukan, (e) mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan
kepercayaan agama
[SAINS TINGKATAN 2]
Bab 2: Nutrisi
2. Makanan & amalan pemakanan
Maksud dan contoh makanan berkhasiat
Makanan berkhasiat merupakan tabiat memilih makanan yang hendak
dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar
yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya
malnutrisi. Contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kepentingan makan makanan berkhasiat serta kesan kekurangan
makanan berkhasiat
Menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit. Contoh pengambilan
garam yang sedikit dapat menghindarkan daripada tekanan darah
tinggi.
Mengekalkan kesihatan badan kerana makanan berkhasiat
membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan.
3. Panduan amalan pemakanan yang betul
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Minum banyak air.
Makan secara sederhana.
Elakkan pengambilan garam, gula dan lemak secara berlebihan.
Cadangan bagaimana amalan pemakanan yang betul boleh
dipraktikkan di rumah
Kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan.
Elakkan makan secara gopoh.
Kunyah makanan dengan sempurna.
Makan makanan berkhasiat.
Elakkan makanan tidak berkhasiat atau minuman berkarbonat.
4. Maksud gizi seimbang
Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi kesemua 7 kelas
makanan dalam kadar yang betul.
Merancang gizi seimbang untuk sarapan, makan tengah hari atau
makan malam. Apabila merancang menu, faktor-faktor yang
mempengaruhi gizi seimbang perlu diambil kira.
Merancang gizi seimbang berpandukan kepada piramid makanan,
iaitu makanan yang berada pada tapak piramid diambil dalam kuantiti
banyak manakala makanan yang berada di puncak piramid diambil
dalam kuantiti yang sedikit.
5. Jangan membazir makanan kerana penduduk di negara miskin ramai
yang mengalami kebuluran.
Menyumbangkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik/
memerlukan.
6. Peka dan menghormati budaya dan kepercayaan orang lain.
Contohnya, orang Islam dilarang memakan khinzir. Oleh itu, penganut
agama lain perlu menghormati dengan tidak menghidangkan daging
khinzir kepada penganut agama Islam.
Menghidangkan makanan berasaskan sayur-sayuran kepada
vegetarian.