際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Sajak
DISEDIAHKAN OLEH :


             TIONG HIE HUI

EDWARD BONG JIN LIANG
Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau
baru adalah bebas daripada peraturan-
peraturan penciptaan berbanding puisi
Melayu tradsional. Oleh itu, susun baris,
rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan
penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian
adalah untuk memberi kebebasan kepada
penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan dengan cara yang sesuai dengan
semangat sesuatu zaman.
1.
 Tema

 Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak,
   contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
2.
 Persoalan

 Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan.
  Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang,
  kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.

3. Bentuk

 Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam
  baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
   4.
   Gaya Bahasa

   i.
   Perbandingan

   (a)
   Metafora
    Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa
    menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.

   (b)
   Hiperbola
    Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan
    maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.

   (c)
   Personofikasi
    Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan
    manusia.

   (d)
   Simile
    Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.

   ii.
   Penggunaan ayat
    Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.

   iii.
   Pengulangan
    Anafora / Epifora / Simplok
    Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat (
    simplok), dan akhir ayat (epifora).

   iv.
   Unsur Bunyi
    Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
    Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan

   v.
   Nada
    Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
    Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan
    Nada Sinis     - Menggambarkan perasaan kurang senang.
    Nada Protes    - Menggambarkan perasaan menentang
    Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang
   Contoh Sajak
   Aku Menjadi Lebih Berani
   Kali ini
   kau berbaju biru
   dan bajuku ungu
   sayang, hanya aku tahu
   hatimu
   tidak setulus hatiku
   yang berbaju ungu.
   Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
   sepatah kata,
   bisa, aku merasa.

   Hati dan rasa mengejarku
   aku menjadi lebih berani.
    Latifah Haji Shebli
    Anak Laut,
    DBP, 2000.

 Maksud
 Penyajak menyatakan dalam persahabatan
  yang lebih penting ialah kejujuran dan
  keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani
  menghadapi
 cabaran kerana dia lebih memahami hatinya
  dan sahabatnya. Penyajak juga memahami
  hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
 Ciri-ciri
 Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga
  rangkap, rangkap pertama mempunyai tujuh
  baris, rangkap kedua lima baris dan rangkap
  ketiga mempunyai lima baris.
 Tema dan Persoalan
 Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang
  wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak
  jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit
  yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.
 Nada
 Sajak ini bernada kecewa.
 Gaya Bahasa
 Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal
  u)
 Aliterasi : tidak setulus hatiku (
  pengulangan konsonan t)
 Nilai
 1.
 Peribadi kawan atau kekasih
  Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal (
  kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.
 2.
 Kemanusiaan
  Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi
  cabaran apabila dicabar.
 3.
 Kemasyarakatan
  Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi
  cabaran yang bakal mendatang.

More Related Content

sajak

  • 1. Sajak DISEDIAHKAN OLEH : TIONG HIE HUI EDWARD BONG JIN LIANG
  • 2. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan- peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.
  • 3. 1. Tema Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara. 2. Persoalan Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut. 3. Bentuk Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
  • 4. 4. Gaya Bahasa i. Perbandingan (a) Metafora Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama. (b) Hiperbola Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana. (c) Personofikasi Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan manusia.
  • 5. (d) Simile Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia. ii. Penggunaan ayat Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat. iii. Pengulangan Anafora / Epifora / Simplok Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora). iv. Unsur Bunyi Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u) Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan v. Nada Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan Nada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang. Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentang Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang
  • 6. Contoh Sajak Aku Menjadi Lebih Berani Kali ini kau berbaju biru dan bajuku ungu sayang, hanya aku tahu hatimu tidak setulus hatiku yang berbaju ungu. Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar sepatah kata, bisa, aku merasa. Hati dan rasa mengejarku aku menjadi lebih berani. Latifah Haji Shebli Anak Laut, DBP, 2000.
  • 7. Maksud Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
  • 8. Ciri-ciri Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap, rangkap pertama mempunyai tujuh baris, rangkap kedua lima baris dan rangkap ketiga mempunyai lima baris. Tema dan Persoalan Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.
  • 9. Nada Sajak ini bernada kecewa. Gaya Bahasa Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u) Aliterasi : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)
  • 10. Nilai 1. Peribadi kawan atau kekasih Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran. 2. Kemanusiaan Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar. 3. Kemasyarakatan Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.