Dokumen tersebut mengandungi istilah-istilah bahasa Melayu tradisional beserta maksudnya dalam bentuk ayat pendek. Terdapat lebih dari 50 istilah yang dijelaskan.
1 of 30
Downloaded 350 times
More Related Content
Simpulan bahasa
1. ABU JAHAL
Maksud : Suka menghalang orang lain daripada berbuat baik.Ayat : Adam digelar Abu Jahal kerana suka menghalang orang lain berbuat baik.
ADA BAKAT
Maksud : Ada kebolehan dalam sesuatu bidang .Ayat : Pelajar yang ada bakat dalam sesuatu bidang akan dipilih untuk dilatih.
AIR MUKA
Maksud : Wajah seseorang.Ayat : Air muka Aidil berubah apabila ditegur oleh Cikgu Ahmad.
ALIM KUCING
Maksud : Orang yang berlagak baik.Ayat : Ramli bersikap alim kucing apabila di hadapan gurunya.
Ambil angin
Maksud : Bersiar-siar .Ayat : Pada waktu petang, Shuib membawa anak-anaknya ambil angin di pantai.
Ambil berat
Maksud : Memberi perhatian.Ayat : Semenjak kematian ibu bapanya,Anuar ambil berat tentang adiknya.
ATAS PAGAR
Maksud : Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Ayat : dalam pertandingan badminton itu, Ahmad atas pagar kerana dia tidak menyokong mana-mana pihak.
Bahasa dalam
Maksud : Bahasa yang digunakan di daerah dan bukan bahasa rasmi.Ayat : Saya sukar memahami bahasa dalam negeri Perak .
Baik sangka
Maksud : Rasa muhibah.Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa perlu sentiasa baik sangka antara satu sama lain.
Balik gagang
Maksud : Berpihak kepada lawan.Ayat : Pertandingan badminton berkesudahan dengan balik gagang.
BAU-BAU BACANG
Maksud : Hubungan kekeluargaan yang jauh.Ayat : Keluarga Pak Hamid ada bau-bau bacang dengan Keluarga saya.
Berpeluk tubuh
Maksud : Malas bekerja.Ayat : Ayah memarahi abang yang suka berpeluk tubuh.
Bertikam lidah
Maksud : Bertengkar.Ayat : Mereka selalu bertikam lidah walaupun masalah itu kecil sahaja.
Bunga dedap
Maksud : Perempuan cantik tetapi perangainya buruk.Ayat : Gadis itu seperti bunga dedap kerana rupa sahaja cantik tetapi suka menipu orang.
Buruk makan
Maksud : Gelojoh.Ayat : Jangan buruk makan di hadapan orang.
Buruk siku
Maksud : Mengambil semula barang yang telah diberikan kepada seseorang. Ayat : Zaid buruk siku kerana mengambil semula pensel yang telah diberikan oleh Halim.
Cabut nyawa
Maksud : Membunuh.Ayat : Penjenayah yang disabitkan dengan cabut nyawa akan dihukum bunuh.
CACING KEPANASAN
Maksud : Gelisah.Ayat : Datuk seperti cacing kepanasan menunggu cucunya yang belum balik dari sekolah.
DUIT KOPI
Maksud : Bayaran tidak rasmi atau saguhati.Ayat : Pak Sudin memberikan RM10 kepada kakitangan pejabat tersebut sebagai duit kopi kerana mempercepat kan urusannya.
GILA BAHASA
Maksud : Fikiran yang kurang waras.Ayat : Meskipun lelaki itu gila bahasa tetapi dia tidak mengganggu orang lain.
GULUNG TIKAR
Maksud : Tutup perniagaan.Ayat : Ramai peniaga gulung tikar ketika kemelesetan ekonomi.
HALWA TELINGA
Maksud : Sesuatu yang sedap didengar.Ayat : Lagu-lagu tahun 60an menjadi halwa telinga penduduk kota.
HARGA POKOK
Maksud : Harga yang belum ditambah dengan keuntungan.Ayat : Penjual baju itu menjual barangannya dengan harga pokok sahaja.
HANCUR HATI
Maksud : Sangat sedih.Ayat : Hancur hati Pak Sudin mendengar berita anaknya menagih dadah.
HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Maksud : Membuat sesuatu separuh jalan.Ayat : Jika membuat sesuatu kerja biarlah sehingga selesai dan jangan hangat-hangat tahi ayam.
HENTAM KEROMO
Maksud : Melakukan sesuatu tanpa berfikir.Ayat : Jika membuat pekerjaan secara hentam keromo pasti hasilnya tidak memuaskan.
Hilang akal
Maksud : Tidak waras .Ayat : Lelaki itu mula hilang akal selepas dipukul teruk oleh perompak.
HISAP DARAH
Maksud : Mengambil keuntungan berlebihan.Ayat : Para pemborong bersikap hisap darah semasa menjual barangan mereka.
Ibu angkat
Maksud : Perempuan lain yang dijadikan ibu.Ayat : Selepas ibu kandungnya meninggal, Salmiah menjadikan Mak Cik Mariah sebagai ibu angkat.
ISI PERUT
Maksud : Segala yang tersimpan di dalam hati.Ayat : Keakraban persahabatan Sani dan Vicky membolehkan Mereka meluahkan segala isi perut masing-masing.
JAUH HATI
Maksud : Merajuk.Ayat : Puan Rogayah jauh hati apabila suaminya mengkritik masakannya.
KACANG HANTU
Maksud : Orang yang jahat, suka mengganggu kawan.Ayat : Wai Chong terkenal dengan sikap kacang hantu.
KATA PUTUS
Maksud : Kata yang menjadi penentu.Ayat : Bapa menjadi kata putus dalam keluarga saya.
KEPALA ANGIN
Maksud : Kelakuan yang cepat berubah.Ayat : Jika ingin berkawan dengan Ani perlu berhati-hati kerana dia seorang yang kepala angin.
KEPALA BATU
Maksud : Degil.Ayat : Orang yang berkepala batu sukar untuk mendapat kawan.
KERANG BUSUK
Maksud : Tersengih-sengih.Ayat : Anthony seperti kerang busuk selepas dimarah oleh gurunya.
KUTU EMBUN
Maksud : Orang yang suka merayau pada waktu malam.Ayat : Muda-mudi di Kuala Lumpur juga digelar kutu embun.
LIDAH BERCABANG
Maksud : Percakapan yang tidak boleh dipercayai.Ayat : Lelaki yang lidah bercabang itu sering memperdaya orang kampung.
LIDAH BIAWAK
Maksud : Percakapan yang tidak boleh dipercayai.Ayat : Jangan percaya kata-kata Abu kerana dia lidah biawak.
MAKAN ANGKAT
Maksud : Suka dipuji.Ayat : Cikgu memuji Salmah yang makan angkat sebelum meminta pertolongannya.
MAKAN DIRI
Maksud : Perbuatan yang menyusahkan diri sendiri.Ayat : Perbuatan Saleh menggelapkan wang syarikat akhirnya makan diri.
MAKAN SUAP
Maksud : Menerima rasuah.Ayat : Nurshila ditangkap polis kerana makan suap.
MANDI BUNGA
Maksud : Mandi menggunakan air jampi serta mengandungi bunga.Ayat : Amalan mandi bunga dilakukan jika ingin mencari pasangan hidup.
MINTA NYAWA
Maksud : Merayu supaya tidak dibunuh.Ayat : Mangsa culik di Iraq minta nyawa daripada kumpulan penculik itu.
MUKA TEMBOK
Maksud : Tidak malu.Ayat : Dia muka tembok kerana tetap berada di situ walaupun sudah dimarahi.
ORANG HARAPAN
Maksud : Orang yang diharapkan.Ayat : Abang orang harapan dalam keluarga ini semenjak kematian orang tua kami.
PAKU BELANDA
Maksud : Harga tetap dan tidak boleh ditawar lagi.Ayat : Barangan di pasar raya tidak boleh ditawar kerana semuanya paku belanda.
PEMBASUH MULUT
Maksud : Kuih atau buah-buahan yang dimakan selepas makan makanan berat .Ayat : Bapa selalu makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut selepas makan nasi.
Penyapu baharu
Maksud : Pekerja baharu yang rajin.Ayat : Rajin sungguh Ramlah bekerja, maklumlah penyapu baharu.
PERANG MULUT
Maksud : Bertengkar dengan suara yang kuat.Ayat : Setelah lama membisu, akhirnya pasangan suami isteri itu perang mulut.
PILIH KASIH
Maksud : Layanan yang berbeza.Ayat : Murid-murid mengatakan cikgu baru itu pilih kasih ketika mengajar.
PISAU CUKUR
Maksud : Wanita yang suka mengikis harta lelaki.Ayat : Gadis pisau cukur itu dijauhi oleh para lelaki.
PUTIH MATA
Maksud : Usaha yang tidak kesampaian.Ayat : Abu hanya mampu geleng kepala melihat semua usaha- nya putih mata.
RAMBANG MATA
Maksud : Sukar memilih kerana semuanya sama.Ayat : Puan Rohana rambang mata memilih baju di pasar raya itu kerana semuanya cantik.
SAMPAH MASYARAKAT
Maksud : Orang yang hidup tetapi tidak berguna.Ayat : Penagih najis dadah itu dibenci orang dan digelar sampah masyarakat.
Saudara pungut
Maksud : Saudara angkat.Ayat : Walaupun Rohani saudara pungut keluarga itu, tetapi dia tetap dilayan dengan baik.
SENYUM KAMBING
Maksud : Senyum yang dibuat-buat.Ayat : Vasanta senyum kambing apabila menyedari ketuanya tahu dia tidak membuat kerja.
Sepak kertas
Maksud : Menganggur.Ayat : Azlan yang sudah lama sepak kertas akhirnya mendapat kerja di syarikat swasta.
TAHI MINYAK
Maksud : Orang yang suka berbohong.Ayat : Jika selalu bersikap tahi minyak, tidak ada orang yang akan mempercayai kita.
Bagai abu di atas tunggul
Maksud : Orang yang kedudukannya mudah ditukarkan, tidak penting.Ayat : Aman tidak ubah bagai abu di atas tunggul kerana sering ditukarkan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain oleh majikan tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.
BAGAI ANJING BURUK KEPALA
Maksud : Orang yang selalu dihina.Ayat : Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala, ke mana sahaja dia pergi dirinya selalu dihina orang.
Bagai AUR DI ATAS BUKIT
Maksud : Serah diri kepada nasib atau takdir.Ayat : Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.
BAGAI AYAM DIBAWA KE KEPOK
Maksud : Orang yang tidak pernah masuk ke dalam majlis.Ayat : Mak Limah dibawa oleh anak lelakinya mengikuti majlis konvokesyennya. Mak Limah bagai ayam dibawa ke kepok kerana dia tidak dapat menyesuaikan dirinya di majlis itu.
BAGAI AYAM MENGERAM TELUR
Maksud : Wajah yang berseri-seri. Ayat : Pengantin perempuan itu diibaratkan bagai ayam mengeram telur setelah wajahnya disolek oleh mak andam.
BAGAI beliung dengan asahan
Maksud : Dua orang yang tidak pernah berpisah.Ayat : Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Kedua adik-beradik itu bagai beliung dengan asahan.
Bagai BERUMAH DI TEPI TEBING
Maksud : Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.Ayat : Akibat berhutang keliling pinggang, Husin bagai berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh pemiutang.
BAGAI BUNTAL KEMBONG
Maksud : Orang yang bodoh dan sombong.Ayat : Perangai pekerja baru itu tidak ubah bagai buntal kembong, sudahlah dia tidak tahu apa-apa, bila ditegur tidak pula mahu menjawab,sungut Kadir.
Bagai denai gajah lalu
Maksud : Kerosakan yang sangat besar.Ayat : Negara Jepun diibaratkan bagai denai gajah lalu apabila negaranya dilanda tsunami yang amat dahsyat pada minggu lepas.

BAGAI enau dalam belukar,melepaskan pucuk
Masing-masing
Maksud : Orang yang hanya mementingkan diri sendiri. Ayat : Sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK
Maksud : Bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri.Ayat : Akibat mencabul anak gadisnya sendiri, lelaki yang disifatkan bagai haruan makan anak itu akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
BAGAI HEMPEDU LEKAT DI HATI
Maksud : Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab. Ayat : Walaupun Munira sudah lama berpindah ke bandar dan Aishah masih lagi menetap di kampung,namun hubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.
Bagai kain tiga hasta
Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.Ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.

BAGAI kambing dihalau ke air
Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya. Ayat : Tamrin bagai kambing dihalau ke air apabila dipaksa oleh bapanya membersihkan semak di belakang rumahnya.
BAGAI keli kena ketuk
Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya. Ayat : Isteri Pak Cik Adam tidak ubah bagai keli kena ketuk. Perempuan itu suka merungut tidak tentu pasal setiap kali suaminya pulang dari kerja.
BAGAI kucing kehilangan anak
Maksud : Orang yang berada dalam keadaan bingung atau hilang akal.Ayat : Nabil bagai kucing kehilangan anak apabila mendapat tahu keretanya hilang.
Bagai menarik rambut di dalam tepung
Maksud : Membuat kerja dengan cermat dan berhati-hati.Ayat : Pihak polis sentiasa menjalankan operasi mereka dengan penuh berhati-hati bagai menarik rambut di dalam tepung.

BAGAI mencencang air
Maksud : Membuat pekerjaan yang sia-sia.Ayat : Niat Zainal hendak membina kapal terbang daripada pohon buluh disifatkan oleh semua orang bagai mencencang air.
BAGAI mencurah air di daun keladi
Maksud : Memberi nasihat tetapi orang dinasihati itu tidak mahu berubah.Ayat : Nasihat Mak Tini kepada anak gadisnya ibarat bagai mencurah air di daun keladi. Anak gadisnya itu tidak pernah mahu berubah.
BAGAI mendukung biawak HIDUP
Maksud : Menghulurkan pertolongan kepada seseorang yang kemudiannya menyusahkan diri kita semula. Ayat : Keikhlasan Haji Sufian mengambil bekas banduan itu sebagai anak angkatnya ternyata bagai mendukung biawak hidup kerana bekas banduan itu akhirnya hilang bersama barang-barang berharga milik beliau.
Bagai menghitung bulu kambing
Maksud : Membuat pekerjaan yang mustahil dan sia-sia.Ayat : Penduduk kampung menyifatkan Seman menggali tanah di belakang rumahnya dengan niat mencari harta karun tidak ubah bagai menghitung bulu kambing.

BAGAI pahat dengan penukul
Maksud : Hanya membuat sesuatu kerja apabila disuruh. Ayat : Hisham bagai pahat dengan pemukul kerana dia hanya membuat kerja apabila disuruh.
BAGAI sirih pulang ke gagang
Maksud : Kembali ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutnya.Ayat : Cikgu Haryati menyifatkan pelantikannya sebagai guru besar sekolah tersebut tak ubah bagai sirih pulang ke gagang. Ini kerana suatu masa dahulu dia pernah belajar dan juga mengajar di situ.
Bagai TELUR DI HUJUNG TANDUK
Maksud : Menggambarkan keadaan yang bahaya atau genting.Ayat : Nyawa para tebusan itu bagai telur di hujung tanduk apabila penculik itu mengugut akan meletupkan tempat tersebut.
Bagai TIKUS MEMBAIKI LABU
Maksud : Seorang yang tidak tahu membaiki sesuatu akan lebih mendatangkan kerosakan jika dia disuruh membaikinya.Ayat : Ali membaiki radio yang rosak itu, malangnya radio itu bertambah rosak setelah dibaikinya. Perbuatan Ali itu disifatkan bagai tikus membaiki labu.

BAGAI wau putus tali
Maksud : Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.Ayat : Zaiton bagai wau putus tali, setelah permohonannya masuk ke universiti gagal, kini dia hanya berserah sahaja kepada nasib.
BAGAImana acuan begitulah kuihnya
Maksud : Tingkah laku anak banyak dipengaruhi oleh tingkah laku kedua ibu bapanya.Ayat : Ibu bapa hendaklah memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana ia akan mempengaruhi mereka di kemudian hari seperti kata pepatah bagai- mana acuan begitulah kuihnya.
BAGAI BUNYI GENDANG, BEGITULAH TARINYA
Maksud : Membuat sesuatu mengikut arahan.Ayat : Pekerja-pekerja pembinaan itu mengikut arahan majikannya menyiapkan bangunan setinggi 20 tingkat itu. Mereka diibaratkan bagai bunyi gendang, begitulah tarinya.
seperti anjing berebut tulang
Maksud : Orang yang tamak dalam perebutan harta.Ayat : Sikap Zamri yang berkeras mahukan bahagian yang lebih dalam pembahagian harta pusaka itu samalah seperti anjing berebut tulang.
Seperti api dalam sekam
Maksud : Perihal perbuatan jahat yang disembunyikan atau berlaku dalam diam.Ayat : Hani tidak ubah seperti api dalam sekam kerana segala perbuatan jahatnya tidak diketahui oleh ibunya.
Seperti ayam berak kapur
Maksud : Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya.Ayat : Sejak jatuh sakit,Hassan hanya duduk di rumah sepanjang hari.Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya seperti ayam berak kapur.
seperti ayam patuk anaknya
Maksud : Menghukum bukan dengan niat menyeksa,sebaliknya bertujuan untuk mendidik. Ayat : Mak Cik Zaleha merotan anaknya bukan kerana dia tidak sayang tetapi seperti ayam patuk anaknya dia berbuat demikian dengan harapan perangai anaknya itu akan berubah.
seperti batu jatuh ke lubuk
Maksud : Orang yang menghilangkan diri secara senyap dan diam-diam. Ayat : Selepas perbuatan jahatnya diketahui oleh penduduk kampung,Loy terus menghilangkan diri secara diam-diam.
Seperti bulan dengan matahari
Maksud : Secocok,sepadan.Ayat : Pasangan pengantin itu seperti bulan dengan matahari. Mereka sama cantik dan sama padan.
Seperti GERGAJI DUA MATA
Maksud : Orang yang mendapat faedah daripada dua pihak yang bergaduh dengan berpura-pura baik dengan kedua- duanya.Ayat : Roslan berjaya mendapat kontrak pembinaan tersebut setelah helahnya menyebabkan dua orang rakan kongsinya bergaduh.Perbuatan Roslan seperti gergaji dua mata.
seperti ikan dalam belat
Maksud : Sesuatu yang amat sesat.Ayat : Ketua ajaran sesat itu telah ditangkap oleh polis setelah ajarannya diragui oleh orang ramai. Perbuatannya itu seperti ikan di dalam belat.
seperti KERBAU DICUCUK HIDUNG
Maksud : Orang yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain. Ayat : Faruk seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa menilai dahulu baik dan buruknya sesuatu perkara, dia menurut sahaja kata orang.
Seperti RUSA MASUK KAMPUNG
Maksud : Keadaan orang yang kehairanan dan terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru.Ayat : Pertama kali menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, telatah Budin tidak ubah seperti rusa masuk kampung.
seperti SI BUTA MENDAPAT TONGKAT
Maksud : Orang susah yang mendapat apa yang dia inginkan.Ayat : Ketika Pak Teh memikirkan bagaimana dia hendak membiayai pelajaran anaknya di university, seorang wakil rakyat datang menghulurkan bantuan tersebut. Pak Teh menganggap dirinya seperti si buta mendapat tongkat.
seperti ULAR KENA PALU
Maksud : Bengkang-bengkok atau tidak lurus.Ayat : Perjalanan ke rumah pengantin itu memakan masa yang agak lama kerana keadaan jalannya yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu.