ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
‫ﺑ‬
ِ
‫ﺴ‬
ْ
‫ﻢ‬
ِ
�
‫ﱠ‬
ِ
‫ﺍ‬
‫ﻟ‬
‫ﺮ‬
‫ﱠ‬
‫ﺣ‬
ْ
‫ﻤ‬
َ
‫ﻦ‬
ِ
‫ﺍ‬
‫ﻟ‬
‫ﺮ‬
‫ﱠ‬
‫ﺣ‬
ِ
‫ﻴ‬
‫ﻢ‬
ِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1. PRAKATA
Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan
menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan
menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.
Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan Baginda untuk
menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur’an dengan firmanNya:
‫ﻭ‬
َ
‫ﺃ‬
َ
‫ﻧ‬
‫ﺰ‬
َ
‫ﻟ‬ْ
‫ﻨ‬
َ
‫ﺂ‬
‫ﺇ‬
ِ
‫ﻟ‬
َ
‫ﻴ‬
ْ
‫ﻚ‬
َ
‫ٱ‬
‫ﻟ‬
‫ﺬ‬
ِّ
‫ﻛ‬
ْ
‫ﺮ‬
َ
‫ﻟ‬ِ
‫ﺘ‬
ُ‫ﺒ‬
َ
‫ﻴ‬
ِّ
‫ﻦ‬
َ
‫ﻟ‬ِ
‫ﻠ‬
‫ﻨ‬
‫ﱠ‬
‫ﺎ‬
‫ﺱ‬
ِ
‫ﻣ‬
َ
‫ﺎ‬
‫ﻧ‬
ُ
‫ﺰ‬
ِّ
‫ﻝ‬
َ
‫ﺇ‬
ِ
‫ﻟ‬
َ
‫ﻴ‬
ْ
‫ﻬ‬
ِ
‫ﻢ‬
ْ
‫ﻭ‬
َ
‫ﻟ‬
َ
‫ﻌ‬
َ
‫ﻠ‬
‫ﱠ‬
‫ﻬ‬
ُ
‫ﻢ‬
ْ
‫ﻳ‬
َ
‫ﺘ‬
َ
‫ﻔ‬
َ
‫ﻜ‬
‫ﱠ‬
‫ﺮ‬
ُ
‫ﻭ‬
‫ﻥ‬
َ
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (Surah al-Nahl: 44)
Dengan cara yang jelas dan terang, Rasulullah s.a.w menjelaskan al-Qur’an dengan ucapan-ucapannya,
perbuatan-perbuatannya dan pengakuan-pengakuannya.
Semoga Allah meredhai para Sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w lalu
mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya
dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran.
Didoakan rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan Sunnah daripada generasi
demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk
menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang
batil.
Semoga Allah memberikan balasan yang mulia untuk mereka yang menuruti jejak langkah salaf dari
kalangan ulama’ Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan Sunnah dan neraca-neracanya
daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunnya dan mengumpulkannya di dalam karangan-
karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu Mustalah al-Hadith.
Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu Mustalah al-Hadith sejak beberapa tahun di Kulliyyah
Shari’ah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya `Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah
kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib” tulisan Imam al-Nawawi, penulis
bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab tersebut
dari kulit ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah ruah. Antara kesukaran
tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-
Salah, di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain-
lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak
lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah
perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang
penulis temui dalam kitab-kitab ulama’ terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi
semua cabang ilmu hadith. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka
sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan
zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan
tidak ketahui.
Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/mustalah-al-hadith-sesi-1...
1 of 2 24/10/2021, 11:37 am
Oleh itu penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang Mustalah al-Hadith dan `Ulum al-
Hadith untuk para mahasiswa Kulliyyah Shari’ah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah-
kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan yang dimulakan dengan
definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya dan diakhiri dengan perenggan
tentang karangan-karangan yang terkenal tentangnya. Semua itu dengan ayat yang mudah, laras ilmiah
jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-
pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek
ini di Kuliyyah Shari’ah dan Kulliyyah Pengajian Islam.
Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith (Mempermudahkan ilmu Mustalah al-
Hadith). Penulis tidak berpendapat bahawa dengan buku ini, kitab-kitab ulama’ terdahulu dalam ilmu
ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan
tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama’ terdahulu
tetap terus menjadi rujukan ulama’ dan ahli iktisas ilmu ini dan merupakan mata air yang melimpah di
mana mereka mengambil air darinya.
Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji
yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan
menyeleweng. Cuma sesetengahnya panjang berjela-jela atau terlalu ringkas dan ada yang tidak
meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi yang pertengahan di antara yang
terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.
Pembaharuan yang cuba diketengahkan penulis dalam buku ini ialah:
1. Pembahagian setiap perbahasan kepada beberapa perenggan bagi memudahkan pelajar
memahaminya.
2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi,
contoh dan sebagainya.
3. Meliputi semua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith secara ringkas.
Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Nukhbah al-
Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh
beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah, penulis bergantung kepada kitab ‘Ulum al-Hadith oleh Ibn al-
Salah, ringkasannya al-Taqrib oleh al-Nawawi dan syarahnya Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti.
Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab
kedua tentang al-Jarh wa al-Ta’dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat
tentang sanad dan mengenali para perawi.
Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis insaf akan
kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih
dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini
mengingatkan penulis agar dapat dibaikinya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t. agar para mahasiswa
dan mereka yang terlibat dengan hadith mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya
sebagai amal ikhlas keranaNya.
Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/mustalah-al-hadith-sesi-1...
2 of 2 24/10/2021, 11:37 am

More Related Content

Sesi 01 prakata – hadith online

  • 1. ‫ﺑ‬ ِ ‫ﺴ‬ ْ ‫ﻢ‬ ِ � ‫ﱠ‬ ِ ‫ﺍ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺣ‬ ْ ‫ﻤ‬ َ ‫ﻦ‬ ِ ‫ﺍ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺣ‬ ِ ‫ﻴ‬ ‫ﻢ‬ ِ Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 1. PRAKATA Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an. Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan Baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur’an dengan firmanNya: ‫ﻭ‬ َ ‫ﺃ‬ َ ‫ﻧ‬ ‫ﺰ‬ َ ‫ﻟ‬ْ ‫ﻨ‬ َ ‫ﺂ‬ ‫ﺇ‬ ِ ‫ﻟ‬ َ ‫ﻴ‬ ْ ‫ﻚ‬ َ ‫ٱ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﺬ‬ ِّ ‫ﻛ‬ ْ ‫ﺮ‬ َ ‫ﻟ‬ِ ‫ﺘ‬ ُ‫ﺒ‬ َ ‫ﻴ‬ ِّ ‫ﻦ‬ َ ‫ﻟ‬ِ ‫ﻠ‬ ‫ﻨ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺎ‬ ‫ﺱ‬ ِ ‫ﻣ‬ َ ‫ﺎ‬ ‫ﻧ‬ ُ ‫ﺰ‬ ِّ ‫ﻝ‬ َ ‫ﺇ‬ ِ ‫ﻟ‬ َ ‫ﻴ‬ ْ ‫ﻬ‬ ِ ‫ﻢ‬ ْ ‫ﻭ‬ َ ‫ﻟ‬ َ ‫ﻌ‬ َ ‫ﻠ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﻬ‬ ُ ‫ﻢ‬ ْ ‫ﻳ‬ َ ‫ﺘ‬ َ ‫ﻔ‬ َ ‫ﻜ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺮ‬ ُ ‫ﻭ‬ ‫ﻥ‬ َ “Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (Surah al-Nahl: 44) Dengan cara yang jelas dan terang, Rasulullah s.a.w menjelaskan al-Qur’an dengan ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya dan pengakuan-pengakuannya. Semoga Allah meredhai para Sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran. Didoakan rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan Sunnah daripada generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil. Semoga Allah memberikan balasan yang mulia untuk mereka yang menuruti jejak langkah salaf dari kalangan ulama’ Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan Sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunnya dan mengumpulkannya di dalam karangan- karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu Mustalah al-Hadith. Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu Mustalah al-Hadith sejak beberapa tahun di Kulliyyah Shari’ah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya `Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib” tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab tersebut dari kulit ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah ruah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al- Salah, di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain- lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama’ terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua cabang ilmu hadith. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan tidak ketahui. Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/mustalah-al-hadith-sesi-1... 1 of 2 24/10/2021, 11:37 am
  • 2. Oleh itu penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang Mustalah al-Hadith dan `Ulum al- Hadith untuk para mahasiswa Kulliyyah Shari’ah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah- kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya dan diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan yang terkenal tentangnya. Semua itu dengan ayat yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat- pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Shari’ah dan Kulliyyah Pengajian Islam. Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith (Mempermudahkan ilmu Mustalah al- Hadith). Penulis tidak berpendapat bahawa dengan buku ini, kitab-kitab ulama’ terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama’ terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama’ dan ahli iktisas ilmu ini dan merupakan mata air yang melimpah di mana mereka mengambil air darinya. Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya panjang berjela-jela atau terlalu ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi yang pertengahan di antara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan. Pembaharuan yang cuba diketengahkan penulis dalam buku ini ialah: 1. Pembahagian setiap perbahasan kepada beberapa perenggan bagi memudahkan pelajar memahaminya. 2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya. 3. Meliputi semua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith secara ringkas. Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Nukhbah al- Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah, penulis bergantung kepada kitab ‘Ulum al-Hadith oleh Ibn al- Salah, ringkasannya al-Taqrib oleh al-Nawawi dan syarahnya Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti. Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab kedua tentang al-Jarh wa al-Ta’dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan mengenali para perawi. Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis insaf akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis agar dapat dibaikinya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t. agar para mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadith mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas keranaNya. Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/mustalah-al-hadith-sesi-1... 2 of 2 24/10/2021, 11:37 am