Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Melaysia
1 of 8
Downloaded 139 times
More Related Content
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
1. Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
1.a. Jelaskan Konsep Keluhuran Perlembagaan
i. Prinsip Rukun Negara yang ketiga
ii. Maksud : ketinggian perlembagaan atau undang-Undang.
iii. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa
? Yang di-Pertuan Agong,
? Parlimen
? Jemaah Menteri
? Mahkamah
iv. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
v. Yang dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
vi. Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidah sah.
vii. Undang-Undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
viii. Jika bertentangan, ia adalah terbatal sendirinya
ix. Mahkamah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang
kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
x. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin
keluhuran dan ketinggian Perlembagaan Malaysia.
b. Nyatakan sebab-sebab dan cara-cara pindaan perlembagaan dibuat di negara kita
Sebab-Sebab / Tujuan Pindaan
i. Melindungi kepentingan rakyat
ii. Menjaga keselamatan Negara
iii. Melicinkan urusan pentadbiran negara supaya sentiasa relevan dan sesuai dgn keperluan
semasa
iv. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
v. Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
vi. Mengelakkan pekara sensitif dipersoalkan secara terbuka
? Pemerintahan beraja
? Agama Islam
? Kedudukan Bahasa Melayu
? Hak istimewa orang Melayu
vii. Pindaan Akta Hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen utk
? mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga
menyentuh pekara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum.
? bertujuan memelihara keselamatan, kententeraman dan keharmonian masyarakat
Cara-cara Pindaan
Kaedah Pindaan Perkara Pindaan
Kaedah Pertama
Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan
Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja
? Tugas dan kuasa majlis Raja-raja Melayu
? Kewarganegaraan
? Keutamaan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri
Agong , Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri
? Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak
? Perubahan sempadan negeri
2. Kaedah Kedua
Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan
Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua
Negeri Sarawak dan Sabah
? Anggota & kuasa Mahkamah Tinggi Sabah &
Sarawak
? Hak & kuasa Kerajaan negeri tentang menahan
kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan
Sabah (Akta Imigresen 1961)
? Perkara perundagan/pemerintahan kuasa negeri,
agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu
dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
Kaedah Ketiga
Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan
Parlimen
Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga
kaedah pindaan.
Kaedah Keempat
Persetujuan lebih suara Dewan
Parlimen
Pindaan Jadual 2,6 dan 7, Bahagian III tentang
kewarganegaraa, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan
persaraan ahli Dewan Negara serta persempadan pilihan
raya.
Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan
Perkara 74 ¨C Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama
Perkara 76 ¨C Parlimen membuat undang-undang dlm
Senarai Negeri yg melibatkan pelaksanaan persetiaan,
perjanjian @ konvensyen antara persekutuan dgn negara
negara lain.
2a. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi berparlimen
? Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri di dalam sistem pemerintahan
negara.
? Raja-raja Melayu pula adalah menjadi lambang taat setia rakyat.
? Melalui sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan dengan bebas memilih
perwakilan melalui pilihan raya.
? Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihanraya
? Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
b. Huraikan proses meluluskan undang-undang di Parlimen
1. Cadangan undang-undang oleh Kementerian.
2. Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
3. Bacaan Pertama di Dewan Rakyat ( pembacaan tajuk rang undang-undang shj )
4. Bacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan
5. Perbincangan secara terperinci pada peringkat Jawatankuasa di D.R.
6. Pembacaan ketiga di DR. Dibahas sebelum diluluskan dan dikemukakan di Dewan Negara
7. Pembentangan di Dewan Negara. Bacaan Pertama / Kedua / Perbincangan/ Bacaan Ketiga
8. Penyerahan
Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negara di bawa kepada DYMM Yang
diPertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara
9. Pewartaan @ pemberitahuan undang-undang ini dalam warta kerajaan
3. 3a. Perihalkan tentang Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Dewan Negara ( senat )
? Dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan M¡¯sia
? Mengandungi 69 orang ahli
? 26 org ahli dipilih drpd 13 buah negeri oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) drpd
bukan kalangan DUN
? 2 org dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong utk mewakili Wilayah Persekutuan KL dan
Labuan
? 40 org dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada orang yang berjasa &
cemerlang dlm bidang profesional
? Keahlian dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
? Salah satu ahli DN ialah Senator yang mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa melalui
pilihan raya
? Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur sekurang-kurangnya
30 thn
? Senator setaraf dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri
? Ahli DN terdiri drpd individu yg memberikan sumbangan cemerlang dlm
o Perkhidmatan awam
o Bidang profesional
o Bidang perniagaan / perusahaan /pertanian/ kesenian / kebajikan
? @ individu yg mewakili kumpulan minoriti sprt Orang Asli
Dewan Rakyat
? ahli DR dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
? mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
? Tempoh jawatan ialah 5 tahun
? Tugas utama : menggubal dan meluluskan undang-undang pd peringkat DR
b. Huraikan bidang kuasa yang dipertuan Agong mengikut system pemerintahan raja
berperlembagaan
F1 Yang diPertuan Agong adalah sebagai ketua Negara yang mengetuai tiga badan kerajaan iaitu :
H1a Badan Perundangan ( Legislatif )
H1b Badan Pemerintah ( Eksekutif )
H1c Badan Kehakiman ( Judisari )
F2 Yang diPertuanAgong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen
H2a mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
F3 Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata,
H3a berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh mahkamah Tentera.
4. F4 Baginda juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu.
F5 Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.
F6 Yang diPertuan Agong juga merupakan ketua agama islam bagi negeri -negeri baginda sendiri
H6a dan negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan,
Sarawak dan Sabah.
F7 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri
H7a dan melantik serta melucutkan jawatan Jemaah Menteri danTimbalan Menteri
setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
F8 Undang-undang darurat juga boleh diisytiharkan di bawah undang-undang X jika mendapati
keselamatan Negara terancam.
F9 Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya,
H9a ahli Perkhidmatan Kehakiman,
H9b serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
F10 Yang diPertuan Agong juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua
Audit Negara bagi Persekutuan.
F11 Baginda juga mempunyai kuasa yang tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta Negara.
4a. Jelaskan bidang kuasa badan berkanun atau dikenali badan separuh kerajaan
F1 Badan berkanun ini adalah sebuah badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu dan juga mempunyai peruntukan kewangan sendiri.
F2 Ia biasanya ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri
berkenaan.
F3 Tugas dan tanggungjawab besar Badan Berkanun ialah untuk mempercepatkan pentadbiran
H3a dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan
b. Apakah kuasa badan Kehakiman ( Judisari )
F1 Badan kehakiman adalah suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan
pekara sivil dan jenayah.
F2 Pekara sivil tersebut adalah berkaitan dengan saman yang memerlukan affidavit ( keterangan
bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam )
F3 Pekara yang berkaitan dengan jenayah pula ialah yang melibatkan kanun keseksaan.
5. F Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan badan pelaksana.
F5 Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
F6 Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanaka tugas
kehakiman di Negara ini.
c. Apakah bidang kuasa mahkamah yang diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk
menjalankan tugas kehakiman di negara ini
1 Mentafsir undang-undang,
F2 Mentafsir Perlembagaan Negara,
F3 Mengisytiharkan undang-undang Bertulis kerajaan Pusat dan negeri
F4 Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
F5 Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk meminda undang-undang kerana
F6 pekara tersebut merupakan kuasa badan perundangan dan Parlimen.
F7 Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid.
F8 Mahkamah Atasan terletak di bahagian atas iaitu terdiri daripada Mahkamah Agung dan
Mahkamah Tinggi.
F9 Mahkamah rendah pula adalah terletak di bahagian bawah yang terdiri daripada sesyen,majistret
5a Huraikan peranan pihak-pihak yang terlibat sesuatu pilihanraya di negara ini
Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertanggungjawab berkaitan dengan sistem pilihanraya di Malaysia.
Keanggotaan adalah dilantik oleh Yang diPertuan Agong selepas berunding dengan majlis Raja-Raja
Melayu.
F3 Ia bagi menjamin proses pilihanraya yang adil
H3a dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
F4 Fungsi utama SPR ialah Menjalankan pendaftaran pemilih
H4a Mengendalikan pilihan raya umum atau kecil
H4b Menentukan sempadan- sempadan pilihanraya
F5 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
2. Senarai berikut menerangkan unsur penting dalam pilihan raya.
? Calon
? Pengundi
? Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR )
6. I ) Nyatakan peranan SPR.
? Menentukan sempadan pilihan raya
? Menjalankan pendaftaran pemilih
? Menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
? Menjalankan pilihan raya dengan efektif, adil dan saksama
II ) Berikan syarat-syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
? Warganegara Malaysia
? Berumur 21 tahun
? Bermastautin di Malaysia
? Sempurna akal
? Bukan orang yang muflis
? Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
? Tidak disabitkan dengan kesalahan mahkamah.
Hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen @ ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara
tidak kurang daripada 12 bulan @ didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum
mendapat pengampunan.
? Calon bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas
? Mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
? Calon dibenarkan berkempen dalam tempoh yang ditetapkan iaitu antara 7 hingga 15 hari
III ) Apakah syarat yang membolehkan anda untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.
? Mendaftar nama dalam Senarai Daftar Pemillih
? Warganegara Malaysia
? Berumur 21 tahun
? Bermastautin dan atau bermastautin di Malaysia
? Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
? Mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja
? Pasukan keselamatan, pelajar dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara boleh
mengundi melalui pos.
IV ) Nyatakan proses pilihan raya di negara kita.
? Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
? Penamaan calon
? Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
? Pelancaran kempen pilihan raya
? Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
? Pemberian kertas undi kepada pengundi di tempat pengundian
? Pembuangan undi. Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan
memasukkan kertas dalam peti undi
? Pengiraan undi
? Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya
Jelaskan proses pilihanraya yang dijalankan di Malaysia
7. F1 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
F2 Di Sabah dan Sarawak,Pilihanraya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
diadakan secara berasingan.
F3 Pilihanraya kecil akan diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
F4 Ia mungkin disebabkan oleh hal-hal seperti kematian,
H4a perletakan jawatan
H4b dan perlucutan jawatan.
F5 Pilihanraya ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung Malaysia H5a 90 hari di
Sabah dan Sarawak selepas kekesongan tersebut.
F6 Semua warganegara Malaysia adalah bebas untuk memilih dan menggotai mana- mana Parti
Politik yang mereka suka.
F7 Mereka juga boleh menjadi calon bebas untuk bertanding dalam pilihanraya.
F8 Seseorang warganegara Malaysia akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan
Undangan Negeri
H8a jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan
belum mendapat pengampunan.
F9 Calon-calon di dalam pilihanraya boleh bertanding atas nama parti atau nama individu sebagai
calon bebas.
F10 Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
F11 Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sesebuah kawasan pilihanraya sahaja.
F12 Undi Pos akan dilaksanakan bagi anggota Keselamatan,
H12a pelajar luar Negara dengan syarat mereka mendaftar sebagai pengundi.
F13 Di dalam sesuatu pilihanraya, calon boleh mengadakan kempen antara tujuh hingga limabelas
hari sahaja.
6a. Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Persekutuan
F1 Negara Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri untuk kepentingan bersama.
F2 Ia merujuk kepada pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri.
F3 Ia menjalankan kuasanya berdasarkan kuasa yang tedapat dalam Perlembagaan Malaysia.
b. Jelaskan tentang kuasa eksekutif kerajaan negeri
8. F1 Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa eksekutif berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
F2 Kuasa eksekutif tersebut terletak ditangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
F3 Menteri Besar atau ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang diPertua Negeri
H3a daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang mendapat kepercayaan majoriti
ahli dewan tersebut.
F4 Pentadbiran pada peringkat negeri pula adalah terletak pada Perlembagaan Negeri seperti yang
terdapat di dalam Perlembagaan negara
F5 Mereka ini bertanggungjawab di dalam menjalankan pemerintahan dasar pentadbiran Negara di
Peringkat negeri.
6 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri ( EXCO ) di Semennjung Malaysia,
H6a Majlis Tertinggi di Sabah dan Sarawak dan
H6b Kabinet di Sabah
c. Nyatakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dalam konteks Malaysia sebagai sebuah Negara
Persekutuan.
F1 Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang luas berdasarkan peruntukan kuasa yang terdapat
di dalam Perlembagaan Persekutuan.
F2 Semua aspek yang berkaitan dengan perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan
diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Pusat.
F3 Kuasa pentadbiran tersebut telah diletakkan dibawah Badan Pelaksana
F4 Ia menjalankan menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
sedia ada.
F5 Yang diPertuan Agong adalah mempunyai kuasa eksekutif bagi kerajaan Persekutuan mengikut
Perlembagaan Malaysia.
F6 Badan yang menjalankan kuasa eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri yang menjalankan
kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang diPertuan Agong.
F7 Perdana Menteri adalah mengetuai barisan Jemaah menteri daripada kalangan ahli Dewan
Rakyat.