1. SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan
dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut
menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos
berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua
atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar
permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai
cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang
patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara
permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua
pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan
tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan
hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan
pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari
Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada
Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik
moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles
Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200
meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam
acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa
47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86
saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan
masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland
dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula
telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
2. PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling: Novice, to
championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini
melibatkan ukuran panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm
rajah 1:blok permulaan padang rajah 2:blok permulaan trek
PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke
garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.
2.3.2 Fasa Pecutan
Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.
KEDUDUKAN TANGAN:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain,
diletak di beIakang garis mula.
3. KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:
KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat
tinggi dan badan condong ke hadapan.
PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke
hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan
90 darjah.
LUTUT
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di
antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut,
pecutan berlaku awal dalam larian.
Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak
mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka
apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah
dari kelajuan maksimum.
TEKNIK LARIAN DI SELEKOH
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
4. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan
kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah
ke dalam
2.3.3 Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk
200 m.
Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga
melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk
menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik
tangan ke belakang.
2.4 PERATURAN
2.4.1 Peraturan 121 Penjaga Masa
Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.
Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga
masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua
Penjaga masa.
Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penainat. Jika boleh mereka
ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas
bangku bertingkat (tangga kambing).
Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan
masa untuk setiap peserta.
2.4.2 Peraturan 160
Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih
panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
5. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah
masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa
rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka
masa itu tidak boleh dikira.
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.
c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih
panjang diterima sebagai masa rasmi.
TEKNIK LARI PECUT.
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Di sini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan kesan yang maksimum
dalam melakukan pecutan dan larian.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti
jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang
mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.
Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi
seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang
perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah
kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan
seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri
seseorang.
Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan
jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah
6. mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau
badan semasa berlari.
Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan
mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter
hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan
kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
PRINSIP-PRINSIP MEKANIK
Setelah melakukan pelepasan dengan baik danpada garisan permulaan, pelumba
akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk
acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang
diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara
atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan
terbaik bagi seorang pelari pecut.
Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki,
kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang
hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang
boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah
tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain,
sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa ,
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain
yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.
Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari
hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan
ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan
tangan semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat
mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya
7. seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya dengan pantas.Ini bermakna
pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan
larian pecut.
Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari
memecut. liii kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan
berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu
mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan
pantas serta cergas danpada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah
belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.
Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.
Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu
pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam
keadaan yang menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan
bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam
semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan
tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.
Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari.
Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian
dalam lariari pecul. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan
kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu
diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan.
Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.
Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas
bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk
memindahkan kaki daripada tanah apabila pmggang berada dalam kedudukan yang
tinggi. Kedudukan badan hendaldah condong sedikit ke hadapan semasa berlari.
Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan
memecut.
Menamatkan Larian Pecut.
8. Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat
yang boleh dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding.
Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan
larian atau membuat lompatan untuk nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus
berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan larianya.
Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu
belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri
sahaja.
Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke
belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini
adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan
larian dengan menundukkan kepalanya untuk memcecah pita penamat. Tindakan
begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pclari
terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan mmemusingkan
salah satu bahunya untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin akan
melambatkann larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk
memusingkan bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira
pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh
pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga
khususnya dipenngkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak
dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pcgawai penamat disebabkan beberapa
pekari niencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku
perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan
menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara iru akan
diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian
itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan
yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100 meter
dan 200 meter.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak
seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya
mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter
9. diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi
sebagai cam untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau
masalah lain.
Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan
undang-undang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh
dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari
memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai
suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah
pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.