1. KITA semua tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Persekutuan. Namun, mungkin
tidak ramai yang tahu tentang pembahagian kuasa perundangan dan eksekutif di antara
Pusat dan negeri-negeri.
Di peringkat Pusat, institusi yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang
bagi seluruh Malaysia adalah badan perundangan iaitu Parlimen dan institusi yang
mentadbir negara mengikut undang-undang adalah Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, setiap 13 negeri di Malaysia mempunyai badan perundangan -
Dewan Undangan Negeri (DUN)) dan kerajaan negeri tersendiri. DUN mempunyai
kuasa untuk menggubal undang-undang bagi negerinya manakala kerajaan negeri
mempunyai kuasa untuk mentadbir negeri mengikut undang-undang tersebut.
Dalam kerangka negara juga, mahkamah mempunyai peranan mentafsirkan undang-
undang Persekutuan dan negeri. Setiap negeri punya Mahkamah Syariah tersendiri
untuk memutuskan makna undang-undang syariah. Namun begitu, semua undang-
undang harus konsisten dengan Perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa untuk menggubal undang-undang di
antara Parlimen dan DUN. Ini bermakna Perlembagaan menyatakan jenis undang-
undang yang boleh digubal oleh Parlimen dan jenis undang-undang yang boleh digubal
oleh DUN.
Terdapat tiga senarai dalam Perlembagaan. 'Senarai Persekutuan' menyenaraikan
perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa Parlimen. 'Senarai Negeri'
menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa DUN. 'Senarai Bersama'
menyenaraikan perkara-perkara yang Parlimen dan DUN boleh gubal undang-undang.
Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ialah hubungan luar
seperti perjanjian antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-
undang dan tatacara sivil dan jenayah termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah
(kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi, undang-undang Islam dan peribadi
yang lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan kewarganegaraan Malaysia.
Ia juga termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan perindustrian termasuk
import dan eksport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan pengangkutan,
pendidikan, perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan
keselamatan sosial.
Bagi Senarai Negeri pula, ia termasuk undang-undang Islam dan undang-undang
peribadi dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan
Mahkamah Syariah, tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa
tempatan, pemilihan kerajaan tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan
tempat-tempat hiburan awam, kerja raya negeri dan air (kecuali pembekalan dan
perkhidmatan air) serta cuti negeri.
Senarai Bersama membenarkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk
perkara yang sama. Asalkan undang-undang tersebut tidak berlapik atau bercanggah,
ia boleh terus wujud dan beroperasi bersama.
Tetapi, sekiranya ada percanggahan bagi perkara bawah senarai tersebut, undang-
undang Parlimen menjadi undang-undang yang harus dipatuhi.
Senarai Bersama ini termasuk kebajikan awam, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan
taman-taman negara, perancangan bandar dan luar bandar, kesihatan awam,
perparitan dan irigasi, budaya dan sukan serta perumahan dan peruntukan kemudahan
perumahan.
2. Secara amnya, jika sesuatu perkara itu dalam Senarai Negeri, Parlimen tidak boleh
gubal undang-undang mengenainya. Tetapi, ada situasi di mana Parlimen boleh gubal
undang-undang berkenaan dengan perkara dalam Senarai Negeri. Situasi-situasi
tersebut termasuklah sekiranya ada pengisytiharan darurat atau penyelarasan undang-
undang negeri.
Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif ke atas semua perkara yang
Parlimen boleh gubal undang-undang. Kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kuasa
eksekutif ke atas semua perkara yang DUN boleh gubal undang-undang.
Adalah penting untuk kita mengetahui tentang pembahagian kuasa ini kerana ia
mungkin membawa kesan kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan rakyat salah satu
daripada negeri-negeri tersebut.
Senarai Persekutuan
- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang jenayah dan sivil
- Kewarganegaraan
- Pilihanraya Persekutuan
- Perdagangan, Perniagaan dan Industri
- Kewangan
- Pengangkutan
- Perkapalan
- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama
3. Senarai Negeri
- Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
- Pertanian dan Perhutanan
- Tanah
- Perkhidmatan tempatan
- Kerajaan Tempatan
- Jentera Kerajaan Negeri
- Hari kelepasan Negeri
- Kerjaraya Negeri dan Air
- Penyu dan penangkapan ikan di sungai
Senarai Bersama
- Kebajikan Sosial
- Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
- Biasiswa
- Pengembaraan
- Perusahaan Ternakan
- Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP)
- Pengaliran dan pengairan
- Kesihatan Awam, peraturan kesihatan
- Pemulihan tanah perlombongan
4. Jadual Kesembilan Dalam Perlembagaan Persekutuan
ï‚· memperuntukkan pembahagian kuasa perundangan kepada tiga
bahagian iaitu
SenaraiPersekutuan
ï‚· menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa
Parlimen
SENARAI PERSEKUTUAN
1 Hal ehwal luar negeri
2 Pertahanan negara
3 Keselamatan dalam negeri
4 Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran
keadilan
5 Kewarganegaraan persekutuan
6 Jentera kerajaan (tertakluk kepada senarai negeri)
7 Kewangan
8 Pertukangan, perdagangan dan perindustrian
9 Perkapalan, pelayaran dan perikanan
10 Perhubungan dan pengangkutan
11 Kerja-kerja dan kuasa persekutuan termasuk kerjaraya, bekalan air dan
elektrik
12 Tinjauan, siasatan dan penyelidikan termasuk bancian, tinjauan persekutuan,
tinjauan sosial penyelidikan sains dan teknik dan suruhanjaya siasatan
13 Pendidikan
14 Perubatan dan kesihatan
15 Buruh dan keselamatan social
16 Kebajikan orang asli
17 Pekerjaan profesional
18 Hari kelepasan selain hari kelepasan negeri
19 Pertubuhan tidak diperbadankan
20 Pengawalan makhluk perosak pertanian,perlindungan daripada makhluk
perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan
21 Akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan dan mesian cetak
22 Penapisan
23 Panggung, panggung wayang, filem sinematograf, tempat hiburan
(tertakluk butiran 5(f) senarai negeri)
25 Koperasi
25A Pelancongan
26 Pencegahan kebakaran dan pemadam api termasuk perkhidmatan
bomba dan pasukan bomba tertakluk butiran 9A Senarai Bersama)
27 Perkara yang berhubung dengan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya)
5. SenaraiBersama
ï‚· menyenaraikan perkara yang mana Parlimen dan DUN boleh
menggubal undang-undang
SENARAI BERSAMA
1 Kebajikan masyarakat
2 Biasiswa
3 Perlindungan binatang dan burung liar, taman negara
4 Penternakan
5 Perancangan bandar dan desa
6 Kutu rayau dan penjaja dari tempat ke tempat
7 Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit
8 Saliran pengaliran
9 Pemulihan tanah lombong dan hakisan tanah
9A Langkah keselamatan kebakaran dan mencegah kebakaran dalam
pembinaan dan penyengaraan bagunan
9B Kebudayaan dan sukan
9C Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah
pemajuan
9D Bekalan dan perkhidmatan air (tertakluk kepada Senarai Persekutuan)
9E Pemeliharaan warisan
Senarai tambahan bagi senarai bersama untuk Sabah dan Sarawak
termaktub dalam Seksyen 10-18 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
6. SenaraiNegeri
ï‚· menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa DUN
SENARAI NEGERI
1 Hal ehwal agama Islam
2 Tanah
3 Pertanian dan perhutanan
4 Kerajaan tempatan
5 Perkhidmatan lain berciri tempatan seperti rumah tumpangan, tanah
perkuburan,
tempat kurungan binatang, pasar dan perlesenan panggung/ panggung
wayang/
tempat hiburan awam
6 Kerja-kerja negeri dan kerja air
7 Jentera pentadbiran kerajaan negeri
8 Hari kelepasan negeri
9 Perwujudan kesalahan perkara berkaitan senarai negeri
10 Siasatan bagi maksud negeri
11 Tanggung rugi berkenaan perkara dalam senarai negeri
12 Penyu dan menangkap ikan di sungai
12A Persekutuan, muzium serta rekod purba-kala dan sejarah dan peninggalan
zaman purba
Senarai tambah bagi senarai negeri bagi Sabah dan Sarawak termaktub dalam
Seksyen 13-20 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan