1. Sistem Pendawaian
Tersembunyi.
Pendawaian tersembunyi ( conceal wiring)
selalunya dilakukan ketika bangunan sedang
dibina. Dalam sistem ini, kabel-kabel litar dipasang
di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan
langsung, kecuali penghujung kabel yang
digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-
aksesori.
2. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Cuba
kita lihat di dalam rumah kita sendiri. Kita
nampak ada kotak soket dan kotak suis dekat
dinding rumah (rumah batu). Begitu juga
lampu dan kipas dekat siling tapi kita tak
nampak sebarang kabel diluar dinding dan
silingkan..
3. Inilah dinamakan sistem pendawaian
tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan
memberi perlindungan kepada kabel untuk
tempoh yang lebih lama.
4. Kabel-kabel yang digunakan adalah sama
dengan kabel-kabel yang digunakan dalam
pendawaian permukaan.
5. Peralatan yang digunakan dalam Pemasangan
Sistem Pendawaian Tersembunyi.
i. Pemotong kabel.
ii. Tukul.
iii. Pahat.
iv. Mesin Grinder.
v. Hand Drill 3 in 1 atau Hacker.
7. Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Tersembunyi.
i. Bekalan voltan 1 fasa.
ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
8. Kaedah Pemasangan.
Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu
pada dinding atau lantai. Bahagian yang
ditanda itu kemudiannya akan dipotong
dengan menggunakan mesin grinder dan
dibuang atau dipecahkan dengan
menggunakan hacker atau tukul dan pahat.
9. Sebatang konduit dimasukkan ke dalam lurah
yang dibuat dan ditahan dengan
menggunakan sebatang paku yang
merintangi konduit tersebut supaya tidak
terkeluar. Tujuan konduit dimasukkan adalah
untuk memberi lebih perlindungan kepada
kabel. Bahagian alur tersebut akan disimen
semula.
10. . Setelah simen mengeras, barulah kabel
boleh dimasukkan. Jenis kabel yang
digunakan ialah dari jenis bersalut PVC.
12. Kebaikan dan Keburukan Sistem Pendawaian
Tersembunyi.
Kebaikan.
i. Kos pemasangan murah.
ii. Kaedah ini kemas dan cantik.
iii. Tidak menghadapi bahaya mekanikal dan
tahan perubahan cuaca.
13. Keburukan.
i. Susah untuk menentukan punca
kerosakan.
ii. Risiko menghadapi bahaya semasa
memaku di tempat yang ada pendawaian
tersembunyi.