1. Tinta Vol
1
NURANIYYAH
wacana ilmu
ekslusif &
informatif
SISTEM IMUN
PERLINDUNGAN TERBAIK MELAWAN PENYAKIT
2. Selayang Pandang .. Dari Meja Pengarang
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan keizinan-Nya, kita masih
diberi kesempatan untuk merebut ganjaran lumayan yang disediakan di bulan mulia ini,
Ramadhan Al-Mubarak.
Edisi sulung tinta nuraniyyah ini membawakan isu berkenaan SISTEM IMUN sebagi kaedah
terbaik merawat penyakit yang disusun berdasarkan sumber-sumber yang sahih.
Sidang pengarang ingin membawa pembaca sekalian menelusuri dakyah yang dibawa oleh Barat
untuk menghancurkan umat Islam.
Merujuk kepada Ath-Thibbun Nabawiy (Panduan Perubatan Nabi) oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,
beliau menyatakan bahawa di antara perkara yang perlu diberi perhatian terhadap ubat dan
kaedah rawatan adalah mutu ubat dan cara perubatan yang akan diberikan. Dalam hal ini, mutu
ubat yang digunakan mestilah halaalan thoyyiba dan bebas daripada kesan-kesan sampingan. Di
samping itu, cara perubatan mestilah mengikut dasar syarie. Justeru, mari kita muhasabah
kembali, apakah kita yakin bahan ubatan yang digunakan menepati status halaalan thoyyiba? Di
samping itu, senario yang berlaku adalah banyak ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan
sampingan. Bersandarkan hakikat ini, ia sudah tidak selari dengan konsep perubatan syarie.
Pada masa yang sama, adab dan prosedur rawatan yang diamalkan kebanyakan sistem
perubatan moden berasaskan model dari Barat.
Jika kita lihat fenomena yang berlaku di Barat, masyarakat mereka sudah lama menolak
perubatan moden. Mereka telah menjadikan sistem perubatan sumber alam seperti herba dan
homeopati sebagai kaedah perubatan utama kerana mereka sedar kebanyakan ubat-ubatan
yang dihasilkan hanya untuk tujuan komersil semata-mata. Ini terbukti apabila Jerman
mempelopori kaedah perubatan homeopati dan kajian di UK mendapati bahawa kaedah
kemoterapi untuk merawat kanser adalah merbahaya!
Dalam isu kali ini, penulis membawakan suatu kajian saintifik tentang sistem imun.
Walaubagaimanapun, penulis akan mengupas isu ini dari sudut perubatan Islam dalam siri akan
datang.
i
3. Penulis ingin berkongsi suatu pengalaman tentang sistem imun. Penulis mempunyai 3 orang anak di
mana anak sulung penulis yang berusia 5 tahun telah menerima semua imunisasi sehingga umur 2
tahun (ketika ini penulis masih dalam kejahilan berhubung aspek ini). 2 lagi anak penulis yang
berusia 19 bulan dan 6 bulan hanya diberi imunisasi ketika kelahiran (BCG lagipun pemulis
benarkan sebab bahan yang digunakan daripada unsur halal), imunisasi lain tidak diberikan
kerana bahan yang digunakan untuk imunisasi mengandungi unsur-unsur yang haram daripada
babi, monyet, dan haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak. Didapati bahawa, anak ke-2
dan ke-3 penulis, mempunyai tahap antibodi yang cukup baik berbanding anak pertama. (syukur
kepada-Mu ya Allah atas anugerah yang Kau kurniakan kepadaku).
Malah, penulis sendiri tidak pernah menggunakan sebarang ubat-ubatan moden sejak lebih dari 4
tahun yang lalu. Begitu juga dengan ahli keluarga penulis (sebabnya, penulis cukup jaga konsep
halaalan thoyyiba dalam kehidupan). Apa yang disampaikan di sini bukan untuk membanggakan
diri, tetapi untuk berkongsi ilmu yang Allah kurniakan kepada penulis sepanjang melaksanakan
pemasaran produk halal dan mempelajari ilmu perubatan Islam hingga kini.
Penulis mengharapkan umat Islam kini membuka mata terhadap ancaman-ancaman terselindung
yang diterapkan untuk menghancurkan umat Islam. Di antara sebab berlakunya pelbagai masalah
kesihatan dan penyakit adalah cara hidup kita yang tidak mengikut syariat, ditambah pula
dengan ancaman perubatan moden sejak kita lahir lagi!
Hatta, bagi jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah pun diberi vaksin anti meningicocal
meningitis ACYW 135 quadrivalent yang bernama menomune yang diambil dari sumber babi (ada
perbahasan tentang isu ini). Bagi jemaah yang prihatin dan mengetahui isu ini, mereka sebenarnya
ada pilihan lain iaitu vaksin bernama mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas
daripada unsur khinzir.
Oleh sebab itu masyarakat Islam perlu disemai dengan ilmu dan maklumat seperti ini agar tidak
terperangkap jerangkap dunia dan tersadung menyembah bumi.
Mohon kemaafan daripada penulis kiranya ada tersilap bicara.
Semoga anda bersedia melakukan anjakan paradigma dalam hidup anda!
Salam mujahadah.
SHEIKH MOHD. FAIZAL BIN OMAR
Pengamal Perubatan Islam & Perunding Motivasi
ii
4. Sistem imun adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk :
Bahagian yang boleh dilihat seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut,
hidung dan paru-paru; dan
Bahagian utama yang tidak boleh dilihat seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum
tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protin yang bekerja dengan
antibodi) dan hormon
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang pencerobohan virus, bakteria,
kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh. Sistem imun kita sangat meluas dan
bergerak lancar, bukan di bawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian
maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.
Sistem imun menjadi senjata paling ampuh untuk menentang aids, kanser dan
pelbagai jenis penyakit lain.
Ia merupakan sistem tubuh yang terpenting, bekerja dari sebelah dalam tubuh untuk
memastikan anda selamat sepanjang hayat.Malangnya ramai manusia yang
mengabaikannya kerana jahil mengenainya.
Kini pengetahuan mengenai sistem imun semakin meningkat di kalangan pakar
kesihatan selepas kemunculan wabak aids.
Pakar kesihatan semakin sedar bahawa sistem imun kita menjadi senjata paling
ampuh dalam melawan penyakit.
Jika punca segala penyakit bergantung kepada sistem imun kenapakah doktor tidak
memberitahu kita mengenainya?
Sebaliknya doktor hanya memberikan ubat dan vitamin tiruan secara berlebihan.
Golongan perubatan kurang memandang berat terhadap pemakanan dan gaya hidup
kerana mereka diajar tentang campurtangan dan ubat-ubatan.
Kesedaran bahawa penyakit disebabkan oleh sistem imun yang lemah tidak mendapat
tempat kerana keseluruhan industri perubatan mengandaikan bahawa ubat boleh
menyembuhkan penyakit dan terlalu banyak telah dilaburkan dalam industri
farmaseutikal untuk menyokong andaian yang salah ini.
Memandangkan industri perubatan mempunyai kepentingan yang besar dalam
mempertahankan andaian yang salah itu dan terlalu mementingkan usaha untuk
mengembangkan terapi ubat yang menguntungkan. Kebenaran tentang penyakit dan
keimunan selalunya tidak dimaklumkan
1
5. Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta tahun. Kewujudan kita pada hari ini
adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob; bakteria,
virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita.
Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan
penyakit kerana sistem imun kita dapat mengenal pasti dan menghasilkan antibodi
untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.
Ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman
kita
Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang mampu
melindungi manusia daripada aids terdapat dalam air liur kita!
Hanya sistem imun tubuh mampu mengubati penyakit
Doktor dan pengamal perubatan lain hanya membantu tubuh melakukannya
Nutrien tulen daripada sumber makanan asli mengatasi kehebatan ubat untuk
menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit
Dalam hal ini herba merupakan sumber alam yang tepat dan bersesuaian dalam
membantu mempertahankan sistem imun tubuh
Adenoid dan tonsil
Sistem limfa
Hati
Perut
Apendiks
Kelenjar air mata
Kelenjar liur
Timus
Sumsum tulang
Limpa
Tompok peyer
2
6. 1. Adenoid dan tonsil terletak di pintu masuk kepada tekak; bertindak menghalang
bakteria dan kuman
2. Kelenjar air mata- terletak di atas sudut luar setiap sebelah mata; merembeskan air mata
yang mencuci debu dan kotoran daripada mata. Air mata mengandungi lisozim yang
melawan bakteria
3. Kelenjar liur- ditemui dalam pipi dan di bawah lidah; air liur merembeskan bahan yang
membantu menentang jangkitan
4. Membran mukus- merupakan tisu lembab yang mengalas beberapa struktur tubul dan
kaviti (seperti hidung dan tekak). Ia merembeskan mukus iaitu cecair melekit yang
melindungi kita daripada sesetengah bakteria dan memerangkap kuman serta debu
5. Timus penting kepada bayi yang baru lahir. Tanpanya sistem imun bayi akan mati. Ia
merembeskan timosin, sejenis hormon yang menguatkan tindakbalas sistem imun
6. Limpa ia membantu pembentukan sel darah putih (yang menentang jangkitan sel
kanser) dan menyingkirkan mana-mana yang telah digunakan. Ia juga menjadi takungan
darah untuk tubuh
7. Perut ia mengandungi jus penghadaman termasuk asid hidroklorid yang membantu
mensterilkan makanan yang dimakan.
8. Hati ia mengeluarkan dua bahan, fibrinogen dan protrombin, yang membekukan darah
dan menyembuhkan luka. Kelenjar besar ini juga memusnahkan banyak parasit dan racun
yang dibawa kepadanya dalam aliran darah.
9. Tompok peyer terletak dalam kawasan usus; mengeluarkan antibodi yang menentang
penyakit dan melindungi usus kecil
10.Usus ia adalah kawasan simpanan bagi bakteria yang terus berada di situ tanpa
membahayakan tubuh. Sesetengah bakteria (seperti basilus) boleh menyebabkan
penyakit jika ia memasuki lain-lain bahagian tubuh.
11.Sumsum tulang terletak dalam tulang lengan dan kaki, mengeluarkan sel-sel pembunuh
semula jadi (ps) yang matang dalam kelenjar timus, yang boleh mengenalpasti dan
memusnahkan kuman serta sel-sel kanser dengan cepat. Kekurangan jumlah sel ps
dikaitkan kepada perkembangan dan pergerakan kanser serta kekurangan lain dalam
sistem imun.
12.Sistem limfa ini adalah peredaran kedua yang berjalin dengan rangkaian pembuluh
darah. Aliran limfa mengandungi sel-sel darah putih yang membantu menghentikan
perebakan jangkitan dengan menghasilkan antibodi. Nodus limfa adalah satu bahagian
penting dalam sistem ini. Ia adalah struktur limfa kecil yang berselerak di sepanjang
laluan sistem limfa. Leher, ketiak dan groin mempunyai jumlah yang banyak di mana ia
bertindak sebagai perangkap untuk bakteria dan serangan lain. Nodus juga mengeluarkan
sel darah putih, koleksi sel berbeza yang bekerja sama untuk memusnahkan bakteria dan
kuman.
13.Kulit ia menjadi pelindung utama tubuh terhadap penyakit; bertindak sebagai sempadan
utama di antara kuman dan tubuh dan merupakan bahagian penting sistem tubuh yang
memberikan amaran awal. Oleh sebab ia kering dan sedikit berasid, permukaannya
sentiasa berganti supaya kuman tidak dapat berkumpul atas kulit, kecuali dalam kes-kes
kecederaan. Kebanyakan bakteria dan spora yang melekat pada kulit mati dengan cepat.
3
7. Sistem imun yang sihat menjamin kehidupan yang bebas daripada penyakit.
Tetapi beberapa aspek dalam kehidupan moden hari ini boleh menjejaskan sistem
imun dan mendedahkan kita kepada penyakit.
Sebab itu penyakit yang berkaitan dengan sistem imun dan masalah kesihatan lain
seperti kanser, penyakit alzheimer, sindrom keletihan yang kronik, asma, diabetes yang
bergantung pada insulin, artritis rheumatoid, masalah berkaitan darah, sklerosis
multiple, sendi kaku, tulang yang lemah dan masalah penghadaman semakin
meningkat.
Sungguhpun sistem imun anda cukup kuat untuk membunuh virus dan bakteria, ia
mudah menjadi lemah dan musnah melalui pengambilan antibiotik, makanan remeh,
pembedahan yang tidak perlu dsbnya.
Aids
Kanser
Penyakit alzheimer
Sindrom keletihan kronik
Asma
Penyakit legionnaire
Luka yang dijangkiti
Lemah tulang
Sendi kaku
Penghadaman kurang sempurna
Antibiotik
X-ray
Kemoterapi
Vaksinasi
Alkohol dan rokok
Bahan kimia
Pembedahan tidak perlu
Gula dan lemak
Radiasi
Asap kenderaan
Tekanan
Kosmetik
4
8. Antibiotik memusnahkan bakteria yang memudaratkan dan bakteria berguna yang
menyokong sistem imun.
Ia juga meningkatkan daya tahan terhadap sebarang bakteria berbahaya yang mungkin
terselamat.
Malah antibiotik menghalang keupayaan tubuh menghasilkan antibiotik semula jadi.
Antibiotik mungkin perlu dalam mengubati jangkitan yang mengancam nyawa dan serius
tetapi menurut doktor ia sebenarnya tidak diperlukan dalam banyak keadaan.
Antibiotik yang dimajukan sejak lebih 30 tahun lalu gagal memusnahkan punca penyakit.
Sebaliknya mikrob telah menjalani mutasi, mengembangkan kekebalan terhadap ubat kuat
yang sepatutnya dicipta untuk memusnahkannya.
Lebih buruk lagi, hospital kini merupakan sumber jangkitan utama daripada mikrob
seumpamanya kerana penggunaan banyak antibiotik.
Ramai yang secara tidak sedar mengambil antibiotik dalam pemakanan contohnya yang
terdapat dalam daging haiwan ternak.
Vaksin boleh melemahkan sistem imun kita. Penyelidik klinikal yang mengkaji corak
penyakit sebelum dan selepas suntikan vaksin menyimpulkan bahawa vaksin boleh
menekan sistem imun.
Suntikan vaksin didapati boleh melemahkan keupayaan tubuh untuk bertindak secara
normal terhadap penyakit, dan membentuk keadaan yang memusnahkan autoimun
dengan sendirinya.
Di AS shj, ribuan insiden autoimun selepas mengambil vaksin telah dilaporkan.
Jawatankuasa institut keselamatan vaksin as mendedahkan penyakit autoimun berikut
selepas vaksinasi:
Sindrom guillain-barre; iaitu penyakit yang menyebabkan kelemahan otot dan
kelumpuhan, setelah menerima suntikan vaksin rahang kaku dan polio;
Trombositopenia; iaitu pemusnahan platelet darah yang bertanggungjawab terhadap
pembekuan darah, berikutan suntikan vaksin mmr;
Artritis yang kronik, berikutan rubella.
5
9. Rawatan kanser ini turut menjejaskan sistem imun.
Kajian ke atas jururawat di pusat rawatan kanser (yg sering terdedah kepada ubat
kemoterapi beracun seperti fluoruasil dan cyclophosphamide) mendapati jururawat
yang bekerja dalam persekitaran ini mempunyai dua kali ganda keganjilan kromosom
pada limfosit mereka berbanding mereka yang tidak berada dalam keadaan tersebut.
Limfosit mengarahkan serangan tubuh terhadap sel-sel kanser.
Kajian mendapati pesakit kanser cenderung hidup lebih lama dan lebih baik jika tidak
menjalani kemoterapi.
Kebanyakan pembedahan menekan sistem imun.
Dalam banyak keadaan, punca kematian terbesar selepas berjaya menjalani
pembedahan ialah jangkitan sekunder, iaitu kerana terlalu lama berada di hospital.
Dalam keadaan sistem imun tertekan, jangkitan sekunder boleh membawa maut
Tonsil merupakan salah satu pertahanan pertama menentang penyakit, dan satu-
satunya pertahanan terhadap virus polio.
Kajian di as mendapati punca merebaknya wabak polio adalah akibat daripada
campurtangan tersebut.
Apendiks juga sebahagian daripada sistem imun. Membuang tonsil dan apendiks yang
membengkak samalah seperti membuang alat pengesan asap kerana ia mengeluarkan
bunyi bising.
Dalam 20 %, tonsil dan apendiks tumbuh semula setelah pembedahan.
Pesakit yang dibuang limpa berisiko mengalami pembekuan darah secara spontan
dalam pembuluh darah.
Banyak kajian mendapati mereka yang tidak mempunyai limpa lagi berisiko terdedah
kepada bakteria kebal spt pneumokokus yang menyebabkan jangkitan telinga dan
pneumonia; meningokokus menyebabkan meningitis di kalangan orang dewasa; dan
haemophilus influenzae yang menyebabkan meningitis di kalangan bayi, selain
organisme luar biasa termasuk parasit malaria.
6
10. Gula
Satu kajian menunjukkan penghadaman cuma sesudu teh gula putih merendahkan
aktiviti sel-sel darah putih sebanyak 43% selama 6 jam! Kesan penekanan imun oleh
gula bermula kurang 30 minit selepas memakannya. Selain gula, kafein juga
menyebabkan peningkatan dalam paras gula darah.
Gula juga menghidrat tubuh dan memekatkan lapisan lendir sinus dan paru-paru,
memperlahankan aktiviti sel darah putih.
Menurut kajian, jika anda melakukan kerja dalam keadaan banyak duduk, bernafas
dengan lemah dan memakan banyak gula, pastri dan makanan berkarbohidrat yang
diproses, sistem anda mungkin menjadi tempat pertumbuhan tumor. Gula juga
mampu mencetus penyakit autoimun.
Lemak dan minyak
Ia menyumbat pembuluh darah, memperlahankan aliran darah dan menghalang kerja
sel-sel imun. Lemak haiwan khususnya paling buruk kerana lemak tepu diketahui
menyumbang kepada penyakit autoimun.
Minyak sayuran pula lebih memudaratkan apabila ia mengalami penghidrogenan
untuk menghasilkan margerin; apabila dipanaskan terlalu lama atau menjadi tengik.
Susu lembu
Manusia tidak dapat menghadamkan susu lembu dengan sepenuhnya. Kebanyakan
orang asia dan afrika langsung tidak dapat menghadamkannya.
Biasanya protein yang dihadamkan masuk ke dalam darah dalam bentuk asid-asid
amino.
Susu yang tidak dihadamkan masuk ke dalam darah sebagai protin lengkap, dengan
dna lembu masih ada.
Ini menyebabkan sel-sel imun bertindak, di sebalik menyerang bakteria, virus atau sel
kanser, ia menyerang susu!
Bahan penambah perisa, kimia penambah dalam makanan, pemanis tiruan dan lemak
tiruan adalah bahan-bahan tiruan dengan struktur molekul yang tidak dapat diterima oleh
tubuh manusia. Sel-sel imun akan cuba menyingkirkannya dari tubuh.
Vitamin-vitamin sintetik dan ubat farmasi juga bukan makanan tulen.
7
11. Artritis rheumatoid
Alahan
Penyakit kencing manis
Hepatitis
Hipotiroidisme
Anemia pernisius
Sklerosis multiple
Penyakit crohn
Kolitis ulseratif
Penyakit kulit
Radiasi elektro magnetik (em) daripada telefon bimbit, dan menara pemancarnya;
em)
ketuhar gelombang mikro, tv, komputer, dan lain-lain peralatan elektrik dsbnya.
Ia boleh menjejaskan otak (menyebabkan keganjilan tingkah laku dan pembelajaran)
dan tisu-tisu dalam tubuh yang sedang membesar, khususnya tisu janin dan
pertumbuhan kanser.
Banyak penyelidik mengaitkan medan em dengan kejadian membunuh diri, gangguan
sistem saraf, masalah hubungan jenis, ancaman ke atas sistem pembiakan,
perkembangan janin yang tidak normal dan penyakit jantung.
1000 % kejadian sindrom down lebih tinggi di new jersey yang mempunyai menara
pemancar yang kelima tertinggi di as.
Perlindungan paling berkesan menentang penyakit sedang tertekan. Kenapa dan bagaimana
cara mengatasinya?
Pernahkah anda mendengar mengenai timus?
Organ dalaman ini terletak dalam rongga dada anda, bersebelahan dengan jantung.
Timus merupakan kelenjar utama sistem imun, yang berfungsi seperti doktor yang
mengawasi anda.
8