ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
SIMPANLAH DI INGATANMU


Kenalkah kau
suara air menitis pada keras batu
mengukir wajah tekun
pada alur dan kerikil tajam
sepi di gua menafsir lembut zikir syahdunya
melarik runcing tanah dan batu
melentur silau panas mentari
gua hidup menghampar dalam gelapmu
ketabahan dan ketekunan jitu
manusia bergelar guru.

Masih ingatkan kau pada gelita malam
tatkala manusia nanar dalam pencarian
mencari jejak yang retak
meneka takdir mimpi
dengan lembut dia berdiri menabur bakti
memberimu cahaya dari sinar tuhannya
biarpun sedikit demi sedikit
titis demi titis luruh
terbakar dan kehilangan diri,
kehilangannya tak pernah berganti.

Lupakah kau pada pengukir itu
tekun berdiri mengukir mimpi
melarik cinta hari dewasa
berapa banyak debu pahit
berjelaga di dalam hati
berkumpul di pangkal jantung, sekalipun
arca hidupnya retak seribu
mimpimu juga ditenung diukir
menjadi gambar abadi.

Dialah
lembut suara air di tengah gua batu
guru yang faham erti kepayahan
menyulam perkerti dalam manis budi.

Dialah
dian kerdil memberi suluh pencarian
pendidik yang menerima kepayahan
demi kesenangan anak didik di hari muka.

Dialah
penekun tabah mengukir waktu
pengajar bermandi keringat
dalam debu dan batu-batu.

Dialah
Manusia kecil yang sering memberi
apa yang kita tidak tahu
menafsir rahsia ilmu
yang tertulis dengan bahasa kalbu.

Simpanlah di ingatanmu
diksi kata pujangga;
Guru laksana ombak
tak jemu-jemu mendambai pantai

Guru seumpama dian
membakar diri menerangi cahaya

Guru ibarat pengukir
menitip jejak perjalanan hari muka

Guru bagaikan suara air di gua
tekun titis lembut membelah batu.


a halim ali
FBK, UPSI
12 Mei 2011



http://anjungpuisi.blogspot.com/



Abdul Halim Ali atau nama pena a halim ali berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D)
dilahirkan di Merchang Terengganu. Mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris`
sejak tahun 2000. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Selain itu, Abdul Halim juga terlibat
dalam bidang penulisan kreatif khusus puisi dan esei kritikan, khususnya dalam bidang teori
kesusasteraan, budaya dan isu-isu semasa. Abdul Halim juga aktif dalam pelbagai kegiatan
pembentangan kertas kerja di dalam dan luar negara. Pernah bertugas sebagai guru selama
10 tahun di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Telah menghasilkan dua buah kumpulan
puisi persendirian berjudul `Permintaan Alam (2000) dan Permintaan Alam (2005). Selain itu
beliau juga menyeleggarakan beberapa buah antologi puisi seperti `Balada Suluh Budiman`
(2002), `Meraut air Limpah` (2006) dan `Wahai api jadilah embun jadilah dingin` (2009).
Buku-buku akademik tentang puisi yang dihasilkan ialah `Di Sekitar Puisi Melayu Moden`
(2004,2007) dan `Mendekati Puisi Melayu Tradisional` (2006). Beliau juga ialah Ketua 1,
Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN).
DALAM REDUP WAJAH IBU


Seraut wajah ibu
Adalah laut kasih tak bertepi
Menghempas ombak rasa ke batu laut
Menyimpan resah masa depan anak
Di celah gelombang dan karang
Akulah yang bermain di gigi air
Menyusun angan dalam kuning pasir
Sambil memintal buih harapan.

Dingin bayu dari pulau bertiup
Membawa pesan duka
Ayah sengsara di laut dalam
Dikepung keringat mentari
Sambil menyimpan lelahnya
Dalam pukat carik dan kolek retak seribu
dialah yang menunggu di birai pantai
seraut resah di wajah ibu
Dengan tangan terbuka
Sambil mengasah doa di langit.

Aku dan dan ayah
laut dan pantai
Adalah bunga hidup yang tumbuh renik
Dalam redup wajah ibu.

Tanjong Malim.
25.3.2011

Dicatat oleh ABDUL HALIM ALI di 8:57 AM

More Related Content

Simpanlah di ingatanmu sajak

  • 1. SIMPANLAH DI INGATANMU Kenalkah kau suara air menitis pada keras batu mengukir wajah tekun pada alur dan kerikil tajam sepi di gua menafsir lembut zikir syahdunya melarik runcing tanah dan batu melentur silau panas mentari gua hidup menghampar dalam gelapmu ketabahan dan ketekunan jitu manusia bergelar guru. Masih ingatkan kau pada gelita malam tatkala manusia nanar dalam pencarian mencari jejak yang retak meneka takdir mimpi dengan lembut dia berdiri menabur bakti memberimu cahaya dari sinar tuhannya biarpun sedikit demi sedikit titis demi titis luruh terbakar dan kehilangan diri, kehilangannya tak pernah berganti. Lupakah kau pada pengukir itu tekun berdiri mengukir mimpi melarik cinta hari dewasa berapa banyak debu pahit berjelaga di dalam hati berkumpul di pangkal jantung, sekalipun arca hidupnya retak seribu mimpimu juga ditenung diukir menjadi gambar abadi. Dialah lembut suara air di tengah gua batu guru yang faham erti kepayahan menyulam perkerti dalam manis budi. Dialah dian kerdil memberi suluh pencarian pendidik yang menerima kepayahan demi kesenangan anak didik di hari muka. Dialah penekun tabah mengukir waktu pengajar bermandi keringat
  • 2. dalam debu dan batu-batu. Dialah Manusia kecil yang sering memberi apa yang kita tidak tahu menafsir rahsia ilmu yang tertulis dengan bahasa kalbu. Simpanlah di ingatanmu diksi kata pujangga; Guru laksana ombak tak jemu-jemu mendambai pantai Guru seumpama dian membakar diri menerangi cahaya Guru ibarat pengukir menitip jejak perjalanan hari muka Guru bagaikan suara air di gua tekun titis lembut membelah batu. a halim ali FBK, UPSI 12 Mei 2011 http://anjungpuisi.blogspot.com/ Abdul Halim Ali atau nama pena a halim ali berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dilahirkan di Merchang Terengganu. Mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris` sejak tahun 2000. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Selain itu, Abdul Halim juga terlibat dalam bidang penulisan kreatif khusus puisi dan esei kritikan, khususnya dalam bidang teori kesusasteraan, budaya dan isu-isu semasa. Abdul Halim juga aktif dalam pelbagai kegiatan pembentangan kertas kerja di dalam dan luar negara. Pernah bertugas sebagai guru selama 10 tahun di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Telah menghasilkan dua buah kumpulan puisi persendirian berjudul `Permintaan Alam (2000) dan Permintaan Alam (2005). Selain itu beliau juga menyeleggarakan beberapa buah antologi puisi seperti `Balada Suluh Budiman` (2002), `Meraut air Limpah` (2006) dan `Wahai api jadilah embun jadilah dingin` (2009). Buku-buku akademik tentang puisi yang dihasilkan ialah `Di Sekitar Puisi Melayu Moden` (2004,2007) dan `Mendekati Puisi Melayu Tradisional` (2006). Beliau juga ialah Ketua 1, Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN).
  • 3. DALAM REDUP WAJAH IBU Seraut wajah ibu Adalah laut kasih tak bertepi Menghempas ombak rasa ke batu laut Menyimpan resah masa depan anak Di celah gelombang dan karang Akulah yang bermain di gigi air Menyusun angan dalam kuning pasir Sambil memintal buih harapan. Dingin bayu dari pulau bertiup Membawa pesan duka Ayah sengsara di laut dalam Dikepung keringat mentari Sambil menyimpan lelahnya Dalam pukat carik dan kolek retak seribu dialah yang menunggu di birai pantai seraut resah di wajah ibu Dengan tangan terbuka Sambil mengasah doa di langit. Aku dan dan ayah laut dan pantai Adalah bunga hidup yang tumbuh renik Dalam redup wajah ibu. Tanjong Malim. 25.3.2011 Dicatat oleh ABDUL HALIM ALI di 8:57 AM