際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Sajak sempena kemerdekaan kali ke-50
50 Tahun Merdeka
Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan
50 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara
Kini 50 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa..
Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?
50 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 50 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka..
Nurkilan Md. Rz..Julai 07

More Related Content

Sempena 50 tahun

  • 1. Sajak sempena kemerdekaan kali ke-50 50 Tahun Merdeka Hari ini.. Merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan sekuat hati dengan senyuman, keriangan, kepuasan Tanpa tangisan 50 tahun dahulu.. Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan dengan penuh rasa bangga Tatkala ayat keramat kedengaran Air mata rakyat kegembiraan mengalir, menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan kepada bangsa, agama dan negara Kini 50 tahun berlalu.. Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai Ku bangga melihat semua kejayaan ini Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan? Mereka tak mengerti, mereka lupa.. Kini.. Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua Apa yang mereka rasa? Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu? 50 tahun.. Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan di jiwa insan generasi baru Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita Adakah ia akan berkekalan selamanya? Sedarlah kawan-kawanku Carila erti kemerdekaan.. Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan rakyat 50 tahun dulu Jika kamu mahu 5000 tahun merdeka tetap merdeka.. Nurkilan Md. Rz..Julai 07