Dokumen tersebut merupakan skema jawapan untuk soalan-soalan bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Skema tersebut memberikan panduan ringkas mengenai format dan isi kandungan yang perlu dimasukkan dalam jawapan untuk setiap soalan.
1 of 4
Download to read offline
More Related Content
Skema jawapan bm pat 2014
1. SULIT 1103/1
SULIT
BAHASA MELAYU- KERTAS 1
(1103/1)
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014
TINGKATAN 4
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A:
Karangan berdasarkan bahan rangsangan: Manfaat amalan gaya hidup sihat
Pendahuluan
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga – perlu dijaga bagi memastikan kita
menjalani kehidupan secara normal – amalan gaya hidup sihat perlu dijalani rakyat – menjamin
kesejahteraan mereka
Isi-isi
 Meningkatkan jangka hayat – amalan gaya hidup sihat dapat memanjangkan hayat-rakyat
dapat memberikan sumbangan untuk pembangunan negara di samping membantu kerajaan
mengurangkan perbelanjaan perubatan untuk rakyat - golongan tua dapat memberikan
sumbangan untuk kemajuan negara
ï‚· Meningkatkan kecergasan - amalan gaya hidup sihat dapat menambahkan kecergasan kepada
rakyat - rakyat aktif dan pantas menjalankan sesuatu pekerjaan - rakyat sihat dapat membantu
mereka menyiapkan sesuatu tugasan mengikut jadual yang ditetapkan - produktiviti dan mutu
perkhidmatan dapat ditingkatkan
ï‚· Menceriakan kita - amalan gaya hidup sihat juga dapat menceriakan hidup kita kerana kita
tidak mengalami sebarang penyakit - orang yang mempunyai penyakit kronik tidak dapat
menikmati keseronokan kerana tertekan dengan penyakit yang dialami oleh mereka -
masyarakat penyayang dapat dibentuk
ï‚· Menghilangkan stres - amalan gaya hidup sihat juga mampu menghilangkan stres -
menghilangkan tekanan akibat belajar atau bekerja - murid yang penat belajar dan tertekan
dengan kerja rumah boleh menghilangkan tekanan apabila bermain bola sepak dengan rakan-
rakan - dapat menyihatkan mental masyarakat sekali gus meningkatkan kecemerlangan
negara
Penutup
Amalan gaya hidup sihat satu kewajipan kepada masyarakat - penting diamalkan untuk kesejahteraan
dan dapat memberikan sumbangan kepada negara
BAHAGIAN B:
Karangan umum/respon terbuka
Soalan 1:
Langkah-langkah menyemai semangat patriotism dalam diri
Format: tiada
Pendahuluan
Generasi muda kini dikatakan tiada semangat patriotik yang kuat - namun begitu, saya mempunyai
semangat patriotisme - sebagai remaja yang berwawasan - saya perlu melakukan beberapa langkah
untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri saya
2. SULIT 1103/1
SULIT
Isi-isi
a) Saya perlu memupuk perasaan sayang akan negara pada setiap masa - disemai dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah - mempelajari sejarah tanah air - pernah dijajah oleh
beberapa kuasa asing - tekad tidak mahu mengulangi sejarah silam
b) Menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara – memahami objektif kerajaan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, dan progresif serta bersatu padu serta
bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan
c) Memainkan peranan aktif dalam sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan-mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan – di rumah dan sekolah - menyertai perbarisan atau
perarakan semasa sambutan
d) Mengenali tokoh-tokoh yang berjuang untuk memerdekakan negara - melalui pembacaan
akhbar, lama web, majalah, menonton televisyen, dan sebagainya - menghargai jasa dan
pengorbanan mereka dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka - melawat mana-mana
bangunan bersejarah – muzium
Penutup
Penerapan nilai patriotisme dalam diri dan jiwa remaja memerlukan usaha yang berterusan
Soalan 2:
Punca-punca gejala kes-kes salah laku yang mirip gengsterisme di sekolah
Format: surat kiriman rasmi
Pendahuluan
Alamat pengirim dan penerima – tarikh - kata penghadap surat - perkara/tajuk surat
Isi-isi
a) Tujuan menulis surat - memberi pendapat tentang kes-kes salah laku yang mirip gengsterisme
di sekolah - khususnya punca-punca gejala itu berlaku
b) Latar belakang keluarga murid - bermasalah dan bercerai-berai - tertekan di rumah -
melepaskan tekanan terhadap murid lain di sekolah - ibu bapa tidak bertanggungjawab -
membiarkan anak tanpa tanpa pengawasan - sibuk mengejar wang dan mengutamakan kerjaya
- anak diberikan kebebasan melakukan apa-apa sahaja tanpa halangan dan larangan
c) Murid terpengaruh dengan rakan sebaya - menurut perlakuan rakan agar diterima dalam
kumpulan - tidak mahu dipinggirkan oleh rakan-rakan
d) Terpengaruh dengan media massa - terutama media elektronik - banyak memaparkan
perlakuan negatif - menjadi ikutan murid
Penutup
Berharap agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa - supaya institusi pendidikan negara tidak dipandang serong atas masalah
sosial yang berlaku - ucapan terima kasih - tandatangan, nama, dan jawatan
Soalan 3:
Usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu OKU
Format:tiada
Pendahuluan
Buat gambaran tentang situasi daif dan kurang pembelaan terhadap OKU-membangkitkan persoalan
tentang usaha-usaha untuk membantu OKU
3. SULIT 1103/1
SULIT
Isi-isi
a) OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga peringkat tertinggi - ilmu sahaja yang
mampu mengubah kehidupan insan
b) Menyediakan kursus pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan kemampuan OKU -
sebagai alternatif kepada golongan yang kurang upaya meneruskan pengajian
c) Menyediakan infrastuktur yang mesra OKU - memudahkan pergerakan dan urusan harian
mereka - meliputi kenderaan awam, kompleks beli-belah, pejabat kerajaan, bank, dan pejabat
syarikat swasta
d) Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadanya - kecacatan bukan alasan
untuk menyisihkan mereka - kekurangan yang dimiliki mereka bukan untuk dihina tetapi
untuk diinsafi
e) Kerajaan dan swasta hnedaklahlah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan
kemampuan mereka - melaksanakan tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan
penyayang
Penutup
Tiada insan pun yang mahu dirinya dipinggirkan - mereka mahu hidup bebas dan berdikari - OKU
harus diberi pembelaan
Soalan 4:
Peranan negara-negara di dunia untuk membantu negara-negara miskin
Format:tiada
Pendahuluan
Kemiskinan rantaian kemiskinan? - mungkin benar dan mungkin tidak tepat - membiarkan negara
miskin bergelut dengan malapetaka warisan zaman-berzaman itu adalah suatu tindakan yang tidak
bijak - negara-negara di dunia hendaklah komited membantu negara-negara miskin daripada terus
dicengkam krisis kemiskinan
Isi-isi
a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) melalui UNESCO hendaklah berusaha
mempertingkatkan mutu pelajaran di negara-negara miskin - kejahilan adalah punca utama
kemiskinan - kadar buta huruf sangat tinggi di negara-negara miskin
b) Negara kaya(perindustrian) hendaklah membuat pelaburan di negara miskin - memanfaatkan
hasil negara untuk rakyat - mewujudkan peluang pekerjaan
c) PBB melalui WHO hendaklah memulihkan tahap kesihatan penduduk di negara miskin -
tahap kesihatan yang rendah - menyekat tahap produktiviti sesebuah negara
d) Mempergiatkan kempen keamanan dunia - usaha daripada masyarakat antarabangsa dan
NGO supaya kuasa besar dunia tidak terus-menerus mengeksploitasi negara-negara miskin -
sebaliknya mengamalkan tangunggjawab moral dan sosial untuk membantu sesama insan
sejagat
e) Menghulurkan bantuan kemanusiaan - bantuan segera kepada negara-negara yang ditimpa
malapetaka dan krisis kemiskinan
Penutup
Hidup ibarat roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah - bantu-membantu untuk menangani
sebarang masalah - membantu mereka yang malang
4. SULIT 1103/1
SULIT
Soalan 5:
Kepentingan amalan peribahasa ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam kehidupan
masyarakat
Format:tiada
Pendahuluan
Dalam kehidupan masyarakat Melayu terdapat banyak peribahasa yang mempunyai maksud yang
tersirat - terhasil daripada pengamatan masyarakat terhadap alam dan kehidupan manusia secara
keseluruhan - peribahasa ‘ sediakan payung sebelum hujan’ bermaksud kita perlu bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan
Isi-isi
a) Seseorang yang mengamalkan peribahasa ‘ sediakan payung sebelum hujan’ akan sentiasa
gigih untuk meneroka ilmu sebagai persediaan untuk masa depan - hanya orang yang berilmu
mampu mengharungi cabaran dalam era globalisasi
b) Tabiat menabung juga merupakan hasil daripada amalan peribahasa ini -anak-anak perlu
dididik agar menabung sejak usia muda - perlu digalakkan supaya menyimpan wang - wang
yang terkumpul dapat digunakan ketika ingin melanjutkan pelajaran kelak
c) Ibu bapa yang mengamalkan peribahasa ini akan membeli polisi insurans sebagai
perlindungan untuk diri sendiri dan ahli keluarga -polisi insuran - semua masalah berkaitan
dengan kesihatan, kemalangan, kematian- diuruskan oleh pihak insuran
d) Anggota masyarakat yang bekerja sendiri-penoreh getah dan nelayan perlu bersedia bagi
menghadapi musim tengkujuh - menyimpan sebahagian daripada pendapatan harian untuk
digunakan ketika musim tengkujuh
Penutup
Peribahasa ‘ sediakan payung sebelum hujan’ amat wajar diamalkan dalam kehidupan kita -
peribahasa ini merupakan legasi masyarakat terdahulu kepada generasi kini - kehidupan masyarakat
dahulu kala yang sentiasa berwaspada, beringat-ingat, berhati-hati perlu dijadikan contoh teladan oleh
generasi kini
SKEMA JAWAPAN TAMAT