1. SEMPADAN NEGARA
Satu 'garisan' yang memisahkan satu unit
politik dari unit yang lain. Garisan yang
menentukan bidang kuasa (jurisdiction)
sesebuah negara. Mentadbirkan undang-
undang, mengutip cukai dan menjalankan
fungsi kerajaan lain.
Garis sempadan - (i) ada kalanya wujud
(dapat dilihat ie.Tembok Berlin ; Tembok
Besar China; pagar ;dll )
(ii) ada kalanya imaginari.
2. Kuasa (sovereignity) sesebuah negara ini
bercorak 3 dimensi:-
had ruang tuntutan daratan / lautan
ke bawah garis di unjurkan ke pusat bumi
termasuk sumber semulajadi.
ke udara paras ketinggian mengikut
keupayaan kawalan sebuah negara.
A line without breadth, a vertical interface
between adjacent state sovereignties.
Sebelum sempadan ditentukan, dipisahkan oleh
zon perbatasan (biasanya jarang didiami dan kian
berubah).
3. JENIS SEMPADAN
1. Sempadan semulajadi ( fizikal ) Di asaskan
kepada fitur-fitur fisiografik; spt banjaran gunung,
sungai , dan tasik .
Banjaran ALPS ( Eropah Barat ) ; ANDES ( Am.
Selatan) ; HIMALAYAS ( Asia ). Walau pun
sempadan wujud dalam pandang darat fizikal
namun ada kalanya tidak berkesan:- mudah
ditembusi melalui jalan raya, terowong; genting,
pergerakan bermusim.
Kawasan tinggi juga digunakan sebagai kawasan
rumput bermusim untuk penternakan atau sumber
hidro.
4. Masalah letak sempadan (a) Puncak ( crest)
atau (b) Legeh Air ( water divide) = tidak selalu
sama ! ( i.e.. Perbalahan antara India dgn China)
Sungai : fitur yg lazim diguna sebagai garis
sempadan tapi kurang efektif kerana:
(a) Sungai ( melalui lembahnya ) selalu
menjalinkan interaksi antara komuniti lembah
digunakan untuk pertanian/industri e.g. Sg. Rhine.
(b) Laluan Sungai sering berubah!
(c) Letakan garis sempadan di sungai - tengah
sungai ? Tepi sungai ? Laluan pelayaran ?
5. 2. Sempadan Geometrik atau Artificial (bukan
semula jadi)
diasaskan kepada garis lintang dan garis bujur
(latitude atau longitude)
Asia 47th
parallel antara Korea Utara dgn Korea
Selatan; Sempadan di barat US Canada 49 th
parallel
Lazim nya sempadan dibuat semasa dijajahkan,
kerana penduduk jarang, atau ciri-ciri geografi
tidak diketahui.
Sempadan boleh dibahagikan mengikut samada
pandangdarat budaya utama telah wujud atau
tidak.
6. Sempadan Antecedent - Sebelum kawasan
membangun dan berpenduduk e.g. bahagian
barat Kanada dg Am. Syarikat melalui perjanjian
Am. Syarikat dg Britain pada tahun 1846.
Sempadan subsequent - sempadan selepas
pandang darat budaya dibangunkan :-
a) Consequent atau Etnografik - dibuat dgn
mengambil kira faktor2 seperti agama, bahasa,
etnik, perbezaan ekonomi ; dll. i.e. Ireland Utara
dan Eire (Ireland).
Sempadan India-Pakistan: consequent kerana
cuba dibahagikan berasaskan agama.
Superimposed menyebabkan migrasi berjuta.
7. b) Superimposed - sempadan yang dibuat oleh
penjajah ke atas pandang darat budaya/ fizikal
tanpa mengambil kira ciri-ciri yang wujud atau
perasaan penduduk. E.g. sempadan Afrika yang
telah ditentukan oleh penjajah pada abad ke-19,
Berlin Wall.
Sempadan Relic garis sempadan yang tidak
lagi berfungsi e.g. Great Wall of China, Berlin
Wall
11. 1. Perbalahan LOKASI sempadan (positional disputes)
Tiada persetujuan tentang interpretasi dokumen
yang menentukan sempadan atau cara sempadan
dibuat sebelum kawasan diduduki.
Berpunca dari sempadan jenis ANTECEDENT .
Awalnya lokasi tidak penting. Selepas
pembangunan dan nilai kawasan bertambah - isu
sempadan menjadi penting. E.g. sempadan antara
CHILE dg ARGENTINA .
Pemerintahan Penjajahan Sepanyol- mengikut
puncak banjaran ANDES dan legeh antara sungai-
sungai yg mengalir ke Timor dan ke Barat.
12. Puncak dan legeh tidak selari, kadang-kala legeh
adalah berbatu dari puncak dan wujud no mans
land. Akhir tahun 1970an hampir berperang kerana
terjumpa sumber minyak dan gas asli.
2. Perbalahan Wilayah - kerana sempadan
superimposed membahagikan penduduk yang
homogeneous. Satu bangsa boleh ditaburkan kepada
beberapa negara. Konflik timbul apabila penduduk
sebuah negara ingin menakluki kawasan dengan
penduduk dg etnisiti yang sama tetapi di bawah
pemerintahan negara lain. E.g. Hitler menggunakan
alasan kehadiran minoriti German di Czechoslovakia
dan Poland untuk menakluki mereka.
14. 3. Perbalahan
SUMBERJAYA - galian,
tanah pertanian,
kawasan perikanan
dsbnya. Perang Iraq-
Kuwait tahun 1990-91
adalah berkait dengan
sumber petroliam di
Rumaila. Panjang 80 km
tetapi sebahagian
memanjang ke dalam
Kuwait. Tidak ada
persetujuan ttg kos dan
keuntungan. Kuwait pam
shj.
15. 4. Perbalahan Dasar (functional disputes)
Persengketaan tentang polisi yang harus
dijalankan di kawasan sempadan
imigrasi, pergerakan kumpulan nomadic,
peraturan kastam, atau guna tanah. e.g.
bilangan pendatang haram dan dadah
dari Mexico ke Am. Syarikat
mempengaruhi perhubungan kedua-dua
negara.
16. Kuasa-kuasa Memusat (Centripetal forces)
(Promoting State Cohesion)
Faktor-faktor yang menyatukan penduduk dan
menguatkan negara.
1.Nasionalisme:- ciri identifikasi dengan negara
dan penerimaan matlamat negara (national
goals). Berasaskan kesetiaan kepada satu
negara dan secara kolektif membezakan
mereka dari penduduk dan kawasan lain.
Negara-bangsa jarang wujud. Yang lain
mempunyai lebih dari satu kumpulan budaya
17. Dalam masyarakat pelbagai budaya,
nasionalisme dapat mengintegrasikan penduduk
yang berlainan kepada satu penduduk yang
bersatu padu.
Langkah-langkah:-
ikonografi simbol-simbol yang menyatukan -
lagu kebangsaan dan lagu patriotik, bunga
kebangsaan, sumpah taat setia dsbnya.
Dokumen seperti Magna Carta di England dan
Proclamation of Independence di Am. Syarikat.
Sistem monarchy di Jepun, Thailand.
18. 2. Institusi yang menyatukan:
Bertindak atas sub-sistem sosiologi
mempengaruhi pandangan dan perilaku
masyarakat.
sekolah murid-murid mempelajari sejarah
negara, nilai dan tradisi dsbnya.
Angkatan tentera, khidmat negara.
Inst. agama agama dikaitkan dengan negara
kepercayaan dipinda ke kesetiaan kepada
negara.
19. 3. Organisasi dan Pentadbiran:
Keyakinan penduduk kepada organisasi efektif
negara adalah mereka selamat dari ancaman
luar dan dalam? Adalah sumber digunakan
secara saksama untuk kebajikan ekonomi
semua? Adakah sistem membuat keputusan
sensitif kepada keperluan rakyat? Dsbnya.
Jawapan dan pentingnya jawapan berkenaan
berbeza dari negara ke negara.
Sekiranya jangkaan/harapan tidak dicapai,
kesetiaan yang digalakkan oleh (1) dan (2) akan
terhilang.
20. 3. Pengangkutan dan Komunikasi:
Jaringan pengangkutan boleh menggalakkan
integrasi politik melalui interaksi sosial dan ekonomi.
Memainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi dan perhubungan antara bandar-luar
bandar.
Sebutan all roads lead to Rome sistem jalan
yang menghubungi Rom dg empayarnya.
Sistem komunikasi/pengangkutan antara negara
akan dihadkan/ kawal halangan kepada
perdagangan, sekatan atas perjalanan (visa dll)
kes Kanada-USA 480 km jalan keretapi di
sempadan hanya 8 melintas sempadan.
22. Centrifugal forces (kuasa emparan)
Kuasa-kuasa yang melemahkan sesebuah
negara. Lebih kuat di negara dengan dua atau
lebih nationaliti dan setiap ini menduduki
kawasan tertentu. Negara dicirikan oleh minoriti
yang tidak diasimilasikan, konflik etnik, budaya
berbeza, kepelbagaian bahasa dan agama,
ketakseimbangan dalam taburan kekayaan.
1.Sub-nasionalisme:
Kesetiaan kepada bangsa atau kumpulan yang
lebih kecil daripada penduduk sesebuah negara.
23. Sub-nasionalisme akan bertambah rumit sekiranya
kumpulan ini berpendapat mereka tidak diberikan
hak self-determination (penentuan diri) atau self-
rule. Akan berusaha membentuk negara-bangsa
yang baru.
2. Regionalisme:- kumpulan minoriti yang kuat dan
yang mempunyai kaitan dengan wilayah tertentu
akan menuntut autonomi yang lebih ataupun
pemisahan dari negara. E.g. Quebec berbahasa
Perancis, ingin mengekalkan budaya sendiri, kaya
dengan sumber asli referendum Okt 1995
memisah dari Kanada gagal 49-51%.
24. Eropah Timor dan republik USSR:- usaha
nasionalisme muncul kerana keruntuhan kuasa
komunis. USSR mengandungi 89 komponen
dan 21 ethnic republic. Pertengahan 1992 15
republik USSR mengisytiharkan diri sebagai
negara bermerdeka kaya dengan sumber asli
dan mempunyai bilangan yang bukan Russian.
Keadaan yang sama berlaku di Eropah Timor
Yugoslavia (1991-92) dibahagikan kepada 5 unit
politik, Czechoslovakia (1993) ke Slovakia dan
Republik Czech.
25. Beberapa pra syarat untuk pergerakan
pemisahan:-
(i)Territory (wilayah) kumpulan ini mesti berpusat
di kawasan kor yang dituntut. Berusaha mengambil
balik kuasa dan hak yang telah dirampas oleh
pihak berkuasa.
(ii)Nasionaliti wujudnya ciri budaya yang
menyebabkan identiti bersama dan persepsi
berbeza dari yang lain.
(iii)Lokasi pinggiran (peripheral) dan ketak-
seimbangan sosial dan ekonomi. Lokasi jauh
menyebabkan perasaan diketepikan. Budaya yang
dominan dikaitkan dg eksploitasi dan bahawa
sumber mereka dikuasai oleh orang luar.