Power point ini ditujukan khas kepada pelar ting. 6 (STPM) penggal 1. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dlm tugasan individu & berkumpulan. Semoga bermanfaat
1 of 90
Downloaded 216 times
More Related Content
Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
1. Sistem Pendidikan di Perancis
abad ke-18 dan 19
KUMPULAN : 2
Ahli kumpulan : NURAYUMI BINTI WASLI,WIDEVRO WIDIN, RABI’ATUL
ADAWIYAH DERIM,SITI FATIMAH BINTI ZAM,
Pensyarah : JOHNY SUAH
3. Pengenalan
ï‚´ Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku perubahan besar
dalam sistem pendidikan di Perancis. Pelbagai langkah dan
usaha telah dilakukan untuk melahirkan sistem pendidikan
kebangsaan di negara tersebut. Sehubungan dengan itu, para
pemimpin nasionalis di Perancis telah melakukan perubahan
dalam dasar pendidikan bagi memastikan matlamat mereka
tercapai. Dalam hal ini, dasar pendidikan di perancis telah
mengalami perubahan yang amat ketara mengikut peredaran
zaman selaras dengan ideologi pemerintahan Perancis.
4. 1.Dasar Pendidikan
2. Institusi Pendidikan
-Pendidikan Rendah
-Pendidikan Menengah
4. Lyceum
3. Kolej awam
-Sekolah Tinggi, Sekolah
Teknik, Universiti, Latihan
Perguruan
5. Bantuan
kewangan
6. Kurikulum
-Pendidikan Rendah,
Pendidikan Menengah,
Universiti
5. 1.Dasar Pendidikan
 akhir abad ke-18, timbul kesedaran mewujudkan sistem
pendidikan popular dalam kalangan pemimpin.
 Kesedaran ini lahir ekoran daripada perkembangan idea
demokrasi dalam kalangan masyarakat.
 idea ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila
tampuk pemerintahan dikuasai oleh Napoleon.
 Napoleon telah memperkenalkan sistem pendidikan yang
seragam dan menyeluruh di Perancis.
7. ï‚´Kerajaan reaksioner yang memerintah Perancis memberi
keutamaan pada pendidikan berteraskan teologi dan moral.
ï‚´ sistem pendidikan Perancis terletak di bawah pihak gereja.
ï‚´Selepas Revolusi 1830 , berlaku perubahan yang amat ketara
dalam sistem pendidikan di Perancis. Pada masa tersebut,
pemerintahan negara diterajui oleh Louis Philippe.
8. langkah-langkah memantapkan semula sistem pendidikan
ï‚´membebaskan sistem pendidikan
daripada kongkongan gereja.
ï‚´memperkenalkan sistem pendidikan
kebangsaan yang seragam.
ï‚´seperti : sekolah-sekolah di setiap
daerah didirikan, bangunan sekolah
ditubuhkan di setiap daerah,
kaedah pengajaran dan
pembelajaran saintitik
diperkenalkan, dan sekolah latihan
perguruan ditubuhkan.
9. langkah telah diambil oleh kerajaan Republik Kedua
ï‚´ mengkaji semula
undang-undang
berhubung dengan
sistem pendidikan dan
telah melakukan
sedikit pembaharuan
dalam undang-undang
tersebut.
10. Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri
Pendidikan ditubuhkan.
ï‚´ Majlis ini mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal yang
berkaitan dengan pendidikan.
ï‚´Bagi melicinkan pengurusan pendidikan ,wilayah-wilayah
dibahagikan kepada 17 daerah/akademi.
-Majlis Akademi ditubuhkan bagi menguruskan segala hal ehwal
berkaitan dengan pendidikan di peringkat daerah.
- ditubuhkan di peringkat wilayah yang diangotai oleh seorang
ketua, inspektor akademi , dan inspektor bagi sekolah rendah.
11. ï‚´majlis tempatan ditubuhkan di peringkat bandar untuk
mengawasi sekolah-sekolah kerajaan & swasta.
ï‚´ Menjelang 1882 , undang-undang yang mewajibkan
pendidikan kepada semua kanak-kanak berumur antara 7
hingga 14 tahun diperkenalkan.
ï‚´kerajaan juga memperkenalkan pendidikan percuma
kepada kanak-kanak di Perancis.
12. 2.Institusi Pendidikan
ï‚´Menjelang 1806, Napoleon berjaya
menyatukan pendidikan di bawah
sebuah badan induk yang dikenali
sebagai Universiti Perancis.
ï‚´Pentadbiran universiti diterajui oleh
seorang grand master dan dibantu
oleh sebuah majlis yang dikenali
sebagai Majlis Universiti.
ï‚´terdapat 2 cabang utama dalam
Universiti Perancis, iaitu pendidikan
rendah dan menengah.
13. a).Pendidikan Rendah
ï‚´Pendidikan rendah di Perancis dikendalikan oleh
sekolah– sekolah rendah.
ï‚´Peraturan berhubung dengan penubuhan & pengurusan
sekolah-sekolah rendah terkandung dalam undang–
undang 1795.
ï‚´kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan & dana
kepada sekolah-sekolah rendah. Kebanyakan sekolah-
sekolah rendah dikendalikan oleh guru-guru & pihak
gereja.
14.  Pendidikan sekolah rendah
dimantapkan oleh berasaskan
undang-undang 1833 yang
digubal oleh Victor Cousin.
15. b)Pendidikan Menengah
ï‚´Institusi menengah di Perancis terdiri daripada
lyceum & Kolej Awam.
ï‚´Sekolah-sekolah menengah ditubuhkan berdasarkan
Undang- undang 1802 bagi menggantikan sekolah
tinggi pusat yang ditubuhkan pada tahun 1795.
16. Lyceum
ï‚´ Kerajaan menyediakan kemudahan seperti bangunan
sekolah.
ï‚´Peralatan mengajar & perabot disediakan oleh Majlis
Perbandaran & dana untuk pengurusan sekolah
diperoleh daripada kutipan yuran pelajar.
ï‚´Pentadbiran lyceum diterajui oleh seorang ketua
pentadbir & dibantu oleh penyelia pengajian &
mempunyai sekurang-sekurangnya 8 orang professor.
17. ï‚´Pengajian di lyceum dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu
- elementori
- nahu
- tertinggi.
ï‚´ Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa-bahasa
-kuno , retorik, logik, etika, matematik, lukisan & sains.
18. Kolej awam
ï‚´ Ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran.
ï‚´menekankan pengajaran & pemebelajaran bahasa Latin,
Perancis, Sejarah, Geografi & Matematik. Pengurusan
kolej awam dikehendaki mendapat lessen daripada
kerajaan.
ï‚´Menjelang 1804, terdapat 46 lyveum, 378 sekolah
menengah dan 361 sekolah menengah swasta. Sekolah-
sekolah menengah akan meliputi semua perkara iaitu mata
pelajaran yang diajar , peraturan pentadbiran,
menyediakan buku-buku teks & melantik professor.
19. a) Sekolah Tinggi
ï‚´Undang-undang 1802 memperuntukkan penubuhan
sekolah-sekolah tinggi/sekolah-sekolah khas.
ï‚´Menjelang 1803, sebuah sekolah sastera & perdagangan
ditubuhkan.
ï‚´1804, sekolah teologi yang menekankan pengajian agama
katolik diwujudkan.
20. b) Sekolah Teknik
ï‚´Antaranya ialah
- Politeknik Paris
- Sekolah tinggi pengajian perniagaan
- Konservatori kebangsaan bagi sastera &
perdagangan.
21. C)Universiti
2.
Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai
universiti Perancis.
Penubuhan universiti sumbangan besar Napoleon kepada
perkembangan pendidikan tinggi di Perancis.
organisasi pendidikan yang ditubuhkan berasaskan idea
pemerintahan yang dianjurkan oleh kerajaan Perancis.
1. 1808 , Napoleon mengeluarkan
Undang-undang Imperial yang
memberikan kuasa kepada kerajaan
untuk menubuhkan sebuah universiti.
22. 3. Universiti memainkan peranan sebagai badan
pentadbir & pemeriksa.
4. pentadbiran universiti diterajui oleh seorang ketua
pentadbir & dibantu oleh sebuah majlis yang
dianggotai oleh 26 orang anggota.
undang-undang 1808
1.Bidang pendidikan
di Perancis terletak di
bawah pengawasan
universiti Perancis.
2.Hanya boleh ditubuhkan
selepas mendapat kelulusan
daripada ketua pentadbir
universiti Perancis.
23. undang-undang 1808
5. Anggota Majlis Universiti Perancis dilantik oleh
maharaja & badan ini mempunyai kuasa dalam :
- membuat keputusan berhubung dengan hal-hal
penting
- mempunyai kuasa menjalankan penyeliaan
- mengawal sistem pendidikan di seluruh Perancis.
24. undang-undang 1808
3. Pegawai-pegawai tersebut dilantik oleh
ketua pentadbir universiti & mereka akan
mentadbir daerah pentadbiran yang dikenali
sebagai ‘Academies’ .
1. Dalam menjalankan
tugas, Majlis Universiti
dibantu oleh inspektor bagi
perubatan, undang-undang,
teologi, persuratan, & sains.
2. Ketua pentadbir &
Majlis Universiti dibantu
oleh inspektor, rektor, 10
orang anggota majlis.
25. D) Latihan Perguruan
ï‚´Menjelang 1808, Napoleon
menubuhkan sebuah sekolah yang
dikenali sebagai Superior Normal
School untuk melatih pelajar-pelajar
lepasan lyceum dalam bidang
perguruan.
ï‚´menjelang 1810, seramai 37 orang
pelatih mendapat latihan di sekolah ini.
26. ï‚´Pelajar-pelajar akan menerima latihan perguruan di
sekolah selama 2 tahun.
ï‚´1815, tempoh pengajian ditambah kepada 3 tahun.
Pada tahun ketiga, pelajar-pelajar akan mempelajari
kaedah & menjalani latihan praktikal sebelum mereka
dilantik sebagai guru.
27. 3.Bantuan kewangan
ï‚´1816, sebanyak 50 000 Franks telah diperuntukkan oleh
kerajaan untuk menyediakan buku-buku sekolah.
Sebahagian daripada wang digunakan untuk memberi
insentif kepada guru-guru sekolah rendah.
ï‚´1817, sebanyak 812 000 Franks telah diperuntukkan
kepada 36 lyceum di seluruh Perancis.
ï‚´1820, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan
bertambah kepada 30 000 Franks.
ï‚´1847, peruntukan sebanyak 1 500 000 Franks diberikan
kepada 54 buah lyceum di Perancis.
28. ï‚´Semasa pemerintahan
monarki tahun 1830,
langkah-langkah diambil
untuk memajukan sistem
pendidikan ialah :
- kerajaan menyediakan
sebanyak 1 juta Franks
untuk membangunkan
institusi pendidikan rendah.
29. 4.Kurikulum - Pendidikan Rendah
ï‚´Undang-undang 1833, memberi penekanan kepada usaha untuk
memantapkan sekolah-sekolah rendah.
ï‚´Sekolah-sekolah rendah memberi penekanan kepada aktiviti
membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral dan
agama.
ï‚´sekolah rendah tinggi menawarkan pmbelajaran dalam mata
pelajaran geometri, Lukisan Linear, Sains, Geografi, dan Muzik.
30. ï‚´
4.Kurikulum -
Pendidikan
Menengah
1. Pendidikan di
peringkat menengah
dikendalikan oleh lyceum
& kolej-kolej awam.
2. Mata pelajaran yang diajar ialah
bahasa-bahasa kuno retorik, logik,
etika, matematik, lukisan, sains,
bahasa latin, peranics, sejarah,
geografi, dan matematik.
31. 2. Fakulti-fakulti ini tidak
disatukan di bawah satu unit
pentadbiran yang seragam.
Sebaliknya fakulti-fakulti
berfungsi sebagai sekolah
yang berasingan.
1. melalui fakulti-fakulti
seperti fakulti sastera,
sains, perubatan,
undang-undang &
teologi.
Kurikulum -
Universiti
37. ï‚´fakulti-fakulti terlibat dalam pengendalian
peperiksaan & pengurniaan ijazah kepada
pelajar-pelajar.
ï‚´Menjelang 1890, 15 buah fakulti yang
berasingan telah disatukan menjadi universiti
negeri.
38. Kesimpulan
Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh
pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem
pendidikan kebangsaan di Perancis. Ekoran daripada
perubahan ini , sistem pendidikan negara Perancis dapat
dibebaskan sepenuhnya daripada kongkongan gereja.
Dengan perubahan ini, kerajaan menguasai sistem
pendidikan dan melaksanakan sistem pendidikan yang
menyeluruh bagi memenuhi kehendak dan aspirasi negara
Perancis.
41. Pengenalan
Semasa abad ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di
dunia yang memperkenalkan cukai yang dibiayai dan amnya pendidik
rendah adalah wajib. Pendidikan terdiri daripada kursus lapan tahun
yang dipanggil volksschule. Pendidikan menyediakan bukan sahaja
kemahiran yang diperlukan dalam dunia industry yang awal seperti
membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika,
tugas, disiplin dan ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah
digabungkan dengan pandangan John Locke, seorang ahli falsafah
Inggeris yang sangat berpengaruh pada zaman Pencerahan. Jerman
telah menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang
dianggap saintifik yang mula dirangka pada tahun 1807 dan telah
disempurnakan menjelang tahun 1819. Sistem pendidikan di Jerman
menekankan kawalan pemikiran atau kawalan minda.
42. 1. Dasar pendidikan
ï‚´ Pentadbiran & pengurusan sekolah-sekolah di Prussia terletak
di bawah penguasaan gereja.
ï‚´Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil
tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah & menggubal
Kod Undang-undang 1763 & 1765.
ï‚´ Mengikut udang-undang, seorang inspektor dilantik oleh
kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap
sekolah-sekolah.
ï‚´Selepas melakukan pemeriksaan, laporan pemeriksaan akan
dihantar ke Berlin Consistory & Catholic Silesia.
44. ï‚´akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah(Obersshulcollegium)
ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap
sekolah-sekolah menengah & tinggi Prussia.
ï‚´abad ke-19, sistem pendidikan di Jerman berada di
bawah kawalan & penguasaan kerajaan sepenuhnya.
ï‚´Segala hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan
terletak di bawah menteri pendidikan.
46. ï‚´Kerajaan pusat secara langsung/tidak langsung akan mengawal
segala dasar yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.
ï‚´ Bagi memudahkan kawalan kerajaan pusat terhadap institusi
pendidikan, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan 1809.
ï‚´Kerajaan pusat menetapkan mata pelajaran serta buku-buku teks
yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
ï‚´memainkan peranan dalam pelantikan guru-guru serta penyeliaan
sekolah.
ï‚´Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kanak-kanak yang berumur
5 hingga 14 tahun diwajibkan menerima pendidikan.
47. 2.Kod Undang-undang Pendidikan
ï‚´Pemerintah mengambil langkah untuk memastikan
sistem pendidikan dijalankan dengan lancar & teratur.
ï‚´undang-undang berhubung dengan pengurusan &
pentadbiran sistem diperkenalkan
48. ï‚´1713, Raja Frederick William I (1713-1740)
mengisytiharkan Kod Undang-undang Pendidikan bagi
sekolah-sekolah Latin & sekolah yang dikendlikan oleh
golongan mubaligh.
1717, baginda mengeluarkan ‘Advisory Order’
berhubung dengan ibu bapa diwajibkan menghantar
anak-anak ke sekolah, jika ibu bapa enggan maka
akan dikenakan denda.
ï‚´1737, Raja Frederick William I mengisytiharkan
undang-undang sekolah bagi wilayah Prussia Timur.
51. ï‚´pemerintahan Raja April 1763, baginda memperkenalkan
undang-undang bagi seluruh Prussia.
ï‚´ Undang-undang ditulis oleh Julius Hecker & diisytiharkan oleh
Raja Frederick II pada 23 September 1763.
Undang-undang ini dikenali sebagai ‘General Land-Schedule
Reglement’ (Peraturan sekolah-sekolah kawasan pedalaman)
ï‚´ merupakan undang-undang persekolahan yang pertama bagi
seluruh Prussia & undang-undang meletakkan asas bagi
pengenalan sistem persekolahan rendah di Prussia.
53. pemerintahan
Raja Frederick
William I
1. Sekolah-sekolah
didirikan di seluruh
Jerman.
3. Pembinaan sekolah
2. Lebih kurang 1000
sekolah rendah &
8000 sekolah baharu
didirikan di Prussia.
3. peruntukkan
sejumlah wang bagi
tujuan pembinaan
bangunan sekolah.
4. mengambil inisiatif
mendirikan sekolah di
wilayah Pomeranin yang
ditawan oleh Sweden.
54. 5. usaha untuk membina
sekolah-sekolah di Prussia
diteruskan oleh Raja Frederick
II.
- memberi penekanan kepada
usaha membangunkan
institusi-institusi pendidikan
- membekalkan guru-guru ke
sekolah-sekolah.
55. 4.Bantuan Kewangan
ï‚´Kerajann turut memberikan bantuan kewangan
menyediakan kemudahan & prasarana di sekolah.
ï‚´Raja Frederick William II memberikan sumbangan kewangan
untuk menyediakan prasarana & peralatan di sekolah.
ï‚´Bantuan sebanyak 50 000 Thaler diberikan untuk membina
bangunan & membaiki bangunan yang usang.
ï‚´mengurniakan tanah yang luas untuk tujuan pembinaan
sekolah.
56. Menjelang awal abad
ke-19, terdapat sistem
pendidikan di peringkat
1. Rendah 2. menengah
3. teknikal4. universiti
57. Pendidikan Rendah
ï‚´akhir abad ke-18, sekolah-sekolah rendah ditubuhkan di
seluruh Prussia.
ï‚´Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, lebih
kurang 1000 sekolah rendah dibina di seluruh negara.
ï‚´lebih kurang 1800 sekolah baharu didirikan di seluruh
negara atas inisiatif baginda.
ï‚´awal abad ke-19, langkah-langkah telah diambil untuk
memantapkan sistem pendidikan rendah di Jerman.
58. ï‚´Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dengan
Napoleon, Raja Frederick III mengalihkan perhatian terhadap
usaha membangunkan sistem pendidikan di Jerman.
ï‚´mendapat sokongan padu daripada menteri-menteri yang
berwibawa & berkebolehan.
ï‚´Sekolah-sekolah rendah di Jerman dikenali sebagai
Volksschulen terbuka kepada semua lapisan penduduk di
Jerman.
59. ï‚´Kanak-kanak yang berumur 7 tahun
dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah
rendah.
ï‚´Pendidikan di sekolah rendah akan berlanjutan
hingga kanak-kanak berumur 14 tahun.
61. ï‚´Dasar kerajaan mewajibkan kanak-kanak
menerima sistem pendidikan menyebkan
kadar buta huruf amat rendah di Jerman.
62. Pendidikan Menengah
ï‚´Terbahagi dua aliran iaitu sekolah gymnasium & sekolah
awam(real-school).
ï‚´Pengajian di gymnasium memberi keutamaan kepada
pembelajaran bahasa Latin & Greek.
ï‚´Sekolah gymnasium ditubuhkan untuk menyediakan pelajar-
pelajar untuk melanjutkn pelajaran di peringkat universiti
63. ï‚´sekolah awam memberi penekanan kepada
pembelajaran bahasa ibunda, matematik, sains tabii &
bahasa-bahasa moden.
ï‚´Matlamat utama sekolah-sekolah awam adalah
melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menjalani
kehidupan seharian dengan teratur.
64. ï‚´ Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Frederick William
III memberi penekanan kepada sekolah-sekolah awam.
ï‚´Pengajian di sekolah-sekolah menengah termasuk
gymnasium & sekolah awam meliputi jangka masa 9 tahun.
ï‚´Pelajar-pelajar mendaftar di sekolah menengah ketika
berumur 9 tahun.
ï‚´dikehendaki membayar yuran pengajian sebanyak 5 hingga
27 dolar.
65. Pendidikan Teknikal
ï‚´Kerajaan Jerman turut mengutamakan kepada pendidikan bidang
teknologi.
ï‚´Penekanan diberikan pada bidang teknologi selaras dengan usaha
untuk membangunkan sektor perindustrian & perdagangan di
Jerman.
ï‚´menyebabkan sistem pembelajaran tradisional telah diubah suai
dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran teknikal.
ï‚´sekolah-kekolah teknik seperti politeknik & sekolah-sekolah
perdagangan ditubuhkan.
69. ï‚´Pentadbiran universiti dikendalikan oleh seorang rektor
yang dipilih oleh professor.
ï‚´Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor &
terbesar di Jerman yang mempunyai 200 orang professor
& 5000 pelajar.
ï‚´ Idea asal penubuhan universiti datang daripada Fichte ,
iaitu seorang professor daripada universiti di Jena &
mendapat sokongan daripada Humboldt (menteri
Pengajian Awam).
70. ï‚´Penubuhan Universiti Berlin mendapat kelulusan daripada
Kabinet & kerajaan memberikan geran kewangan untuk
memulakan operasi.
ï‚´Sarjana-sarjana yang tersohor dalam pelbagai bidang ilmu
dijemput unutk berkhidmat di university tersebut.
ï‚´Universiti Berlin penekanan kepada penyelidikan dalam
pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
ï‚´Universiti ini melahirkan ramai sarjana yang mempunyai
kepakaran dalam bidang penyelidikan.
71. 6.Pentadbiran sekolah
ï‚´Langkah-langkah diambil untuk mewujudkan sistem
pentadbiran pusat yang seragam bagi sekolah-sekolah di
Prussia.
ï‚´Semasa pemerintahan Raja Frederick II, pentadbiran sekolah
diletakkan di bawah pengawasan ‘Berlin Consistory’.
ï‚´Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran
sekolah - sekolah Gymnasien yang menggantikan sekolah
Latin.
73. 7.Kurikulum
ï‚´Pendidikan di sekolah-sekolah rendah berasaskan kepada
teori yang dikemukan oleh Pestalozzi.
ï‚´penekanan kepada perkembangan mental kanak-kanak &
latihan menggunakan deria.
ï‚´Kanak-kanak diajar mata pelajaran geografi, sejarah &
bahasa Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar.
74. Kurikulum sekolah rendah
ï‚´penekanan diberikan kepada mata pelajaran Muzik.
ï‚´Kemahiran muzik membantu pelajar-pelajar mengambil
bahagian dalam pertandingan lagu-lagu patriotik.
ï‚´penekanan diberikan kepada mata pelajaran lukisan,
matematik & latihan jasmani. Pelajar-pelajar juga
mempelajari mata pelajaran agama terutama tentang nilai-
nilai moral, hormat-menghormati & rendah diri.
76. Antara mata
pelajaran di sekolah-
sekolah menengah
adalah
8.sains
1. bahasa latin
2. bahasa
greek
3. bahasa
jerman4. matematik
5. sejarah
6. geografi
7. agama
78. Kurikulum Peringkat universiti
ï‚´menekankan pengkhususan dalam pelbagai lapangan
ilmu pengetahuan.
ï‚´Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor
di Jerman yang menjalankan pengkhususan dalam
pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
80. 8.Tenaga pengajar
ï‚´Menjelang abad ke - 18, guru-guru mempunyai
kedudukan yang rendah dalam masyarakat Jerman.
ï‚´bilangan guru yang berkhidmat di luar bandar & kawasan
pedalaman amat kurang.
ï‚´golongan seperti tukang kasut, tukang jahit, pengawal
keselamatan & gembala diberikan latihan untu mendidik
kanak-kanak.
81. ï‚´pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya
dilantik bagi menangani masalah kekurangan guru.
ï‚´1722, baginda mengambil langkah untuk menangani masalah
tenaga pengajar terlatih untuk mengajar di kawasan luar bandar.
ï‚´pemerintahan Raja Frederick II, guru-guru yang berwibawa
direkrut untuk berkhidmat di sekolah-sekolah.
ï‚´Kod undang-undang yang digubal semasa zaman pemerintahan
baginda mengandungi maklumat tentang syarat-syarat pemilihan
& kelayakan guru.
ï‚´ Undang-undang tersebut menyatakan bahawa guru-guru yang
tidak memepunyai kebolehan akan dipecat daripada jawatan.
82. 9. Latihan Perguruan
ï‚´Latihan diberikan bagi melahirkan tenaga pengajar yang mahir &
mempunyai pengetahuan.
ï‚´ 1693, Latihan perguruan bagi guru-guru di Jerman diadakan julung
kali di Halle & dianjurkan oleh tokoh pendidik terkenal iaitu Frankce.
ï‚´1783, Johan Julius Hecker menganjurkan seminar bagi guru-guru di
Prussia.
ï‚´Unutuk melatih pelajar-pelajar daripada aliran teologi untuk menjadi
gur-guru di sekolah latin.
ï‚´1747, Johan Julius Hecker tubuhkan pusat latihan guru dikenali
sebagai Lehrerseminar di Berlin.
83. ï‚´Kejayaan yang dicapai oleh pusat latihan guru tersebut
menyebabkan Raja Frederick II memberikan dana kepada institusi
itu.
ï‚´memberikan piagam diraja kepada insititusi perguruan.
ï‚´Kejayaan Hecker menyebabkan muncul pusat-pusat latihan guru di
seluruh Jerman.
ï‚´Kod Silesia (1765) Raja Frederick II menyatakan enam institusi
sebagai sekolah latihan guru.
ï‚´Selepas Prussia, pusat latihan guru perguruan ditubuhkan di
wilayah-wilayah Jerman yang lain iaitu Austria(1771) , Saxe-
Weimar(1783) dan Saxony(1788).
84. 10.Kaedah pengajaran dan pembelajaran
ï‚´Menjelang 1808, Jabatan Pendidikan Awam
telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal
ehwal pendidikan di Jerman.
85. Tindakan
pertama jabatan
ini adalah :
• menghantar 17 orang guru
dari Prussia ke Switzerland.
• Guru-guru tersebut dihantar
untuk mempelajari idea &
kaedah pengajaran &
pembelajaran yang
dianjurkan oleh Pestalozzi.
86. ï‚´1809, Carl August Zellar dijemput oleh kerajaan untuk
mengendalikan bengkel kaedah pengajaran & pembelejaran
Pestalozzi kepada guru-guru.
ï‚´guru-guru yang menerima latihan dalam kaedah pengajaran
& pembelajaran Pestalozzi di Switzerland dilantik sebagai
pengarah institusi latihan perguruan.
ï‚´tokoh-tokoh mempunyai pengetahuan & pembelajaran
baharu diundang untuk melatih guru-guru di Jerman.
88. ï‚´Gustavus Friedrich Dinter(Pengetua pusat latihan
Saxony) telah dilantik sebgai pesuruhjaya
pendidikan bagi wilayah timur Prussia.
ï‚´menyebabkan idea Pestalozzi digunakan secara
meluas dalam pengajaran di sekolah sekolah
rendah.
89. 11. Yuran Pengajian
ï‚´Menjelang abad ke - 18, pemerintahan Raja Frederick
William I , pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran
persekolahan.
ï‚´pelajar-pelajar daripada kalangan keluarga miskin
mendapat bantuan dripada tabung kebajikan kanak-kanak
miskin.
ï‚´yuran persekolahan bagi semua sekolah di Prussia telah
diseragamkan.
90. Kesimpulan
Kesimpulannya, menjelang akhir abad ke-18 dan
19 , terdapat sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik di Jerman. Kemunculan pelbagai insitusi
pendidikan melambangkan kemajuan yang telah
dicapai oleh masyarakat Jerman dalam bidang
pendidikan.