2. HIDROLOGI
Jangkamasa : 1 Semester (15 minggu)
Teori : 30 Jam
Amali : 0 Jam
Jam Kredit : 2.0
Pra-Syarat : Tiada
3. SINOPSIS
HIDROLOGI memberikan pengetahuan tentang
konsep kitaran hidrologi yang melibatkan
proses-proses yang berlaku selepas kejadian hujan
Modul ini juga membincangkan tentang
pengurusan air larian permukaan selepas hujan
sehinggalah kembali ke sungai dan reka bentuk
saliran bandar terutamanya dalam membangunka
kawasan-kawasan baru.
4. OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan kaedah-kaedah analisis data hujan dan
larian permukaan.
2. Menganalisis data-data hujan yang tidak tepat serta
memperbaikinya
3. Merekabentuk saliran bandar berpandukan
parameter-parameter yang telah ditetapkan
4. Menggunakan kaedah-kaedah analisis data hujan,
larian permukaan, penyaluran banjir dan konsep
rekabentuk saliran bandar untuk menyelesaikan
masalah-masalah hidrologi.
5. TOPIK RINGKASAN KURSUS
ASAS HIDROLOGI ( 4 JAM )
1 Takrif hidrologi dan kitaran hidrologi. Proses-proses dalam kitaran hidrologi.
Persamaan keseimbangan hidrologi. Takrif kawasan tadahan.
ANALISIS DATA HUJAN ( 6 JAM )
2 Bentuk-bentuk curahan. Ciri-ciri hujan. Kaedah-kaedah mengira hujan purata.
Anggaran data hilang. Semakan konsistensi data hujan. Histograf graf.
LARIAN PERMUKAAN ( 4 JAM )
3 Takrif larian terus. Takrif hidrograf. Pengiraan isipadu larian terus. Pengiraan
kedalaman larian terus Kaedah Indeks-phi. Kaedah halaju-luas.
ANALISIS HIDROGRAF ( 6 JAM )
4 Takrif hirograf unit. Menghasilkan hidrograf unit. Menukarkan tempoh hidrograf
unit. Penggunaan hidrograf unit.
KEKERAPAN & PENYALURAN BANJIR ( 5 JAM )
5 Kala ulang, sela ulang, kebarangkalian. Penyaluran banjir dengan kaedah level
pool routing dan channel routing (kaedah muskingham).
REKABENTUK SALIRAN BANDAR ( 5 JAM )
6 Menerangkan parameter-parameter dalam manual saliran mesra alam.
Rekabentuk saliran menggunakan manual saliran mesra alam.
6. PENTAKSIRAN & PENILAIAN BERTERUSAN
Pentaksiran Kursus :
i Penilaian Berterusan (PB) 50 %
ii Peperiksaan Akhir (PA) 50 %
Pecahan Penilaian Berterusan (50%) :
a Kuiz 5 20 %
(minimum
)
b Tugasan/ Tutorial 4 30 %
(minimum
)
7. RUJUKAN
1. Linsley, R.K, Kohler, M.A & Paulhus, J.L.H. Terjemahan Oleh Ir
Yaudi Hermawan (1986) Hidrologi Untuk Insiyur.
2. Manual Saliran Mesra Alam. Jabatan Pengairan Dan Saliran
3. Subramaya, K. (1984) Engineering Hydrologi. Tata Mc Graw
Hill.
4. Walker, W.R. & Skoyerbor, G.V. (1987) Surface Irrigation:
Theory And Practice
5. Wan Ruslam Ismail (1984) Penghantar Hidrologi. Dewan
Bahasa & Pustaka
6. Wilson, E.M. (1992) Terjemahan Fatimah Bt. Mohamed Noor,
Hadibah Ismail, Mohamad Noor Bin Haji Salleh & Abd. Aziz
Bin Ibrahim. Hidrologi Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia.
7. http://www.aboutcivil.com/hydrology.html
8. http://www3.gov.ab.ca/env/water/GWSW/quantity/learn/what
/HC_Hydrocycle/HC1_what_is.html