3. SAJAK : GELANGGANG
MAKSUD GELANGGANG = TANAH AIR /
NEGARA /
MALAYSIA
SAJAK GELANGGANG = tema Patriotisme
4. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 1
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
5. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 1
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
MAKSUD
Penyajak menyatakan bahawa ini negara kita
Malaysia yang diwariskan oleh pejuang-
pejuang iaitu generasi terdahulu kira-kira 50
tahun yang lalu.
lima dekad = 50 tahun
6. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 1
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
MAKSUD
Malaysia terbentuk hasil persetujuan atau
persepakatan pelbagai kaum demi masa
depan generasi seterusnya.
Sepakat = semua bersetuju
7. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 2
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
8. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 2
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
MAKSUD
Hari ini kita merupakan generasi yang
mewarisi negara Malaysia yang terhasil
daripada jerih payah generasi terdahulu.
keringat = peluh / usaha
9. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 2
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
MAKSUD
Dengan tertubuhnya negara Malaysia, rakyat
yang bersatupadu dapat hidup dalam keadaan
aman dan makmur.
10. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 2
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
MAKSUD
Kita perlu bersungguh-sungguh menjaga negara ini
dengan penuh tanggungjawab dan mempertahankan
kedaulatannya dari ancaman musuh.
Kejap = teguh, ketat
watan = tanah air
11. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 2
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
MAKSUD
Hal ini terbukti kerana dengan cara ini dapat
mewujudkan rakyat berbilang kaum dan keturunan
hidup bersatupadu.
12. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 3
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
13. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 3
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
MAKSUD
Para pemimpin kini hendaklah berani melawan tuduhan
jahat yang melulu dan tidak berasas demi mempertahankan
kedaulatan negara.
menangkis = menepis atau mengelakkan pukulan musuh
Tohmahan = tuduhan berdasarkan syak wasangka
14. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 3
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
MAKSUD
Pendapat berniat jahat yang dikemukakan oleh sesetengah
pihak dalam usaha menjatuhkan Malaysia harus kita tentang
tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan
negara.
momokan = bayangan menakutkan
sumbang = perbuatan keji
sanggah = bantah
nyah = pergi berambus
kompromi = tolak ansur
15. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 3
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
MAKSUD
Jangan sesekali ada pihak mencabar kedauatan negara ini
kerana tindakan tersebutakan memusnahkan diri mereka
sendiri.
16. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 4
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
MAKSUD
Penyajak menyeru rakyat mengukuhkan tali persaudaraan
dan hindari segala persengketaan sesama rakyat.
ukhuwah = ikatan persaudaraan
pertelingkahan = perselisihan, persengketaan.
17. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 5
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
MAKSUD
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia
bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk
memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia
18. SAJAK : GELANGGANG
RANGKAP 5
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
MAKSUD
Terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini
demikian kerana kejayaan melambangkan maruah Malaysia
sejahtera dan dihormati oleh negara lain. Kita wajib
sayangi, hargai, hormati dan muliakan negara kita hingga
akhir hayat kita.
memacu = menggerakkan sesuatu