ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Skrip;
Pemotong Kayu
yang Jujur
Watak:
Pencerita, Pak Mat, Mak Kiah,
orang kampung, Pak Jamal dan
Si Pari-pari
Pencerita:
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman,
tinggallah Pak Mat dan isterinya Mak Kiah yang tua dan
miskin. Kehidupan mereka bagai kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang.
Kemampuan Pak Mat hanyalah mencari rezeki dengan
menebang pokok untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
Mak Kiahlah peneman hidup Pak Mat kerana mereka
tidak mempunyai anak.
Adegan 1 [di rumah]
Mak Kiah: Pak Mat, hari sudah subuh. Marilah kita pergi ke
hutan untuk mencari kayu api.
Pak Mat: Kiah, tolong ambilkan kapak besi itu.
Mak Kiah: Baiklah Pak Mat.
(Mak Kiah hampir terjatuhkan kapak besi itu.)
Pak Mat: Jagalah kapak itu. Itulah satu-satunya kapak yang
saya ada untuk mencari rezeki.
(Mereka berdua pergi ke hutan bersama kapak
besi.Tuk….tuk…tuk….tuk….Pak Mat menebang pokok manakala
Mak Kiah mengutip kayu api)
Adegan 2 [di rumah]
Mak Kiah: Pak Mat… Oh Pak Mat... Maafkan saya Pak
Mat. Hari ini saya tidak dapat pergi ke hutan kerana
badan saya sakit.
Pak Mat: Awak berehatlah hari ini. Apabila awak
sudah sihat, bolehlah awak menolong saya.
(Mak Kiah tidur. Pak Mat mengambil kapak lalu berjalan
ke hutan)
(Tuk….tuk…tuk….tuk….Pak Mat menebang pokok)
Adegan 3 [di hutan]
Pencerita: Maka, pergilah Pak Mat seorang diri ke hutan untuk menebang
pokok. Dia bekerja dari pagi hingga ke petang. Lama-kelamaan tangan Pak
Mat lemah. Akhirnya,kapak besinya terlepas dari genggaman Pak Mat lalu
terjatuh ke dalam sungai.
(Pak Mat menangis. Pak Jamal berjalan ke arah Pak Mat).
Pak Jamal: Eh Mat, mengapakah awak menangis!
Pak Mat: Wahai kawanku Jamal. Tolonglah aku. Kapak besiku terjatuh ke
dalam sungai ini. Aku pula tidak tahu berenang.
Pak Jamal: Kasihan engkau Mat tetapi aku juga tidak pandai berenang.
Lagipun sungai ini sangat dalam dan deras. Maafkan aku, Mat.
Pak Mat: Oh Tuhanku! Tolonglah aku. Kapak besiku telah hilang.
Bagaimanakah aku harus mendapatkan semula kapak besiku?
(Pak Mat terus menangis. Muncullah Si Pari-pari dari permukaan sungai itu)
Si Pari-pari: Mengapakah tuan hamba bersedih?
Pak Mat: Eh. siapakah tuan hamba?
Si Pari-pari: Nama hamba Puteri. Hamba ialah pari-pari yang menjaga sungai
ini. Hamba muncul kerana terdengar tangisan tuan hamba.
Pak Mat : Wahai Si Pari-pari, tolonglah hamba! Kapak hamba terjatuh ke dalam
sungai ini. Itulah satu-satu kapak yang hamba ada.
Si Pari-pari: Usahlah risau. Hamba akan menolong tuan hamba.
Si Pari-pari terus menyelam ke dalam sungai. Selepas seketika, Si Pari-pari
timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak emas.)
Si Pari-pari : Inikah kapak tuan hamba?
Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu
memiliki kapak emas ini.
(Si Pari-pari menyelam sekali lagi ke dalam sungai. Selepas seketika, Si
Pari-pari timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak
perak. )
Si Pari-pari : Inikah kapak hamba?
Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu
memiliki kapak perak ini.
(Si Pari-pari menyelam sekali lagi ke dalam sungai. Selepas seketika, Si
Pari-pari timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak
gangsa. )
Si Pari-pari : Inikah kapak hamba?
Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu
memiliki kapak gangsa ini.
Adegan 4 [di rumah]
(Pemotong kayu itu pulang ke rumah )
Mak Kiah: Amboi, banyaknya kapak.
Dari mana Pak Mat dapat
kapal-kapak ini?
( Pak Mat menceritakan pengalamannya di hutan dan Si Pari-pari
yang menolongnya)
Mak Kiah: Bersyukur kepada tuhan.
(Pak Mat dan isteri berasa sungguh gembira.)
Wahai kawan-kawan, ingatlah!
Kita perlulah bersikap jujur
selalu dan jangan sekali-kali
menipu orang.
Terima kasih
disediakan oleh;
Pn. Uma
2016

More Related Content

Skrip pemotong kayu yang jujur

  • 1. Skrip; Pemotong Kayu yang Jujur Watak: Pencerita, Pak Mat, Mak Kiah, orang kampung, Pak Jamal dan Si Pari-pari
  • 2. Pencerita: Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggallah Pak Mat dan isterinya Mak Kiah yang tua dan miskin. Kehidupan mereka bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kemampuan Pak Mat hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok untuk dijual sebagai kayu api. Hanya Mak Kiahlah peneman hidup Pak Mat kerana mereka tidak mempunyai anak.
  • 3. Adegan 1 [di rumah] Mak Kiah: Pak Mat, hari sudah subuh. Marilah kita pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pak Mat: Kiah, tolong ambilkan kapak besi itu. Mak Kiah: Baiklah Pak Mat. (Mak Kiah hampir terjatuhkan kapak besi itu.) Pak Mat: Jagalah kapak itu. Itulah satu-satunya kapak yang saya ada untuk mencari rezeki. (Mereka berdua pergi ke hutan bersama kapak besi.Tuk….tuk…tuk….tuk….Pak Mat menebang pokok manakala Mak Kiah mengutip kayu api)
  • 4. Adegan 2 [di rumah] Mak Kiah: Pak Mat… Oh Pak Mat... Maafkan saya Pak Mat. Hari ini saya tidak dapat pergi ke hutan kerana badan saya sakit. Pak Mat: Awak berehatlah hari ini. Apabila awak sudah sihat, bolehlah awak menolong saya. (Mak Kiah tidur. Pak Mat mengambil kapak lalu berjalan ke hutan) (Tuk….tuk…tuk….tuk….Pak Mat menebang pokok)
  • 5. Adegan 3 [di hutan] Pencerita: Maka, pergilah Pak Mat seorang diri ke hutan untuk menebang pokok. Dia bekerja dari pagi hingga ke petang. Lama-kelamaan tangan Pak Mat lemah. Akhirnya,kapak besinya terlepas dari genggaman Pak Mat lalu terjatuh ke dalam sungai. (Pak Mat menangis. Pak Jamal berjalan ke arah Pak Mat). Pak Jamal: Eh Mat, mengapakah awak menangis! Pak Mat: Wahai kawanku Jamal. Tolonglah aku. Kapak besiku terjatuh ke dalam sungai ini. Aku pula tidak tahu berenang. Pak Jamal: Kasihan engkau Mat tetapi aku juga tidak pandai berenang. Lagipun sungai ini sangat dalam dan deras. Maafkan aku, Mat.
  • 6. Pak Mat: Oh Tuhanku! Tolonglah aku. Kapak besiku telah hilang. Bagaimanakah aku harus mendapatkan semula kapak besiku? (Pak Mat terus menangis. Muncullah Si Pari-pari dari permukaan sungai itu) Si Pari-pari: Mengapakah tuan hamba bersedih? Pak Mat: Eh. siapakah tuan hamba? Si Pari-pari: Nama hamba Puteri. Hamba ialah pari-pari yang menjaga sungai ini. Hamba muncul kerana terdengar tangisan tuan hamba. Pak Mat : Wahai Si Pari-pari, tolonglah hamba! Kapak hamba terjatuh ke dalam sungai ini. Itulah satu-satu kapak yang hamba ada. Si Pari-pari: Usahlah risau. Hamba akan menolong tuan hamba.
  • 7. Si Pari-pari terus menyelam ke dalam sungai. Selepas seketika, Si Pari-pari timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak emas.) Si Pari-pari : Inikah kapak tuan hamba? Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu memiliki kapak emas ini. (Si Pari-pari menyelam sekali lagi ke dalam sungai. Selepas seketika, Si Pari-pari timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak perak. ) Si Pari-pari : Inikah kapak hamba? Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu memiliki kapak perak ini. (Si Pari-pari menyelam sekali lagi ke dalam sungai. Selepas seketika, Si Pari-pari timbul ke permukaan sungai dengan memegang sebilah kapak gangsa. ) Si Pari-pari : Inikah kapak hamba? Pak Mat: Oh, tidak tidak! Itu bukan kapak hamba. Hamba tidak mampu memiliki kapak gangsa ini.
  • 8. Adegan 4 [di rumah] (Pemotong kayu itu pulang ke rumah ) Mak Kiah: Amboi, banyaknya kapak. Dari mana Pak Mat dapat kapal-kapak ini? ( Pak Mat menceritakan pengalamannya di hutan dan Si Pari-pari yang menolongnya) Mak Kiah: Bersyukur kepada tuhan. (Pak Mat dan isteri berasa sungguh gembira.)
  • 9. Wahai kawan-kawan, ingatlah! Kita perlulah bersikap jujur selalu dan jangan sekali-kali menipu orang. Terima kasih disediakan oleh; Pn. Uma 2016