Seloka ini menceritakan tentang Si Luncai yang mempunyai segala kelebihan tetapi gagal memanfaatkannya dengan baik kerana sifat malasnya. Dia gagal mendidik anak-anak dan menguruskan kebun serta ternakannya dengan baik. Seloka ini menekankan pentingnya memanfaatkan potensi diri ke arah kebaikan.
3. Sikap tidak pandai
menggunakan
kecerdikan atau
kelebihan yang dimiliki
ke arah kebaikan.
Si Luncai mempunyai segalanya sebagai orang yang
boleh berjaya dalam
hidupnya,(keluarga,harta,ilmu,kuasa dan kudrat) tetapi
dia bersifat malas yang membuatkan dia gagal dalam
hidup dan tenggelam dalam dunia sendiri.
4. Kegagalan melatih atau mendidik anak-anak dengan baik
Malas mengerjakan kebun dan membela haiwan ternakan
Tidak menggunakan kecerdikan ke jalan yang betul
Malas menggunakan kudrat untuk berusaha
5. Puisi bebas
Terdiri daripada satu rangkap
Dua belas baris serangkap
Bilangan suku kata setiap baris ialah enam
hingga 13 suku kata
rima akhir seloka ialah abcdefgbhab
6. Nilai berilmu
Orang yang berilmu akan bertambah-tambah mantap ilmu
dan pengetahuannya dengan melakukan pelbagai
penyelidikan dan kajian
Nilai kerajinan.
o Rajin menuntut ilmu pengetahuan
7. Kita hendaklah menggunakan pelbagai
kebolehan dan keistimewaan diri untuk
menjanakan kejayaan yang cemerlang
Kita hendaklah memastikan bahawa haiwan
ternakan dipelihara dengan baik dan tidak
dilepaskan bebas
Kita hendaklah mengamalkan budaya bercucuk
tanam dan berkebun kerana dapat memberikan
manfaat serta mengelakkan tanah terbiar
Kita haruslah menggunakan segala kudrat yang
diberikan bagi memajukan diri ke arah
kecermelangan.
9. FOKUS KBAT
a) Huraikan empat bentuk soalan seloka ini.(5
markah)
b) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku
jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka
dengan baik.(4 markah)