Cerita-cerita sastera Panji mengisahkan tentang perjalanan hidup dua watak utama, Raden Inu dan Raden Galuh, yang terpaksa berpisah akibat berbagai halangan. Keduanya kemudian mengembara dan mengalami berbagai pengalaman seperti penyamaran dan pertempuran sebelum akhirnya bertemu kembali dan hidup bahagia. Unsur-unsur penting lain termasuk watak-watak pembantu setia dan campur tangan dewa-de
4. Bahagian awal cerita dimulai dengan
mengisahkan dua watak utama yang saling
cinta menyintai. Kedua watak itu ialah saudara
sepupu iaitu Raden Galuh Chandera Kirana
puteri Ratu Daha dengan Raden Inu Kertapati,
putera Ratu Kuripan, Percintaan mereka telah
membawa kepada pertunangan tetapi
kemudiannya masing-masing watak
meninggalkan istana kerana beberapa. Faktur
yang menyebabkan mereka berpindah atau
terpaksa melakukan pengembaraan. Sebab-
sebab itu antaranya kerana ditawan oleh
raksasa, kerana perasaan salah sangka atau
akibat angkara ibu tiri.
5. Contoh 1, Hikayat Cekel Waneng , perpisahan berlaku
akibat puteri Chandera Kirana dilarikan oleh raksasa
(bota). Contoh 2, Hjkayat Misa Taman Jayeng Kesuma;
Raden Inu Kertapati menyangka tunangannya Raden
Galuh Chandera Kirana mempunyai wajah yang hodoh
sehingga menyebabkan ia berkahwin dengan wanita
lain. Hal ini menyebabkan Raden Galuh melarikan diri.
Kemudian Raden Inu menyuruh Semar mengintip wajah
Galuh Chandera Kirana dan menyuruh semar melukis
wajahnya. Apabila, dilihat oleh Inu, barulah ia berusaha
mencari Galuh Chandera Kirana. Contoh 3, Hikayat
Panji Kuda Sumirang, perpisahan angkara perbuatan
jahat ibu tiri iaitu Paduka Liku. Hidup Galuh Chandera
kirana senantiasa merana dan tersiksa lebih-lebih lagi
setelah ia dikukum kerat rambut oleh ayahanda sendiri.
Lalu ia melarikan diri.
6. Bahagian Pengembaraan, Cerita berkembang dan
merupakan bahagian cerita yang paling panjang iaitu
bahagian pengembaraan. Dalam masa pengembaraan
unsur penting yang berlaku ialah penyamaran oleh
watak-watak utama (hero dan heroin) serta
penyamaran oleh watak -watak pengiring watak utama.
Penyamaran dilakukan dengan berbagai tujuan seperti
bagi mengatasi rintangan-rintangan dalam masa
pengembaraan, bagi mengelakkan daripada dikenali
atau ditangkap oleh musuh . Dalam masa
pengembaraan juga , berlaku peperangan dengan
beberapa buah negeri, penaklukan, menunjukkan
kebijaksanaan dan kehandalan bermain senjata,
berlaku perkahwinan dengan puteri-puteri yang
negerinya berjaya ditawan, masing-masing watak
utama pernah bertemu tetapi mereka tidak mengenali
antara satu dengan lain.
7. Dalam masa pengembaraan ini, watak utama senantiasa
berjaya mengatasi segala macam rintangan dan halangan
bukan sahaja kerana kebijaksanaan dan kepahlawanan yang
dimiliki tetapi juga dengan dibantu oleh kuasa-kuasa
supernatural seperti dibantu oleh dewa-dewa yang
berperanan sebagai penyelamat. Contoh 1;Raden Galuh
Chandera Kirana keluar dari istana bersama pengiring-
pengiring dan Paduka Mahadewi. Ia menyamar sebagai lelaki
memakai nama Kelana Banji Samwirang Asmarantaka.
Dayang-dayang juga menyamar. Raden Inu yang sampai ke
Daha mengetahui tunangannya tidak ada juga melarikan diri,
mengembara mencari tunangannya. Raden Galuh membina
kota dan melakukan :perompakan barang-barang dagangan
yang lalu ke Kuripan. Mereka pernah menyerang Mentawan
dan menawan puteri-puteri raja Menatawan. Raden Inu juga
pernah berperang dengan beberapa buah negeri, misalnya
dengan negeri Jagaraga sewaktu raja negeri itu menyerang
kerajaan Gagelang.
8. Bahagian akhir cerita; Cerita berakhir dengan watak-
watak utama mendapat kemenangan dan kejayaan.
Mereka bertemu semula setelah sekian lama berpisah.
Kedua-dua kembali ke negeri Kuripan dan
melangsungkan perkahwinan serta hidup aman dan
bahagia dengan memiliki kerajaan yang besar. Contoh 1
Raden Inu bertemu semula dengan Raden Galuh
Chandera Kirana yang menyamar sebagai pemain
gambuh setelah mengintip ia sedang bermain-main
dengan anak patung pemberiannya dulu. Contoh2,
Dalam Hikayat Cekel Waneng Pati, Raden Inu yang
menyamar sebagai Cekel Waneng Pati, dan Raden
Galuh menyamar sebagai Kusela Branggit bertemu dan
menyedari bahawa mereka berada dalam selamat.
Mereka ingin berdamai . Masing-masing
memperkenalkan. diri dan pulang ke Kuripan. Mereka
berkahwin dan Raden Inu dilantik menjadi raja Kuripan,
manakala Raden Galuh pula sebagai pemaisuri.
10. i. Watak utama - terdiri dari watak hero dan
watak heroin. Watak utama terdiri dari
kalangan anak-anak raja. Biasanya dalam
cerita-cerita Panji, watak hero ialah putera
raja Kuripan yang bernama Raden Inu
Kertapati. Watak heroinnya pula ialah puteri
ratu Daha bernama Raden Galuh Chandera
Kirana. Mereka merupakan watak protagonis .
Masing-masing watak perperanan dalam
cerita dan merupakan peranan penting.
Mereka, mengembara, melakukan
penyamaran, sering berperang dan
berlakunya perkahwinan dengan puteri-puteri
raja yang mereka takluki.
11. ii. Watak pembantu atau pengiring- terdiri daripada
dayang-dayang kepada watak heroin dan pengiring-
pengiring kepada watak hero. Mereka sangat setia dan
mengikut ke mana sahaja watak utama pergi. Peranan
watak ini sebagai pengasuh atau pengiring atau
sebagai orang suruhan. Apabila watak utama (hero dan
heroin) mengembara, watak pembantu juga turut
mengembara, turut menyamar dan turut berperang
menentang musuh-musuh. Dalam hikayat Panji
Sumirang, watak pembantu kepada Raden Inu Kertapati
ialah Punta, Jerud, Kertala dan Persanta. Watak
pembantu kepada Raden Galuh Chandera Kirana pula
ialah Ken Sanggit, Ken Bayan dan Ken Tadahan dan
Ken Penglipur pula adalah dayang kepada Ken
Tambuhan dalam syair Ken Tambuhan. Watak
pembantu ini mendapat ganjaran yang baik setelah
kedua-dua hero dan heroin bertemu.
12. iii. Watak dari kalangan dewa-dewi Dalam cerita Panji, watak-
watak dewa juga memainkan peranan yang-penting sebagai
penyelamat atau watak-pembantu terutama kepada hero dan
heroin. Watak dewa pernah menjadi penyelamat kepada Ken
Tambuhan dan Raden Mantri yang telah mati. Mereka dihidupkan
kembali dan bertemu semula, Dewa juga menyelamat wata,k
utama sewaktu dalam pengembaraan. Misalnya, Baden Galuh
Chandera Kirana pernah dinasihatkan supaya menyamar dan
berpakaian secara lelaki supaya ia tidak dikenali dan terselamat
daripada musuh-musuh. Oleh sebab itulah Raden Galuh Chandera
Kirana menyamar sebagai pemain gambuh dalam Hikayat Panji
Kuda Sumirang dengan memakai nama Gambuh Asmarantaka.
Watak dewa ini juga pernah terjadi penjelmaan atau unsur
inkarnasi dewa yang menjadi raksasa atau bota. Contohnya dalam
Syair Ken Tambuhan, Puteri Puspa Kenchana dilarikan.oleh Setaia
Kala, seorang bota atau raksaksa. Manakala dalam Hikayat Misa
Taman Jayeng Kusuma pula, Raden Buana telah disumpah
menjadi raksasa yang mempunyai wajah yang amat menakutkan.