Dokumen tersebut memberikan ringkasan tugas dan tanggungjawab beberapa jawatan dalam Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) seperti pembantu guru kelas, guru mata pelajaran, ketua panitia, dan guru penasihat untuk berbagai aktiviti kokurikulum.
1 of 16
More Related Content
Senarai tugas dan tanggungjawab
1. PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KURIKULUM 1. Pembantu guru kelas 6 Aminuddin
2. Guru mata pelajaran Pendidikan
Muzik dan Pendidikan Kesihatan
3. Ketua Panitia Pendidikan Muzik
4. Guru bertugas mingguan
PEMBANTU GURU KELAS 6 AMINUDDIN
1. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod
Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001.
1.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b) Kad 001R
(c) Kad Kesihatan
(d) Kad Pergigian
(e) Buku Nilam
1.2 Mengisi E Menengah murid-murid.
1.3 Mengisi PAJSK
1.4 Mengisi PBS
2. PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata
pelajaran yang berkenaan.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu
dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal
bagi tiap tingkatan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun, sepenggal, seminggu atau harian dan melaksanakan pengajarannya
mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar
dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan atau menunjukkan buku latihan
murid kepada pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan
keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
3. 7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan atau bimbingan. Menjadi
ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan
mesyuarat panitia.
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
8. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan dan PPD.
9. Memastikan keselamatan pelajar di makmal, bengkel KH, Bilik ERT atau Sains Pertanian
serta mengawasi penggunaan peralatan.
10. Menghadiri mesyuarat dan taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.
Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
12. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
13. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab
dalam menambah alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
14. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
4. 15. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran
dan huraian mata pelajaran berkenaan.
16. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir
tiap penggal bagi tiap tingkatan.
17. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik mengikut Jadual waktu yang
telah ditentukan.
18. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama panitia pendidikan muzik
sepanjang tahun.
19. Mengurus Bilik Muzik dengan baik, kemas dan teratur.
20. Mengurus dan menjaga peralatan muzik dengan baik.
21. Memastikan Nyayian Lagu Rasmi sewaktu perhimpunan setiap pagi hari Isnin berjalan
dengan lancar juga di majlis tertentu yang diarahkan.
22. Menyediakan persembahan tertentu di majlis tertentu jika diarahkan.
23. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di Bilik
Muzik semasa pengajaran dan pembelajaran.
5. PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
KETUA PANITIA MUZIK
(A). Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik
1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan pendidikan
muzik.
2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan pendidikan muzik.
3. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan pendidikan muzik,
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan pendidikan muzik.
6. 6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan muzik,
dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan mengajar
bagi guru-guru pelatih dari maktab, universiti dan seumpamanya.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
(B) Senarai Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik
1. Memperolehi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat
Sumber Sekolah.
3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap tahun dan
jika perlu menubuhkan bank soalan.
4. Mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
5. Mengatur mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik untuk membincangkan isu-isu atau masalah-
masalah yang berkaitan dengan pelajaran Pendidikan Muzik.
7. 6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti kursus atau seminar
pendidikan muzik dengan guru-guru muzik.
7. Melantik seorang setiausaha daripada ahli-ahli panitia pendidikan muzik untuk menyediakan
dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.
8. Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail minit mesyuarat, rekod-rekod serta laporan
dengan baik dan teratur.
9. Menyediakan aktiviti-aktiviti tahunan panitia pendidikan muzik bersama semua ahli panitia.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan
bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum
loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah
jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
8. 5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital atau ke rumah.
6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru atau mata pelajaran.
8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan
aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu
persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan
11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit
11.3 lawatan-lawatan / pelawat
11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
9. terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
13. Perhimpunan
13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan
13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
HAL EHWAL
MURID
1. AJK RMT
2. AJK Program Transisi Tahun 1
AJK RMT
1. Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT.
2. Menguruskan murid yang mendapat RMT dengan memenuhi borang-borang mengikut
arahan PPD.
10. 3. Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid
RMT.
4. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun.
5. Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
6. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.
7. Menyediakan borang pemilihan murid RMT.
8. Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.
9. Memilih menu RMT.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
10. Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang
baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
11. Memungut dan menyemak jadual kedatangan murid RMT.
12. Bekerjasama dan sentiasa berbincang dengan pihak penyediaan makanan.
AJK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
11. 1. Menjadi ajk iaitu jurufoto semasa program dijalankan.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
KO
KURIKULUM
1. Guru Penasihat Rumah Sukan
2. Guru Penasihat Kelab Seni dan Kebudayaan
3. Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap
4. Guru Penasihat Permainan Bola Jaring
GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN
1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang
12. melibatkan Rumah Sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan
maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan
resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.
13. 5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain berwarna yang sama
atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz lebih kurang sama
dengan yang asal).
8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan nombor
pesertanya.
9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK
Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras Rumah Sukan anda).
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa
aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah
sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil
bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. 14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad bilangannya.
17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru
Penasihat Rumah Sukan.
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
15. GURU PENASIHAT KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN, UNIT BERUNIFORM
PENGAKAP DAN PERMAINAN BOLA JARING
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan sesalinan
diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit
Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.
9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
11. Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan kepada
Pengetua atau Badan Induk.
12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
13. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan
kebangsaan dengan baik.
14. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
15. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
16. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
17. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
18. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
19. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
16. 20. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.