2. PENGENALAN Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai-bagai jenis alatan. Peralatan-peralatan tersebut dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar.
3. ALAT MENUKUL Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) Tukul Besi Warrington Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat Gandin Pembenam Paku
4. ALAT MEMUTAR Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip Gerudi tangan Gerudi Giarsala
5. ALATAN MENUKUL Tukul Kuku Kambing (Tukul Besi Berkuku) Mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkol nya bengkok dan terbelah. Saiz ditentukan mengikut berat kepala yang biasanya adalah antara 260 g-1.2 kg. Saiz lazim antara 0.5 kg-0.6 kg. Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
6. TUKUL BESI WARRINGTON Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang. Bongkol berbentuk baji ini dapat digunakan untuk mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari. Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepala nya. Saiz ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg adalah merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja-kerja am. Bongkol ini berfungsi untuk menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa digam dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabot yang sempit.
7. gandin Digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam. Kepala gandin berbentuk kayu silinder atau segi empat. Gandin diperbuat daripada kayu keras.
8. Alat memutar Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang antara dua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.
9. Alat memutar Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip Terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear. Mata nya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung sama ada kepala atau Philips. Panjang mata nya antara 75 mm 30 mm. Pemegangnya dibuat daripada kayu atau plastik. Kegunaan alat ini adalah untuk memasang atau menanggalkan skru.
10. gerudi Gerudi terdiri daripada 2 jenis Gerudi bergear lebih ringan Gerudi jenis bergear sal (engkol Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja-kerja membuat lubang. Terdapat beberapa jenis mata gerudi. Antaranya ialah :- Mata tengah Mata terlaras Mata paku Mata pulas Mata Froster Mata pelubang benam
11. Gerudi tangan Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8 mm. bahagian utama gerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang. Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal. Saiz mata gerudi pintal ialah antara .4 mm 12.5 mm. Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam. Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak untuk mengelak mata gerudi panas dan terbakar.
12. Gerudi engkol Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu. Saiznya ditentukan pada ayunan pemegangnya. Bahagian utama nya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang. Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit. Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz mata gerudi pintal. Gerudi engkol tidak boleh membuat lubang pada logam.
13. senggerek Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu. Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.