2. Jisim dan Berat
• Jisim sesuatu objek tidak berubah walau di mana objek itu
berada.
• Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung di
dalamnya. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).
• Berat sesuatu objek ialah daya tarikan Bumi terhadap objek
itu.
• Daya tarikan Bumi ini dikenali sebagai graviti. Unit S.I. bagi
berat ialah newton (N).
• Berat sesuatu objek dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Oleh
itu, berat bagi sesuatu objek berbeza di tempat yang
berlainan.
3. Jisim dan Berat
• Jisim dan berat merupakan dua kuantiti yang berbeza.
• Oleh itu, kita perlu menggunakan alat pengukuran yang
berlainan ketika membuat pengukuran.
• Neraca tiga alur dan neraca tuas digunakan untuk menyukat
jisim manakala neraca spring dan neraca mampatan
digunakan untuk menyukat berat.